Pages

Saturday, January 27, 2018

Kids indoor playground

Kidszone Melawati Mall

Dah ada anak kecik ni begitulah aktiviti mak apak. Cari tempat or mall yang ada playground. Tambah plak time cuaca tak menentu mestilah kena pandai servey indoor playground.

Seperti yang semua sedia maklum (ecewah macam kan orang baca blog kau), aku memang tak berapa gemor indoor playgound ni. Bukan sebab apa pun, sebab enrance fee dia aku boleh beli tudung ruffle chicnones tu 2helai setengah. takpun beli kain ke baju budak ke. tak pun boleh makan kenyang. Lagipun aku nak  diorang feel the nature ecewah. Tapi bila isteri dan suami tak sependapat dan yang membayar entrance fee adalah sang suami, kita ikut ajelah. Janji time makan kang, dia bayo jugak. Kah kah kah...

OK lah ni nak review Kidszone Melawati Mall. Tempat dia besar, dan harga dia sesuailah dengan fasiliti dia kot.

 Sila pakai stokin.
Deme ni pun ada area khas boleh buat besday party.
nampak tak kat hujung belakang sana tu hah ada orang tengah berparti harijadi.

 ni entrance fee dia.
RM93 untuk total 2 ketul anak aku.
ntahla ada tax ke tak. malas nak mintak tengok resit kat laki aku.
Dah la yang jantan tu nak berkepit je tak main pun.

 ni area toddler.
small playgound area.

 besar tempat dia.
anak dara aku terus hilang je pepandai bawak diri.

 tengok2 tetiba dia main slide dah.

 ada staff kat atas tu yang tolong kontrol trafik.
kalau budak bawah tak bangun lagi, dia tak bagi budak atas turun.
so, adalah agak bagus di situ

 bawak aidil area sini plak nak bagi dia main ball tu
takut jugakkkk
berdesyut dsyut bunyi gun angin kat atas tu lagi kuat dia nak melepet berkepit

 kalau aku kecik lagi ni mau meroyan jugak dapat main tempat cenggini
anak dara aku ntahla p mana dah dia

dah putus harap nak suruh aidil main kat tempat ni. last2 duduk area toddler ni je. dia berdiri nak main pun tak sampai la beberapa cm daripada tempat mak dia duduk. main la dik oi.. rm35 ni bayo kat hang! kahkahkah.


Sebenarnya memang expect nak duduk lama sikit la dalam ni.Tetiba kakaknya berdiri setempat sambil mengerutkan wajah. ohmaikau kenapa time ni? Dah tetiba adik plak mengerut muka jugak. Sedih omak kau, sekali dua kena basuh. Kitorang keluar dari situ sebab toilet dia macam tak friendly user untuk basuh berak toddler 4 tahun gitu. Boleh masuk balik sebab dia kan Unlimited Entry. tapi dah petang sangat masa tu. eh eh tetiba rasa macam berbaloi plak harga dia sebab umlimited entry. nanti kena pergi pepagi la biar anak dara aku lemau dalam tu. Kahkah


Thursday, January 25, 2018

Me turning 35

Ni kisah tahun lepas punya besday saja tulis jugak nak throwback, kang gadoh laki bini boleh baca blog balik pastu teringat eh eh sweet je laki aku ni hah. Biasalah kalau gaduh tengah marah, syaitonirojim memang ingat benda buruk-buruk je kan.


Sebelum besday haritu husband aku dah asek tanya je nak apa, nak apa? Masa tu aku tengah kemaruk nak pakai printer, so aku mintak printer ajelah. Dia kata, hek ele.. printer ni tak besday pun boleh bagi. Tapi rasa macam dah petik lama, tunggu nak dekat besday jugak baru dapat ni. Hahaha... Aku pun hampir la terbeli sendiri. Nasib baik tunggu, dapatlah free. Hak hak.

Sebelum besday jugak, dia ajak naik GPO nak cari baju kerja dia. Dalam masa yang sama, terdapat jugak hadiah lagi. Dah kira macam bagi nafkah ajelah asek dapat hadiah je. Hahaha.. So dia cakap, takde dah surprise macam tahun lepas. Apa yang ada jelah ni. Aku pun tak kisah sangat lah kan. Bukannya tiap-tiap tahun pun dapat surprise. kahkahkah

So, on the day itself, dia tanya pagi tu sebelum pergi kerja, ada hajat nak dinner mana-mana ke? dia suruh sajes. Aku punya tekak teringin nak makan Seoul Garden je masa tu. nak kimchi, nak mensalai-salai daging salah salai, salai tangan anak sendiri. fiuuhhh.. ok la dia kata xyah booking pun tak pe kot hari biasa ni maybe tak ramai. Petang dia suruh balik cepat.

Dah balik tu, dia suruh naik dulu. Aku pun bajet dia tak cukup tangan nak bawak anak turun, ke anak tengah berak ke apa ke ntah, malas nak pikir. Aku naik je.

Bukak-bukak pintu...... tadaaaaaa~~~




lilin merah.
table runner pun beli semata nak setting surprise besday bini.. hewhew



Kawan aku tanya, dia siap masak ke?
Ha ah. Masak kat Tony Romas.

Kids punya meal pun dia siap tapau.

Sos cili tu aku yg setting.
kalau ikut setting dia, memang takde sos cili Maggie tu.


oh ye.
set sudu garpu pisau ni pun dia beli baru~~

tisu merah pun siap beli. ahaks

Dia kata kek ni je yang ada
Asalkan kau Baskin Robin, memanglah kau sedap.
2 ketul tu dia kata Fatihah n Aidil.
korang duduk atas kek mommy kenapa?
hahaha



Apa tulis dalam kad rahsia~~
I love love love cards!

dia siap pasang lagu hepi besday, pegang bunga sejambak, dengan setting meja semua dah siap. Mih mih mih mih... Kombang lobang idong ahkak.

Siap ada tema. Baju anak-anak semua dia tukarkan memenuhi warna tema. Pinggan, alas meja, pasu, cawan, semua dia beli baru memenuhi warna tema. Olololooooo... sangat details di situ. Bila tengok meja, ada makanan anak siap pun terasa terharu.

So, when i thought the surprise dah habis, dia keluarkan set kelengkapan mandi + losyen Body Shop ni dalam pack ikut warna tema jugak. Tengah makan-makan suap-suap anak tu, dia keluarkan plak kek. Aku ingatkan takde kek dah cukup dah apa yang ada. Bahaha.. Ada jgk kek Baskin Robin~~ wuuu...jenuh makan 4 beranak, so potong sikit kasi jiran depan/pengasuh budak-budak ni.

Malam sebelum tu dia kata dia kepenatan, seharian tak duduk sangat. Aku pelik jugak, kerja apa kena lari sana sini. Takkan kena berdiri plak kat ofis. Ghopenya dia sibuk berlari cari barang-barang ke sana ke sini nak surprise bini.


Tq dear darling. Sorila besday u, i tak surprise surprise pun. hihi
baru semalam bagitau dia, bini dia ni ada blog.
ntahla dia memang tak tau ke buat-buat tak tau. :P

Wednesday, January 10, 2018

Beli pampers online @ 11street

Hai 2018. Semoga tahun ini lebih memberikan kebaikan kepada semua warga penduduk muka bumi ini.

Nak update pasal anak sulung mula masuk sekolah tahun ni. Tapi belum mood lagi. Sebab masuk hari ke-3 sekolah dia dah start menangis tak nak school. Padahal hari pertama dia sangat semangat nak pergi school. Ni dah hari ke3 minggu kedua, dia masih menangis malah pegang tangan mommy lagi kuat tak nak pergi school. Anak kawan aku yang sama sekolah tapi lain kelas, minggu pertama meraung-raung siap nak lari sekolah, ni minggu kedua dia dah ok. Omak tak senang hati. Nantilah bila anak dah tenang nanti, hati omak pun tenang, baru omak update.

Ni nak cerita, aku sekarang boleh tahan berkira kalau nak beli pampers dekat kedai. Mesti tengok harga dulu. Kalau dekat kedai harga bukan bawah rm30 untuk pampers Pet Pet Mega, aku takdela bagi laki aku beli. Hahaha... Maknanya tunggu offer special dulu lah baru rasa berbaloi beli  kat kedai. Selagi boleh nak check dulu harga kat website berapa. Tak kisahla website memana. Lazada ke, 11street ke. Selagi boleh compare, silakan compare.

Haritu aku beli 3pack Pampers Pet Pet, tak ingat dah berapa. Puas hati sekali beli banyak gitu. Budak 2 orang tu pun dah pakai saiz sama. Haritu tengok dekat Speedmart, Mommy poko pants Standard tu harga tak sampai rm30, aku sajala give it a try. murah kan... Tapi kitorang laki bini tak puas hati. So, no more mommy poko.

Teringat pampers dah nak habis ni, kat email pun tetiba ada notification dapat cupon 11street, saja la try beli pampers. Ada banyak seller, so kena compare lah. Ada 1 ni, dia offer harga rm85 untuk 3pack Mega + rm14 delivery total RM99, bahagi 3 pun 1 pack baru rm33. Apply cupon rm5, dapatlah total rm94. rm94 bahagi 3 pack, 1 pack jatuh rm31.33. Murah banyak rasanya daripada harga kat kedai.



OK lah.. tu je nak bagi tips beli pampers murah via website. hahaha..





Azam 2018? rajin update blog please.