Pages

Friday, November 30, 2012

Kain bedung baby n kain lipat batik

Holla! Assalamualaikum...

Mana pergi sudah semangat nak update hari-hari dalam bulan November ini? bz barangkali? Ahhh... itu alasan semata-mata. Tiada apa yang nak dibusykan sangat. cuma jari jemari tak berapa reti nak menari-nari atas keyboard.

To excuse my senyapness, saya upload apa yang telah disiapkan beberapa ketika sudah for my updates on sewing activity.


bedung for my sis baby.
its pink and yes, its a baby girl..
i was force to do this...



kain lipat batik for a friend.
and i got 5 pairs of baju kurung pahang to be done for her too.
fiuuuhhh.....



Thats all for now. Happy weekend everybody! For those yang bakal melangsungkan perkahwinan or majlis, semoga dirahmati Allah. Cheers~~~






Monday, November 26, 2012

Sempena Hari Jadi

Assalamualaikum....

This is my first entry setelah bergelar 30-an. On last friday, i was officially 30. 

Alhamdulillah, thank you Allah for all the blessings i had in life.

Sebenarnya masih terlalu jauh diri ini dari sesuatu yang dipanggil sempurna. Terlalu jauh. insya-Allah pada waktu mendatang yang dianugerahi Tuhan, saya mahu muhasabah diri dan menjadi sesuatu yang lebih baik. Semoga diperkenankan Allah.

Tahun ini berbeza dari tahun-tahun lepas sebab tahun ni memang takde mengharapkan apa-apa. Tidak mengharapkan apa-apa is dari hati, bukan dari mulut semata. Biasanya mulut je kata tak nak apa-apa ,tapi dalam hati meroyan mau adiah ngn dinner best!! Hahahahhaa

Ironinya, bila kita tak mengharapkan apa-apa, masa itulah kita dapat macam-macam. Ngeeeee... Unexpected cupcakes, member opis belanja lunch, then kawan belanja dinner, and i got so many kampung fruits yang hohemGii sedapnya... Durian kampung dengan durian beli tak sama kan... Durian beli kena bayar. Kadang-kadang dapat yang tak sedap pun. hahahaha... ini dah la free, dari kampung originally dan kompem sedap! And all those susah payah nak bawak dari jauh, dengan baunya lagi. Perlukan pengorbanan tau tak? Hahaha...

And all those warm wishes from sms and fb, buat saya terharu. sebab menaip happy birthday untuk seseorang kenalan dalam fb juga perlukan effort tahu kan? Pernah je saya tengok events kat fb, dan buat tak tahu. hihihi... Oleh itu, thanks to all friends and family yang wish.






Alhamdulillah untuk nyawa ini. Pada usia ini, sebenarnya saya berangan sudah punya anak dan suami. kihkihkih. tapi apakan daya, Allah kan lebih tau apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

Maka saya beranggapan bahawa Allah mahu saya berusaha keras atas minat saya atas jahitan dan berusaha sebaik mungkin untuk menjadi seorang usahawan wanita yang berjaya. Kemudian, bila dah dilatih diri bersabar dan bermuhasabah diri selalu, dengan izin-Nya maka datanglah sesuatu yang baik bagi pelengkap diri. Amin...

Bersangka baik itu pun ibadah. Bersangka baiklah dengan Allah. Dia lebih tahu... 



Tempahan makin banyak weh!!!!!!!!!!!



Wajah 30 saya. Dengan baju jahit sendiri dengan kain orang bagi.
diimport khas dari terengganu
kain serai wangi ke apatah nama dia.




Kaka Feat Zizan - bawa daku pergi.
Terasa macam nak jalan somewhere...
Bestnya kalau ada someone nak bawa daku pergi bawa buku merah~~


Friday, November 23, 2012

Its my Birthday!!

Happy birthday to me~~~
Happy birthday to me~~~
Happy birthday to me~~~
Happy birthday to me~~~

Yes yes... today is my birthday. I got so many to write, but kepala otak tak berapa nak set nak tulis apa. Kena dalam keadaan bersedia. Macam semua nak tulis, semua nak draft, lastly cukuplah saya coretkan ini dahulu... Just to remark the day. hehehe

Aint this super cute!!!!



Wednesday, November 21, 2012

Kurang sehat

Pagi tadi saya bangun awal macam biasa, sebab jiwa kacau mood menjahit tak datang. hahahaha... maka golek-golek atas tilam dan main game dalam henpon. Harini dapat pecah rekod yahooooo

Badan rasa panas. harap supaya demam supaya tak payah pergi opis dan boleh menjahit yahooo...  tiba pukul 7, saya pun bangun dan terus mandi. bukan untuk kebahkan panas di badan, tetapi adalah kerana sakit perut, nak buang air besar. alang-alang masuk toilet, saya pun mandi. biasanya 7.30 pagi baru nak mandi siap-siap g opis.

lepas mandi, lepak baring dalam bilik. rasa badan panas. okeh. kompem leh MC ni. 8.15 plan nak tido, tapi apakan daya mata tokleh lelap. rasa-rasa badan, kenapa macam tak panas dah ni? berbelah bahagi. nanti pegi klinik doktor kata tak demam punnnnn~~~sambil cebik mulut kat saya kata - "ellleeehhh...nak MC la tew". Maka ingat nak amek half day je sebab hati memang dah set nak duduk rumah je.

okeh cuti dah nak habis. sayang cuti. Maka dalam beberapa minit berputar-belit membuat keputusan, terus bangun, capai baju yang dah siap bergosok, carik tudung, gosok terus siap. sempat bancuh air nescafe sebelum pergi kerja. masuk kerja 8.30. 8.30 baru I keluar rumah. iye... sangat tidak berdisiplin punya buaya. 

Maka dengan ini, saya berada di opis. masih dengan harapan supaya esok badan panas supaya demam dapat MC 2 hari pun jadilah....


Saya akhiri dengan menghiburkan anda dengan video dari ustaz Azhar Idrus. semoga menjadi panduan kepada ibu bapa di luar sana. Hahahahahaha




Tuesday, November 20, 2012

Kekejaman Zionis dan Kesengsaraan rakyat Palestin dan Gaza.

Im in a self-crisis now. Macam-macam perkara terjadi yang mengganggu gugat emosi dalaman. 

But after watching a documentary about Gaza, i thought.. Ya Allah... what i am facing now is nothing compare to what they have to go through. Everyday with bombing. Everyday people dying. And everyday risk to face a death by gun fire or by the massive bombing. And yet, they continue life and try their hardest to protect their family, their country. Protecting Masjid Al-Aqsa in Baitul Maqdis (Jerusalem), the third holiest mosque in Islam after Masjid Al-Haram (in Mecca) and Masjid An-Nabawi (in Medina), both in Saudi Arabia


Maybe we cannot do much. But we can try to do a little. Maybe dah biasa makan McD, lepas ni boleh at least cuba kurangkan, sampai satu tahap stop terus. Maybe we use to drink Coke, if tak boleh stop terus, try to reduce it. A little effort is better than doing nothing kan?



I copy paste this from fb...
--------------------------------------------------------------------------------------------------------

TAK MAU BOIKOT!

"Boikot-boikot ni tak praktikal..." kata seorang teman kepada saya baru-baru ini.
"Mengapa?" tanya saya.
"Kalau kita boikot produk-produk tu, kita juga yang susah. Bukankah anak-anak kita juga yang bekerja dengan syarikat-syarikat berkenaan?" jawabnya dengan satu soalan.
Saya terdiam. Ada logiknya.
"Kita belum kuat, jangan cari penyakit,"tambahnya lagi.
"Kalau begitu bagaimana kita hendak melahirkan kebencian tehadap Zionis?" kata saya.
"Perlukah kebencian dilahirkan?"
"Kalau kebencian tidak dilahirkan, apa maknanya?"
Dia pula diam.
"Kalau awak setuju dengan kempen boikot produk Yahudi ni...ada cara lain?"
"Kita tak boleh buat apa-apa,"ujarnya selamba.
Sikap inactivenya itu mengingatkan saya satu kisah yang saya dengar diceritakan dalam satu rancangan TV9 oleh Ustaz Zamri "Mantop" satu ketika dahulu. Kisah bagaimana ketika Nabi Ibrahim a.s dibakar oleh Raja Namrud dengan api besar. Melihat api besar itu, seekor burung kecil segera mengambil air dengan paruhnya yang kecil lalu dititiskannya ke atas nyalaan api besar itu.
Perbuatan burung kecil itu ditertawakan oleh burung-burung yang lebih besar.
"Apa gunanya air yang setitis itu?" Burung besar menyindir.
"Untuk memadamkan api yang membakar kekasih Allah Nabi Ibrahim," jawab burung kecil.
"Ha..ha..ha usaha yang sia-sia! Adakah api yang sebesar itu mampu dipadamkan oleh setitis air?" ejek burung besar lagi.
Anda tahu apa jawapan burung kecil?
Jawapannya begini:
"Aku yakin bahawa Allah tidak akan bertanya kepadaku apakah dengan usahaku api itu berjaya dipadamkan, tetapi Allah pasti bertanya apa yang telah aku lakukan untuk memadamkan api itu..."
Mendengar jawapan burung kecil itu, sekalian burung yang besar terdiam.
Ya, kalau kita umpama "si burung kecil" dalam usaha memerangi kekejaman Yahudi... siramlah walau "setitis air" untuk memadamkan keganasan.

Carilah BUKTI dan SAKSI keperihatinan kita terhadap nasib umat Islam dihadapan Allah nanti. 

Share this article.

Petikan dari buku "Beduk Diketuk - Pahrol Mohd Juoi (Telaga Biru)


--------------------------------------------------------------------------------------------------------



find GEORGE GALLOWAY in youtube and see how he stand and talk about Palestine and Gaza. There are so many videos on him.

this is one of it.


when you refuse to at least contribute a little for GAZA, just remember those children faces... They died syahid while we are MAYBE contributing to it... just start a little, bit by bit... insya-Allah... 





Sunday, November 18, 2012

Hari Raya Haji 2012 - Part III

Part I
Part II

Wallah... Nak raya haji pun nak berpart bagai. This will be the last part, i promise you. Cumanya kalau tak sibuk-sibuk cerita yang part 3 ni tak best la jugak. Sebab raya haji kan Hari Raya Korban. Maka hari ke-2 Hari Raya Haji ini merupakan hari kami (merekalah sebenarnya) geng-geng di kampung melakukan korban. Tumbang berapa ekor tak sure la plak sebab sampai kampung lambat skit. Lembu dah selamat terkorban. Kikiki...

Oleh kerana bawak budak-budak yang eksited nak tengok lembu kena sembelih, atau pun macam lebih kepada orang dewasa yang eksited nak suruh budak-budak tengok lembu kena sembelih, maka kami singgah ke masjid tengok lembu orang lain kena korban.

Seterusnya hanyalah entri bergambar...

the 3 excited siblings nak tengok lembu kena sembelih.
Icad sorang je yang dah mandi

Picture taken by Icad

Pengorbanan seekor lembu

WuuU~~~ banyaknya darah...


Lembu ini gagah. tak berbunyi. tak meragam.
Dia macam redha.
Saya rasa dia hensem.

Muka serius masing-masing.
Kakak ipar tak habis-habis menyelami perasaan seekor lembu.
Iman pula tak lama lepas ni, dia menangis.
Hati kaca

Sesi sampai kampung lepas tengok lembu kena sembelih, terus buat keje.
Sila kenalpasti pelakon-pelakon tambahan.

Ini situasi sebenar mereka yang betul-betul bekerja

pusat memproses daging lembu

lagi gambar lakonan 

omma dan my mak njang

di kala anda melihat gambar  ini, adakah terdetik di hati anda mengapakah ada ramai orang yang memproses telur? adakah memerlukan manusia seramai ini? 

sebenarnya hanyalah seorang daddy yang diperlukan untuk membuat kerja memproses telur tersebut.

few kids trying to help (menyibuk)

tak apalah... kanak-kanak ni kita galakkan aje.
dah besau tak mo tolong, boleh libas dengan batang penyapu.

pak ucu, with little zarif, minah salleh celups and me.. hahaha

cousin + brothers

daddy sedang gigih memproses kuah mee rebus.
daddy jadi main chef untuk buat mee rebus.
i tell u, daging lembu yang segar baru lepas sembelih kemudian dijadikan kuah mee rebus, kesedapannya adalah tiada tandingan. wah.. kecur air liur kerana teringat sudah...

daging yang telah diproses.
my pak su nak buat nasik daging.
and nasik daging dia adalah sedap tak tipu!

adakah dia ini masih berlakon?

adakah masih?

yang tinggal usah dikenang.
semoga dia bersemadi dengan aman.
terima kasih kerana telah sudi dikorbankan.
daging anda adalah sedap!

Mak-mak dara dan anak dara di dapur.
Bahagian memproses, menyiang, memotong dan megembala kambing.


Sekian adalah enri bergambar. Gambar makanan yang telah siap adalah tiada kerana tukang amek gambar kata, bateri habis. Sambil saya malas mengeluarkan charger, saya kata, tak apalah. Maka tiadalah berjaya mengambil gambar makanan-makanan yang sedap marvellous itu. Maka anda harus redha. 

Sekian, terima kasih. 





Wednesday, November 14, 2012

Doa Akhir dan Awal Tahun Hijriah


Its gonna be a new year in Islamic calendar tomorrow...

Selamat menyambut 1434 Hijrah...

Jangan lupa baca doa akhir dan awal tahun...



Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.




 Doa Akhir Tahun
” Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Berilah rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad, keluarganya dan sahabatnya. Wahai Allah, Engkau Dzat yang kekal abadi, Maha Dahulu dan Maha Awal dan dengan anugerahMu yang besar dan kemurahanMu yang dibutuhkan. Ini tahun baru telah tiba, (karena itu, wahai Allah) kami mohon kepadaMu penjagaan sepanjang tahun ini dari setan, kekasih dan bala tentaranya, dan berilah pertolongan untuk menghindarkan diri dari nafsu yang mengajak melakukan kejahatan. Dan bimbinglah kami dengan segala pekerjaan yang dapat mendekatkan saya kepadaMu dengan sedekat-dekatnya, wahai Dzat yang memiliki kebesaran dan kemuliaan. Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan kami Muhammad, keluarganya dan sahabatnya.” 3x


Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1434H (Hari Rabu malam Khamis).
Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.




Doa Awal Tahun
“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan kepada penghulu kami Muhammad, keluarga, dan sahabatnya. Wahai Allah, segala yang telah kukerjakan selama tahun ini dari apa yang menjadi laranganMu, sedang kami belum bertaubat, padahal Engkau tidak melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayangMu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untuk saya, dan Engkau telah mengajak saya bertaubat sesudah melakukan maksiat. Karena itulah ya Allah, saya mohon ampunan Mu dan berilah ampunan kepada saya dengan kemurahanMu. segala apa yang telah saya kerjakan selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau ridhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, saya mohon kepadaMu, wahai Dzat yang Maha Pemurah, wahai Dzat yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan, semoga berkenan menerima amal kami kepadaMu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah. Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad, keluarga dan sahabatnya.” 3x




Banyak yang perlu dihijrahkan ni~~~
Semoga tahun baru Hijriah ini bakal memberi lebih makna kepada diri ini..
Amin... berdoa sahajalah semoga menjadi yang lebih baik dalam apa hal sekalipun...
Wallahua'lam


Hari Raya Haji 2012 - part II


Okeh... mari sambung cerita terbengkalai dari sini...

Malam itu kami berBBQ. BBQ nak cerita apa sangat ye dak? bakar-bakar, makan-makan, kenyang, uurrrppp... tidooo... hahahahha


proses memecahkan dara sotong itu

proses memecahkan dara si udang pula

sapa bakar sampai hitam sosej tu hah?

yummeh~~~

sotong yang tak diperap. dibakar begitu sahaja.
fresh giler sedapppp

sotong korban

tak lupa juga membakar ketam.
fantastic hingga cair pemegang pan itu...

pergh.... 
ini sedap sehingga ke tulang halkum 

diminum bersama kelapa pandan homemade
campur air batu dan aiskrim soda...
i tell u terangkat habis!

tukang-tukang bakar

minah salleh celup ni kena duduk dalam. layan ipad aje.
nyamuk. badan dia tak imune.

sitting like a boss only



anyway, kambing yang diperap olehku sebentar sahaja sudah habis. laku bagai kambing BBQ. letak sekejap atas meja dah hilang disambar. Sedap kata mereka. Ehemmm... 


Oleh kerana tukang amek gambar bias, hanya ambik gambar time bakar-bakar kat luar, maka orang-orang penting di dapur yang menyiapkan perkakasan telah terabai. Takpelah, bukan boleh tepek pun gambar tak pakai tudung.  Lagi kasihan gambar tukang amek gambar takdek pun. Hahahahaha..

To be continue~~~
waahhh... over! ada part 3. hahahhaa



Friday, November 9, 2012

Hari Raya Haji 2012


Olla.... Salam Jumaat...

Semestinya ramai yang menantikan kedatangan hari Jumaat kerana hari Jumaat adalah penghulu segala hari. (read- waktu lunch panjang, esok dah weekend). I got so much to write about, tapi tak tertulis-tulis. Kadang bila semua benda nak tulis, tetiba jadi jammed kan. Stuck terus tak tau nak tulis apa padahal hati berkobar-kobar nak hapdate. Azam konon November ini nak hapdate hari-hari. Konon je sudah.

Okeh la... Oleh kerana janji  tahun lepas untuk update pasal Raya Haji tak tertunai, maka tahun ini harus qada hajat. 

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menunaikan ibadah puasa sunat pada  Hari Arafah 9 Zulhijjah bersamaan hari Khamis 25 October 2012. Correct me if im wrong please.. Hari tersebut juga merupakan hari perjalanan bagi kami adik-beradik untuk pulang ke kampung halaman di Sungai Petani nun. Maka saya adalah diuji sedikit pada hari itu. Sikit ajelah. Anggap macam puasa bulan Ramadhan sudahlah. huhuhu... Padahal dalam kereta tido aje. Wohooo... sekarang sudah ada driver baru. Adik bongsu dah ada lesen, maka suruh dia drive aje. Setelah kakak saya berkahwin dan punya anak, saya sudah sukar untuk mendapat kesempatan duduk di kerusi co-driver dan tidur sepanjang perjalanan. Kalau boleh bawa lebih dari 110km/j, saya suka je nak drive. Kehkehkehkeh..... but with the speedtrap AES whatsoever, homaigod 110km/j is so damn bored!

Pabila sampai di rumah ayahanda bonda, bonda pula masak tomyam dengan sambal apatah memang la saya tak amek port kerana ini adalah menguji kesabaran dengan lebih lagi! hahaha... Di kala adik-beradik sedang menjamu selera, saya terpaksa menyisihkan diri. T__T

DAY 1

Raya Haji kali ini, abang sulung yang berada jauh di perantauan juga turut sama pulang. Maka complete gambar adik-beradik raya kali ini. Cumanya masih belum lengkap ahli keluarga sebab abang ipar yang kerja atas laut pula tiada. 

Sesi bermaaf-maafan dilakukan. Dapat duit raya yahoooo

kakak ipar sulung mcm beria dia mintak hampun kan... hahaha
gambar abg sulung guwe tak sempat capture.

kakak 2nd. 
sampai senget-senget mulut ayahanda

anak dan menantu no 3

itu dia... omma menangis ketika memeluk anak no 3 nya
dosa apakah telah mereka lakukan?
tunggu dan lihat~~~
hahahaha

anak no-4 dan no-5
tengok anak no-4 tu. nak mintak hampun pun gaya tense je...
ni gaya anak derhaka mintak hampun.

anak no-6.
anak paling tergagai.

anak bongsu in action

ini versi mintak hampun
kasih sayang adik-beradik nan abadi
tiada tandingannya

with cucus

abang long family with appa omma

sis family without husband di sisi

abang kawasan family

the omma daddy with the 7 siblings

us the magnificent 7

the girls in da house

da boys tak cukup korum


the family

~the package~


Sekian kenduri gambar. Bakal bersambung to part 2.



Happy Deepavali to all my indian friends. Im going back to my hometown this weekend. To celebrate raya and mintak hampun mintak maaf lagi~~~