Tuesday, January 8, 2019

Cara Register Syarikat Enterprise di SSM

Alhamdulillah bertarikh 4 January 2019, aku selamat dinikahkan dengan SSM.  Kah kah kah.. 

Register kompeni sendiri secara sahih dan berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Tidak lagi meniaga secara membelakangkan syariat. Tidak lagi bersekongkol. Apakah ni?

Ok lah just nak share cara latest mendaftarkan syarikat di SSM.

Pada pagi yang mulia hari Jumaat berkenaan, suami tanya nak g register kompeni tak? OK lah mari jawabku. Maka kami suami isteri pun pergi ke Menara SSM, Jalan Stesen Sentral. Aku pun tanyalah suami, nak kena ada photostat IC ke? Saja tak bawak sebab terpikir, sekarang kan dok pakai sistem dah. Suami kata kena la ada. Maka dalam perjalanan ke Jalan Stesen Sentral tu, melilau kitorang mencari tempat printing/fotostat yang dah bukak di pepagi hari kala burung baru berterbangan keluar dari sarang demi mencari rezeki. 

Aku pun fotostat la sehelai je. Sebab kedekut dan rasa macam tak pakai banyak kot ni. Sehelai je fotostat rm0.50. Masuk kereta kereta perli dengan suami. Kalau dia nak lebih nanti, awak pandai2 buat ye. Tskk tskk... keluar balik kereta dan fotostat lagi 2 helai. so rm1.50 melayang. Dah nak sampai SSM tu, baru teringat aku takde cash. Mintak husband cari mesin ATM plak. Kah kah kah. Nasib baik suami aku ni kesabaran dia tinggi sikit di pagi itu. Dekat dekat situ ada AM Bank kalau tak silap. Mujur la ada.

Sekali bila sampai bangunan SSM, ada mesin ATM RHB terpacak depan pintu masuk dia. Hew hew hew.. Takpelah, biar dan withdraw kat bank, selamat sikit. Kot ATM nan sebijik tu stuck ke rosak ke, maintenance ke, kan senang dah pergi withdraw duit siap-siap. 

Naik tingkat 4 (Cawangan Jalan Sentral). Pergi kaunter, dia bagi borang kuning yang macam tak pakai pun. Borang kuning tu ada guidance macam mana nak guna sistem. Kena register through web dia. https://ezbiz.ssm.com.my 
Untuk first timer memang silalah pergi ke bangunan SSM terus kerana kena sahkan IC pakai mesin dia. Semua self service.

Sah kan IC dulu kat mesin kaler kuning kalau tak silap aku. Lepas tu barulah pergi dekat mana-mana PC yang dah disediakan dan register masuk Sistem. Kitorang terus melulu je pergi pc. Pastu bila nak register new company, apsal tak boleh pun ni. Menu semua kena disable. Jadi sila sahkan IC dahulu dan boleh terus pegi meluru ke mana-mana PC yang anda suka. Akan ada petugas dekat situ. Kalau tak sure macam mana nak isi sistem tu, panggil aje pegawai dia. Sedia membantu. 

Masa kitorang haritu a bit confusing dekat nak isi code perniagaan. Ko bantai je isi berapa banyak kod ko nak isi asalkan berkaitan dengan perniagaan korang. kah kah kah... Kalau tak sure, sila tanya pegawai ok. Kitorang pun tak sure la betul ke tak kitorang buat. 

Last sekali payment method. Kitorang ni sebab pandai sangat, jadi kitorang banyak memandai-mandai. Hahaha.. Sistem ni tak boleh nak back-back sangat ye. Kalau back, silakan isi semula. Masa dekat payment method tu agak kompius sikit. Kitorang nak pilih method online sebab acah-acah tak nak pergi bayar kat kaunter takut ramai. Padahal tak ramai orang pun pagi tu. Nak cari maybank2u takdek. Dia ada bank lain ngn maybank2E. Memandai-mandai bukak maybank2E, akaun pun takde. Kah kah kah. Jadi memang la kena pilih 'pay at Counter.' Kalau tidak, nescaya akan terpaksa mengisi form banyak kali. Lepas selesai tu, sila print Invoice anda dan bawa ke kaunter. Dont worry, diorang ada sediakan printer. 

Pergi semula la kaunter amik nombor. Ting Tong tunggu kejap je terus no kitorang. Eksyen sangat tak nak bayar kat kaunter aphal. T___T . Aku mendaftar atas bukan nama sendiri, jadi kena RM60 + RM10 untuk business info. Kalau kompeni nama sendiri, tak silap aku RM30. So total kena bayar RM70.

Sebab kitorang settlekan awal-awal pagi, dia cakap by pukul 5 boleh check sistem dan print/download Sijil. Kalau tak, nak datang semula ke situ untuk print pun boleh. Oh ye.. takde plak dia mintak salinan ic aku. Jadi salinan fotostat ic tu tak payah la bawak kot.

Secara ringkasnya cara-cara daftar syarikat (Enterprise):
1. Pergi mana-mana cawangan SSM.
2. Bawa IC dan cash yang bercukupan.
3. Sahkan IC di mesin Do It Yourself (tak tau nak panggil apa)
4. Pergi mana-mana Pc yang disediakan untuk Sign Up dan isi borang secara online.
5. Page akhir sila pilih Pay at Counter.
6. Print Invoice.
7. Amek nombor untuk pembayaran.
8. Buat bayaran di kaunter. Untuk kes kitorang, dia bagitau, sebelum pukul 5 dah boleh login sistem balik dan print Sijil.
9 .Sijil sila print sendiri di kemudian nanti.
10. Settle.


So, Alhamdulillah.. senang sangat urusan nak register kompeni ni. Kebetulan pula masa pergi tu memang tak ramai orang. Jadi sekejap sangat urusan tu. Semoga dimudahkan urusan 2019 ni. Ameen....

6 comments:

  1. saya pun nak tambah bidang niaga kat SSM ni... harap harap boleh buat online ... tak rajin nak pergi SSM. Jalan jammed, parking jauh.

    ReplyDelete
  2. good sharing. memang mudah untuk daftar syarikat sebenarnya kalau apa yang diperlukan dan buat check list dan bertambah mudah waktu tak ramai orang hehe

    salam kenal dari www.umifuzy.com

    ReplyDelete
  3. wah. bagusnya permulaan 2019 ni. hehe. laki aku aritu ambik je borang SSM pastu jadi kertas conteng kat rumah. ntah bila nak mendaftar pun taktau

    ReplyDelete
  4. Sharing Menarik. Bila dah daftar SSM barulah rasa yakin sikit nak buat bisneskan. Sekarang makin mudah, daftar online pn boleh. Tapi biasanya kita pergi juga ke pejabat dia. Lagi cepat.

    ReplyDelete
  5. kalau nak tambah maklumat perniagaan macam pulak ya

    ReplyDelete

Thanks for dropping out your thoughts...