Pages

Thursday, May 7, 2015

6 bulan setengah...


Hello baby... i see you angkat punggung and tolak lutut kedepan kemudian kepala tertomoih ke depan. Nak merangkak dah ke? Mengensot pun tak khatam lagi...

Seeing my own child grow in front of my eyes, it is such a joy. Dari dia kecik kurus 2.69kg sekarang dah bulat kuat makan, Alhamdulillah dah 7kg masa cocok 6months aritu.

Bila makin grow up, baju-baju pun mula menyempit. And mommy and papa is the happiest person to go and shop for you! Baju kerja mommy pun rasanya dah bertahun tak berganti. asyik ulang pakai yang tu je. Tapi when it comes to u, click click clik.. pay pay pay, buy buy buy je~~~ Online shopping is not good hokaeyh! 


Gigi belum ada
Mengada manja
Tido siang nak papa. tido malam nak mommy
Dah pandai tolak badak ke depan, dah boleh mencapai
Dah mula angkat bontot, dah mula angkat bontot dan luruskan kaki, dengan tapak tangan n hujung-hujung jari kaki kat tanah
dah macam mula nak angkat lutut juga.
Dah mula makan. banyak pulak. mommy bagi bekal 1 bekas buah. 2 bekas bubur. 5botol 4oz susu. Balik petang, semua habis. Fiiuhhh... 
Paling best tengok tahi dia sekarang. Macam tahi lembu. Dah pejal. Hahahhaa... Sebelum ni minum susu kan tahi cair je.. kikiki...

Carta kat atas tu, aku tipu je. 28hb pergi Klinik Kesihatan checkup + cocok, Nurse kata leh bagi bubur nasi dan ikan. Balik tu terus masak bubur. Tapi ikan aku tak berani bagi lagi. Ayam, ikan daging kita cuba 7 bulan nanti la ye nak... Sebelum tu pun ada consult dengan kawan aku, Dietitian. Dia kata boleh bagi dah bubur nasi. Just monitor je dia. So, puree aku bagi dia waktu pagi je. 

First time aku tengok tahi dia dah pejal-pejal macam tahi lembu tu, eksited hokeyh. Hhahahaha.... Anak pertama. kasi can ah... 

Love u baby. Moga Allah pinjamkan usia mommy and papa lama sikit, boleh jaga kamu hingga dewasa, tengok kamu kawen dan bercucu pula... Sobsob...