Wednesday, November 22, 2017

BLVD

October is a double celebration for us. Kalau dah anaknya sehari je selepas birthday apaknya, memang la meriah apak dia sambut. Berkali-kali beli kek. Berkali-kali tiup kek.

Haritu dah pergi bawak anak dara ke Bayou Lagoon Melaka.Yang tu celebration awal la kira. Dah beli kek dah tiup-tiup masa kat sana. 25hb tu Besday apaknya. Dijadikan cerita, kakak ipar gather adik beradik ramai-ramai masa tu siapa-siapa yang ada kat KL, makan sekali. Sebenarnya tak tau nak sajes makan kat mana. Pakat-pakat nak pergi makan kat BLVD.

OK la kalau ramai-ramai bayo kan. Iolls nak belanja tok laki kat sini tak mampu la. Keh keh keh. Boleh tahan harga dia. Makanan dia rasa takde la sedap mana pun. Membazir ajelah. Tapi untuk nak masuk dalam gambar ok lah kan. T__T  Setahun hanya sekali.

Kat situ boleh katakan semua pun sambut birthday je. Special place untuk special occasion la kira. Bersahut-sahut staff dia nyanyi lagu hepi besday sambil bawak kek. Keh keh keh.. Ramai plak yang sama besday date ngn laki aku kat situ.

Tempat ni dekat bangunan Naza Tower. Owner dia anak beranak Naza tu la kan. Sekali masuk terbentang luas minuman-minuman keras kat situ. Bahaha.. Kawan aku pun selamba biawak je tegur kat ig, laki dia kata haram makan dekat kedai yang jual minuman keras.

Aku malas nak komen. Asalkan aku tak order Red Wine, Manhattan, Fernet-Branca, Vodka bagai tu cukuplah. Aku malas nak ulas lebih sebab kalau boleh elak, kita elakkan.


 ni kalau mintak sky juice dia bagi ini ye kawan-kawan
ini bukan minuman keras~~ 


 Mac n cheese.
portion dia besar.
tak habis aku makan sorang

 Salmon apatah

 Kek besday share makan ramai-ramai. kikiki

 Birthday geng

Biras love.


26hb birthday anak dara tu, papa kena outstation pula. So, mommy jelah beli kek slice dan kejadian tiup meniup kek sesama kami 3 beranak sahaja. Curlass berhari-hari ko tiup lilin atas kek anak oi. 





No comments:

Post a Comment

Thanks for dropping out your thoughts...