Pages

Saturday, February 25, 2012

SMS dari Cikgu

Puan N memang cool. Maka saya di sini sedang diselaputi perasaan sangat bersalah yang sungguh menebal. Sudahla sangat bersalah. Sungguh menebal pula tu. Nampak tak yang saya benar-benar rasa bersalah ini sehingga meng'up' entry khusus untuk ini. Bagaimanalah untuk diri ini menjalani hari-hari mendatang. (Okey ini dah over~~)

Pagi tadi sudah bangun mandi dan bersiap-siap. T-shirt pun i gosok you~~~ konon nak p kelas. Tinggal nak pakai tudung and kumpul-kumpul nota yang dah bersepah-sepah. Tiba-tiba saya duduk termenung. Tengok jam dah melepasi pukul 9. Kelas start 9a.m. Tapi teringat Puan N pernah cakap, datanglah dalam pukul 8.30 pun takpe. Puan N memang cool. Entah kenapa rasa segan kalau pergi di kala waktu sudah melewati pukul 9.00 lebih. Padahal bukan nak pergi mesyuarat Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu  pun. Macam lah tak boleh masuk kelas, kena berdiri dekat luar pintu sambil junjung mesin jahit kalau masuk lambat. Takkan punya. 

Akhirnya, setelah dirasuk syaitan (salahkan syaitan tq), aku terus termenung untuk beberapa lama. buka pc and decide untuk ponteng kelas lagi. 'Ah... minggu depan lah, bulan 3 start semula kelas'. Dalam hati i berkata-kata.

Maka memang sahlah harini saya tidak menghadirkan diri di kelas. Macam ni nak register kelas Master? Perangai suka ponteng kelas tak boleh nak dikikis. Disiplin pun tak ada. Kelas Master konon. (ada hajat, tapi perlaksanaannya entahla bila. Semua benda pun nak buat. Haiyak!)

Setelah menjamu selera di tengahari yang HOT ini, harap-harap jeans i baru basuh sempat kering, saya pun membaringkan diri sambil menonton cerita Korea, Lie To Me. Entah bila mataku terkatup tidur tidak sedarkan diri. 

Bila bangun dah pukul 3 lebih terus check henpon. Auww... cikgu SMS i lerrr...  'Salam chiku. dh lama x dtg claz?' owh yeah... seperti terkena panahan petir pabila membaca SMS tersebut. Setepet terus terkena atas batang hidungku ini. Saya rasa hidung ni dah berdarah-darah dah. I reply. 'Sori cikgu, saya ingat nak start semula bulan 3'. - Minggu depan ler tu kan. Mari kita berharap supaya minggu depan akan tertunai kata-kata ku itu. Dah cakap, kena pergi jugak beb. Kena pegiiiii... Kena pegiii... Kena pegiiiii... Kena pegiiiiiiiiiiiiiiiiiiii........

Sepatutnya harini kalau pergi kelas, dah boleh belajar and siapkan kain lipat batik terus. Kemudian mungkin cikgu boleh mula ajar baju jenis lain pula and beri homework untuk buat di rumah. Siapa suruh tak pergi? Padan muka!



And owh yeah. Kawan lagi seorang dah hantar sepasang kain untuk tempah baju kurung juga. Nampaknya saya dah ada 2nd customer... Alhamdulillah...

Me craving

Di dalam beberapa hari dalam minggu lepas, saya telah mengcraving beberapa buah makanan. Tidaklah di sini saya ingin menyatakan yang saya mengidam kerana anak didalam kandungan saya. Jikalau begitulah, tentulah saya akan di tempeleng dan dimaki hamun seluruh ahli keluarga. Ini adalah kerana saya adalah masih single trang tang tang.

Tidak tahulah apa yang tak kena dengan selera diri ini. Lebih kepada hendak memenuhi tembolok perut sendiri lagaknya. Makin set dalam otak nak diet, makin nafsu makan membuak-buak. Well., perempuan kan ada 9 nafsu yang perlu dikawal. 

Satu hari di minggu lepas, buka peti ais, tengok ada daun kucai. Ye ke daun kucai? ntah saya pun tak pasti. Tapi mengikut firasat hati dan kepercayaan diri, saya yakin ia adalah kucai. Kalau salah pun tak apa, itu keyakinan saya... (hahaha)

Tak tahu kenapa, terus hati membuak-buak sayu nak makan daun kucai. tapi nak masak apa ya? Herm... dalam masa yang sama sangat kempunan nak makan sup ayam. Maka apa lagi, campak saja daun kucai dalam sup ayam tersebut... Kembung perut saya menghabiskan 1 periuk sup tersebut. Disertai dengan sambal kicap pula tu. Subhanallah, sedap dan nikmatnya. Walaupun pedih di punggung, tetapi nikmat  setiap hirupan itu adalah tidak terkata. Masya-Allah....  Slurppp... 


Ayam 2 ketul aje. 
Soup for 1 person only maaa...


Pada hari Isnin-nya pula, saya telah menjadi sedikit tamak haloba. Sangat-sangat teringin hendak makan KFC. Tetapi bukan itu sahaja. Di mana ntah selera buaya ini datang, hendak makan Red-Velvet cupcake juga pada masa yang sama. Maka telah up entry di facebook. beberapa rakan telah mensajes sebuah kedai yang dah siap ada, tak payah order tunggu seminggu baru siap. Hari ini berkehendakkan red-velvet, hari ini juga boleh dapat. yahooo... hati rasa bahagia.

Maka sesudah tamat waktu pekerjaan, saya bergegas ke KFC berhampiran. padahal sebenarnya lagi suka ayam goreng McD dari ayam goreng KFC. tak tahu kenapa selera jadi begitu teringin ayam KFC. Kakak aku mengandung barangkali. hish... 

Sifat tamak haloba itu tidak berhenti di situ. Sebaik tiba di KFC, dinner plate yang memaparkan 3 ketul ayam nampak lebih berselera dari Snack Plate 2 ketul ayam. Guess what, tentulah saya order Dinner plate 3 ketul ayam. HAHHAHAHAHA... 



Dalam pada rakan-rakan di facebook mensajes kedai cupcake sedap di KLCC nama Bisou, saya pula sibuk mengadjust seorang teman yang kompem balik naik LRT dekat stesen KLCC. Cakap pada dia, saya teringin nak makan cupcake red velvet. Alhamdulillah, rezeki hari itu, rakan saya yang baik hati itu, sudi membantu. ngehehehehehe... senyum lebar~~~

Saya order 10. Ingatkan sikit dah. Sebab cupcake red velvet yang biasa saya makan, yang kawan saya biasa tempah dekat 1 tokey ni, sekali makan, boleh la sekali 3 terus. Sedap habaq hang....  Rupanya cupcake ini besar sedikit saiznya. 



If you can zoom in the receipt there, you can see how expensive it is. untuk 10 ketul, RM60 yawwww.... terduduk jap saya bila di inform oleh my friend yang tolong belikan untuk saya itu. Tapi dapat percuma 2. Jadi 12 ketul adalah RM60 yaawww.... ya ampun... memang mahal mintak ampun! And to be frank, takdelah sedap sangat. Makan 1 pun dah cukup muak. Saya prefer red velvet yang kawan saya biasa tempah itu. Tetapi craving tak ketahuan punya pasal, saya relakan aje. Oleh kerana ada 12, 2 daya beri pada kawan yang tolong beli itu. 4 saya bawa pegi ofis makan dengan teammate. 3 saya sedekahkan pada jiran bawah yang rapat sikit and rajin bagi makanan juga pada saya. 

Jiran tanya, "Buat sendiri ke?" 
Saya jawab dalam hati "are u kidding me????". 
Jawab luar hati "Takdelah kak...mestilah beli". Kemudian senyum-senyum sopan mintak penampar.. eh... mintak undur diri...

Kek dia rasa muak. Cheese dia pun rasa macam mana ntah. Ntahla... mungkin tak kena dengan selera saya. Nak menyesal tiada gunanya lagi. Inilah akibat craving yang melampau. Lupa pula kedai ni berada di KLCC. memanglah harga mahal mintak ampun. Tak apalah, dah beli pun. Siapa suruh craving mengarut-ngarut lagi. Redha dalam tangisan. T__T. This might be the first and the last beli cupcake di sini. atau mungkin boleh cuba perisa lain pula. hahahaha...

And there goes my diet...

Alhamdulillah rezeki Allah bagi...



Malam tadi pergi kuliah Ustaz Don. Alhamdulillah dapat peluang jadi makmum dalam solat Isyak yang Ustaz Don imamkan... Sedapnya bacaan dia. 120 minit bersama Ustaz Don, serius tak terasa. Cara dia menyampaikan kuliah seperti bercerita. insya-Allah saya up lain entri ye.... daaaa~~~~


Wednesday, February 22, 2012

Me first customer


Alhamdulillah syukur, akhirnya baju ini telah berjaya disiapkan. Terima kasih kepada rakan yang mempercayai dan memahami. Bukan sekejap nak siap baju ni. Sebab kekangan masa. Well, saya kan menjahit ni part time aje. Hari biasa adalah pekerja buruhan di kantor. Weekend pula, biasalah...banyak betul dugaan. Mesin jahit tepi pun tak ada. So, agak susah sikit untuk saya. Tambahan pula ada anak kecil (anak buah) di rumah. Sibuk membontoti majang dia ni. Pantang masuk bilik, kalau pintu ditutup, dia ketuk-ketuk, lepas tu buat suara sedih panggil nama majang~~ majang~~. Bila dah masuk bilik, habis onar dibuatnya.  [Alasan nak sedapkan hati je tu. Kalau nak seribu daya beb. Kalau tak nak, ni la dia, alasan panjang berjela]. 

Anyway, lega sangat coz dapat deliver. And dia pun agak puas hati. Cuma katanya, kecil sikit, sebab dia suka pakai baju besar-besar. Ni mak dia pula nak tempah. Tapi saya belum ambil lagi sebab masa pergi rumah dia haritu, saya tak bawa pita pengukur. Lepas ni, kena bawa pita pengukur ke mana sahaja... Kalau ada Galaxy Note ni kan best... boleh ambil ukuran, n tulis dalam Galaxy Note... barulah nampak macam Tukang Jahit yang berjaya dan bergaya. owh.. i like!





Sunday, February 12, 2012

My Shopping Items


Cuti Tahun Baru Cina haritu, aku dan kakak aku pergi melawat Sogo. Di hari Sabtu yang kami ingat tak ramai orang, rupanya penuh juga Sogo itu. wondering dalam hati, diorang ni tak balik kampung ke? Ewah... ngata orang sangat. Yang aku tu pun ikut sama semakkan Sogo, tak balik kampung ke? Sedey tau cerita pasal kampung sekarang.... huhu

Anyway, niat di hati memang nak sambar sebijik beg simple, yang besar sikit, supaya boleh letak encik Kamera dan dibawa ke mana-mana. Kalau tidak, buat apa beli encik Kamera yang hensem itu, kalau tak boleh dibawa berjalan-jalan. Dah la kamera henpon dah lama tak boleh berfungsi. Jadi kebergantungan kepada encik Kamera memang tinggi.

Di samping itu, tujuan lawatan juga adalah untuk mencari sepasang kasut buat ganti kasut kerja yang sudah agak kehausan. Aku tak ingat dah pakai setahun or dua tahun kasut sebelum ni. sudah nipis tapak pijaknya dah rasa macam jalan atas tanah aje. Sayang lagi kasut itu sebenarnya sebab fizikalnya masih elok, tiada cacat cela.

Mula-mula dah sambar beg yang agak simple. Harga pun murah aje. Macam mana ntah boleh berjalan-jalan, dan kemudian hati gedebuk terus jatuh cinta padang pertama pada beg putih itu. Maka dengan hasutan seorang kakak, apalagasss....sambar la terus. beg pertama ditolak ketepi. nyah kau. hahaha... 

Berjalan pada area yang sama, terus pula jatuh cinta pada dua pasang kasut ini. Yang hitam boleh ganti kasut kerja. yang putih sebab cantik dan tetiba padan pula dengan beg yang i dah jatuh cinta pandang pertama tu, padahal baru aje beli wedges kaler cekelet yang baru pakai sekali. kihkihkih. Maka apalagas, terus sambar jua. 


Macam satu set kan?

kasut hitam ini ... nice di mata, tidak di kakiku.

Kasut hitam ini setelah memakainya baru dalam seminggu ke opis, hati macam terpecah-belah sedikit. Hairan, kaki jendul lebih belah kiri aku tak buat hal kali ni. yang sakitnya kaki tak berapa nak jendul belah kanan ini. tak tahulah kenapa. Melecet di hujung jari. Terpaksa control jalan pakai kasut ini buat aku tak ketahuan aje. Bunyik dia yang macam derap tapak kuda pun buat aku tak selesa. macam kuat sangat pula bunyinya. macam korporat sangat. Macam nak bagitau semua orang... "Hoi, aku masuk opis lambat lagi harini.." hahhaha... Kasut sebelum ni tak bunyi, nak lari dalam opis pun tak segan. 

Ah...pakai jelah dulu sampai ranap. Nanti boleh shopping lagi. yeehuu....





Thursday, February 2, 2012

Gaya pemakanan sihat konon


Tahukah anda caffein adalah tidak baik untuk kesihatan? Saya memang malas google. Saya tak buat research pun. Tapi hanyalah berdasarkan pembacaan melalui tajuk email yang diforward-forward, baca sikit intipati intisari rancangan dan isi, kemudian buat kesimpulan berdasarkan pembacaan tidak lengkap tersebut, ooo....caffein tidak baik untuk kesihatan.

Tahukah anda, saya suka sangat minum Nescafe? Tidak tahu? Tidak mengapa. Ini saya beritahulah. Nescafe seumpama dadah bagi saya. Harus minum hari-hari. Kalau tak minum, rasa macam takde apa sangat pun. Boleh je tak minum. Tapi rasa kehidupan lebih bermakna dengan Nescafe. Tambahan pula Nescafe buatan kakak saya. owh.... Nescafe dia rasanya sangat indah.

Namun atas kesedaran sivik, ehem... lebih kepada kesedaran ke atas pertambahan usia ini, di kala metabolisme badan menjadi semakin rendah (tiada kaitan je rasanya ntah), saya mula menghindarkan pengambilan Nescafe sedap ini secara drastik. Actually, memang takde drastik sangatlah. Cuma di rumah sudah tiada stok Nescafe 3 in 1 seperti selalu. Kalau sebelum ini, pantang habis, confirm Nescafe and Coffemate akan di top-up. Sekarang apabila pergi ke pasaraya, menangis-nangis menahan diri dari mengambil 1 pek Nescafe di rak pasaraya tersebut. Paling kurang, akan buat jelingan sayu, atau mengusap-ngusap lesu pek Nescafe tersebut. Hati sayu, tapi azam kena kuat konon. Kita tengoklah konon-konon ini akan bertahan sampai bila.

Oleh kerana saya banyak mewarisi unsur-unsur negatif ibu bapa, contohnya :

i) bapa kulit sensitif - i got it
ii) mommy ada lelah - i got it
iii) struktur gigi mommy - i got it
iv) jendul di kaki mommy (how to say it lah this one... kalau tak salah aku mommmy got it lah) - i got it

apa lagi tah, tak tau. yang lain-lain tu, takde hal, aku mewarisi dengan rasa senang hati. Terima aje ketentuan Ilahi. Tapi part struktur gigi itu buat saya risau. Kerana ibu kata, masa mengandungkan anaknya yang first yakni tentulah abang sulung saya, dia telah pun mengalami kerapuhan gigi.

Oleh kerana dengan itu, takut gigi luruh tak pasal-pasal terjadi kepada diriku, aku cuba mengambil inisiatif di usia tak berapa nak remaja dah ni, untuk mula mengamalkan pengambilan susu secara radikal. Apakah ayat ini? Untuk membekalkan diri ke arah kesihatan dan kecekalan tubuh badan, maka kini aku mula membekalkan diri dengan bekalan kalsium. Insya-Allah baik untuk tulang dan gigi.

Mari minum Anele...


Anlene coklat sedap.
Image from google.