Pages

Wednesday, October 25, 2017

Bayou Lagoon, Melaka. Day 1

(20 Oktober 2017)

Haritu kan aku kata dah aku nak stay kat Bayou Lagoon tu. Bukan apa. sebab teruja tengok water theme park dia. Anak dara tu plak memang suka kan nak main air. Anak sapa la tak suka main air ye dok?

So, bersempena minggu depan birthday 2 beranak itu, incik suami pun bertanya.. Mana nak bawak Fatihah ni? Sebab dia dah janji nak bawak swimming. Ini adalah contoh janji ditepati. Dah kabo, kena buat. Sapa suruh janji khaaannn.... Aku pun cepat je petik Bayou Lagoon. Incik suami ajak p PD. Tapi aku kata, kalau PD ada apa? kalau Bayou Lagoon tu dia boleh main air. main la sampai lebam. ok lah, cadangan diterima.

Terus contact number yang aku dapat through a friend. Dapat bilik Jakuzi, RM170 1 malam siap dengan 2 tiket water theme park. Terkunjat husband aku sebab dia tengok Agoda harga 2x ganda. Tiada berfikir panjang lagi, terus dia suruh book 2 malam. Jumaat petang2 lepas balik kerja terus bertolak ke Dont Mess with Melaka.


Late check in. Tp owner dia baik yamat je melayani kami. Sampai Melaka, kitorang check bilik dulu. Yang bestnya masa check in n check out ni tak payah kena go through kaunter nak beratur nak tunggu turn. Terus sahaja ke bilik. Bilik not bad. For that price, we did not aspect more lah... Peti ais ok. Ada iron, iron board,sejadah and extra Toto dalam almari. Katil besar, selesa kami muat 4 beranak. Tv Njoi tak dapat siaran sangat tapi takpelah, xkan nak duduk bilik tengok tivi plak kan? Tv ada USB, so kalau rasa nk  lepak bilik tengok tc, bawaklah external hard disk yang ada cerita. Tempat letak pinggan dia berkarat. Tapi pun tak apalah, kami tak pakai sangat. Oh ye, jangan letak sebarang benda di bawah aircond yang dekat katil. Situ kadang air turun. Terperanjat encik suami masa tengok ada air turun dari situ. Dah la kami letak beg  kat bawah tu. Tapi tindakan pantas dia menyelamatkan beg pakaian kami. Fuuuhhhh... [ni kes khusus untuk bilik kami tu la... bilik lain tak sure]

 Nescafe, gula, teh, tiket theme park semua dah sedia.

 Ada living hall. 
Boleh datang lepak ramai-ramai.

Room view 
 
 Pantry

 Room with jakuzzi

 Gambar full toilet harus ada

 Tingkap ni boleh main cak cilut dengan Jakuzi



Lepas dah dapat kunci bilik, kitorang terus menghala Alai. Nak makan kat restoran Cerana haritu lah... Terliur-liur terkenangkan ikan bakar dengan air asam dia haritu. Tapiiiiiii... al-kisahnya malam tu maybe sebab belum malam minggu, jadi mungkin chef lain yang bertugas. Sebab bila tanya ketam telur masin, dia kata chef malam ni tak masak ni. Maknanya dia tukar-tukar chef la kan? Menu yang kitorang order malam tu pun rasa dia kureng skit lah.. Rasa dia tak sampai. (dah kenapa macam komentator AF? ko nak sampai apa ni?) Pendek cerita, dinner malam itu tidaklah seindah kali pertama kami sampai di situ hingga bisa membuat kami terbayang-bayangkan nikmat yang tersampai di deria rasa hujung-hujung lidah kami ini. 

Cuaca panas.
Budak ni  putera lilin mana boleh panas.
Merengek, menggaru bagai berpeluh-peluh.
Bukak baju dia...


Sampai Melaka pun dah pukul 9 malam. Tengok bilik, cari Alai, tunggu  order,makan bagai, budak-budak dengan mak budak pun dah letih. Balik bilik semua tiduuurrr~~~


Thursday, October 19, 2017

Great British Circus 2017

Sekarang dah mula start potty training Fatihah. Asal dia terkucil je, aku mula la nak naik radang. Tapi bila dia berjaya buang air kat bilik air, aku congratulate dia macam dah dapat ijazah. Hi-5 siap.

Sabtu siang haritu tak pergi mana pun. Entah nak pergi mana. Aku pun malas nak keluar. Bangun pagi, urus budak, masak breakfast, tengahari sikit tido. Bangun tido, terkejut tengok dah pukul 2pm. Terus tung tang tung tang masak apa yang ada je lah kat dapur. Petang husband aku ajak jalan. Masalahnya nak jalan pergi mana pun tak tau. Nak pergi park dah lambat. Nak pergi indoor park, mahalll~~

Kawan aku ada whatsapp haritu tanya pasal Great British Circus ni. Kebetulan tempat dia dekat je, so aku sajes kat husband. Dia ajak pergi tengok kawasan dulu. Tengokla macam mana dulu. Tup tup terus beli tiket. Show start 8.30. So, maghrib dulu and shopping barang rumah sikit dekat area Circus tu. 

Masa aku pergi tanya tiket tu, husband aku pesan, amek the best tiket yang ada. Pergh... Sedap kan memesan. Kat kaunter plak kena bayo cash. Sesedap je air liur aku telan tengok harta vip seat dia RM100 rupanya. Mati-mati aku ingat RM70. Muat lagi la duit nak beli kalau VIP rm70. Last-last amek Hot Seat je. Kalau ikut hati aku, nak amek Standard Seat je. Tapi mujur tak amek Standard Seat. Tempat view dia tak best.



Dalam tu ada jual macam-macam. Ada macam-macam godaan especially untuk kids and man. Broadway dia pakai seksi-seksi kan nak menari ala-ala Broadway. Entah apa laki aku pikir masa tengok tu. Hahahaha... Untuk kids, ada belon twist la, ,ada pedang apa la berlampu-lampu dia jual siap hulur kat anak ko kasik dia pegang. Aku tak kasik la beli. Pasal kalau nk beli, kat luar ajelah. Dalam tu dah up sampai berapa ringgit. Cukupla mommy dah keluar duit tiket. Kah kah kah.

 Dia eksited dah masa ni

mintak tolong orang jaga tiket amekkan gambar


Performance dia ok lah.. Agak menghiburkan. Tak banyak aksi stunt. Gajah berdiri atas bola pun takde. Singa lari masuk ring pun takde. Sea Lion golek bola atas hidung pun takdek. Hahaha.. Ni semua human base punya performance. Tapi anak aku nampak macam cukup terhibur tu kira ok lah. Sebab niat di hati memang nak hiburkan hati anak je. Lagipun sendiri pun tak pernah masuk Circus daripada zaman kanak-kanak lagi. Rasanya, mak dia je yang lebih-lebih teringin nak p ni.

Yang tak berapa best, masa time off 15minit untuk ke performance 2nd half tu, anak aku dah mula dah bosan. Lepas tu, orang-orang yang kat Standard Seat tu dah beralih arah penuhkan Hot Seat plak.

 RM10 untuk bergambar dengan mereka.
Hasil gambar cuci tak lawa.
Kompius aku kejap.. Kamera macam DSLR.
Printing tak lawa.
Gambar atas ni pakai kamera phone iolls.
Dia memang mintak untuk tolong amekkan. 


Masa takde orang turun lagi dan maskot-maskot tu semua tengah tercongok kesepian krik krik kat tengah alam tu, kitorang dah turun dulu. So, kitorang yang 1st la pergi. Lepas tu baru berdesup orang turun. Selamat tak payah beratur~~
Tapi time ni anak aku dah kebosanan dan sementara menantikan 15 minit berlalu.




Ada video dalam henpon aku ni tapi tak tau macam mana nak  upload masuk blogger ni. Pergi la tengok sendiri. Hahahaha...


Yang aku kesian tengok diorang ni, peralatan mostly manual. Maybe sebab dia bukan atas permanent base. Kereta Iswara buruk pun diorang guna letak sticker2 untuk iklan. Diorang la stunt man, diorang la crew. Kejap jadi magik, kejap jadi org vakum, kejap jual popcorn, kejap bawak motor stunt, kejap lari2 atas gelung. Dia jugak lah orangnya. Tak kisah la tu kan... Yang penting kita enjoy~~~

(14 Oktober 2017)

Thursday, October 5, 2017

Melaka

Assalamualaikum...

Selamat hari Isnin

Marilah kita membunuh Monday blues dengan merungkai memori hari weekend. Maafkan daku duhai pekerjaan. I delay u sekejap okeh. Kah kah kah... Harap boss aku tak baca blog bahasa Melayu.

Jumaat petang2 tu husband dah tanya apa program weken? kalau nak p Melaka malam ni, balik terus pack baju. Kalau nak p esok, malam ni nak beli dinner. Aku reply, Sabtu ni ada gotong royong, mgu lepas tak turun,takkan mgu ni tak turun jgk. Lagipun period ni kalau nk bawak budak main pool pun tak boleh. Laki pun reply, takpela next time je. Balik terus muka monyok macam nak sangat la pergi Melaka. Kah kah kah...

30 September 2017

Pagi tu dia turun gotong royong. Aku kat rumah la jaga budak-budak kihkihkih... Mak telepon tanya korang datang pukul berapa ni? Eh eh.. sebenarnya lupa mak tengah ada kat Melaka. Lepas letak telepon, aku terus packing kain baju, bagi mandi budak-budak. Kang laki habis gotong royong semua dah ready tinggal nak berlepas je ke Melaka. kuikuikui... Dia naik rumah lepas gotong royong,tengok kain baju dah pack, anak dah mandi, baru la muka tok laki senyum skit. Aku siap bgtau dah sevey hotel kat Melaka. Bijak tak strategi memujuk aku? 

Masa dalam kereta tu, kitorang sembang memori datang Melaka. Tapi sebab aku ni sejenis yang senang hilang ingatan, jadi lupa sangat mana stay, datang bila. So, masa dalam kereta tu decide nak update blog kemas-kemas supaya senang nak track balik walaupun takdela penting mana. Just untuk reference sendiri je la kan. Good luck lah for this. 

Mak and family member lain duduk Emperor Hotel. Masa kitorang call hotel tu dia kata dah penuh. Aku servey Bayou Lagoon sebab nak water theme park dia plis. Tapi husband aku book Holiday Inn. Dah la takde bath tub.  T____T     Ni mak ke anak yang nak main air?


 yg ni dah pandai duduk depan jadi co pilot papa
tido je dia sepanjang jalan.
Alhamdulillahhhhh~~

yang ni pun masa ni tengah layan mamai
so after that mommy pun tido la 

Sampai Melaka, check in dulu lah... Harga bilik tak tau sebab husband is bayaq. Tapi dia kata lepas campur tax, dalam RM300 jugak kot. Booking is thru Agoda.



 Mommy gatai p tarik tirai bilik air tu.
pastu susah nak tutup.
1 keje plak nak kena tarik slow2 bagi dia tutup.


 Gambar bilik air kena upload.
Pasai kalau kat website biasa payah betoi nak tengok deme upload gambar bilik ayor.
Takde bath tub.



Lepas check in, perut pun lapaq. Terus terkam Taman Kota Laksamana. Carilah Seksyen 1&2. Dalam tu ada kedai Asam Pedas Claypot. Gerenti terangkat. Laki aku kalau datang Melaka, memang yang ni dia aim dulu. Katanya dia memang tak makan asam pedas lain kecuali asam pedas kat sini. Mak dia masak pun dia tak makan. Jadi tak hingin la aku masak kalau dah mak dia masak pun dia tak makan. kakakakkaka.. sweet escape kan? Nanti suatu hari nanti la, aku ingat kena belajar jugak masak asam pedas tumis macam kedai ni masak. kot kot boleh celen, mesti bangga kalau laki cakap, bini dia masak lagi sedap daripada kedai tu. keh keh keh... Bilaaaaa laa tu... buat masa sekarang ni, mari kita makan kat kedai je. Kakakakaka...


Tengokla makcik ni
Nak makan kat kedai tepi jalan je pun nak pakai boots.


Cari kedai ni ok

Tak teringat nak amek gambar sebelum.
Gambar selepas pun jadilah.
Mangkuk claypot tu pun nak licin style memang nak hirup kuah punya sedap.



Lepas laki aku settlekan urusan tekak dia, dah macam takde urusan apa lagi dah dekat Melaka ni. Hahahahahaha... Tapi rupanya ada 1 lagi matlamat hidup dia kat Melaka ni, is nak makan seafood. So, malam tu deal jumpa dengan family dekat Emperor Hotel. Kemudian adik ipar aku lead nak p makan kat Alai. Port baru gamaknya sebab biasa dengar Umbai je kan. Ke dah lama kitorang je dah lama tak amek port. Kui kui.. Masuk dalam kawasan tu memang banyaaakkkk la kedai. Depan-depan tu jangan citer la dia punya sesak. Kitorang malas nak bersesak-sesak, kitorang straight je hala ke belakang sikit. Kedai tu tak banyak orang. Style gamble je lah asalkan dapat makan.

Malam tu, aku ngn husband tak makan nasi la sebab baru je petang tadi makan nasi. Tapiiii lauk-pauk segala kami jamah. Sedap oiiiii masakan dia. Mak yang biasa tak berapa gemar makanan kedai, biasa adalah komen dia sebab dia memang sejenis yang masak sedap dan rajin masak. Tapi kali ni mak memang puji masakan kedai tu. Sedap la ni tak main-main.

Restoran ni baru bukak. Masa kitorang datang tu 30hb. Dia baru je lepas rasmi 29hb. 2nd day operation la. Ada lagi kawasan sebelah tu yang dia nak buat macam ala-ala gazibo. Tu blom siap. Katanya ni cawangan. Dia ada kedai kat Cheras yang dah beroperasi almost 13years(kalau tak silap ingatan aku). So, kalau rasa-rasa tekak nak makan seafood tapi Melaka macam jauh sangat, boleh la try hala ke Cheras. Restoran Cerana nama dia.


amek gambar dalam ig diorang je.
Sila jengah Restoran Cerana.
macam biasa la gambar makanan takde.
Aku bagi gambar pasu ni je.

Masa on the way ke hotel tu, aku nampak Zoo Melaka. Ada night Safari. Cakap kat husband, marilah kita bawa anak-anak melihat binatang. Masa on the way nak g dinner tu, dia suruh google closing hour dia. Tutup pukul 11pm. Last ticket 10.30 pm. Jadi masa makan tu set time, 10pm nak kena keluar dah dari situ. Masa dinner tu Fatihah tido. Lepas makan, masuk dalam kereta pun dia tido lagi. Aidil pun tido lepas masuk kereta. So ingat tak jadi dah.. Tapi bila dah sampai, kejutkan Fatihah cakap nak g zoo, eh eh seronok plak dia. Aidil je la blur blur mana lagi diorang nak pergi niii... Nasib jenis tak meragam.

Last trem. Last trip. Last customer. Kitorang lettew.


Excited kot Fatihah nampak harimau... Menjerit-jerit panggil papa sebab aku tengah dukung dia.. Takut papa tak nampak kot ada harimau depan mata... PAPA!! TIGER!! kejap lagi dia panggil jerit-jerit lagi.. PAPA!! TIGERR!! PAPA!!! TIGER!!!


Masa dalam trem tu nampak Zirafah belah kiri, terperanjat dia. Tak sangka agaknya katun zirafah kat dalam tv tu kecik je. Masa ni harimau dengan singa tengah berlegar-legar. Tunggu time masuk kandang katanya. Eksited jugakla nampak harimau sikit punya sihat depan mata. Rasa nak tepuk-tepuk je montot dia. Lepas tu aku kena makan. Kah kah kah.


Masa g kandang buaya ni tanjat aku tengok buaya besar gabak betul-betul depan gate ni. Biasa kalau g zoo nampak dari jauh je atau kena cari-cari dia dalam kolam dia tu kan... Puas hati dapat tunjuk kat Fatihah the real crocodile. Pelik Fatihah ni, buaya dok diam tu takut plak dia. Harimau sikit punya aktif dok melilau sini sana dia tak takut plak.



Esok pagi dapat bawak budak berendam kejap je sebab hujan dah mula menitis. Bawak budak main air dalam bilik air je. Takde bath tub, main water shower je lah... 


Lepas check out, ultimete goal adalah coconut shake viral. Beratur orang. nasib baik adik ipar dah tolong belikan. Ingat nak lepak minum tepi pantai. Tapi penuuuuhhh sepanjang pantai tu dengan joran-joran terpacak tinggi. ada event gamaknya. Parking pun takde. So, just salam-salam kitorang terus gerak balik Key yel.