Monday, December 5, 2011

To do List


Proses Pertama:

mengemaskan barang2 serabut kepala dalam bilik kecil itu hingga selesai. membuang dan meminimumkan barang-barang dalam bilik. mengasingkan perasaan kasih dan belas pada barang dari hati. contohnya : "e'eh... sayangnya barang ni, nak simpanlah". tengok barang lain pula, tahu tak pakai tapi kejadian "e'eh...sayangnya barang ni, nak simpanlah" terjadi lagi. ketahuilah bahawa perkara itu sangat susah dilakukan.

hampir buang 1 patung kaca yang cantik bentuk dolphin pemberian teman rapat masa zaman universiti dulu sebab tahu dia dah duduk lama dalam kotak, baru punggah-punggah balik dan rasa sayang nak buang, tapi harus buat keputusan. kemudian daddy bilang, "e'eh..jangan buang.sayang tu. cantek lagi." HAHAHA... penyakit dah berpindah pada daddy. maka serahkan sajelah. kalau tidak memang aku buang dengan perasaan tragis.

Terjumpa juga set cd microsoft.net kepunyaan kakak. katanya buang saja. tapi macam original set. macam sayang nak buang bukan? walaupun tidak pakai. tapi siapa tahu suatu hari nanti pakai? padahal cita-cita nak jadi tukang jahit hebat. hei...nak jadi developer ke tukang jahit ni?

Proses ini sangat sukar. kejadian pecah hati selalu sahaja terjadi. terpecah berkecai-kecai dan berderai.

sekarang bilik pun memang dah rupa tongkang pecah, terbalik, terburai, bersepai.



Proses kedua:

Selongkar almari baju. Nak asingkan baju-baju yang sudah tidak dipakai untuk didermakan atau dijadikan kain buruk.

Tahukah kamu bahawa aku kini mahu mengumpulkan baju-baju baru a.k.a set baju-baju bertobat.  ye, kamu memang tak tahu. ini aku bagitahulah walaupun tak perlu tahu. kerana aku harap kamu juga dapat lakukan seperti aku. Mahu juga belajar pakai shawl secara intensif. Masih terasa tidak pandai pakai dan terasa tak sesuai dengan wajah.

set baju-baju betobat adalah baju-baju yang longgar dan labuh, tapi masih sedap pada pandangan mataku. mataku ye..bukan matamu. bila matamu kata.. "e'eh tak cantik pun". maka mataku mungkin berkata "aku rabun.power tinggi. apsal tah aku nampak cam cantik je. tapi mungkin juge tak cantik. ah...ni baju betobat lah."

Mahu menyingkirkan baju-baju kecil ketat yang aku pakai zaman-zaman jahiliyah ku... ya Ampun. Allah ampunkan aku. bukanlah makna kata sekarang aku dah tak pakai langsung. masih pakai. dan masih mengumpulkan set-set baju betobat itu. bila nanti set baju betobat dah banyak, bolehla tinggal terus baju-beju kecil itu. huhuhu~~~
insya-Allah... Amin... doakan aku.



Proses ketiga:

Tukar tikar getah yang telah jahanam dibaham bahan bunga dip. herm... menarik juga idea tu. Mungkin baru terfikir sebenarnya. atau letak karpet kecil je nak tutup cela kat area tu. we see how lah.

Tukar perabot a.k.a almari baju dan almari buku juga meja kompiter. Proses ini tidak penting. hanya hawa nafsu menguasai akal fikiran. Jadi proses K.I.V. Tapi barang-barang Ikea memang menggoda I lah...


Proses keempat :

Cari calon suami yang tahun depan kompem boleh kawin tak payah tangguh-tangguh dah. HAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHHAHA..... 

9 comments:

  1. aku sukaaaaaa proses no 2 tu..
    hahahahha..
    Alhamdulillah aku dah slmt dah dermakan baju² kecil aku pd org lain walau pon dlm hati terpikir gak.. aku nk bertobat tp biar org yg aku bg baju tu xbertobat. heh!!

    pape pon benda ni kena kuat.
    n mmg syukur sgt² aku berjaya.
    dan skrg sikit demi sikit aku beli baju yg sesuwai sebagai seorg muslimah. walaupon sbnrnya agak mahal dr bj yg kecil². tp aku berkata pada diri aku.."xpe la nk berubah kena berkorban. kita nk buat benda baik"

    ReplyDelete
  2. kakak aku cakap, tak derma pun takpe. masih boleh buat pakai kat rumah baju-baju kecik tu.cuma mungkin ada baju yang mmg tak berapa nak pakai dah tu, nak kena letak tepi.

    Semoga kita dikurniakan kesempatan untuk berubah menjadi lebih baik... Wallahua'lam. aku masih insan yang lemah.....

    ReplyDelete
  3. ahah boleh jugalah..
    tp aku sejak kawen ni bdn naik.
    so mmg xmuat dah weh.

    psatu yg aku terkezut tu..
    aku bg ank buah aku pakai..
    anak buah laki..
    dia muat !! pdhal kecik je bdn dia.
    isk isk isk br aku sdr teruk btl pakaian aku dolu².

    ReplyDelete
  4. har har har har har....
    semalam anak buah aku dtg tido umah. tak bawk baju, nak suruh mandi. aku korek-korek baju aku. ada 1 baju tu aku mmg tak pernah pakai.

    masa beli pun mmg kecik la tapi muat-muat badan. aku bagi anak buah aku smlm, sampai bapak aku pn kompius cmana boleh muat kat badan dia. bayangkan anak buah aku umur 5 tahun.

    Astagfirullahhalazim...

    ReplyDelete
  5. fuhhh.. tade ayat shortform..
    konpom BM ko 1

    ReplyDelete
  6. ko tak nak check tatabahasa sekali ke? haha...

    ReplyDelete
  7. sabar je la aku dengan chi ni..

    hahahahhahaha..

    tp mmg ye pon.. aku berusaha gak tulis dengan ejaan yg penuh tp ssh wehh..

    dah terbiasa. isk~!!!

    ReplyDelete
  8. shem.... ye... komen ko pun ada short form juger. perasan tak?

    ReplyDelete

Thanks for dropping out your thoughts...