Friday, January 20, 2023

2023

 Assalamualaikum...

Hi dear blog.

Lama dikau kutinggalkan... Semoga tahun ini daku akan mula mengilhamkan diri kembali semula kepada dunia blogging. I dearly miss blogging to be honest. Walaupun tiada sambutan reader, well.. aku hanyalah menulis untuk sekeping aku. 


Welcome 20023

Tuesday, June 25, 2019

Cara buka akaun syarikat Enterprise di Maybank

Orang tengah share cerita pasal raya, aku baru nak bukak cerita pasal buka akaun kat bank. Banyak lagi cerita outdated ni. Nanti akan ku karang satu persatu. insya-Allah..

Haritu dah cerita macam mana nak register syarikat ssm. Sekarang nak cerita pasal pasal macam mana nak buka akaun syarikat pula. Memula berdiskusi dengan encik suami, akaun bank mana nak bukak ni. Aku sajes buka CIMB je sebab sekarang interbank kan dah 0 charge dan dengar-dengar tak riki pun, orang kata boleh buka RM1000 je instead of Maybank yang kena bukak RM2000. Tapi lepas diskusi, suami insist untuk bukak kat Maybank. OK lah. Layan lah kalau kena buka RM2000 pun, sebab duit tu boleh je amek balik kan. Hew hew hew.

1. First thing first. Kena ada boranglah. Pergi bank dan minta borang untuk buka akaun syarikat. Enterprise ke Sdn Bhd ke. Ikutlah. Aku buka Enterprise dulu. Nanti kita upgrade Sdn Bhd k. insya-Allah.

2. Make sure kita ada introducer. Introducer ni orang yang dah ada syarikat yang buka akaun dengan Maybank jugak. Sila jangan lampi cari introducer yang ada syarikat tapi buka akaun dekat bank lain. Har har har. Masa isi borang buka akaun tu nanti, kena ada sign dan cop syarikat introducer tu. Kalau dia baik hati, minta dia bagi name card and kepilkan sekali dekat borang tu. Kalau minta name card kat aku, memang aku tak bagi sebab aku tak buat. Kompeni makcik belum ada keuntungan dan bajet untuk buat name card. hahaha..

3. Isi lah borang. 

4. Buat cop syarikat di kedai berdekatan. Nak buat kat kedai yang jauh sikit pun boleh jugak. Janji siap je. Cakap nak buat cop syarikat. Bulat ke empat segi ke, janji ada nama dan no pendaftaran SSM dekat cop berkenaan.

5. Kalau register enterprise, sila sediakan RM1000. Aku bawak RM2000 haritu sebab dengar orang kata. Sekali akak bank kata, RM1k pun cukup dah. 

6. Sila hantar ke bank, bawa borang yang telah siap diisi dengan cop syarikat anda. Tangan yang nak sign pun jangan ditinggal di rumah. Beserta IC ye.

Akak/abang bank akan check borang, sign-sign apa bagai, dan sila tunggu dalam tempoh seminggu nanti dia call, kena mai balik la bank. RM1000 ni aku lupa plak nak kena bagi masa hantar borang atau kena masukkan masa dia panggil 2nd time tu. Kalau tak silap aku, haritu bank panggil dalam masa 3-4 hari macam tu jelah. Datang balik, dia bagi no akaun, QR pay code, apa bagai semua tu lah. Lepas tu jangan lupa register Maybank2u bagi memudahkan urusan perniagaan anda.

Good Luck and all the best. 









Tuesday, January 8, 2019

Cara Register Syarikat Enterprise di SSM

Alhamdulillah bertarikh 4 January 2019, aku selamat dinikahkan dengan SSM.  Kah kah kah.. 

Register kompeni sendiri secara sahih dan berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Tidak lagi meniaga secara membelakangkan syariat. Tidak lagi bersekongkol. Apakah ni?

Ok lah just nak share cara latest mendaftarkan syarikat di SSM.

Pada pagi yang mulia hari Jumaat berkenaan, suami tanya nak g register kompeni tak? OK lah mari jawabku. Maka kami suami isteri pun pergi ke Menara SSM, Jalan Stesen Sentral. Aku pun tanyalah suami, nak kena ada photostat IC ke? Saja tak bawak sebab terpikir, sekarang kan dok pakai sistem dah. Suami kata kena la ada. Maka dalam perjalanan ke Jalan Stesen Sentral tu, melilau kitorang mencari tempat printing/fotostat yang dah bukak di pepagi hari kala burung baru berterbangan keluar dari sarang demi mencari rezeki. 

Aku pun fotostat la sehelai je. Sebab kedekut dan rasa macam tak pakai banyak kot ni. Sehelai je fotostat rm0.50. Masuk kereta kereta perli dengan suami. Kalau dia nak lebih nanti, awak pandai2 buat ye. Tskk tskk... keluar balik kereta dan fotostat lagi 2 helai. so rm1.50 melayang. Dah nak sampai SSM tu, baru teringat aku takde cash. Mintak husband cari mesin ATM plak. Kah kah kah. Nasib baik suami aku ni kesabaran dia tinggi sikit di pagi itu. Dekat dekat situ ada AM Bank kalau tak silap. Mujur la ada.

Sekali bila sampai bangunan SSM, ada mesin ATM RHB terpacak depan pintu masuk dia. Hew hew hew.. Takpelah, biar dan withdraw kat bank, selamat sikit. Kot ATM nan sebijik tu stuck ke rosak ke, maintenance ke, kan senang dah pergi withdraw duit siap-siap. 

Naik tingkat 4 (Cawangan Jalan Sentral). Pergi kaunter, dia bagi borang kuning yang macam tak pakai pun. Borang kuning tu ada guidance macam mana nak guna sistem. Kena register through web dia. https://ezbiz.ssm.com.my 
Untuk first timer memang silalah pergi ke bangunan SSM terus kerana kena sahkan IC pakai mesin dia. Semua self service.

Sah kan IC dulu kat mesin kaler kuning kalau tak silap aku. Lepas tu barulah pergi dekat mana-mana PC yang dah disediakan dan register masuk Sistem. Kitorang terus melulu je pergi pc. Pastu bila nak register new company, apsal tak boleh pun ni. Menu semua kena disable. Jadi sila sahkan IC dahulu dan boleh terus pegi meluru ke mana-mana PC yang anda suka. Akan ada petugas dekat situ. Kalau tak sure macam mana nak isi sistem tu, panggil aje pegawai dia. Sedia membantu. 

Masa kitorang haritu a bit confusing dekat nak isi code perniagaan. Ko bantai je isi berapa banyak kod ko nak isi asalkan berkaitan dengan perniagaan korang. kah kah kah... Kalau tak sure, sila tanya pegawai ok. Kitorang pun tak sure la betul ke tak kitorang buat. 

Last sekali payment method. Kitorang ni sebab pandai sangat, jadi kitorang banyak memandai-mandai. Hahaha.. Sistem ni tak boleh nak back-back sangat ye. Kalau back, silakan isi semula. Masa dekat payment method tu agak kompius sikit. Kitorang nak pilih method online sebab acah-acah tak nak pergi bayar kat kaunter takut ramai. Padahal tak ramai orang pun pagi tu. Nak cari maybank2u takdek. Dia ada bank lain ngn maybank2E. Memandai-mandai bukak maybank2E, akaun pun takde. Kah kah kah. Jadi memang la kena pilih 'pay at Counter.' Kalau tidak, nescaya akan terpaksa mengisi form banyak kali. Lepas selesai tu, sila print Invoice anda dan bawa ke kaunter. Dont worry, diorang ada sediakan printer. 

Pergi semula la kaunter amik nombor. Ting Tong tunggu kejap je terus no kitorang. Eksyen sangat tak nak bayar kat kaunter aphal. T___T . Aku mendaftar atas bukan nama sendiri, jadi kena RM60 + RM10 untuk business info. Kalau kompeni nama sendiri, tak silap aku RM30. So total kena bayar RM70.

Sebab kitorang settlekan awal-awal pagi, dia cakap by pukul 5 boleh check sistem dan print/download Sijil. Kalau tak, nak datang semula ke situ untuk print pun boleh. Oh ye.. takde plak dia mintak salinan ic aku. Jadi salinan fotostat ic tu tak payah la bawak kot.

Secara ringkasnya cara-cara daftar syarikat (Enterprise):
1. Pergi mana-mana cawangan SSM.
2. Bawa IC dan cash yang bercukupan.
3. Sahkan IC di mesin Do It Yourself (tak tau nak panggil apa)
4. Pergi mana-mana Pc yang disediakan untuk Sign Up dan isi borang secara online.
5. Page akhir sila pilih Pay at Counter.
6. Print Invoice.
7. Amek nombor untuk pembayaran.
8. Buat bayaran di kaunter. Untuk kes kitorang, dia bagitau, sebelum pukul 5 dah boleh login sistem balik dan print Sijil.
9 .Sijil sila print sendiri di kemudian nanti.
10. Settle.


So, Alhamdulillah.. senang sangat urusan nak register kompeni ni. Kebetulan pula masa pergi tu memang tak ramai orang. Jadi sekejap sangat urusan tu. Semoga dimudahkan urusan 2019 ni. Ameen....

Wednesday, December 26, 2018

Planner 2019

Gees... Kita dah di penghujung minggu 2018 kan.. Minggu depan adalah baki sehari dalam december sebelum kita cecah tahun 2019 pula.

Alhamdulillah. Mission besar nak tambah baby tahun 2018 tercapai. Ahaks. Walaupun plannya nak beranak bulan 11 sebenarnya. Nak juga sama besday month dengan mommy. Tapi apakan daya, tak dapat persetujuan pihak pemberi sperma. Hahahahaha... Insya-Allah kalau takde aral melintang, kalau dah tertulis rezeki dan rahmat pemberian dari Dia, bulan 3 nanti bertambahlah ahli keluarga kitorang. Insya-Allah and i am currently 27 weeks. Entering my 7 months of 3rd pregnancy.

Sebenarnya ada entri draft Hari Sukan Fatihah haritu. Tapi entahla mommy ni. Nak letak azam baru update blog 2019? Macam dah letak masa 2018. Hahahaha... Dunia blog ni pun dah tak glamer kan sejak ada IG ni. Tapi best bila buka balik and baca kisah lepas2 buat kenangan. Kadang ada benda yang dah tak berapa  ingat pun, bila sesaja buka balik blog, eh eh.. best rupanya bila ada sikit catatan masa-masa nan lalu.

Actually nak citer pasal Planner 2019 yang aku dah beli untuk preparation tahun 2019 ni. Baru 3 tahun menjebakkan diri dalam dunia planner. Bila ada planner ni, macam ada a simple Diary. Nak tulis panjang-panjang tak sempat, so tulis point form dalam planner. Macam Open Day sekolah anak. Hari terbuka, hari sukan, hari exam. Ecewah sangat, anak baru sorang masuk sekolah. Tu pun tadika 4 tahun je. Kah kah kah. Nanti la kau, aku masukkan kau kelas violin, kelas taekwando, kelas renang semua semata nak penuhkan planner mak kau. HARHARHAR. 

For 2018, aku terlalu fokus pada planner yg nampak cun. Siap dapat cover planner macam dalam box. At the end of the day, cover tu aku buang je. Sebab apakah motif nak pakai planner nak bukak tatap hari-hari tapi nak kena bercover bagai. and 1 mistake yang aku tersedar adalah, planner haruslah ada spiral tengah-tengah tu. supaya senang nak merujuk pada certain bulan atau certain week yang ko nak hapdate plan tu. Bukak terkangkang dia luas-luas senang nak tulis. 

So, kerana terlalu mementingkan spiral tengah tu, aku telah terlupa 1 lagi ciri utama dalam pemilihan planner, which is hardcover. Bahahaha... Entahla sebab nampak banyak sangat free gift jadi aku kelabu mata ke apatah. Beli pun online je. Sejenis planner dengan tidak hard cover adalah umpama membeli buku nota biasa sahaja dengan additional page tarikh. Hahahaha... Adoila.


 Datang with this package of box.
Which buat aku fikir, im paying for this box actually. 
Bahahaha..

 Dapat tote bag.
Bila ada free gift, make sure you want the free gift. 
Bukan sebab for the sake ko nak free gift ok.
Tapi ok la tote bag ni boleh lipat2 masuk dalam beg for use of shopping plastic kan.
#thinkpositive

Tadaaa... Whats in the box?
Yassin, Kahfi, sekeping Calendar, To Do notebook, sampul takde duit inside,bookmark,buku nota kecik, and the not hard cover planner. 
Kalau dah ada planner, adakah perlu sejenis To Do notebook?
Kataku di dalam hati.

Calendar ni memula aku nak buang je.
sebab aku prefer kalendar yang boleh conteng2.
Kalendar ni tokleh nak conteng, so tetiba ada doa harian plak kat belakang dia.
Boleh la aku hafal sebelum aku buang.
>__<

 To Do list notebook di samping planner.

Detail inside planner macam ni je.
Macam buku nota biasa je kan kan...
Aku rasa macam ok la kot sebab kat depan dah ada kalendar leh conteng2 tu.
Something important boleh tulis situ je. 
so page ni boleh tulis and decorate sukati takde had penulisan.
Kadang bukan ada benda nak ditulis hari-hari pun kan.
So boleh decorate manual ikut haritu nak plan apakah. gittew. 
Bulan march/april nanti aku update menu pantang ajelah kot. keh keh keh
#thinkpositive #bendadahbeli


On the other note, KALAU ada kejadian yang aku perlu bawa planner ke mana-mana, takdela berat sangat kan kalau bukan hard cover. We see how it goes. Tak perlu la kot aku nak membazir beli planner lain walaupun haritu dah usha-usha dah. Gigih sangat nak tulis planner kak?


Thats it. Next year i will buy a  DUCK Planner. hak hak



Tuesday, September 25, 2018

Selamat Hari Raya 2018 - Part 2

Astagfirullahalazim~~~

Berapa bulan dah habis raya apsal part 2 tak habis lagi ni. Raya Haji pun dah settle. Kuang kuang kuang.

Sebenarnya takde apa sangat part 2, sebab takde sesi bergambar dah dengan keluarga. Biasa mak pak aku malas layan dah permintaan bergambar bersama di hari raya kedua ke ketiga ni. Sebab selain pagi raya pertama, raya kedua keluar berjalan beraya ke saudara mara sebelah Penang. Hari-hari seterusnya akan sibuk melayan sanak saudara pulak buat kunjungan balas.

Hari raya kedua tu adalah hari perjalanan bagi kitorang. 7-8jam jugak perjalanan dari Temerloh ke Sungai Petani. Sempat singgah naik rumah jap simpan barang. Aku lupa nak bawak balik kuih raya. Guess what? Kuih raya tu tak berusik lagi ada kat rumah aku. T__T





so i was looking pictures from my phone to tepek here. I really love this moment that i got to capture.

yg ni tak jadi moment dah sebab dia nampak adik dia main air macam tu, dia tak kasi can. nak jugak~~ nak jugak~~

tengokla anak jantan tu kenmain la nakal dia nak lalu bawah air plak. Masa ni rasa mak photographer ni dah separuh menjerit takut baju basah nak balik Kedah plak.



Dalam tengahari jugak la kitorang gerak dari Temerloh. Kasi settle urusan perut dulu, baru gerak. Babai atok nenek~~



 pukul 6 lebih berhenti kat R&R manatah ni. 
Tukar pampers anak2. Sampai Sungai Petani menjelang malam jugalah.




Raya ketiga,17 June tu takde sebarang gambar dalam henpon aku. Aku pun tak berapa ingat kejadian apakah yang terjadi di kala raya ketiga itu. Tapi kotak memori aku ni seperti teringat sesuatu yang sibuk terjadi di kala itu. Aku rasa geng-geng mak Tam aku dari KL datang serang rumah. (Sebenarnya ni aku macam dah terkompius dengan adegan Raya Haji)

Ayah aku ni ada senjata rahsia yang dia keluarkan hanyalah ketika Hari Raya, yakni sejenis mee rebus. Mee rebus air tangan apak aku ni akan buatkan semua saudara mara yang pernah merasa, akan cuba sedaya upaya untuk datang menyerang mee rebus dia. Hatta kalau teringat pun boleh kecur air liur dibuatnya.

18June, hari raya keempat.
Alhamdulillah... Adik bongsu aku selamat bertunang dengan dara pilihan dia. Kawan sejak sekolah kenmain lama bercintun. Baguih punya setia depa ni. Jangan hikut jejak langkah kakak korang ni. Kah kah kah.

Pagi tu gerak ke Baling. 







 Hantaran dari pihak lelaki is dari pihak kitorang la.
Ni semua hasil tangan seni kakak aku.
Hantaran time aku kawen je tak cantik sebab dia bizi ngat. Mencik.

Masa orang tengah berbincang semua, hero ni sibuk keluar masuk main tangga tepi tu. 


Biasanya ni saat paling nak berdebar. 
Time bakal mak mertua nak sarung cincin. cewah..

 Pentunang dengan bakal kakak-kakak ipar yang gojes

 Pentunang dengan both moms

 Of course la 1 gambar je dengan kakak gojes mana cukup


 Pentunang-pentunang beserta anak-anak dara kakak-kakak gojes. 😁

Pentunang dengan rombongan makcik-makcik from our side. 
Orang laki manala nak bergambo, ye dok? kahkah

Yang ni hubungan dah halal anak 2 dah.
Alhamdulillah moga berkekalan. Ameen..

Sebelum balik, sempat lagi tangkap bakal adik ipar.
Tak habih habih lagi nak bergambo?
Kata tukang tolong amekkan gambar ittew~~


Settle urusan, yang penting makan kenyangkan tali perut dan tali pusat, maka pulanglah ke rumah. Pergi berkunjung pun penat jugak eh. Terbongkang aku tido dalam kereta dengan anak-anak. Nasiblah jadi sang suami setia mendrive kenderaan seorang diri. 



Sampai-sampai rumah ~~ SURPRISEEEE~~
eh eh geng Juru sampai tanpa diduga. Hamaigad. Tau dah ni banyak urusan nak kena buat. Kerja-kerja nak makan mee rebus ni renyah jugak. sebab kena sediakan banyak bahan. So, apa lagi. Sampai rumah, terus get ready bersilat nak rebus telur, rebus ubi, goreng tauhu, hiris cili,daun bawang, limau, daging, celur mee, bancuh air semua lah.. Memula bajet diorang ni tak jadi datang dah sebab dah raya keempat. Tapi akhirnya datang juga terus kena serbu. Tapi kitorang syukur diorang datang, sebab ayah memang ready periuk belanga besar kuah mee rebus ni, sebab kebiasaan memang kompem rumah kena serbu.

ni pun ada yang dah balik. Boleh bayang tak kekecohan orang yang ditugaskan di dapur?
Aku pun dah serabai benar dah masa ni.




19June, hari raya kelima.
Sepatutnya dijadualkan bertolak balik KL pagi tu. Tapi sebab aku dah request gulai masak sambal tempoyak kat mak aku, kikikiki, tunggu jugak la kan sampai boleh makan. Ya ampun sedapnyaaaaaa... Tengah hari jugak gerak dari Sungai Petani. Jalan jem jugak adoi ramainya orang yang duduk KL ni.




Ni pukul 5 baru sampai Ipoh. Anak-anak pun dah mula bosan duduk lama dalam kereta. So, aku request husband aku untuk stop by lepak2 jap bagi anak-anak hilang bosan. Terjumpa playground ni, so turun jap bagi diorang main sampai penat supaya boleh sambung perjalanan dengan harapan mereka akan tidur kepenatan selepas penat bermain.


Aku tak ingat sampai KL pukul  berapa. Yang aku ingat, dalam 11 jam jugak perjalanan balik KL di hari raya kelima tersebut. Ingatkan semua orang dah balik KL awal. Apalah hiway pun boleh jem. Setiap kali raya sekarang ni mesti stress pikir nak kena hadap jem. Sampai dah tak tau dah nak balik hari apa sebenarnya macam hari2 pun jem atas hiway. T__T


 Sekian berita hari raya puasa 2018.