Pages

Tuesday, June 25, 2019

Cara buka akaun syarikat Enterprise di Maybank

Orang tengah share cerita pasal raya, aku baru nak bukak cerita pasal buka akaun kat bank. Banyak lagi cerita outdated ni. Nanti akan ku karang satu persatu. insya-Allah..

Haritu dah cerita macam mana nak register syarikat ssm. Sekarang nak cerita pasal pasal macam mana nak buka akaun syarikat pula. Memula berdiskusi dengan encik suami, akaun bank mana nak bukak ni. Aku sajes buka CIMB je sebab sekarang interbank kan dah 0 charge dan dengar-dengar tak riki pun, orang kata boleh buka RM1000 je instead of Maybank yang kena bukak RM2000. Tapi lepas diskusi, suami insist untuk bukak kat Maybank. OK lah. Layan lah kalau kena buka RM2000 pun, sebab duit tu boleh je amek balik kan. Hew hew hew.

1. First thing first. Kena ada boranglah. Pergi bank dan minta borang untuk buka akaun syarikat. Enterprise ke Sdn Bhd ke. Ikutlah. Aku buka Enterprise dulu. Nanti kita upgrade Sdn Bhd k. insya-Allah.

2. Make sure kita ada introducer. Introducer ni orang yang dah ada syarikat yang buka akaun dengan Maybank jugak. Sila jangan lampi cari introducer yang ada syarikat tapi buka akaun dekat bank lain. Har har har. Masa isi borang buka akaun tu nanti, kena ada sign dan cop syarikat introducer tu. Kalau dia baik hati, minta dia bagi name card and kepilkan sekali dekat borang tu. Kalau minta name card kat aku, memang aku tak bagi sebab aku tak buat. Kompeni makcik belum ada keuntungan dan bajet untuk buat name card. hahaha..

3. Isi lah borang. 

4. Buat cop syarikat di kedai berdekatan. Nak buat kat kedai yang jauh sikit pun boleh jugak. Janji siap je. Cakap nak buat cop syarikat. Bulat ke empat segi ke, janji ada nama dan no pendaftaran SSM dekat cop berkenaan.

5. Kalau register enterprise, sila sediakan RM1000. Aku bawak RM2000 haritu sebab dengar orang kata. Sekali akak bank kata, RM1k pun cukup dah. 

6. Sila hantar ke bank, bawa borang yang telah siap diisi dengan cop syarikat anda. Tangan yang nak sign pun jangan ditinggal di rumah. Beserta IC ye.

Akak/abang bank akan check borang, sign-sign apa bagai, dan sila tunggu dalam tempoh seminggu nanti dia call, kena mai balik la bank. RM1000 ni aku lupa plak nak kena bagi masa hantar borang atau kena masukkan masa dia panggil 2nd time tu. Kalau tak silap aku, haritu bank panggil dalam masa 3-4 hari macam tu jelah. Datang balik, dia bagi no akaun, QR pay code, apa bagai semua tu lah. Lepas tu jangan lupa register Maybank2u bagi memudahkan urusan perniagaan anda.

Good Luck and all the best. 









35 comments:

  1. Mama Yan memang guna CIMB...business dan personal dua dua CIMB...
    instant transfer dia free...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana-mana je pun senang dah sekarang sebab instant transfer dah free. Kalau dulu, berkira jugak 50 sen tiap transaksi tu kan

      Delete
    2. Rm1000 tu nanti boleh keluarkan semula ke atau kena maintain dalam tu?

      Delete
  2. terima kasih tutorialnya, sangat membantu

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. business baju budak. nanti singgah2 kedai kita ye..

      Delete
  4. Salaam.sis nak Tanya, Form A Tu adalah borang Yang bank bagi Tu ya..haritu Minta suami ambilkan birang, n bank bagi sekali check list..Dalam Tu Ada tulis form A

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf lambat reply. tak ingat pula form A tu macam mana. tapi kalau tak salah, borang yg bank bagi la kot.

      Delete
  5. Nak tanye lah. kalau kita gagal buka account syarikat tu. dia ada inform kita ke melalui sms atau call? ke kita kena pergi sana tanya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin boleh telefon bank untuk tau status. Atau lebih cepat untuk ke cawangan bank tu. Kalau ada syarat atau borang tak complete, rasanya bank akan inform call.

      Delete
  6. Haii sis. Sy pun nak buat acc company ni. Tp sujil ssm tu sy dpt dr email dn suruh print jee kata org ssm tu. Sy xdpt pun sijil yg ada cop. So skrg nii mana nk dptkn cop ssm tu yee. Org bank ckp sruh dtg blk kt pejabat ssm smlm mase daftar tu. Dn mgkin kena byr utk ambik sijil yg ade cop tu. Sis kt mana dpt kan cop ssm tu yee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak perasan pula cop SSM tu. Saya pun print sahaja sijil SSM daripada email. Nanti saya tengok semula

      Delete
  7. Salam sis..Nak tny,mcm sis dh buka akaun syarikat kan,bank monitor x duit keluar masuk?? contohnya kalau xde duit keluar masuk selama sebulan dua ke bank akan call... pstu dalam akaun syarikat kena ada min amount ke yg kena ada dlm tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau untuk akaun Enterprise ni, so far macam tak ada bank call. min amount tu tak sure pula.

      Delete
  8. Kalau akaun company maybank ada bg kad x

    ReplyDelete
  9. Rm1000 tu boleh kluar balik ke ?

    ReplyDelete
  10. Sis.. pegawai bank tu akn tnya boleh ke alamt comp sama dgn alamt rumah...mklumla skrg ni sume bizon9.. agak2 lulus jgk ke buat loan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk loan perniagaan, maaf saya tak tahu. tapi kalau untuk buka akaun, insya-Allah tiada masalah.

      Delete
  11. Maaf saya nak tanya kalau kita bukak acc syrikat ni LHDN akan kejar kita tak...sebb kita dah ada current bank ..saya bimbang gak klau lah kena byr lhdn ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lah yang ni saya tak pasti pula. Cuma pastikan berapa income kita dapat dan perbelanjaan syarikat kita. kalau boleh simpan semua resit2.

      Delete
  12. saya nak tanya... jika buka ekaun syarikat enterprise duit boleh keluar menggunakan cek atau boleh guna kad bank?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekiranya menggunakan akaun enterprise, cek tidak akan diberikan. boleh transfer amaun ke dalam akaun bank sendiri dan cash outkan di ATM. :)

      Delete
  13. Salam sis..borang akan diberi dahulu.. Selepas diisi bru submit semula ya.. Bukannya hari yg sama juga Kite submit borang.

    ReplyDelete
  14. kalau dokumen boleh dilengkapkan dengan dokumen2 yg dikehendaki pada hari yang sama, boleh submit hari yang sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai sis..nak tanya..yg no.2 tu kita kena ada introducer, kalau kita xde introducer macam mana ya? X boleh buka akaun company ke?

      Delete
    2. hi.. maaf lambat reply. iye kita kena ada introducer.

      Delete
  15. Terima kasih berkongsi. Sangat bermanfaat.

    ReplyDelete
  16. Salam sis, introducer tu perlu dibawa sekali ke bank ke atau minta copkan kat borang sje?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf ye lambat reply. Introducer tu kita minta cop kan di boring sahaja. Isi maklumat yang berkenaan. Macam saya haritu, saya kepilkan sekali business card dia dekat borang.

      Delete

Thanks for dropping out your thoughts...