Pages

Wednesday, January 20, 2016

#37weeks 5 days


Buku merah jangan lupa bawa~~~

Ha.... walaupun keinginan nak melancong tu begitu tinggi sekarang, tapi sedar diri dengan keadaan yang tengah sarat memboyot sekarang, hanya buku merah pink Klinik Kesihatan ajelah yang aku mampu bawa sekarang. Ntah bila pulak buku merah passport itu nak bercop pula.. Lepas ni kena bawak 3 handbag dah.



Carta gerak anak ni, sebenarnya berapa orang yang memang tanda betul-betul lepas 10 pergerakan and jot down the exact time? Haaaa... sapa yang sebenarnya tanda bila dah nak dekat time jumpa doktor/nurse, takut kena marah? Haaaa.... Haaaa... baik ngaku cepat... Aku la tu antara orangnya.

Sebelum ni, letak rough time aje. As long as masih rasa dia bergerak, jadi kena alert dan bertenang sahaja. Masa Fatihah dulu, sebab cuak, maybe sebab tak perasan masa kerja, aku kata dia tak bergerak sangat. Hamek kaw, kena tahan wad terus. Aku dah tak letak time tu, sebab aku perasan lately baby tak bergerak sangat waktu pagi. Tapi kena lek lek tunggu malam, berpusing perut aku di buatnya.

Masa apoinment dengan doktor haritu, aku tanya dah. Doktor kata, as long as pergerakan tu normal untuk baby u, then its ok. 

Esok ada appoinment lagi dengan nurse. Jadi marilah menanda carta gerak baby. Nanti nurse tanya. Kikikiki




Friday, January 8, 2016

#36 weeks


Alhamdulillah... today mark my 36weeks of this 2nd pregnancy. Harap semuanya selamat sehingga melahirkan. Few weeks to go. Phewww... Neves is i.

Kalini aku plan nak pantang sendiri je kat rumah sendiri. My mother tak berapa nak kuat sebab baru lepas operate slip disc haritu. Boleh je jugak nak amek orang jaga pantang kat sana, tapi anak pertama ni nanti siapa pula nak tengokkan. Kasihan dia... Kena ambik maid sambilan la pula. Double the cost. Kalau kat sini, boleh lagi nak hantar kat pengasuh dia. Dekat je, depan rumah. Lagipun dia dah kenal and dah biasa. So, senang sikit la kot. Lagipun, masa pantang anak pertama, aku ni jadi lembik lemah longlai masa laki kena balik KL. menangis je kerjanya. kehkehkeh...

Haritu dah cari-cari siapa boleh jaga berpantang kat sini nanti. Sebab cari pun last minit, sana sini penuh. Huhuhu... Tersembang dengan sorang kawan ni, dia sajes sorang makcik ni akan duduk ngn kita 8.30am-4.30pm gittew. Masak pantang, bengkung, urut mommy- urus baby semua nanti dia buat. Boleh la temankan aku bila hubby dah habis cuti paternity dia nanti. Boleh juga minta tolong dia hantarkan Fatihah ke rumah pengasuh. Nasib baik dia free time February. Hopefully ok la makcik ni urut. Nanti aku bagi review. Insya-Allah...


Dah masuk 36 minggu ni, makin ketar la kepala lutut aku sebab by now, dah kena get ready la kan. I can say that it would be anytime now. Huhuhu.. Cuma aku berharap adik baby akan lebih bersabar lagi seminggu ke 3 minggu lagi. keluar macam kakak, 39 minggu pun ok. Sebab duty roster makcik bidan ni penuh January. Keluar 1 february pun ok sangat. masa anniversary mommy and papa. Leh la buat entri 2nd anniversary with 2nd baby. hakhakhak... Macam la boleh sesuka pilih tarikh.

Kalau nak ikutkan, memang dah tak berapa nak larat dah. Tido pun serba tak kena. Sakit pinggul, pinggang bagai.  Pusing sini sana serba tak kena. Nak bangun, duduk, jalan pun dah tak berapa nak larat rasanya. Dengan kakak yang baru setahun lebih ni. Kasihan betul mommy dengan dia. Baru nak manja begitu, dah nak dapat adik pula. Tidur pun berpeluk, bergomol. Entah macam manalah masa pantang nanti. Mommy kasihan sangat sama kamu, Fatihah. T__T. Itulah mommy harap adik baby boleh bersabar lagi  dalam 3 minggu. Bagi masa mommy manjakan kakak sikit lagi...


Hai my dear first born child....

Mommy sayu tengok awak sebenarnya.. Mommy sedang tak berapa larat nak jaga kamu. Semalam mommy MC, tapi terpaksa hantar kamu ke pengasuh juga sebelah petangnya sebab mommy tak berapa nak larat. Kalau boleh, dalam pantang nanti, mommy pun nak jaga kamu sendiri. Tapi, apakan daya...

Takpelah, lepas habis pantang nanti, mommy get back to you ok. Mommy will be loving the two of you ok. Awak anak yang baik sangat. Tak susah nak jaga. Semua orang pun cakap macam tu. Senang nak jaga awak. The first 3 months aje lepas awak lahir, agak mencabar keimanan mommy. Tapi masuk bulan ke-4, alhamdulillah... You are a very good girl. Senang sangat jaga awak.

Anak baik manja mommy 


My dear second child in mommys' tummy,

I know I would love you as much I love your sister. Harap dapat jumpa awak, sihat sempurna. Semoga dapat jadi anak yang baik, taat agama, taat ibu bapa, hafal quran, berjaya dunia akhirat, dapat jadi tiang mommy,mendoakan mommy masa mommy dah takde nanti... sob sob...



Wednesday, January 6, 2016

BabyShower my 1st child


Ingat nak tukar layout tadi. Tetiba ternampak gambar masa member ajak berbaby shower. takdela shower apa sangat, g makan-makan kat Seoul Garden, then pegi taman gedik-gedik amek gambar. Kikiki... Masa ni, dah tak berapa hari je lagi dah nak beranak. Tengah tak sihat, batuk-batuk nak sompuik. Tapi tiada kelihatan dalam gambar kan...Lama giler gambar-gambar ni duduk dalam draft. Kikiki....

Dah... layan gambar je... Hewhewhew












masa ni, kawan aku yang kiri sekali tu baru je kawen, sekarang dia dah selamat dapat baby kembar boy.

for the 2nd one ni, ntahla ada baby shower lagi tak. Tetiba teringat kimchi ni. ades.


Monday, January 4, 2016

Comforter Baby


Alhamdulillah... weekend lepas ada masa sikit nak mengadap mesin jahit. So, sempat la siapkan conforter untuk baby ni.. Tapi ni memang dah niat nak bagi kat kakak ipar. Dah lama start buat, cuma takde masa nak completekan aje...

Dah lama tak pegang mesin jahit sebenarnya. Tak ingat pun bila. Mesin sulam, niat nak belek pun, tak belek2 lagi. Semua tu tinggal niat aje... Jahitan tak berapa nak kemas la. especially border dia. I am a newbie. Buat pun suka-suka je. Nanti kena practice lagi.





Lepas dah siap ni, aku bentang la kat depan nak amek gambar. Anak dara ni macam suka la plak sebab ada banyak-banyak binatang tu. Dia siap point kat kucing tu, and buat bunyi kucing. Hahahaha... Suka ye nak.. Nanti mommy buatkan 1 untuk awak.

Tengah-tengah nak suh dia posing tu, apak dia datang nyibuk nak interpreme. Meh aku masukkan sekali dalam blog. hahahaha....




comforter sekali ngan sarung bantal
sarung aje... bantal dia, aku pinjam bantal Fatihah kejap buat model 


Lepas aku upload ni, ramai la plak minta bukak order. Dengan perut nan memboyot ini, tak mampu lagi la nak amek tempahan. lagipun belum mahir lagi nak menjahit baby quilt ni. Need more and more practice. Untuk baby dalam perut pun, aku belum buatkan. Apaknya plak dok tanya-tanya... untuk anak punya mana? huhuhuhu~~~ 



Agar-agar ni apak dia la semangat buat.
Siap pegi cari acuan nak buatkan untuk anak
Cute sangat ok apak dia ni.. Ngahahha
Tengok-tengok Fatihah geli dengan agar-agar. Sumbat kat mulut pun dia luih.
Bagi dia pegang pun, pegang geli-geli je. Hek eleeee..
Ngada sangat anak dara ni.

 
Ni gambar dia pagi tadi.
Alhamdulillah, dah tak berapa nampak kan bijik-bijik kat muka dia tu. Telinga dia pun dah getting better, aku rasa macam more to dah baik. Antibiotik pun dah nak habis. Kat muka tu la, harap berkurang lagi. Kalau dalam gambar memang dah tak nampak sgt.

Ha... ni mak dia plak. 35 minggu. Besar betul perut. Tunggu masa dah ni. Harap dapatlah keluar awal Februari walaupun dah semput napaih dah sekarang. Sabar dulu anak ye... 




Selamat bersekolah untuk anak-anak yang memulakan sesi persekolahan harini. Seronok tengok kawan-kawan upload gambar anak-anak dah sekolah. Darjah 1, darjah 2, Tadika... Turn aku lambat lagi. Dah kertu besok baru sibuk hantar anak g sekolah. Mak-mak lain anak dah masuk sekolah menengah. Hahahaha...