Pages

Monday, April 22, 2013

Mati


Have you watch video kemalangan ngeri di Federal Highway baru-baru ini? If im not mistaken, its happened on Saturday night. 

Few people at the scene record and share it on youtube. Cukuplah mereka sekadar share di situ. Saya tidak perlu untuk berkongsinya di sini pula. Harap-harap orang selepas ini pun tidak share video tersebut dimana-mana lagi. Kita jaga aib mayat-mayat itu...


Make me think...

Bagaimana keadaan aku nanti, bila tiba masanya Dia menjemput aku. Bagaimana mati aku. Bagaimana rupa jasadku? 
Akan kah aku diaibkan? atau akan kah aku dipelihara?



Ya Rabbi...
Aku terlalu banyak berdosa Ya Allah....




Wednesday, April 17, 2013

Stress level mencapai capai tahap pundak


Sebagai manusia biasa, terutama sebagai seorang wanita, adalah tidak baik untuk membiarkan seorang wanita itu berada dalam stress yang berpanjangan. Ini boleh membawa kepada banyak kesan buruk kepada sesebuah institusi, samada di dalam syarikat atau institusi kekeluargaan. Paling parah adalah dalam institusi kewangan.

Tak tahu mengapa, tetapi terapi shopping a.k.a membeli belah sangat berkesan bagi wanita-wanita yang mengalami masalah stress berpanjangan ini. Shopping sakan akan terjadi walaupun dalam keadaan yang kekurangan wang. Bahaya. Isu ini harus bijak ditangani dengan segera. 

Sekiranya anda merupakan seorang lelaki dan mempunyai isteri, pastikan anda memberikan tumpuan dan kasih sayang yang mencukupi kepada isteri anda. Jika tidak, dia akan stress. Bila stress, wang jadi taruhan...


Maka... sebagai seorang wanita yang lemah, maka aku turut terjebak dalam sindrom ini. stress dan perlu habiskan duit ke jalan yang tidak benar. Tapi pada tika dan waktu itu, memang terasa sangat kebenarannya. Get what im trying to say?





Selama ni aku usha je blog and facebook Al-Humaira' Contemporary  dari jauh. Model dia cantik amat. Bila dipakaikan shawl yang sangat vah vah davoom gitu, memang lagi nampak cantik la. Memang pandai dia menggugat iman aku yang memang tak kuat ni. Tapi kerana level stress tak berapa nak tinggi, maka aku dapat kawal lagi tahap kegugatan-ku itu.

Sehinggalah di suatu hari yang dingin, stress level capai tahap pundaknya. wahh... sasterawan sangat perkataan ni. 

Maka, tanpa segan silu, i roger kawan i. 

"Beb... shawl ni lawa kan?" a.k.a facebook, siap copy paste link kat wall dia. Nampak tak gigih di situ?

"Aku nak pergi nanti. Ko nak yang mana?" Vah vah... level stress dia juga sedang tinggi nampaknya. Hahahaha... Maka kami sambung perbualan di wasap.

Setelah difikir-fikirkan, kami pakat akan roger besok hari dulu. Tengok macam mana dulu.

Esok harinya, stress level aku masih belum berkurangan. Maka pagi-pagi aku roger Ika semula. 

"Beb.. aku tak g kelas. Jom?" Kantoi di situ tak pergi kelas kan? Owh... cikgu best aku dah lari. T__T

"Ok. kasik aku mandi dulu. Nanti dah siap aku bagitau." 

Hahahahaha... Nikmat bila punya kawan yang sebegini. Tak payah fikir panjang. Tak payah banyak alasan. Bila stress level sama tahap, masing-masing tak perlu dibawa berbincang. Maka di suatu pagi yang gila, kami pun terus ke Al-Humaira' Contemporary di Kota Damansara, membawa jiwa stress sama level kami bersama-sama.


Dan bermulalah episod jiwa lara tak ketahuan hala. 


we are aiming for this.
shawl FREYA
lihat.. cantik kan model dia dengan apa kaler sahaja pung?





aku rembat kaler ini, kemudian perasan nak lawan model dia.
muahahaha... 
jauh ketinggalan. T__T



RM69 sepasang. I is no banyak money, so I amek sehelai sepinggang aje. Ika amek 2 sebab dia kaya. *Jeles*



Tapi kemudian kami singgah gulatis. Beli kain pula! Owh no!!!!!!!! Hahhahahahahahahha



Kami stress dengan kehidupan. Sesiapa lagi yang berminat untuk mengurangkan stress level mereka, boleh juga melayari https://www.facebook.com/alhumairacontemporary atau di sini http://www.alhumairacontemporary.com/. Al-Humaira' Contemporary juga melayan wanita-wanita yang tiada masalah stress...


Sekian, terima kasih.



Friday, April 12, 2013

Barakah Jumaat


Pagi tadi sedang bersiap-siap untuk ke pejabat sambil pasang tv9, rancangan Tanyalah Ustaz. Ustaz kata bersabar dengan ujian. mungkin akan dihadiahkan sesuatu yang lebih baik. Selepas ribut menjelma, akan dihadirkan pelangi selepas itu.

Aku yang sedang bersiap sambil menghadap cermin cuma mampu tersenyum.

Sedang bersiap-siap menatap cermin yang membelakangkan tingkap bilik, yang tirainya telah ku buka untuk membenarkan cahaya masuk.. Sambil ustaz berkata begitu, dah setelah aku tersenyum, cahaya matahari memantul ke cermin. makin lama makin cerah. Jujur aku katakan, belum pernah terjadi sebegitu...

Entah mengapa tiba-tiba hati jadi tenang. Seolah aku diusap dan dipujuk. Seolah diberitahu akan ada sinar di sebalik semua ini. Sukar digambarkan perasaan aku tika itu.

Aku tersenyum dan bersyukur akan ujian-Nya.

Moga ada pelangi selepas ribut ini. Yakin ku pada-Mu, Tuhan...

Hikmah dan barakah hari Jumaat...







Tuesday, April 9, 2013

Nouman Ali Khan : The Quran's Remedy for Sadness




Misery...







Ya Allah... kurniakan aku kesabaran...
kurniakan aku hati yang redha....
tunjukkan aku jalan ya Allah...
Hanya pada-Mu aku berserah dan meminta....



Monday, April 8, 2013

Tudung Aidijuma


Saya telah membeli beberapa helai tudung bawal Aidijuma and i did wrote about it before (di sini).

At first, it was awesome. Colour cantik, 2 tone, unik.

Setelah dibasuh, entah mengapa jadi begini. Kerana ia tudung yang masih baru, maka kasih sayang masih tinggi. Oleh kerana itu cuci tangan, bukan machine wash.


see... macam tercarik-carik.
for all my tones tudung.
tapi yang putih tak nampak or memang tak jadi, i tak sure. 
belum belek habis-habis.



Tetapi masih pakai.


Saturday, April 6, 2013

Bersangka baik dengan Allah


Pada usia ini dan masih belum berkahwin, memang agak terasa sedih dan sunyi. Di kala melihat teman-teman lain mendirikan rumahtangga, merancanakan famili, memang tidak dapat dinafikan sedikit rasa sesak dan sebak itu menghantui hati ini.

Bertambah cemburu melihat rakan-rakan yang mempunyai bayi kecil yang comel. Hati ini meronta-ronta.

Tak kurang juga tohmahan dan gurau kasar dari teman-teman, menyiat dan merobek jantung ini. 
"Kau x kawin lg nak jadi andartu ke?"
"Kau memilih sangat ni"
"Kau dah tua la.."
"Jadi bini no 2 aku la"


Bertabahlah hati... yakin dan bersangka baik pada Allah....

Insya-Allah pasti ada pengakhiran yang baik. Amin...


Friday, April 5, 2013

Kelas Jahitan Tudung Day 2


Alhamdulillah, hari berikutnya lesson no 2 berlangsung dengan jayanya. Hari yang ditunggu-tunggu jugak sebenarnya sebab semua peserta macam eksited nak belajar tudung 2 layer ni. Al-maklumlah kalau harga pasaran jenama ittewww mau makan ratus-ratus jugak tudung senteng begini. haiyoh... tak mampulah kalau nak membeli~~~

Maka Mak jemah, mak jenab dan mak senah segala mula lah menyenteng lengan baju mempersiapkan diri untuk sebarang kemungkinan.


 1-2-3 MULA!

Bahan-bahannya.
kain. pengeras.pola

tu dia....
peserta mula beraksi menunjukkan kelincahan masing-masing di meja potongan kain.

peserta inilah paling hebat berlakon candid

half way sudah...
dah nampak rupa kan...


Setelah beberapa proses selesai, cantum sana, jahit situ, tetas balik tersilap jahit, jahit semula, tunggu giliran nak pakai mesin, panggil cikgu mintak tolong,  la apa la, dan segala-galanya... maka semua ahli peserta pancasitara ini siaplah sudah menghasilkan tudung 2 layer kebanggaan masing-masing...


Group photo harus ada...
gambar ini adalah sedikir blur. 
tapi letak juga kerana gambar yang tak blur itu aku kelihatan mcm saiz XXL sangat dengan akak yang cute-cute sangat nih..

gambar clear.
kan tak?
nampak aku paling besar gedabak kan?
dengan muka bulat begitu, mengapakah????


Maka selesailah kursus yang berlangsung selama 2 hari itu... masing-masing pun pulang kegembiraan kerana mendapat ilmu baru dan tudung baru. Apabila tiba di rumah, daku pun mengkemhoring dengan kamera dan tudung baru daku... 



muka tak percaya that i can do this!!!


ok ok.. muka senonoh sikit bajet comel. puuuiiiihhhh




*ps - as u can see.. i am trying to change to new template here~~





Wednesday, April 3, 2013

Kelas Jahitan Tudung - Day 1


Hujung minggu lepas saya telah berserah diri untuk pergi menyertai sebuah kursus - belajar sesuatu yang baru (bagi diri ini - orang lain dah ada yang expert dah). Pengalaman bermakna. Saja suka-suka join kursus buat tambah-tambah resume. Kihkihkih...

Alhamdulillah berpeluang mengikuti kursus giat MARA 1Malaysia. Kursus berlangsung selama 2 hari. 

Mengapa mesti ada 1Malaysia saya tak tau. yang penting, saya berpeluang mengikuti kursus menjahit tudung. Selama ini diri ini merasakan macam susah je nak buat tudung itu... Selagi tak berguru, memang semua benda pun jadi payah sebenarnya...

It was 2 days class of fun! Akak-akak sangat sporting!! Kelas yang penuh praktikal dan semua peserta kursus dapat membawa pulang tudung hasil jahitan tangan masing-masing. 



30-03-2013 - Day 1



Proses mengawning





Proses meng-kemho- secara perasan comel.
wahahahhahaha


Alhamdulillah... Hari pertama dapat belajar buat tudung lycra.