Pages

Tuesday, February 26, 2013

Checking usus?


I went to a pharmacy to servey the Kinohimitsu Collagen idaman kalbu. sebenarnya semasa itu adalah untuk menservey harga. Dulu masa kakak aku single dia selalu ajak pergi farmasi itu, tak tahu mengapa. Samada alasan dia barang yang dia nak kat situ biasanya ada, ataupun harga kat situ murah sikit. Im lost memory sudah. Aku pergi jengah, sebab memory lost, aku andaikan kakak aku suka pergi situ dulu sebab harga dia murah sikit dari harga farmasi lain. 

Memula tengok macam tak ada dalam stok. Bila tanya orang dalam tu, katanya ada dalam store. 

Di muka depan pintu farmasi tersebut, ada 2 nyonya bukak booth. mula-mula aku buat dek je kepada mereka. Tapi tempat kolagen itu berada adalah di belakang mereka. Sementara menantikan orang kedai itu mengambil stok di store, aku ditinggalkan kesepian di situ. (aku tak pgl pharmacist kerana tak sure dia ni setakat kerja kat sini atau betul-betul masa belajar dulu dia amek pharmacy dan kerja di farmasi. get what i want to tell?) 

Nyonya itu apa lagi... Approach sudah...

"Miss.. mau check itu usus ka?" the 1st nyonya agak ramah.


"Aik? macam mana check?"

"Sila duduk. isi nama and phone number. Sekejap saja.... Ini kita check pakai gelombang. bla bla bla..." tak ingat dah apa dia cakap.

Petugas farmasi pun datang menunjukkan kotak kolagen kepada daku. Sempat daku bertanya, "ini memang harga dia ke?" sambil tunjuk harga standard pada kotak. Dia jawab iya. Ok.. itu kesalahan besar dia. Hahahaha... Then aku kata... "jap ye.." sambil layan nyonya itu. Petugas itu pun berlalu pergi. 

Duduk. Pakai headphone, tak ada lagu, tup tup boleh dapat bacaan usus. katanya bacaan didapati melalui gelombang otak. pergh.. hebat sangat ni.

Di hadapan nyonya no 2 ada sebuah laptop. click sana sini biar gelombang bergerak melalui otak kemudian boleh dapat bacaan. Aku layankan aje...

Lepas dapat result, Nyonya no 2 pun soal siasat aku. Strugle sungguh dia nak bercakap dengan aku. Kadang-kadang ada terms english yang aku saja-saja buat tak paham. Nak tengok effort dia translate untuk aku. Hahahaha..Kejam tak?



Dia pun terangkanlah apa bacaan yang dapat tu. Dia tanya aku, ada berak tak? ("Gile ke tak berak?") Tapi aku jawab, "jaranglah..takde hari-hari..." .. Wah... dalam hati nyonya tu mesti kata, ini adalah mangsa yang tepat! Hahahaha... Katanya, usus aku ada keradangan. Kalau dilihat di dalam rajah, inflammation aku 5 ok. Kira kalau ikut graph dah risky la tu. Katanya, kurangkan makan makanan pedas. Ok. ni betul sangat. kalau takde cili api, tak sah. boleh buat sambal guna 100% cili api saja. perghh...terangkat beb... And dia suruh makan sayur. hello~~~ aku memang makan sayur ok. Pulak kalau ada ulam-ulaman. memang makan jadi lagi sedap! Khasiat terus dari pokok. Dia terangkan yang lain-lain tapi aku tak  ingat la plak.

Kemudian, dia mula promote produk dia, prebiotic. untuk cuci usus. Katanya lagi (yang dah dengar aku nak beli kolagen), usus aku tak dapat nak serap kolagen tersebut kalau beli pun. Manyak rugi... You beli makan kolagen, tapi usus you tak dapat nak serap. Masa tu dalam otak aku berpikir dengan dungu sekali, kolagen tu dalam bentuk cecair. Apakah kaitan serapan kat usus pulak? Kolagen  tu kan untuk kecantikan dan keanjalan kulit (kot). 

Dia kata, kalau beli produk dia itu, nanti dia akan call semula dan buat ujian semula untuk check perkembangan usus aku setelah consume prebiotic itu. Fikir ku, setakat pakai kompiter, tekan-tekan, pakai headphone and gelombang otak boleh baca bacaan usus, adalah tidak masuk akal sangat. Nanti bila dah amek produk dia, dia pun check and kata ada perkembangan yang baik dalam usus aku, jadi aku kena teruskan usaha untuk makan and beli lagi produk dia. 

Maka, what did i say? I said, Its ok lah... Dan terus cabut keluar dari farmasi tersebut kerana Kinohimitsu Collagen Diamond Drink pun harga dia takde promotion. Hahahahahaha....






Aku tak tau sangat la selok belok medical ni kan. At that time, just ikut logik akal je. If anyone knows something yang memang boleh baca usus melalui gelombang otak ni, please do let me know. Tq!


Friday, February 22, 2013

Tazkirah Jumaat...



Kadang-kadang ada manusia yang bongkak bila mendengar nasihat...

"Kubur sendiri-sendiri jaga laaaaa"

Melainkan kubur anda boleh digali sendiri, jenazah boleh mandikan sendiri, boleh kapankan diri sendiri, bergolek masuk lubang kubur sendiri - tak bau busuk reput berulat, jenazah berat kerana takbur sendiri, maka janganlah menyombong diri.

Kalau betul tau diri salah, paling-paling diamkan diri. Muhasabah diri.

Allah itu kan Maha Berkuasa, Maha Mengetahui.....




Wednesday, February 20, 2013

Pembaziran

Assalamualaikum....



bukak page ni, jadi ketagih kain..
bukak page tu, jadi ketagih nak menjahit..
bukak page ni, ketagih nak tatting..
bukak page tu, ketagih nak buat arts..

sudahnya, semua nak buat. last-last tak terbuat semua. 

cumanya, bab ketagih kain tu dah jadi bahana. habis ratus-ratusan. sekarang cuma perlu tunggu little creature from me aje. hahahaha... harapnya adalah rezeki satu hari nanti. untuk aku jahitkan kain-kain yang aku order online tu untuk jadi habuan mereka satu hari nanti. sebab corak comel-comel, sweet-sweet buat hati geram tu, banyak more to kids punya corak. one fine day... one fine day baby~~~ Amin...

by the way, kain-kain yang di-order belum sampai ke tangan. katanya shipping from US. kenalah bersabar lebih sikit. 2-3 minggu baru leh sampai. then kena tunggu orang yang in-charge deligate pula. dah sampai nanti, insya-Allah aku post di sini buat sesi tayang-menayang. kemudian,simpan buat kenangan. harap-harap sempat la jadi baju or apa-apalah before aku mati. kehkehkeh...


sementara itu, mari kita lihat apa yang telah dibazirkan via online dan tak online... MUAHAHAHHAHA



Sekarang kan kecoh kolagen-kolagen bagai nih. Aku yang mata dah start berkedut ni mulalah tak senang duduk. So, ni kali ke-2 aku try consume Kinohimitsu Collagen Drink ni. Bekalan cukup sebulan aje. Tak cukup, tahun depan baru beli lagi. Aku tak mampu la nak maintain. Hahhahaha.. Banyak juga keywords yang lead ke blog ni sebab Kinohimitsu Collagen ni, as aku pun pernah tulis sebelum ni di sini. Nantila lepas sebulan dah telan habis botol-botol ni baru aku review lagi sekali.

Time beli ni dapat murah dari harga yang kat kotak tu. Promotion Chinese New Year barangkali. Beli kat Watson. masa tu gigih compare harga dengan Guardian. Keluar masuk, keluar masuk. Akhirnya Watson menang. Ada juga sevey kat kedai farmasi lain kat luar. tapi selagi kedai tu takde harga promotion, memang tidak la aku beli. Nasib baik jumpa Watson. masa beli ni, harga dia RM139. terus sign up jadi ahli Watson sekali. tambah Rm12. T__T






Hari Sabtu hari itu, daku telah berbaik hati menghantarkan adik yang nak dating ngn awek dia kat One Utama. Sebagai kakak yang baik hati, daku hantar hingga masuk Parkson dan tunggu girlfriend dia datang. Sementara itu, maka kami pun menjamu mata. Menjamu mata bersama adik jantan di bahagian wanita. hahahaha... Maka konon-konon nak beli 1 kasut yang boleh multifunctional. Aku memang jenis gitu. beli la 13 jenis kasut pun, kalau aku dah selesa ngan 1 kasut tu, nak bedal yang tu jelah pun. lagi best dan senang nak dipakai adalah selipar. kalau boleh, pegi kenduri pun nak pakai selipar aje. Haish...

Berjalan-jalan di bahagian beg. ada beg yang aku berkenan nak menggantikan beg sekarang yang aku lenjan hari-hari samada pegi kerja, pergi jalan, pergi kenduri, 1 beg nan setia. Punya belek-belek Cik Carlo Rino, kaler hitam lining-lining pink. comel gilerrrr... tapi harga pun comel. Cis. 4 rat lebey. jalan-jalan lagi, berkenan beg Guess plak. pun 4 rat lebey. tetiba rasa migrain. takpelah... handbeg kita hold dulu.

kasut pun kasut lenjan. ada 1 kasut flat yang daku suka pakai itu sudah tercabut-cabut dan sudah terbuang sudah. Maka mahu cari 1 lagi kasut menggantikan dia. Satu ok... Satu!!! Entah macam mana boleh end up jadi dua.



Kasut putih flat untuk dibawa berjalan-jalan kunun.

Kasut hitam di sebelah kanan itu kunun nak pakai pergi ofis. Tapi masa soping ni, masalahnya daku ditemani adik yang daku tinggi takat telinga dia. So, bila pakai kasut ni, baru sama paras ngn dia, so rasa macam ok kot. Amek je tanpa rasa bersalah. Bila dah balik rumah baru rasa segan, nanti pakai ni jadi gayut giler. Maka masih pakai kasut Pak Ngah belikan di Singapore yang dah jadi kasut lenjan ke opis dan jalan-jalan. Selesa. sedap pakai. (kasut Pak Ngah beli). Kasut baru belum pakai. Ngehehe...




kasut hitam yang konon nak pakai pegi opis beli tahun lepas (sini), masih elok bersimpan. Kahkahkah... Inilah yang dinamakan pembaziran. Adik-adik... Kalau nak beli kasut, sila pastikan selesa. Tak cantik takpe, janji selesa. Takde orang sangat nak belek kaki anda. Paling paling pun orang akan tengok, then kata... 'cantiknya kasut awak!' Excited kejap, then life goes on. Pastikan selesa ok. Barulah pembelian adalah berbaloi-baloi. kihkihkih...


Setelah meninggalkan adik berdating bersama girlfriendnya, ditemani kawan girlfriend dia, Maka dating la mereka bertiga. Daku pun keluar masuk Forever21, TopShop, Topmen, Guess, Nine West and whatsoever (jamu mata ajelah), maka daku penat berjalan sudah. Terus cari area parking kereta dan keluar dari One Utama dengan yakinnya. Separuh perjalanan, baru teringat, kunci rumah ada ngan adik! huhuhu... Maka terpaksalah diri ini membawa diri ke Jaya Jusco pula. Terpaksa OK! Nak patah balik macam dah jauh. 

Di Jusco, niat hati ingin cuci mata lagi. Habis tu, apakah lagi yang harus dilakukan di pusat membeli-belah selain beli dan blah kan? Masuk kedai ROMP. konon-konon nak usha jeans. Belek-belek Levi's konon. mahal bangat dong. Cutting pun macam tak kena je ngan makcik kampung macam aku nih. Belaka jenis strech. Dah rasa macam pakai legging. Baik beli legging lagi murah. boleh dapat 100 helai. wakakakaka... Try-try serba tak kena. Maka sales person itu pun meracun ku dengan brand lain pula. Ok la.. Lets give it a try. At least i get the colour i want. Ngehehehehe...

jeans jenama ROMP.
blom try blom tau...


tudung online 3 helai.


The tudung plak beli via online. Lama dah order, tapi sebab Pos Laju cekap giler sempena Cuti Tahun Baru Cina ni, katanya post office melimpah-limpah, maka parcel aku dah berzaman kat Pos Office. Sepatutnya mereka dah bersiap-sedia sempena musim perayaan ni. Mana boleh guna alasan tu. Customer bayar lebih kot untuk perkhidmatan Pos Laju. Anyway, tak kisahlah... Barang dah selamat sampai. Tudung 2 alam. 2 in 1. belah dalam corak lain, belah luar corak lain. so, boleh pakai terbalik-terbalik. 3x2, so aku ada 6 helai tudung. jimat. hihihi..

Actually 2 helai tu macam sama kaler. Aku cakap kat akak tu, lagi sehelai nak kaler hitam putih. Mana-mana pun takpelah. Tengok-tengok kaler cekelet tu dia bagi 2 plak. Tapi corak lain-lain la... Belasah je la. Dah sampai dah pun...





Tu blom campur set baju n seluar dalam. wahahaha... apa motip itu pun nak cerita? saja nk note down pembaziran-pembaziran yang telah kulakukan di kala jiwa dalam kekacauan. wakakaka...

Terperanjat beruk aku bila nak bayar.. Main kaut je kan. Tak sedar 1 bra tu harga dia Rm78 ++. nak dekat RM80 la dah kan. [elleh... baru RM80 dah kata mahal.org lain rembat ratusan takdek hal pun. kan? kecoh je minah ni kan? is kerana i is bukan orang kaya laaaaa~~~] selamba kaut 2. nasib baik 1 lagi tu murah jgk. kehkehkeh... sekali total makan ratus-ratus. tak tenggelam bijik mata hitamku. sapa suruh tak check dulu la kan. takpelah.. memandangkan takdela beli tiap-tiap bulan, aku redhakan aje.. sambil tengok wallet yang makin nipis.

lepas ni makan bubur n maggie ajelah......

T__T


Monday, February 18, 2013

Kuku di jemariku


Aicewah... Nak tulis jemari runcing kang, kena cop stamp kat muka plak. memang idok le jari aku runcing. sikit je lagi macam  jari jantan. jari adik-adik jantan aku lebih runcing dan ayu dari jari-jemari aku. memang rasa nak kerat-kerat je jari mereka dan amek plaster pada jari sendiri.  

Beginilah progress kuku di jemariku ini. Kejadian berlaku sekitar Oktober (link). sikit lagi dah boleh tanggal. Sekarang tinggal 1 bahagian aje yang masih melekat, menyukarkan untuk aku mengopeknyer sehingga terbuka terus.



sebelah sini (kiri) yang boleh dikatakan sepenuhnya dah boleh terangkat terus.


bahagian tengah yang aku dah try korek-korek sikit supaya dia tertanggal cepat sikit.


bahagian kanan yang aku tak berjaya korek. masih attach dgn kuku baru. 
ni kalau aku tersalah sauk kuku ni, mau menjerit aku dibuatnya....
T___T



see... aku tolak sikit ke atas kuku tu dengan jemariku maka ternampak dia sudah boleh terangkat. kalau angkat lagi dan terus backflip kuku tersebut, maka patahla ia. tapi daku tak setabah itu. wuuuuuuuuuuuuuuu~~~~



Oleh kerana hati pun taklah secekal mana nak korek jugak kuku tu, maka biarlah ia berlaku secara semulajadi. tak perlu sebarang paksaan... harap-harap time kuku baru dah cantik naik, sudah tiba lah masanya untuk aku disarungkan cincin secara rasminya. Boleh nampak cantik di dalam gambar. Amin......

Wednesday, February 6, 2013

Tatting - January Challenge


Kak Jon, The founder of Malaysian Tatters(MT) group, has up the January challenge for all the tatters. It is to tatting a Heart.

Memula dapat tajuk, memang goyang habis. Baru je dapat tat a simple butterfly pun, dah rasa bangga semacam. Inikan pula nak menge-tat sebijik hati. Tengok free patterns yang ada kat internet, memang jiwa goyang habis.

1. terelnya mereka
2. jeles ah tengok mereka terel
3. tamak haloba nak try buat semua
4. susah jer macam ada yang pakai teknik apatah, lagi pusing kepala tengok. tp jeles nak buat jugak.

Last-last saya amek this pattern kerana mereka kata senang. It is call Peacock Heart.
http://birgitstatting.blogspot.com/2010/04/peacock-heart.html.

First attempt berjaya buat 1 single ring, lepas tu jem tak tau nak sambung camana, terus potong n buang. This is my 2nd and 3rd attempt. Masih sangkut. Dah sampai situ, terus jem.



Thanks to the group members yang tolong beri penyelesaian, rupanya kena tat from ball. Oklah saya budak baru belajar. Maka i start all over again.

Walaupun begitu, hati ini masih memiliki kecacatan. 
Can u spot where the cacat is?


February challenge has been up already. Apakah ia? Nantikan sahaja, insya-Allah kalau aku siap, aku upload la.kihkihkih....




Tuesday, February 5, 2013

Baby simple dress


I just finish a baju kurung made for my friend (got another 2 for her yang belum siap) but i forgot to snap the picture. Clever me.. After the baju kurung finish, im still in the mood of sewing. but just to sew a simple project laa... 

Aku terlihat the little creature lying in front of the tv. Tangan dia yang tak berbedung tu macam terangkat-terangkat saying ~ Me!! ME!! Me!! Ajang~~ ME!! Ajang~~~

OK OK... Ajang get it.

Maka Stok kain memang banyaklah kan. kihkihkih... Some yang memang beli dah lama, for the purpose of nak belajar jahit la. Yang dah simpan bertahun-tahun pun ada. So, i dig up the old cloths. Since this is my first time nak belasah buat baju gaun gegirl, maka aku korek kain murah-murah yang dah lamaaaaaa beli dan simpan buat jeruk. 

TADAAAAA!!!!! Inilah hasilnya. First time jahit baby dress for me. And her first ever wearing a gown, made by Ajang. Hm.. sound good, aint it? Maybe i should brand my stuff as -Made by Ajang-.  




Actually dress ni kena alter sikit. baby kan leher lembut lagi. so, susah sikit nak masuk kat kepala dia actually coz lagipun ini bukan kain tshirt yang boleh strech. so, this is bahagian belakang dia sebelum di-alteration-kan. Lepas alter besarkan lagi bahagian belakang ni, barulah dapat sarungkan kat baby.




"TQ Ajang." said baby Ea
 (Amin call his sister Adik Ea).