Pages

Thursday, September 19, 2013

Vandalism


Hi dear blog. I miss you dearly. I swear i want to write and update you everyday when i open up my eyes after my good or not good sleep. Tapi ini semua ketentuan. tak dapat nak merealisasikannya dalam dunia fana. hanya dapat berangan dan berazam untuk menghapdate kamu dearest blog yang ku kasihi tanpa berbelah bahagi. 

sebulan puasa telah berlalu. malah sebulan raya juga telah berlalu. hajat hati nak update pasal raya. tapi, bulan ku tunggu tak juga jatuh ke riba. kalau dah jatuh ke riba takut  pula jadinya, kalau kiamat amalan tak banyak lagi ni malah dosa bertimpa-timpa. wuhuhuhu...

So, kejadian pagi tadi merubah segalanya.

aku dah bajet keluar rumah awal dah boleh sampai ke opis lebih awal 2-3 minit sebelum waktu official office hour. kira awal la tu kan... melangkah dengan yakin sehinggalah tiba ke tangga tingkat akhir. daku dapati ada SURPRISE di situ menanti. oiii... panas ai tengok SURPRISE itu. panas di hati siapa yang tahu. inilah nak bagitau ni....




ini vandalisme. Kureng pekasam betul siapa yang suka hati letak tampal iklan kat situ? DBKL dah cat bangunan cantik-cantik, dia pegi tampal iklan kat situ. gam letak keliling ok! supaya iklan dia tak tercabutkah??? haish... mentang-mentang perumahan flat, sesuka hati je tampal sana sini. besok lusa kalau orang lain plak belaka tampal kat dinding tu, nak jadi apakah? mengapa nilai moral sangat rendah ni? ai is geram... maka ai is buat apa? ai is koyak-koyakkan dan cabut iklan kurang moral itu dari dinding blok daku. ai is angry u know. angry! ~buat muka geram~ apa ingat hari-hari ke orang kat flat ni nak beli kereta?



di pagi yang dah tak berapa nak dingin coz panas hati panas mata dengan perbuatan vandalisme itu, maka daku telah memaksa diri 'exercise' menggapai-gapai sambil terjengket-jengket mencabut iklan tak bertanggungjawab itu. lihatlah hasilnya. cat pun tercabut-cabut sedikit menjadi sedikit tercacat di situ. benci tau tengok... T__T



bila turun bawah sikit lagi, tersakit  mata plak dengan sampah-sampah yang macam aik, tetiba je banyak di situ. dulu, abang tingkat bawah tu rajin sangat menyapu + jaga kawasan bawah tu. memang kemas. dia sapu sampai ke kaki lima sebelah bangunan. even tempat buang sampah kat belakang pun dia kemaskan. tapi entah la apa terjadi dengan mereka-mereka ini, konflik dalaman blok agaknya (aku tak amek pusing), abang itu telah berpindah. Maka kawasan bawah itu tidak terjaga sangat dah.



Yang mengecewakan aku sebenarnya, bila ternampak Pos Laju punya surat itu... Entah mengapa tergerak hati nak ambil tengok, sekali "e'eh... aku kenal sangat dengan nama penerima nih". Rupanya nama kakak aku yang tertera di situ. mengapakah encik pos Laju meletakkan surat serahan itu di situ? mengapa ia tidak diletakkan di hadapan pintu rumah? bukankah perkhidmatan Pos Laju itu adalah perkhidmatan berbayar? untuk apakah surat collect itu diletakkan di situ bersama-sama dengan sampah-sampah itu? Ouh... >__<  ~geram~


begitulah kisah pagi Khamis-ku bermula, seorang golongan marhein yang tinggal di rumah flat. Esok hari Jumaat. Hoorey~~~