Pages

Wednesday, December 26, 2012

Wordless Wednesday


25-12-2012/ 7.21pm/ 3.015kg.

Welcome to the World.
Latest addition to the family.
Semoga kamu dilindungi, diberkati dan dilimpahi dengan kasih sayang dan rahmat dari Allah s.w.t
Amin.




Monday, December 24, 2012

Singapore - 1 day trip (PartII)

Part I


Singapore is an ohsem city i tell you. pembangunan nampak sangat terancang dan teliti. susunan bangunan sangat kemas dan bersih. rasa terkagum-kagum melihat kawasan-kawasan perumahan dan kawasan bandar Singapore.

see... ini adalah kawasan perumahan.
siap parking bertingkat.
kemas.

setiap area perumahan WAJIB ada kawasan riadah
tempat mereka berjogging2, bermain2
kemas


Actually mommy n daddy ke Singapore kerana ada dinner apatah. memang la nampak macam usaha gigih, sungguh jauh perjalanan dari utara ke selatan, siap seberang border lagi hanya untuk dinner. ppfftt... apakan daya, takkan nak larang. mereka pun dah besar. dah boleh buat keputusan sendiri. Kita sebagai anak-anak, hanyalah mampu memberi sokongan yang mana yang termampu... Hahahhaa...

So, kami ke Marina Bay untuk check out the area.

ohsem city~~
menurut kata kazen saya, this is where the big bank located.
see~~ Maybank ada di sebelah kanan sinun...

ops... im in the building already...
checking out the Convention Centre.


Marina Bay 
Sands Grand Ballroom 



check out the lamp!
kalau letak dalam rumah i yang kecik itew, terus tak boleh bergerak dah dalam rumah



sekejap kat luar, sekejap kat dalam.
ni kat luar plak lah..


louis vuitton single building from outside

eh...tetiba dah ada kat dalam
mommy daddy selamba masuk berlagak macam orang  kaya
maka saya pun terpaksalah masuk juga dan berlagak macam anak orang kaya
snap picture takut-takut sebenarnya nih..

berasa seperti Louis Vuitton saya yang punya!
muehh.. (bunyik ntah bila boleh merasa)
mengapa macam ceria syok sangat sengeh budak tu?

za famous swimming pool over the top

la papito n mamito feeling honeymoon~~~

lihat petanda warna merah yang saya warnakan di belakang sana?
daddy make me go there to take photo
so, terpaksa jalan jauh sikit semata-mata nak turun situ and amek gambar kat kadbod berhias itu.

Oleh kerana daddy makes me turun to take picture with that thing, so i make daddy turun jugak to take my photo. Then daddy makes Pak Ngah turun jugak to take our photos after daddy took my photo. Then daddy take my photo with pak ngah when i have took the photo of daddy and pak ngah. 
Mommy?  Dia malas jalan. ajak tengok handbag dia rajinlah...


Walaupun masih belum puas berjalan-jalan, namun perut yang lapar dilupa jangan. Kalau tak silap saya, this is Geylang, Kampung Melayu. Kalau tak salah la.. Kami ke sini pula untuk makan tengah hari. 


Kami diperkenakan Nasi Ayam Hainan.
Harap maaf, gambar sebelum tak dapat diselamatkan.
Kerana kebuluran yang tak dapat ditahan-tahan, hanya gambar selepas sahaja yang sempat.
Licin.

Oleh kerana this is an ad hoc trip for me, maka 1 sen Sing Dolar pun saya tak tukar. mengharap belas ihsan sepenuhnya dari ayahanda. Saya mengadu pada daddy, kaki sakit kerana pakai wedges. Dia buat dek aje. Tetapi tiba-tiba Pak Ngah ajak naik balik kedai kasut itu and i got this polkadot shoes Pak Ngah belanja. kihkihkih... ala.. tak ingat dah berapa $. Rasanya tak sampai $10 pun. TQ Pak ngah..



Rasa macam dah letih menaip and gigih edit picture.

 -To be continue-




My sister macam akan bersalin harini or esok. tadi dia kata dah opening 3cm dan dah warded. Doakan keselamatannya. Semoga dipermudahkan. Menunggu new addition to the family. anak buah ke-7. insya-Allah...



Wednesday, December 19, 2012

Wordless Wednesday

yesterday...



waaahhhh.... first time buat wordless wednesday ni!!!
hahahahahhaa


Monday, December 17, 2012

Singapore - 1 day trip


Actually i am too excited to write about the craft class that i went last Saturday. tetapi entri melawat Singapore sejemput masa cuma belum  tulis ey.. 


and here it goes...

Pada suatu hari, omma dan appa plan mahu ke Singapura menaiki Neo hensem saya. Plannya adalah, mereka akan drive ke sana. TIba-tiba pada suatu hari, omma sms - 'Nak ikut p Singapore tak?'  Tarikh omma men-sms saya adalah, pada esoknya passport saya tamat tempoh. Maka dipadamkan niat nak pegi Universal Studio konon. Pada hari ibu bapa sepatutnya berangkat ke Singapore, hari mereka tiba di rumah, didapati appa dalam keadaan ini. 



Maka terus terimbau kenangan lama, di mana sewaktu kecilku, dijagakan diri ini, luka yang dirawat, dibawa ke klinik, disapukan minyak, susah payah mereka membesarkan dan menyekolahkan saya, maka tidak sampailah hati ini membiarkan dirimu pergi begitu sahaja. I said to them- if daddy n mommy nak tunggu, saya pergi Pejabat Kadi mintak mereka nikahkan saya sekarang.. Tiba-tiba guruh berdentum. Tolong jangan mereka sangatlah hishhh...

Orait, i say to my parents, if diorang sanggup tunggu pagi Sabtu itu, saya renew passport dahulu. sekejap aje. dalam sejam dua siaplah. Hew hew... Maka mereka pun suka kerana nanti ada driver. 

Esoknya pagi-pagi dah pegi Jabatan Imigresen, orang dah beratur panjang giler. Apsal semua orang nak buat possport time ni? Apsal semua orang macam kaya sangat pergi jalan-jalan oversea ni? (tak puas hati) Kedai amek gambar passport semua bukak awal-awal pagi itu kerana rejeki mereka lah. mereka tau ada orang last minit macam saya nak buat passport, kalau tak bukak kedai rugilah. So dont worry to all last miniters, Kasik RM12, dapat gambar 4 keping, borang diorang isikan, ic pun mereka fotostatkan. Siap! Pergi beratur panjang-panjang kat jabatan imigresen.


Lihat ramai orang sungguh ni. 4 jam baru setel. Appa kata... "hang kata sat sajaaa...". I counter back kata "Mana nak tau ghamai mcm ni..." Kahkahkahkah... Ala... appa ngn omma balik umah pun. Diri ini ditinggalkan kesepian aje menantikan passport ittew siap berseorangan diri... T__T

For everybody's info, Jabatan Imigresen dibuka sehingga jam 10 malam sempena dengan cuti sekolah. See.. sangat bagus kakitangan kerajaan Malaysia kita ini. Sanggup bekerja lebih masa supaya rakyat Malaysia dapat berjoli katak di luar negara. I say you, sapa nak renew/buat passport, better pegi petang, sebab by the time passport saya dah nak siap, orang dah tak ramai. Siapa yang datang kemudian macam tak perlu tunggu lama sangat. 

Passport siap, dan ZASSSSS~~ terus ke Singapore. gile hebat terus siap passport, terus pegi oversea on the same day. Kahkahkah...

Daddy bilang suruh saya rehat dulu. Maka dia drive hingga manatah, jalan jem gile, bumper to bumper tapi tak tau  kenapa. I is tido di belakang. 

Sampai kat manatah, appa dah tak larat, maka driver gagah take over. Jumpa pak ngah n mak ngah kat R&R Gelang Patah. Agak cool jugak R & R ni. design dia lain skit. Tak ramai yang lepak situ, so at the time kitorang makan and minum-minum tu adalah waktu yang selesa. 

dalam toilet pun mesti boley..
i am wearing 3" wedges.

R&R Gelang Patah
Broken bracelet R&R


appa with pak ngah

the girls club


I drove all the way to Singapore. Oleh kerana bawa kereta masuk Singapore, make sure you bawak you punya kereta insurance policy dan juga geran. Mereka nak tengok aje. We pas the border line, give the pasport to be stamp and lepas tu kena beli Autopass sebanyak $10 Sing dolar. harga kad $7 dolar, harga kredit dalam kad $3 dolar. Autopass adalah wajib di Singapore. nak topap, boleh topap di mana-mana stesyen MRT. 

Malam itu, sempat singgah sebentar di rumah Pak Su untuk melihat dan menjenguk nenek di sana. 

Nenek comey~~
saya dah serabut alam dah masa ni..

Antara saudara yang ada di sana...


Balik tidur rumah Pak Ngah, terus tumbang sampai besok pagi. Pak Ngah nak ajak meronggeng tengah-tengah malam pun i dah tak larat. ZZZZzzzzzz


-to be continue-


Friday, December 14, 2012

Dear blog


Dear blog...

im sorry for neglecting you for this pass few days... 

i'll list down things i should done...

1) i have 4 baju kurung to be done for a friend
2) i have 1 baju kurung for my mom's friend and she need to wear it before 27/12.
3) i have 10 bedung, 10 barut baby to be done for a friend that i said to be delivered at 24@25/ Dec
4) i have 5 baju kurung pahang for another friend
5) my sis is going to give birth anytime soon and she ask me to sew the sarung bantal, sarun tilam n baby quilt for in 1 set.
6) my on going project yang macam tak jalan sangat coz im a busy bee

7) to go to sewing classes every saturday
8) to rewrite my sewing notes from classes

9)  my house is a complete mess
10) laundry- need to do some hand washing and u know la the weather now.. cewah..sempat salahkan cuaca...
11) lampu bilik belakang rosak suda. need to find a wayarman la plak kot. sekali fius dapur pun rosak juge.


Recently, i just finish an ad hoc project, a freelance/outside work. For the first time ever memberanikan diri ambil projek luar yang tak pernah buat pun sebenarnya,  and Alhamdulillah it went well. Thanks to my co-partner yang tolong sama. Memang tak jangka boleh buat sebenarnya. Rezeki yang datang tiba-tiba, boleh la buat belanja baiki wayar kat rumah. Alhamdulillah, thanks Allah...


This saturday, after going to my weekly sewing class, im going to attend another craft class, insya-Allah i really hope i can make it. I am so very the tak sabar jugak la rasa macam nak pergi. Harap-harap bukan poyo rasa nak pergi pada hari ini sahaja, bila tiba masa jadi malas. hahahaha


See, i have so many things to do in my life. Yet, when i go home, i just could not resist to lay down and out of nowhere, tetiba dah melayari bahtera rumahtangga. eh... no no... dah belayar entah ke mana sehingga pagi menjelang tiba. im out of energy. kalau masa muda-muda dulu, boleh tido sampai 2-3 pagi pun. sekarang pukul 10 malam, mata sudah seperti teratai layu di tasik madu. is it because of the age factor? 

hmmm... i think i need to exercise, to work out. Give me back my stamina!!!

or is it just me yang makin bertambah malas? ZZzzzzzz


Friday, December 7, 2012

Tudung Aidijuma - cetusan IDea Datin Norjuma


Saya rasa saya tak perlu kenalkan lagi tentang produk ini. It is famous and fabulousity y'all... Di kala zaman shawl belit sana, belit sini sedang meningkat naik, Datin Norjuma bangkit menaikkan semarak semangat bawallers tegar- macam saya. hahaha... Kerana bermuka besar dan masih tak allert dengan pembaharuan dan perubahan fesyen, maka saya masih stick dengan pemakaian tudung bawal saya. Ehem... ada jugak time yang gatal-gatal try pakai shawl juger~~

Kalau tengok website and facebook Tudung Aidijuma, memang boleh  meroyan. Selama ni dok usha-usha je. tengok-tengok, pandang-pandang dari jauh. Tetiba dari kejauhan itu, saya terlihat ini!!!






Oh mak ai!!! 

Macam takde pedoman hidup, saya terus terjah website dia. Nak shopping pun senang. tak payah nak register dulu, terus boleh sumbat semua yang nak di tamak-halobakan dalam shopping cart. click-click aje. tak perlu bakul dan beratur di kaunter. Tengok Norjuma pakai kan semua kan nampak cantik kan? Memang cantik la y'all... 

Dalam tiada pedoman itu, saya berjaya mengawal nafsu serakah saya. Hanya 4 sahaja yang berjaya dirembat. Teringin jugak nak merasa beli polkadot itu, tetapi sewaktu pembelian, tak ada dalam website. jadi saya terjah tudung 2 tone 3 helai, tudung bawal 1 tone biasa 1 helai. SAHAJA. 

Di Subuh hari, berusaha bangun dengan wajah tanpa secalit mekap dan tanpa mandian, terus menggedik feeling-feeling model tudung aidijuma. Hahahaha... Gigih edit picture sebab bilik seorang tailor ini bersepah sangat dan malu la untuk tontonan umum. hihihhihi..


cream



peach

purple

saya ambil 1 putih plain, kerana saya sangat suka warna putih. 
err.. dan juga untuk dieksperimen di kemudian hari. 
boleh la try-try tambah benda-benda lain kat tudung tu kemudian kalau rajin. 
ngehngehngeh...

Pastikan yang original.

If y'all tengok, model tak bertauliah itu adalah tudungnya berkedut-kedut tidak di iron. Dia memang pemalas sikit. Ampunilah dia. Tetapi lihatlah, tanpa di-iron pun tudung itu mampu bisa berdiri tegak, apatah lagi sekiranya dia di-iron. I love my purchase~~

Customer service dia sangat pantas. Saya email mereka pasal payment and i ada salah tulis alamat. tempat tinggal sendiri pun lupa unit berapa. Choih.. Sekejap petang itu juga dia reply. Bukan sekali, tapi 2 kali. iyelah, tukar address tu i bagi email lain. Email tu pun dia reply. Tunggu punya tunggu, parcel tak sampai jugak. So i check their facebook, dia ada listing parcel number kat situ. So, saya email diorang mintak confirmkan tracking number untuk order i, cakap parcel tak sampai lagi coz surat pun tak sampai ke rumah. Email dia reply, siap bagi print screen information kat Pos Laju lagi. 

Then tak lama lepas tu dia call, suara risau benar sebab parcel tak sampai. Macam risau anak kucing belaan belum pulang-pulang lepas keluar bermain. Dia suruh i call semula kalau parcel tak ada juga. Cari saya ye, sambil mengulang namanya berulang kali. I saspek i cakap dengan Datin Norjuma sebenarnya tapi dia bagi nama lain. Hahahaha... Ini nama dia perasan aje. K bye.

Jadi, lepas check dengan website Pos Laju, maka parcel tersebut ada di pos office dan harus collect di kaunter. Selepas selamat amek parcel, saya email mereka lagi, just to inform parcel dah selamat di tangan. Email itu pun mereka reply. WAH!!! memang terasa dihargai sebagai seorang customer. Padahal beli 4 helai aje. 

Maka itulah yang membuatkan saya teruja untuk up entry ini. Tiada didalangi sebarang sponsored post kerana saya masih bukan blogger siapa-siapa. Kihkihkih... See... make your customer happy, and im happy! Tudung cantek sangat dan sekarang dah confuse baju mana yang sesuai nak pakai ni... Hmmmmm.....


Actually harga biasa mereka tanpa Sale pun, takdelah mahal sangat. Untuk tudung 2/3 tone dalam RM15, i consider murah lagi la. Cuma bila time Sale ni jadi RM10, so i tot, WOW! WOW! WOW!!!!


Sila pergi shopping dengan mereka. Customer service mereka excellent! dan mereka melanjutkan usia SALE mereka sehingga 15 December ini... Happy shopping y'all...




Layari facebook mereka - https://www.facebook.com/Aidijuma

Happy Weekend y'all~~~
Assalamualaikum...


Thursday, December 6, 2012

December...

Ola December!!!

Fiuh... feel like the time is running. Sudah penghujung tahun.

I wanted to update my very short trip to Singapore on last weekend. Tapi macam banyak nak tulis, and byk picture nak edit tambah watermark and i dont want to leave my blog alone and empty in this sweet December. 

So i decided to update a bit, but more to my sewing activity. Boleh la kan...

This is just the baju kurung biasa. 
So, saya tak amek gambar keseluruhan baju.
Just to highlight the bunga-bunga yang saya jahitkan di sekeliling leher + lengan tuan punya baju.
She like it! Alhamdulillah...
and the baju kurung fits her well..


Ini adalah contoh pola untuk baju kurung moden.
Cuba lihat betul-betul.
Macam lukis pelan apa je kan...
Masa ni nak study balik konon.
Banyaknya formula tak sure boleh ingat balik ke tak.
Pola ini iaitu pola asal yang belajar dalam kelas dah selamat kena potong-potong dah.
ini lah pola untuk baju kurung moden yang telah disiapkan INI


Ok.. that's all for now. Wait for my short trip update? Haha... insya-Allah.. Till later~~~
Assalamualaikum...