Pages

Monday, October 31, 2011

selamat hari raya haji


salam...

baru je habis raya deepavali. sekarang dah nak dekat raya haji dah. bulan october pun dah berlalu pergi. bakal menyapa bulan november. pejam celik, pejam celik, its gonna be the end of the year sudah. pantas. dalam sedar dan tak sedar.

Alhamdulillah, dalam tahun ni dah ramai rakan-rakan yang sudah dan bakal mengakhiri zaman bujang mereka. yang menemui kebahagiaan dengan insan tersayang. Tidak ketinggalan my ex. -senyum dalam kepahitan- Tak kurang juga yang baru menimang cahaya mata, dan ada juga yang tambah koleksi. Aku? insya-Allah... doakan sahajalah. jodoh pertemuan itu kan di tangan Allah.

Raya Deepavali haritu, tak rancang pun nak pulang ke kampung halaman jumpa ayahanda bonda. sebab memang dah plan nak balik raya haji sahaja. dah lama tak balik Raya Aidiladha. stranded kat KL. sedey. tak mampu nak balik untuk both perayaan coz just selang seminggu aje. rindu tak rindu, homesick tak homesick, terpaksalah ku tahankan jua. Tapi kebetulan kakak aku - kakak cencaru and abang ipar a.k.a abang gorilla a.k.a abang G, nak pulang ke Kedah nun di sana. maka diorang dengan berbesar hati menjemput aku sekali dengan perbelanjaan ditanggung beres. Aku pun apalagi, beres-beres ni yang aku nak dengar kan. ON sudahhh.... dapatlah lepas rindu kat ibu bapa and budak kecik nama Amin itu. dah pandai main. sangat seronok !

Tiket bas untuk balik raya haji ni dah lama beli dah. Alhamdulillah sempat. masih ada rezeki. Memandangkan cuti jatuh hari Ahad, boleh lah balik lama sikit kan. Dengar ceritanya, raya pertama ada korban. My daddy cool nak masak mee rebus dengan daging korban tu. waduh... meleleh air liur den ni hah. Bayangkan lemak-lemak daging fresh tu, bakal menambah perasa marvellous pada kuah mee rebus itu. lemak-lemak jati akan terlekat-lekat di bibir tika menjamah dan menghirup kuah mee itu. Owh man... please come Friday soon.

Dengar ceritanya lagi, raya kedua pulak, ada BBQ. Kalau tak salah, 2 ekor lembu nak dikorbankan. Saudara-mara from Singapore nak turun. Sekor lembu mungkin dari diorang. Jadinya, raya kedua tu, akan di BBQ kan daging-daging tersebutlah. Banyak tu kan, dah tolak-tolak yang diagih-agihkan, takkan semua nak buat mee rebus kot.

Kesahihan berita-berita menarik tersebut hanya dapat dikenalpasti pada hari kejadian. Cannot wait la haiyoh.

Dalam excited perasaan nak balik kampung, tiket nak balik Kl semula belum beli lagi. Sebab bila nak balik ke KL semula memanglah perasaaan yang tak berapa nak excited kan. Menjadi warga yang hidup dalam dunia yang serba canggih dan moden, maklumat di hujung jari, bayar bil semua pun kat hujung jari aje, aku pun melayarilah www.maraliner.com.my. nak beli tiket kat hujung jari nyer pasal.  bas lain tak nak. nak maraliner jugak. tak taulah kenapa.



dah berkali-kali try, login, pilih seat cantik-cantik and nak bayar di hujung jari, dah keluar error plak. mood pun jadi tak cantik. terus telepon adik kesayangan nak mintak tolong dia belikan dari sana terus. mommy yang dengar dari kejauhan, terjerit-jerit excited. okeh. rasa nak nangis sebab mommy excited nak suruh daddy tolong belikan. terharu i. omak cakap, cuba cakap ngn daddy ni (buat loudspeaker).

aku pun panggil daddy manja-manja "daddy~~~~~~"
dengar bonda ayahanda gelak besar di hujung talian. aku bajet daddy dah cair dah ni. Buat ayat kesian dan pujuk rayu sikit, maka setellah urusan di hujung jari yang menjadi urusan di hujung talian. ekekekeke....

mommy daddy i love u. muahx...

Friday, October 28, 2011

Kelas Menjahit 2

Mulai blog baru ini, aku akan namakan kelas-kelas menjahit aku mengikut jumlah kehadiran semula aku ke kelas setelah bertahun-tahun lamanya memontengkan diri. Boleh buat rekod kedatangan sendiri. Rekod kehadiran rajin-ke-tak-rajin aku nak pergi kelas. And yes, insya-Allah tomorrow will be my third class after my long break.

Minggu lepas, Alhamdulillah aku berjaya pergi ke kelas. Seorang lagi cikgu baru muncul. Biar aku namakan dia Puan N Bila dah ada cikgu lain, ilmu pun lainlah... Dia bagi few tips on baju kurung. Aku hampar kain kurung aku pada dia. mulanya ingat nak jahit tepi aje. Pinggang nak selesaikan kat rumah. tapi dia insist untuk buat style dia, which i think is a good formula and good information and good practice for me. berapa kali good da...  Makanya, terpaksa buka balik jahitan, and try her formula. Biarlah berapa tahun pun aku stuck dekat baju kurung. Ilmu dari macam-macam cikgu. Different cikgu, different experience, different knowledge. 

Harapnya cikgu kali ni akan berkekalan. sebab dah agak ramai jugak cikgu yang bertukar ganti sebelum ni. Cikgu baru ni nampak lembut orangnya. Sepanjang kelas minggu lepas, Alhamdulillah senang berurusan dengan dia, senang berkomunikasi, senang bertanya. 

Aku memang si dumbo dungu masa dalam kelas. Sebab compare to others, ada budak-budak muda yang memang dah ada pendedahan, ambik kelas full time. Sabtu ahad just datang untuk tengok-tengok and hang out.  Ramai juga senior-senior yang memang full time jadi tukang jahit. Aku with zero knowledge memang banyak melangut, blur all the time. 

Cikgu asal yang akan saya namakan Puan R, telah membuka kelas teori baju kebaya untuk anak muridnya yang lain. aku yang tak lepas-lepas lagi pecahan baju-baju kurung ni, mulalah garu kepala nak kena fahamkan formula yang nampak kompleks sikit tu. Kali ni kena pandai skit, tune kepala otak, ambik notes and cuba jugak fahamkan sikit-sikit and kumpul knowledge tu. Kalau tak, memang dia akan tinggal je terkapai-kapailah aku dan kejadian tak seronok pegi kelas akan berulang semula dan aku mungkin akan mula cari jalan nak ponteng kelas lagi. 

Oleh kerana minggu lepas tak sampai hajat hati nak revise baju kurung pesak gantung, dalam hati dah mula berkata-kata, sampai tahun bilalah aku nak stuck kat baju kurung ni. [Teori class dengan Puan R, baju kebaya. Practical dengan Puan N, baju kurung].

kali ni nak suntik semangat baru untuk rajin pergi ke kelas mengenangkan banyak yang telah dibelanjakan untuk kelas ni. payment pun dah bayar habis. Kalau diikutkan, agaknya yuran kelas ni boleh buat bayar yuran kelas Master. owh...and my ex dah pun grad his Master. Dia register Master lebih kurang je dengan date aku register kelas jahit. Mengenangkan return money is a no no, akan harus paksa diri menghabiskan pengajian di sini and get my SKM sijil. harus harus harusss....


Jadi kali ni, aku harus bertindak menyelamatkan diri sendiri. Kena belajar untuk berani bertanya. Sebab saya ni super pemalu... auuwww.....

Owkeylah....nak sambung jahit silang pangkah untuk siapkan baju kurung itew. esok mungkin akan sudahkan jahitan pada kain kurung. nanti dah siap, aku cuba uploadkan baju pertama aku sesudah bertahun tak pergi kelas okeh insya-Allah... But anyhow, it will be my 6th baju kurung. 

Daaaa....

The Way We Were



Scattered pictures of the smiles we left behind
Smiles we gave to one another for the way we were.

Can it be that it was all so simple then
Or has time rewritten every line
If we had the chance to do it all again, tell me,
would we, could we

Mem'ries may be beautiful and yet
What's too painful to remember we simply choose to forget
So it's the laughter we will remember
Whenever we remember the way we were.

The way we were.

Sunday, October 23, 2011

Blood Donation

Last Friday, i went to a blood donation. The blood donation is to receive donation of blood. i went to the blood donation to donate my blood. 

Mengapakah blood donation ku perlu diceritakan di sini? Apakah pula pandangan orang lain yang telah mendermakan darahnya berpuluh kali sudah. Mesti hatinya kata, tak heran beb. gua nyer darah gua dah derma 80 kali tak kecoh citer dalam blog gua pun. Begitulah... saya menjadi over excited sebab ini adalah pertama kali ku. Jadi ampunkan daku. Mungkin penceritaan ini dapat membuka hati orang lain yang belum menderma, supaya dapat menderma. Seperti mana daku yang dah berpuluh tahun hidup baru terbuka hati nak menderma darah. Suci kan niatku itu?

Pernah dulu sudah, niat di hati nak menderma. Masa tu aku baru belajar dekat U. Ada kawan nak derma, tapi dia tak cukup zat. aku hanya teman dia sahaja. Masa tu i takut... Ntahla takut apa. Takut jarum and tengok darah yang keluar sampai 1 beg tu kot. tapi jauh di sudut hatiku, memang berniat nak derma darah juga suatu hari nanti. jauhhh.... jauuuhhhhhhhhhh disudut hatiku...

Kemudian, bila dah kerja, tempat kerja aku ni memang selalu organise blood donation ni. tak pernah sekali pun pergi. Masa tu takut sebab lain pulak. Ada member cerita yang dia jadi gemuk lepas derma darah. My ex pun cakap, badan dia naik lepas dia derma darah. Masa itu aku tak pasti adakah diorang yang menjadi kuat makan lalu menyalahkan pendermaan darah itu sebagai jalan mudah untuk menyalahkan benda lain. padahal tak nak mengaku, mengalami sindrom kuat makan bila umur makin meningkat. heh?? whatdelah? Masa itu aku tak tau. Aku memang betul-betul percaya dengan cerita itu, lalu menjadi takut gemuk.

Memang 'menjual ikan' a.k.a 'selfish' lah aku bila memang beralasan begitu. Tapi memang aku sungguh mengkhuatiri akan hal yang demikian. Maka bertahun-tahun niat suci nak terlibat dalam proses pendermaan darah itu telah dibantutkan. 

Sehinggalah tahun ini....

Teman sekerja pulang dari menderma darah pada hari Jumaat tersebut. And dia dah 8 kali derma. And dia kurus jerrr.... Katanya, ini pertama kali dia mendengar mitos kegemukan akibat menderma darah. Katanya lagi, dengan menderma darah, metabolisme badan dapat ditingkatkan... (Sebenarnya dia baca dari brochure yang dia baru dapat). 

Jadi, bila teman sepejabat yang seorang lagi mahu tak mahu, takut tak takut, pun rasa nak derma, maka kami membuat pakatan bergu. Kau pergi, aku pergi. Kau tak pergi, aku pun tak pergi. Dalam langkah takut-takut berani, kami pun pergi secara bergu. memang mengigil. Cuak dowh. 

A chinese girl was so sweet enough to comfort me. ekekeke... Dan dia sungguh comel berbahasa Melayu. 
"First time ka?" tanya dia.. Nampak sangat ke muka aku cuak? ceh... tak nampak hero langsung. 
Dia pun cerita, this is the second time dia derma. Bila aku tengok dia kurus jer, so aku makin mengharap cerita kegemukan itu memang adalah satu mitos.

Semasa proses mencucuk dan dicucuk, aku tak berani nak tengok. Takut nanti aku buat scene plak pergi lari lintang pukang takutkan jarum. Tidak ada pula doktor hensem yang boleh dipeluk. Pada siapa aku nak minta tolong?  Dah selesai dia cucuk, hati kata, 'ceh...tak sakit pun'. tapi tak tau kenapakah hati masih cuak-cuak ayam. until sampai dah setel pun, tangan masih sejuk beku. whatdelah?? Walaupun takdelah pening sangat, tapi macam bajet pening je. Foyos.

Aku harap mitos tentang kegemukan setelah menderma darah, adalah memang sebetul-betulnya sebuah mitos. Aku harap. kerana aku memang takut. Ini bukti kehadiran budak excited pertama kali derma darah. 


Goodies bag...

the content...

my first time ever certificate and book record. 


May my 450ml blood, sumbangan yang tak seberapa itu akan dapat menyelamatkan sebuah nyawa yang lain. Who knows, next time i'll be at the side who are in need instead of the side of giving. Terima kasih kepada mereka-mereka yang lain yang telah sudi mendermakan darahnya selama ini tanpa takut akan sebab yang ntahpehape macam aku sebelum ini. 

Marilah menderma darah... Pesanan dari chikuru, wakil Pusat Darah Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia...

Wednesday, October 19, 2011

Bini-biniku Gangster



Starring
Shaheizy Sam, Yana Samsudin, Intan Ladyana
Directed by
Ismail Bob Hasim
Written By
Yana Samsudin & Fadzil Zahari
Screenplay by
Ismail Bob Hasim
Produced by
David Teo



Bini-biniku Gangster? Kamonnn... Citer apakah ini? Another lame Malay Film? Citer macam ni pun boleh jadi filem? Ada orang nak tengok ke? Dah berapa kutipan kat pawagam ni? Cecah juta-juta jugak ke?

Well, this is my first opinion when i see the advertisement in TV. Memang sarkastik habis, eventhough aku pn tak sure apa maksud sebenar sarkastik nih.

Sekali lagi aku bermonolog dengan diri sendiri secara sinis, bila kakak ipar ajak tengok this film in Astro First. "hem... best ke citer ni? macam tak best je... kena tengok ke nih? " tapi oleh sebab nak jaga hati dia yang dah beria-ia suruh tengok and dah jerit-jerit suruh anak dia pasang channel 181, aku pun duduk lah tercongok depan tv tu, menanti apakah yang bakal berlaku pada masa depan aku. walaupun cerita dah setengah jam start, tapi itu tidak menghalang sebarang gesaan dari kakak ipar sayangku itu. takpe, nanti ada ulangan dia balik, leh tengok mana part yang tertinggal. nasib dia takde mintak RM15 tiket wayang, sekali dengan pakej makan nasik tengah hari, minum petang pisang goreng.

Setelah menonton cerita ini, bolehlah ku telan balik kata-kata awalku tadi. Inilah yang dikatakan oleh pepatah omputih, 'Dont judge a book by its cover'. tapi oleh kerana ini bukanlah sebuah buku, maka aku telah tidak mengaplikasikan pepatah tersebut.

Kesimpulannya, its not bad. Surprisingly a.k.a agak mengejutkan bila lakonan Yana Samsudin is quite good a.k.a agak bagus. Aku suka dia jadi Kak Yong yang gengster, tapi dalam masa yang sama, seorang isteri yang manja. auuww.... Babak lakonan dia tak mengecewakan sebab aku agak tak layan sangat dia berlakon drama. tapi tapi tapi... dia berlakon citer ni best okeh. tahniah kerana berjaya mengubah persepsi aku. lepas ni maybe aku leh p carik air pepsi. and aku suka sut Kak Yong dia. smart. nampak bergaya. cantik dia pakai. pakai skirt belasah orang, dan nampak sangat bergaya. Syabas Yana Samsudin. a big clap from me to you. clap clap clap....

Shaheizy Sam... need i say more? dia dah menang anugerah pelakon lelaki terbaik kan? kalau salah, harap maafkan, i malas lah nak buat research nih. tapi secara kesimpulannya, dia dah memang boleh berlakon dengan cemerlang sejak awal lakonan dia owkeh.

Intan Ladyana. herm... sejak first lakonan dia dalam Jangan Pandang Belakang, aku masih belum menyukai mutu lakonan dia. owh~~~masa tu tengok dengan bekas kekasihku. menggamit memori pula. nak ambik tisu lap air mata jap.. wuhuhu~~~ masih keras. nampak lembut untuk jadi seorang gengster. aih...kejap kata keras, kejap kata lembut plak. babak berlawan pun tak nampak kemas mcm Yana. adik otai besar plak tu. Abang dan ganas giler dah. Sorry... a bit disappointed with you.

Adalah beberapa scene yang kurang memuaskan. but i see it as the whole movie, its a quite hilarious movie. Kategori komedi ringan yang boleh diterima dan menghiburkan.

Suami didahulukan, pencapaian diutamakan.

Happy watching everyone. Kini di Astro First!!!


Tuesday, October 18, 2011

when...

when there is so much to write,
     but when you are in front of the pc then you just got stuck.

when you wake up in the morning and get ready to go to work, and while in the office, how u wish to do all the house work and so much things to do and all the plan you got in your head when u get home,
     but when you reached home in the evening you just want to lie down and watch tv.

when you plan so much things to go and to do in weekend,
     but when it is weekend you just stuck in the house, lie down and watch tv.

when you want all the things that u did not get,
     but when you get it you just do not want it anymore.
 
when you got the things you wanted or wish for,
     but you just did not know how to be thankful of what you are having.

when we are having something,
     but we want something else.

when you read other blogs and got inspired by their update, lovely words, and lovely life,
     but you just cant figure out what to write in your own blog and feel like you have no life.

when you have so many things listed down on what to buy,
     but you just do not have the money to bought it.


well, you can just change the 'you' to 'i' , 'i am' , 'me'.

Saturday, October 15, 2011

suppose to be about my homework

its 3.15 a.m in the morning now, and there is no sign that im gonna go to sleep anytime soon.

Harini belum confirmkan dengan cikgu untuk datang kelas. kerja sekolah minggu lepas baru aje disiapkan. kalau takde nak rasa mengantuk lagi, mungkin sekejap lagi akan sambung menulis semula nota pelajaran and try jahit baju kurung pula. MAYBE. mungkin. bermakna mungkin juga tidak.

*---------*

baru sebentar tadi kedengaran seperti bunyi pintu dibuka. debaran. rasanya grill dah bersolex. nasib rantai pintu dah disendal. harapnya hanya salah dengar. im shaking anyway. ahh...spoil mood nak sambung kerja. tapi buat cuak jugak nak  tidur. serba tak kena la plak.

living alone is quite scary jugak lah kan.


Saturday, October 8, 2011

Kelas Menjahit

Alhamdulillah... setelah beberapa lama dah tak pergi kelas, dalam minggu lepas terbuka hati nak pergi belajar semula. so, aku call cikgu tanya sabtu ni ada kelas tak? lebih bagus la macam ni. call cakap nak dtg, means kita dah buat komitmen. kalau tak, pagi2 hari nak pegi kelas tu mesti terasa malas. er... pengalaman lalu aku lah tu. bangun pagi tadi pun dah macam ada harapan malas nak pegi sebenarnya. ekekeke... kalau pegi kelas, cikgu lak takdek, lagi la jadi bertambah-tambah malas nak pegi kelas yang seterusnya. So, sekarang better call dulu tanya cikgu ada ke tak. barulah pegi serah diri untuk belajar.

dah lama sangat dah tinggal. Kali ni konon-konon berazam tak nak ponteng kelas dah. Good luck for me la kan... start balik harini dengan refresh semula baju kurung.

baru-baru ni nak try jahit baju kurung coz dah bosan tengok wardrobe baju yang sama je. so, haritu siap lukis pola segala. tapi bila mengadap kain yang terbentang luas depan mata,cuak-cuak alam tak berani nak potong kain.

kelas harini berjalan agak lancar. refresh balik camana nak potong kain and belajar pemahaman tentang lengan baju kurung moden. eip...formula nak potong kain baju lagi banyak dari formula belajar fizik tau... aku suka kelas harini sebab aku faham and dapat apa yang diajar. student harini tak ramai, so cikgu banyak tertumpu pada aku. masa plak penuh terisi. dari 9-1. balik rumah pun perut kenyang sebab cikgu belanja makan. rezeki harini.

Hopefully kelas next week pun berjalan lancar. Jangan luper buat kerja sekolah ye chikuru.. aiyak...
daaaaa~~~

Bismillah...

Gosh i miss blogging. It has been years now since i stop writing ...

Been blog walking all this while.Been thorn apart of what to write coz i found out some blogs that are really cool, some are really informative, some are really inspiring, some are really beautiful with words, some are really islamic that give so much information and some are really cute and funny.

Then i decided just to be me and blog for myself...

There.... just a bit of introduction from me. chikuru signing out...
daaaaa~~~