Pages

Friday, September 19, 2014

#34weeks



Hai anakanda... lama plak mommy tak menjengah ke sini menulis catatan peribadi perjalanan kita berdua ini aicewah. Bizi la mommy. 

Rakan sepermengandungan mommy kat opis ni dah start cuti, MC. Patut due date semalam, 18 September. Masa mommy mesej dia menyatakan kemurungan dan ke-takbest-an apa yang terjadi kat opis, dia masih belum bersalin. Hari ini, tak tau. Belum tanya, dia pun takde update. Takkan nak tanya hari-hari pula. Stress pula dia nanti asyik kena jawab soalan dah beranak ke belum? Sedangkan opismate asek tanya mommy, dia dah beranak ke belum pun mommy dah tensen. Aphal lak tanya aku. Hahahaha... See... 

34 minggu. Hospital bag tinggal nak masukkan sependa aje. semalam dah beli kat Aeon Big. tapi mommy perasan kurus kecik lagi, pergi amek saiz tak kena. Harini try luck nak pergi tukar, tak dapatlah jack. Sadis. mommy asek tersalah beli barang aje. Dah la beli banyak. Harap-harap lepas bersalin dapat muat sependa saiz kecil itu. for the time being, simpan jelah dulu. Jangan bagitau sama daddy, nanti daddy marah. kahkahkah....

Semalam kita pergi checkup. Mommy kurang 500g. Kata nurse, setiap minggu harus naik 500g. Mommy kekurangan 500g. minggu depan ada checkup lagi, nurse nak amek darah mommy. 7hb Oktober, akan ada checkup dengan doktor plak. 13hb checkup lagi. sekarang dah tiap-tiap minggu checkup. Habisla cuti mommy. Tapi daddy kata, last checkup dah tu 7hb tu... 13hb tu dah beranak dah tu... Cheh... daddy kompiden sangat. nama kamu pun dia tak habis pikir lagi.

Lepas balik checkup semalam, mommy singgah beli soto. Sedap juga. Ingat boleh buat lapik perut la... Sekali ntahapa tak kena, mommy feel senak sampai termuntah. Habis semua soto ngn teh ais sedap dimuntahkan. Mommy sedih... sebab teh ais tu sedap betul lah!!

Sekarang kamu aktif betul dalam rahim mommy nih. Terjojol-jojol anggota kamu yang mommy tak tau bahagian apa tu. Terkorek-korek, tergedik-gedik perut mommy dibuatnya... Hah... kamu ni pun nak jadi blogger jugak ke? asal tulis pasal kamu je, terjoget-joget kamu nih... Tidur malam mommy dah tak seindah dulu. Perut dah boyot. Kadang tak selesa pun nak baring. But hey baby... its ok... im doing this all for u. Mommy redha.


Tak lama dah lagi. Insya-Allah. Moga Allah izinkan kita untuk berjumpa, bertentang 4 mata... 6 mata lah ngan daddy sekali.

Thursday, September 4, 2014

Spectra S2 - Breastpump


Assalamualaikum... 

Baru hari itu cerita kata sudah beli breastpump. Happy! Berazam kuat nak susukan anak. insya-Allah.. Sekali balik cerita-cerita, sembang-sembang dengan kakak saya, dia kata bukan model itulah! Patut beli S1. Kerana office saya tak sediakan kemudahan bilik untuk para ibu mengepam susu, dan kerisauan mungkin harus pam di dalam kereta, maka model yang saya beli ini adalah tidak bersesuaian. 

Saya telah ke kedai tersebut untuk mintak tukarkan, hanya kerana tersalah beli model. Tapi katanya kami tak terima pertukaran breastpump. Tidak ke luluh hati seorang ibu mengandung yang bercita-cita hendak susukan anaknya secara ekslusif ini? Kotak yang saya bawa itu pun dia tak tengok langsung, terus kata takde.. tak boleh tukar. Sedih, hati patah... remuk rendam.

Di manakah hak kita sebagai pembeli yang tersalah beli? T__T  (nangis kuat-kuat)...

Semasa pembelian di kedai itu pun, tiada sebarang testing atau penerangan untuk membelinya. Staff pun tak ramah. Dia kata, "kena call head office dulu, cancel resit then baru boleh proses. Tapi biasanya memang tak boleh. Memang tak boleh la kak..."  Pfffttt... call pun tidak, terus cakap tak boleh je  kan..  Oh ye.. saya beli di OBW, One Baby World, cawangan Taman Permata.

Jadi saya tak sajes uolls pergi kedai ni.. Pergilah kedai di mana kita, especially as a first parents, boleh ditunjukkan demo dan penerangan lanjut mengenai pam yang hendak dibeli. Pam bukannya murah. Kalau boleh nak buat pelaburan jangka panjang terus untuk susukan anak.

Jadi, saya minta tolong juga pada para ibu yang mungkin sedang menggoogle pam susu Spectra S2. Its a complete brand new set. Memang takde pakai lagi. Saya nak letgo harga RM688. COD - Gombak / Putrajaya. 



With this package, you will receive:

1 unit of Spectra s2 Breastpump worth RM837.00
1 extra Spectra Breastshield Set worth RM90.00 which enables you to perform double pumping for Spectra s2
1 Autumnz Classique Cooler Tote worth RM46.90
4 bottles of Autumnz PP Milk Storage Bottles worth RM16.90
3 packs of Autumnz Reusable Ice Pack worth RM23.00
1 box of Autumnz Double Ziplock Breastmilk Storage Bag 12oz worth RM12.90
4 pcs Washable Breastpad worth RM12.90 








Kalau ada kawan-kawan yang sedang mencari breastpump Spectra S2 tolong warwar kan ye... Please please please... (merayu~~) 

Terima kasih~~~



Wednesday, September 3, 2014

#31weeks 5 days


Assalamualaikum.... Ola baby...

How are you today? i know you are fine, thank you because you berjoget-joget dalam perut mommy ni hah... Pagi tadi, dalam kandungan dah nak cecah 8 bulan ni, tetiba mommy muntah. Muntah? Loya lagi? Huhuhu... Mommy memang loya lagi bila time gosok gigi. Entahlah mengapa. Sudah beli ubat gigi for preggy moms pun tak boleh. Dari guna Sensodyne, tukar Pureen for preggy moms, sekarang kena share ubat gigi dengan daddy, pakai Colgate aje. Tapi pagi tadi, kombinasi menggosok gigi tahan loya dengan bau masakan jiran tetangga telah menyebabkan kombinasi yang sangat padu. I kenot tahan. Kalau ikut hati, memang terus nak g klinik amek MC, tapi esok kita ada check up dengan klinik kesihatan, nak cuti lagi half day. Apa pula kata majikan mommy nanti. Tunggulah bila mommy and daddy dah beli kompeni ni nanti, boleh la mommy suka hati je nak buat apa pun...

Malam tadi mommy tak dapat tidur lena. Terpisat-pisat, perut tak selesa, pinggang kaki semua lenguh. Bermulalah perjalanan tiada lagi tidur yang lena. Apatah lagi selepas melahirkan nanti. Harapan mommy, agar baby menjadi bayi yang bangun malam nak susu sahaja. T__T. Itu harapan setiap mommy in the whole world. Tapi daddy sangat menjatuhkan hati mommy. Dia bangun juga, cuba tenangkan mommy. Ajak mommy pergi klinik walaupun mommy rasa daddy ngantok kalau boleh tak nak pergi. Dia tanya je tu. Hahahaha... Okeh, mommy love u daddy. 

Sayangku baby, haritu mommy cuba korek-korek rahsia isi hati daddy. Apa namakah dia nak bagi kamu nih. Asek panggil baby je... Akhirnya daddy reveal hajat hati dia. Di kala orang keliling sibuk-sibuk nak bagi nama jugak, berani daddy nak tanggung sorang-sorang. Bukankah kamu ini mommy yang bawa? Tapi daddy yang kena pergi register... T___T  Nasib baik dia reveal. Tapiii mana nama yang mommy nak??? Jadi, perbincangan lanjut akan dibawa ke tengah lagi. 

Baju kamu mommy dah start basuh. 1st batch siap semalam. 2nd batch, sarung tangan sarung kaki, malam tadi mommy basuh. 3rd batch bakal menyusul malam ini, insya-Allah semoga dikurniakan kekuatan buat mommy. Kemudian 4th batch kain-kain lampin kamu pula. 


Barut belum start jahit, tapi mommy asek lembik je sekarang, weekend bizi pula. Macam mana ni? Mommy tengah berangan nak jahit comforter kamu nih. Batting dah ajak daddy beli haritu. Sekarang tengah tunggu stok kain sampai. Mommy asek borong kain sampai kompius kenapa duit dah habis. Kalau ikutkan daddy, dia memang suruh beli je semua senang. Tapi daddy kan such a sweetheart, dia layan aje peel mommy yang konon-konon nak buat sendiri semua benda. Mari berdoa moga mommy sempat dan diberi kekuatan untuk membuat segalanya ittew...

Mommy dah mula asingkan sedikit barang-barang untuk hospital bag. Isnin haritu daddy dah ajak pergi beli lagi barang-barang mana yang perlu. Breast pump juga dah beli. Walaupun rasa nak berhenti kerja je dan hadap kamu 24jam, tapi kehidupan penuh pancaroba ini kan harus diteruskan. Jadi haruslah teruskan bekerja dan semoga kamu dikurniakan rezeki susu ibu hingga usia kamu 2 tahun. Amin... Sehingga ke saat mommy boleh berhenti kerja itu, marilah berusaha untuk mengepam pam pam... 

Esok adalah hari checkup, nanti mommy update lagi k baby. Semoga kita berdua dalam keadaan sihat. Mommy tak ikut cakap nurse. Dah berhari-hari mommy skip supplement.