Pregnant kalini memang terasa penat yakmat hanya mengalami yang tau. Bukan saja-saja nak buat penat tau. Tapi mungkinlah sebab usia dah terlajak laris ni, trimester pertama pun rasanya dah start solat duduk.
Al-kisah masa pregnant, ingatkan nak menyendel tok laki nak bersalin hospital swasta. Dia pun ok je, dia suruh survey memana hospital yang berkenan di hati. Kalau ikut kenan di hati, rasanya macam nak pergi Prince Court. Barulah fefeeling retis. ahahaha.. Tapi sebab under budget sendiri, memang slash terus la kan. Kang kena emergency ceaser baru ko ada akal nak bayar bil.
So, cari hospital yang berdekatan dengan rumah atau berdekatan dengan HKL. Setelah dilistkan, Rampai Puteri Medical Center atau Hospital Pakar al-ISlam atau Hospital Pusrawi. Masa survey tu, Pusrawi tak keluarkan senarai harga lagi. Ntah macam mana aku decide nak pergi Rampai Puteri Medical Centre sebab nak kejar doctor. Samada doc Zana atau doc Kay. Doktor-doktor kat Rampai Puteri semua orang review bagus. Dah pergi few check up pun dengan Doc Kay. Masa first time pergi dengan doc Kay tu, dia tanya bila last date period. Biasa kalau pergi KK tu, doc or nurse akan telek benda bulat tu kan. Ni doc Kay selamba rilek je congak tarikh due date, gaya dia macam congak 2+1 je. Terus dia sebut je tarikh due date aku,22 March. Memang teramazed jugak la aku. Begitulah is kepakaran bidang dia kan. Nice baik je doc Kay ni.
Apa yang buatkan aku akhirnya decide nak beranak HKL jugak sebab nak amek CL lepas bersalin. Memula ingat nak pantang sendiri je. Tapi suami pun tak boleh nak cuti lelama. Parents masing-masing pun tak berapa nak larat nak jagakan. Ada 2 ketul tu lagi kan. So, takpelah.. I tolerate lah beranak di HKL.
Ala.. tak ingat plak berapa haribulan.
On 14th March tu ada check up dengan KK. Sebelum pergi KK, dah hantar Aidil kat rumah pengasuh, hantar Fatihah sekolah, pergi KK. I was sarat masa tu, memang dah 39 weeks, tapi husband plak kata ada taklimat dia kena bagi pagi tu. Sebenarnya aku nak menempel husband ikut sekali pergi check up atau dia bawakkan ke KK kot2 la tetiba terasa nak terberanak kan. Tapi tak sampai hati la pula dah dia ada kerja. So, pagi-pagi ikut dia pergi kerja, daripada office dia, aku amek kereta bawak pergi KK. Kena pergi KKKL kan, so gerak 1 kereta jelah. Last2 bawak kereta sendiri jugak pergi checkup pun. Sarat pun pergi checkup drive sendiri ye. Lepas check up, drive back to office dia. Kena lepak few hours jugak before dia siap kerja semua. Aku lepak je sambil layan ertugrul sorang-sorang dalam bilik dia.
Settle dia kerja, tengah hari tu sempat pergi Jakel jap nak fitting baju dia tempah. Aku sempat la belek-belek kain lagi kan. Kain apalah lagi kau nak beli? Sikit punya banyak kain kat rumah tak berjahit lagi. hahaha.. Itu lah macam terkena jampi serapah je bila pergi Jakel ni. Keluar Jakel, kitorang lunch dekat kedai depan Jakel tu je. Aku berjalan dah macam penguin dah. Terasa betul baby dah kat bawah sangat. Masa tengah makan pun rasa perut mengeras-ngeras. Tapi takde la rasa contraction ke apa ke. Rasa dia keras gitu jelah. Husband pun tanya," camana? nak g hospital ke tak?" Aku kata, settle makan dulu. Lepas tu baru tengok macam mana. Fikir punya fikir, malas nak tunggu sakit, nanti drama payah plak. Nak tunggu suami balik kerja la, nak settle anak-anak la..Kang kena jem plak kang, 1 hal plak bersalin dalam kereta. So, lepas lunch tu, terus pergi HKL serah diri. Apa pun tak ready sebenarnya. Tak ready nak pisah ngan anak-anak. Just nak pergi hospital check aje.
Nurse pun tanya la kenapa datang? Aku just cakap perut dah kerap sangat mengeras. Aku harap keajaiban terjadi macam check in Aidil haritu, terus 4cm tolak Labour room. bahaha.. Aku tengok banyak doktor lelaki, memang nerves la. Yang tanya2 aku sebelum check bukaan pun, doktor muda lelaki. Houseman kot. Memandai je aku teka kan. Masa kat dalam tu, aku bagitaula nurse, nak doktor perempuan boleh tak? Terus nurse tu jerit.. Dia nak doktor perempuan la.. Nurse tu pun cakap kat aku, "Puan kalau nak doktor perempuan kena cakap". Fiuhhh... lega disitu.
Doktor check bukaan dalam 2-3cm macam tu. Tapi doktor kata, dia rekod 2cm. Dia kata dah boleh warded sebab anak ke3. Tapi aku tanya dia, kalau nak balik dulu, lepas tu datang balik boleh ke? Kau ingat ni hospital swasta? hahaha... Doktor cakap, kalau balik tak boleh datang gitu je la, kena tunggu sakit plak lah. Huhuhu... Tapi kata bukaan dah 2-3cm dah boleh warded, patut boleh je la datang balik terus warded. tapi macam aku katalah... ingat ni hospital swasta ke? so, aku keluar jap discuss dengan husband kat waiting room. Aku kata nak balik dulu la nak sama-sama settlekan anak, lepas tu tunggulah sakit kita datang sepitai. Husband i ni, bab2 ni dia ok je, sebab yang merasa sakitnya nantikan is i is. So, dia ikutkan aje.
So, i is go back to doktor,cakap nak balik dulu. Eh eh tetiba doktor berkenaan dah hilang. Nurse semua yang ada bawah tu cakap tak boleh balik. Sebab dah anak no 3. Doktor lain yang ada tu pun kata tak boleh balik. Mana doktor tadi yang kata aku boleh balik tu hilang dah dia. Sob sob sob. Tokleh nak kata apalah.. ready warded ajelah. Tengok kat file aku tu, dia tulis FEMALE DOCTOR. Kiranya diorang noted la kita nak doktor perempuan.
Ward penuh haritu. Masuk 3rd class dulu katanya. Tukar baju dulu then tunggu patient katil tu check out,terus I is patient baru masuk. So petang tu, terus warded. Suami pun kena beransur dulu uruskan anak-anak, ambil anak sekolah, tinggalkan pakaian dan hantar pada pengasuh. minta tolong pengasuh jagakan dua ketul tu malam nanti, sampai siap urusan keluar hospital la. Alhamdulillah, memang rezeki dapat pengasuh yang dekat dan boleh tolong jagakan. Selesai urusan anak 2 orang kat rumah.
ni dah last dah whatsapp sebelum kami disatukan semula di dalam labour room dan menantikan detik-detik kelahiran bayi ketiga kami. Aku kena tolak dengan strecher. Bila dah tak sakit (between contraction time) tu nurse suruh cepat2 panjat atas katil labour.
Aku tak berapa ingat dah apa yang terjadi dekat labour room tu. Tapi kalau nak ikutkan jarak waktu last whatsapp husband aku atas ni, tak berapa minit je lepas tu, lahirlah anak ke tigaku. Waktu kelahiran 12:14 am. Waktu dengar waktu kelahiran tu, aku macam redho je kalau anak aku gelap. Sebab abang sulung aku warna dia gelap sikit berbanding adik-beradik lain. Mak aku suka cakap, sebab dia lahir tengah malam, tu yang gelap sikit. Jadi sedikit kata-katanya itu terpateri jugak kat minda aku. Masa tu memang redho je colour anak aku asalkan sihat walafiat. Masa nurse dah sambut baby tu, dengar nurse tu cakap...
"Ya Allah... kening macam berlukis" Alhamdulillah... Alhamdulillah.... baru keluar perut dah dapat pujian. Semuanya pinjaman Allah... Kemudian masa nurse hantar baby dah siap bercuci, dengar lagi nurse cakap.. "Putihnyaa baby ingatkan pucat tadi" Alhamdulillah... Alhamdulillah...
Masa pregnantkan dia ni, aku suka sangat makan dekat mamak tau. Lagi pekat kari dia, lagi rasa lalu dekat tekak ni. Berbeza masa pregnantkan kakak dia. Bau kari mamak tu pun boleh buat aku muntah. Dah la bersalin tengah malam, suka plak tu nak makan apa2 dengan kicap. Itu yang menjadikan aku redho kalau baby keluar jadi kulit gelap. hahahhaha... Alhamdulillah... yang penting sihat kan...
On 24 March (9 days after giving birth)
Masa hari ke 9 berpantang, anak sulung aku tiba-tiba naik bengkak muka dan badan. Masa ni tak sure kenapa. Syukurlah dia ada Insurans, jadi boleh admitted dekat hospital Gleneagles. Agak serabut juga bersalin kalini sebab anak sulung kena warded, so suami kena jaga dia kat sana. Aku pantang sendiri je kat KL, amek CL 2 minggu. Anak no 2 tetap hantar kat pengasuh. tapi kalau malam, ayah dia takde, jadi mak berpantang ni la kena handle lagi sorang toddler dan baby kat rumah. huhuhu... Yang kat hospital ni pun tak boleh tinggal kalau ada apa-apa kat rumah, sebab dia pun kecik lagi kan masa ni baru 5 tahun.
Mula-mula suspected denggi. Tapi lepas tu, Dr diagnose maybe ada alergik ubat apa-apa. sebab kalau tak salah, sebelum tu dia demam and ada pergi Klinik kot. Alhamdulillah.. All is well. Beliau pun sudah 9 tahun + sekarang. Dah nak masuk 10 tahun dah..
No comments:
Post a Comment
Thanks for dropping out your thoughts...