Wednesday, May 29, 2013

Sesal


Yes, sometimes i do regret on decision that i took  in the past.

But hey! Life goes on...

aint it?



Tuesday, May 28, 2013

al-Fatihah - In remembrance of Pak Tam


Assalamualaikum...


It has been a while since my last entry.  its also has been a while since my last blogwalking.

How ironic, when  my previous entry writing about death, then a death to my close family happened.

Actually i have been trying hard to put things in words. But it feel so hard coz when you lost someone that is close to you, you will get very emotional. Tears is start to take its place in my eyes as im writing this right now. No words seems right to describe.

Recently, my family lost an uncle of mine, my father's younger brother. Uncle that we call Pak Tam.


He was like a 2nd father to all of us. He was a very cheerfull, talkative person. a very tough taxi driver, and proudly raise his 5 children. Sangat kuat mengusik. The surroundings would cheer up when he's around.


If im not mistaken, awal tahun lepas dia di-diagnosis menghidap kanser tekak. He went for his first surgery and it went well. He still can talk, and look healthy.

Bermula tahun ini, dia ditahan beberapa kali di wad, HKL. seminggu di hospital, pulang waktu weekend untuk menjalani rawatan. Berulang alik begitu saban minggu.

Waktu melawat arwah di HKL, saya sempat meluahkan dan berkongsi rasa dan masalah dengan Pak Tam dan Mak Tam. Tentang kehidupan. They always know the right words to make their niece comfort. Pak Tam juga sempat berseloroh untuk menenangkan saya. (oo.. gosh.. this is so hard to write). They treat us, their own nephews n nieces like their own child. He still look okay at that time...


Pada 20 April 2013, kami dikejutkan berita menyatakan Pak Tam pengsan dan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh.

21 April 2013 - saya pergi melawat Pak Tam. Nampak keadaanya seperti masih stabil. ketika sampai waktu melawat pada pukul 4 petang, dia masih belum berada di katil, di bawa untuk x-ray. apabila dia tiba di katil, kelihatan dia masih dalam keadaan stabil. masih boleh senyum. Namun nampak sedikit lemah. 

24 April 2013 - subuh hari itu, aku dikejutkan dengan panggilan dari abang aku, bertanyakan sudah tahukah khabar Pak Tam? Aku yang masih belum menerima khabar, tercengang-cengang. katanya, dia diberitahu Mak Tam, Pak Tam dalam keadaan kritikal, kalau nak datang melawat, datanglah... 

I took EL for that day, and stay at the hospital with my brother.

Pak Tam kelihatan tenat. bergantung pada mesin untuk meneruskan hayat. Berbeza sungguh keadaanya berbanding waktu kami melawat dia sebelum itu. Anak-anaknya juga mengatakan dia nampak sihat hari sebelumnya. 

Terlebih dahulu dia telah berpesan pada anak-anaknya, jika ada apa-apa yang doktor ingin usahakan, tak payah lah.. biarkan dia pergi.. dia tak sanggup lagi menahan ditebuk sana-sini. Maka dengan linangan air mata, ahli keluarga sekalian mengambil keputusan untuk tidak lagi diusahakan apa-apa demi tidak menyiksa dia.

Keputusan dibuat. Ahli keluarga semua dimaklumkan. Ayah dan mak turun dari Kedah. Saudara lain turut turun. Anak-anak pak Tam telah sebulat mengatakan, tunggu Pak Lang (my  parents) sampai, kita cabut mesin. Ayah kata tak payah tunggu, boleh proceed. Tapi sekiranya mesin dicabut, maka kami hanya ada masa beberapa minit sahaja sebelum Pak Tam pergi. Anak-anaknya tetap menetapkan untuk tunggu Pak Lang sampai.


Setibanya ayah sampai, keadaan yang suram bertambah dengan linangan air mata. Kami tahu, This is it. This is the time. Mesin akan dicabut selepas ayah berjumpa dengan Pak Tam di saat-saat terakhir nyawanya.. 


Akhirnya, anak-anak menguruskan untuk membawa Pak Tam pulang ke rumah... Mesin akan dicabut di rumah. Cuma bekal ubat-ubatan tidak akan disertakan sekali. Pesan doktor, kemungkinan untuk Pak Tam 'pergi' di dalam ambulans adalah tinggi.


Pak Tam tiba di rumah. Ayah tiba lewat. sekali lagi anak-anak Pak Tam mengambil keputusan untuk menunggu ayah sampai di rumah, baru dicabut mesin nyawa. Pihak ambulans menyatakan bahawa tangki oksigen tak dapat bertahan lama. Ayah memberikan kebenaran untuk meneruskan sahaja. Ironinya, setelah diberi kebenaran, petugas ambulans mengeluarkan 1 tong gas yang baru untuk digantikan. Keadaan itu, seolah-olah Pak Tam ingin menunggu abangnya tiba juga...


Ayah tiba, dan petugas-petugas medik mencabut mesin yang menjadi pemyambung nyawa Pak Tam. Ayah dan abang membisikkan kalimah tauhid untuk Pak Tam. Pak Tam menghembuskan nafasnya yang terakhir di samping isteri, anak-anak dan abangnya di sisi. Sanak-saudara, adik-beradik, anak-anak buah turut sama mengelilingi Pak Tam di saat hembusan nafasnya yang terakhir. 

25 April 2013 
Bersamaan hari Jumaat, Pak Tam dikebumikan. Maka pulanglah dia menemui yang Maha Esa...





Alhamdulillah... perginya baik sahaja. Insan-insan yang menyayangi dan mengasihi beliau berada di sekeliling beliau hingga hembusan nafas terakhir. Perginya mudah sahaja... Perginya hari Khamis, malam Jumaat seperti yang dihajatinya. Perginya meninggalkan seorang anak yang sedang belajar tahfiz... Alhamdulillah.. moga teranglah kuburnya...




Sedih aku mungkin tak dapat menandingi sedih dan rindu anak-anak dan isterinya... Namun aku masih menangis ketika menuliskan ini. Semoga tenang rohnya di sana... 


Al-fatihah...










in remembrance of arwah Pak Tam..


left is my dad. red shirt is arwah.
they really look alike right?

-still cant believe i'll be addressing him as arwah-
T__T




seminggu selepas itu, kandungan yang berusia 5 bulan dalam rahim kakak iparku, disahkan sudah tiada denyutan jantung. Abdul Rahim nama diberi, disemadikan di tanah perkuburan Kuantan, sehari sebelum hari mengundi, 4 May 2013.

Lebih kurang seminggu selepas itu pula, Pak Long, suami kepada kakak sulung bundaku, pergi menemui Ilahi. semasa pengebumian arwah Pak Tam, arwah Pak long masih sempat datang menziarah ke kubur. Mak Long cerita, Pak Long pergi mudah sangat. Dia mengadu lenguh bahu dan mintak Mak Long urutkan. ketika itu, Pak Long menemani Mak Long memasak di dapur. Selepas dipicit, pak Long minta Mak Long tumbuk-tumbuk belakang pak Long. Pak Long letak kepala di meja, air liur meleleh. Dipanggil-panggil terus tak menyahut. Pak Long disahkan meninggal di dalam ambulans. Mak Long telah kehilangan anak ke-2 nya 4 tahun lepas kerana kanser otak, dan anak ke-3, anak bongsunya 9 bulan lepas kerana kanser otak juga...


semoga roh mereka tenang di sana...


Al-Fatihah... 



-3 kematian berlaku berturut-turut dalam famili aku-
-mati kita nanti bagaimana?-
-im writing this coz i dont want to forget...-