Pages

Saturday, August 24, 2013

Bedung ready made


Salam... Greeting earthlings...

Itu hari saya ada bagitau pasal bedung baby yang siap readymade. Kerana ada pelanggan telah memesan sejumlah 10 barut + 10 bedung pada diriku ini. Maka saya telah rambang mata di kedai kain, maka membeli lebih. Berikut di bawah adalah bedung yang telah saya siap jahitkan untuk dijual...



ukuran : 1 meter




1, 2 dan 8 telah dirembat sudah, harap maklum.


Diharap sudilah pilih mana yang ada. Boleh tinggalkan email di ruang komen saya. Saya akan contact anda semula.


Sekian, terima kasih.

Thursday, August 22, 2013

Iftar 2013


Alhamdulillah syawal sudah separuh berlalu. Sudahkah ada yang setel puasa 6 merangkap puasa qada sekaligus? bagus Alhamdulillah... Bagi yang belum, jangan bimbang.. Masih ada masa sebelum syawal berlalu. Sebelum habis napas dan jika diizinkan Allah... 


Berlalulah sudah Ramadhan, tapi baru nak citer pasal iftar. Left behind much? 


Johnny's

First get together iftar dengan rakan-rakan yang semakin berkembang biak. Mereka nilah teman-teman zaman muda remaja dulu. Merepek bersama-sama. Sekarang masing-masing sudah berfamili (excluded me, ika n lyn) namun masih mencari ruang dan waktu untuk bersama-sama. Friends still. Alhamdulillah...

Johnny's for iftar, tiada menu yang berubah, tiada pakej lebih yang istimewa sempena Ramadhan. Just Johnny's being Johnny's. Thats what we like. Bagaimanapun, harus booking awal. Kami warga yang dah kempunan sambal sedap steamboat Johnny's itu pun apatah lagi, berpusu-pusu la membooking tempat di Johnny's. Selain steamboat, nasi goreng dia pun sedap lahai~~~



selesai makan sudey, mari bergambar kenangan




Grand Dorsett Subang Hotel (formerly known as Sheraton Subang Hotel & Towers)

Alhamdulillah. Rezeki orang belanja. Aku makan sajalah. Rezeki jangan ditolak kata James Morrison. Berapa ringgit, jangan ditanya. Kerana orang yang belanja dah bagitau banyak kali pun macam tak digest dalam minda sebab hanya perut yang digest makanan percuma tersebut. Cuma dia bilang, adalah dalam seratus lebey.

Walaupun makanan nampak banyak, tapi ntahlah... Tak banyak pun yang aku makan. Pilihan ada banyak, tapi mungkin nampak kurang menarik. Entahlah... Ni kalau datang suruh bayar sendiri, memang aku tak pergilah. 

Samada korang kena ambik makanan awal, atau datang kemudian selepas solat maghrib untuk ambil makanan. or else, berebut-rebutlah atau beratur panjang.


deco + fruits

antara hidangan yang ada
ada lagi kat luar and few corner
tapi tak amek picture


Al Maida Restaurant
Middle Eastern Restaurant in Kuala Lumpur
Jalan Raja Abdullah
Kuala Lumpur, Malaysia 50250 


This is gathering for my car club.

Buffet RM35 per person. Alhamdulillah... makanannya elok-elok sedang-sedang cukup-cukup sahaja. Makanan arab yang sedap. Sesuai dengan tekak dan selera aku. Tak lebih, tak banyak sangat, mungkin sesuai aja dengan harganya yang tak berapa mahal. 

Walaubagaimanapun, aku agak kecewa sebab makanan tak di top-up. Alasan kerana mereka tak jangka orang ramai untuk walk-in. Hallo~~ dah tu kami yang booking dulu ni macam mana? Kalau dah offer buffet, korang sepatutnya expect the unexpected. Aku agak kesal sebab kawan-kawan yang datang lambat sedikit, tak mendapat pilihan makanan yang banyak. Kambing habis. Lauk dah tak banyak. Roti dia pun macam dah terbakar-terbakar sikit towards the end. Makanan tak top-up adalah big failure untuk buffet. 

Pukul 9pm onwards dia dah buka untuk ala-carte. But we did not stay that long and i think, they should at least do something for those yang datang lambat sikit kerana kasihan sangat mereka. I do feel bad coz i am one of the person who arrange for this buka puasa gathering.




lepas berbuka, kitorang pergi Titiwangsa kejap




Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC)

Rezeki datang lagi! (baca dalam intonasi Tora datang lagi! siapa taktau apa itu Tora, ok.. anda memang sangat muda lagi...)  Kali ini rezeki datang dalam bentuk voucher. voucher terbang melayang-layang. Ada orang offer, maka grab sahaja. Jangan cakap banyak. Muehehehe...

Alhamdulillah diberi kesempatan makan di tempat yang agak eksklusif. Beb.. kalau bayar sendiri memang i tak mampula.. T__T  Sedap! Tak sempat nak try semua benda sebab perut dah kenyang sangat. SEMUA benda kalau boleh nak try sumbat. Sedap tak tipu. Kambing dia pun sedap meleleh-leleh siap dengan pelbagai sos pilihan. Roti aiskrim goreng dia tak sempat makan sebab ramai sangat beratur jadi malas. Salahkan diri sendiri. yang ini boleh bagi 5 bintang!

Sorry tak sempat nk snap gambar makanan sebab sibuk sangat. Apa yang ada jelah... hihihi...







Aku ni takdela makan banyak sangat. Kalau buffet, aku tak berapa nak prefer sangat, tambahan lagi untuk buka puasa, biasa memang tak berapa nak makan sangat. Tapi kalau buffet yang orang offer nak belanja, aku laju jeeee... Hahahaha...

Alhamdulillah atas rezeki. Okeh..lepas ni boleh update pasal raya. 

Assalamualaikum....


Wednesday, August 14, 2013

Selamat Hari Raya... Ho ho ho...


Aku sebenarnya sekarang telah termasuk dalam kategori orang yang kurang mengupdate blog atas kapasiti, perlukah aku tuliskan ini. Lagipun, blog busuk ni berapa kerat je orang nak ambik tahu pun. Tiada benda penting-penting sangat. Semuanya berunsur peribadi sukatiaku je nak tulis apa. Hahaha... Bukankah niat asal sekadar mahu mendokumentarikan apa yang terbusuk dalam hati dan terlalu-lalang dalam kepala? Sekarang kenapa berbunyi macam ketagih statistik? 

Okeh...

Banyak benda dah skip. Banyak benda sepatutnya aku plan nak tulis, tak tertulis jua. Nanti aku dah tua-tua lupa ingatan, sepatutnya boleh buka balik blog ni dan kemudian termangu-mangu sendirian sambil berkata "eh...aku pernah buat benda ni dulu? Gila rock aku dulu eyh... napa tak ingat ni?" Di kala itu, entah-entah link blog sendiri pun aku dah lupa.

Harini Syawal ke 7.
Hanya nak ucapkan 'Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.'

Walaupun lambat sudah, asal tulus ikhlas lahir dari hati.
Nak update pasal places and iftar. Tapi ni dah menjelang raya pula.
Nantilah, insya-Allah. Diusahakan.


Sekarang sibuk menyiapkan order orang. 10 barut dan 10 bedung. Mula-mula dah beli 10 untuk bedung dia, tapi dia macam tak berkenan dengan kaler. Baby girl katanya. Terus aku pergi borong lagi kain bedung kaler pink. Corak and pilihan kaler tak banyak sebenarnya. Jadi, bila dah girl, most of it kaler pink lah. Pilih la dik non. Makanya nanti, akan terhasillah few of ready made bedung. If ada sapa-sapa cari ready made bedung, roger me okeh! Ukuran - 1 meter. Anak buah aku 7 bulan pun masih boleh ikat dan bedung dia. insya-Allah boleh guna smp dia beso tapi takdelah sampai umur 10 tahun, harap maklum. Nanti aku uploadkan gambarnya bila dah ready.


Alhamdulillah, order untuk jahitan, tak putus-putus. Tapi pinggang dengan tangan aku plak yang macam nak putus menjahit. Asalkan tak putus harapan dah kira ok la kan?

Eh... sekali lagi... 'Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin' from chikuru with love. muahs. XOXO...