Tuesday, August 7, 2012

Cara Buat Kiriman Wang Pos


Hai all... This is a guide for dummies me on how to make a money order pos la i dont know in english they call what. 

Ye.. zaman sekarang sapa lagi pakai wang pos? semua main bank in sahaja kan? Bak sini no akaun. Asal ada nombor akaun sahaja, maka boleh la dipersilakan tekan-tekan dan klik klik sahaja. Namun, apabila keadaan terdesak dan hanya itu sahajalah cara yang dapat diperlakukan secara sah, terutama bila dah dapat surat warning, nanti kena heret ke mahkamah, maka cepat-cepat la pergi pos opis dan menyelesaikan apa yang patut. kahkahkah...

Ada jugak saya cari-cari di dunia maya a.k.a Google.com.my mengenai cara cara buat kiriman wang pos. Ye... kalau ada search dalam blog anda on cara buat kiriman wang pos - itu kemungkinan besar adalah dari saya. 

Saya dah bertanya kawan-kawan. Ramai yang tak tahu. Cis.tokleh harap. hahaha... Ada yang lagi best, katanya, nanti dah fill in semua, pergi balik kat kaunter tu. nanti dia taula nak buat macam mana. ok. pendapat inilah paling menganiyai saya. Begini ceritanya...

Pada tengahari yang damai di suatu hari di bulan puasa, saya dengan malasnya pergi ke pejabat pos untuk membeli wang pos. Nasib baik orang tak ramai, tapi parking pun tak berapa nak ada. Tapi kenalah bersyukur sebab masih ada parking kan. 

Selepas membaca guide di mesin giliran, maka Huruf A pun ditekan. TEETTT.. cikcikcikcik (bunyi kertas giliran keluar). 

Come to my number, maka saya mintak kata nak beli Wang pos RM50. Caj perkhidmatan/komisen pejabat pos adalah 60sen. maka jumlah kena bayar adalah RM50.60. And wallah!!! saya sudah ada wang pos! Cik kaunter yang manis tak kata apa langkah seterusnya dan saya yang manis ini pun tidak bertanya apa-apa dan terus berlalu pergi dengan hati yang eksited first time buat Wang Pos.


Depan

Belakang.


Kemudian bila dah sampai ofis semula, kerana pergi waktu lunch hour kan... saya pun mengisi form berkenaan pada wang pos berkenaan. Maka kemudian barulah terkonfius sendirian. Lepas tu nak buat apa dengan wang pos ni? Haishh...kenapalah buat-buat pandai sangat tadi tak nak tanya cik kaunter yang manis itu? Saya google. Tapi tak menemui jawapan hebat. Maka tanya kawan. Most of them kata tak tau. And sorang lagi suruh serahkan kat kaunter. Dan oleh kerana dia sahaja yang memberi 'penyelesaian', maka saya ikut 'penyelesaian' dia.

Maka hari semalam, saya pergi lagi pejabat pos. Tapi kali ini ya ampun, ramainya manusia kenapakah? Ambil angka giliran.. HOHEMGII...mana sempat nih! Then saya terus terjah kaunter nak tanya cmana nak pos ni, sambil tunjuk-tunjuk pandai kata form dah siap isi. kahkahkahakha... Dia kata, masuk sampul surat. then letak alamat nak hantar ke mana. pastu letak setem. HAHHAHAHAHAHAHHAAHAHA... i feel like stupid already. see???? Hanyalah pos macam surat biasa. Owh...pesan kakak kaunter manis dari pejabat pos itu lagi, jangan lupa cabut keratan kecil wang pos itu untuk copy kita. Sangat berbudi bahasa ni cik kaunter pejabat pos ni rasa macam nak isi borang pemarkahan mantap untuk dia. 

Maka... ini adalah langkah mudahnya. setelah dirumuskan dari penceritaan dan pengalaman yang mengerikan dari saya itu.

1. Pergi pejabat pos dan beli wang pos mengikut jumlah kehendak hati anda. RM0.60 akan dikenakan untuk komisen pejabat pos.
2. Isi tempat kosong berkenaan pada kepingan wang pos tersebut.
3. Sediakan sampul surat beralamat ke mana wang pos itu hendak dihantar. sediakan setem RM0.60 pada sampul surat tersebut.
4. Kerat keratan kecik untuk simpanan sendiri.
5. Masukkan wang pos dlm sampul. Gamkan. Kemudian masukkan dalam pos box.

Mudahkan! Bimbo me T__T


I wonder if this step is ada dalam pos malaysia punya website.


54 comments:

  1. hahahahahah aku mmg dah sengih² gelak dah bila baca part ko balik terus tu..

    hadoiiiii
    apesal ko tan tanya kat fb dulu.. leh aku jwb..

    aku pernah buat dulu.. buat utk apa eh lupe dahhhh..

    hahahah ok xabes gelak lagi.

    sorry!

    ReplyDelete
  2. nak gelak besar takut batal puasa.
    dah kena tahan gelak.hempp.hemp..hemppp...

    ReplyDelete
  3. kenapa korang gelak?
    ini cerita sedih aku lah...

    ReplyDelete
  4. Dengan penuh macho aku membaca tiap2 aksara penulisan kau hingga habis sebab aku yg buta kayu ni pun baru pertama kali nak buat kiriman wang pos..sharing is caring..kan kan kan...kikiki

    ReplyDelete
  5. dear Anonymous...

    hopefully this guiede help u as saya tidak menjumpai guide yg dapat membantu di dunia maya ini sebelum ini.. :)

    ReplyDelete
  6. Terima kasih untuk perkongsian. Ak pun baru 1st time nak kirim wang pos ni.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih sgt2...blh jd panduan..sy pon xpenah guna wang pos..bila google jer..keluar blog awk..sgt membantu k..;-)

    ReplyDelete
  8. Terima kasih sgt2...blh jd panduan..sy pon xpenah guna wang pos..bila google jer..keluar blog awk..sgt membantu k..;-)

    ReplyDelete
  9. Owh thanxs for d info...xoxo;)

    ReplyDelete
  10. Tq atas informasi brguna ini..... ;-)

    ReplyDelete
  11. ni kamu cite pasal wang pos ni. Kalau kiriman wang or money order pun sama jugak ke kene masuk dlm envelope?

    ReplyDelete
  12. hi Anonymous...

    saya percaya, money order dan kiriman wang adalah benda yang sama.. boleh rujuk kat pos ofis k.. thanks singgah n drop comment.. :)

    ReplyDelete
  13. boleh kan beli wang pos sekali dgn setem tuk tampal kat sampul surat tu?

    ReplyDelete
  14. hidayati...

    hm..tu kena tanya orang kaunter kat pejabat pos tu.. kalau dia bagi beli sekali, boleh aje... :)

    ReplyDelete
  15. Thanks.. Post nie berguna sgt.. Sbb sy pown baru nk berpemgalaman gune wang pos.. :)

    ReplyDelete
  16. Thanks.. Berguna sgt.. Sy pown bru 1st time gune wang pos.. :)

    ReplyDelete
  17. Thankssss.. info yg brguna... ! :)

    ReplyDelete
  18. Tq share. Aku baru nak p pejabat pos buat. 1st time. Aku google jumpa guide ko ni. Makaseh byk2.

    ReplyDelete
  19. Thanks..sgt mmbantu

    ReplyDelete
  20. Sy terlupak isi wang pos kat blkg utk byr sesuatu..apa akn terjadi? Rasa nya sah ka tidak wang pos tu?

    ReplyDelete
  21. Boleh buat spekulasi pound sterling guna wang pos british yg dijual oleh pos malaysia. Bila nilai pound merudum beli wang pos british banyak banyak. Tunggu sehingga nilai pound meningkat ...komdian jual semula di pos malaysia ....selamat mencuba...

    ReplyDelete
  22. Thanks for sharing. Good job. I like ur honesty.

    ReplyDelete
  23. adoi..pengalaman sy sama mcm kamu..dh bt kiriman wang..bila blik umah, asyik la belek kertas kiriman wang tu smbil bfikir nk buat apa la kertas ni..upanya itula kiriman wang yg nak dipos..hahaha..tenkiu ya..

    ReplyDelete
  24. salam :) berguna juga utk saya. fes time nak order money ni, macam tak reti je. alhamdulillah jumpe post ni.

    tqtq. sangat membantu.

    ReplyDelete
  25. Mmg untung dapat jumpa blog akak nih..saya yg tak tau apa2 bleh tau trus apa itu wang pos
    Nice job:))tqqqqq

    ReplyDelete
  26. sgt membantu. thanks!

    ReplyDelete
  27. maaf brtanya..saya baru trjumpa blog anda..nak tanya jika kita pos skli dgn keratan kat tepi apa akn jdi?

    ReplyDelete
  28. Errr... hg guna hp apa mase snap gmbaq wang pos tu. Clear bak hg gmbaq.

    ReplyDelete
  29. terima kasih banyak2 sis,. ada jugak yg sudi kongsi utk kirim wang pos ini,. thanks you :) ,. nak kirim wang pos dekat u tapi tak tahu,. alhamdulilah dah ada penyelesaian ,.

    ReplyDelete
  30. Haha... thankz bnyak2.. 4TI

    ReplyDelete
  31. nak tanya, kalau contonhnya kita nak htr satu borang lain, lps tu dia suruh juga htr wang kiriman pos, kita kena htr sekali borang + wang kiriman pos dlm satu sampul ke.. atau ke buat sampul asing2? sbb dlm borang tu pun dia suruh sertakan no. wang kiriman pos

    ReplyDelete
  32. Hahaha..sangat membantu..sy pun first time nak buat wang pos..terkial kial juga ha

    ReplyDelete
  33. Nak tanya lah ruang no ic penerima tu kita yg tulis ke atau penerima tulis ya

    ReplyDelete
  34. Bicara Bintang...

    Kita isi ic pengirim sahaja. Ruang penerima tu tak payah isi..

    ReplyDelete
  35. Terima kasih, bankyak sangat bantu !

    ReplyDelete
  36. Klu salah tulis nak tukar balik boleh ke?

    ReplyDelete
  37. Terima kasih atas maklumat. Jazakallah khaira

    ReplyDelete
  38. Terima kasih atas maklumat. Jazakallah khaira

    ReplyDelete
  39. Thanks for your sharing.. sgt bermanfaat..first time nak wat kiriman wang pos nie..huhu

    ReplyDelete
  40. Sgt berguna utk first time saya nak buat kiriman wang pos

    ReplyDelete
  41. Trima ksih sbab kongsi info ni, sy first time beli wang pos ni, dah ambik no. lepas tu msa tgh tnggu gliran tu, sy try lah cari kat google psal wang pos ni, dah baca, rupanya ada charge pulak 0.60 sen, dah lah tk bawa dompet masa tu, nsib baik lah ade kwan tolong pinjamkn 0.60 sen tu, lega rasa hati... huhu

    ReplyDelete
  42. Ada siapa2 boleh bantu tunaikan wang pos tapi nama penerima atas nama orang lain?

    ReplyDelete
  43. Ayatnya tu sikit punya cliçhè lah 😂😂😂 nak tahan gelak xleh. Punyalah baca sambil ketawa tu sampai lupa apa tujuan murni yg sebenarnya😂

    ReplyDelete
  44. sampul surat saiz apa ye? beli di pejabat pos juga ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. seeloknya sampul surat saiz yang boleh ngam wang pos tu supaya tak perlu lipat. besar sikit pun takpe..

      Delete
  45. Alhamdulillah sgt2 menantu
    trima kasih ye

    ReplyDelete
  46. Alhamdulillah sgt2 membantu
    trima kasih ye

    ReplyDelete
  47. alhamdulillah.. sgt2 membantu.. proses flow pon terbaik.. semoga allah berikan kebaikan atas kamu kerana kebaikan kamu.

    ReplyDelete
  48. Ok kelakar. Btw, thanks for the info given. Hikss

    ReplyDelete
  49. Kalau tersalah tulis nama 'bayar kepada' tu kita boleh tukar ke? Berapa kena bayar yaa

    ReplyDelete

Thanks for dropping out your thoughts...