Kerana topik di Nasi Lemak Kopi O jumaat hari tu menyentuh hal persiapan pelajar-pelajar SPM untuk matapelajaran Matematik, tersentuh rasa aku untuk share sikit sejarah Matematik dengan diri aku.
As far as i can remember, aku rasa subjek Matematik itu senang. Bukan Matematik Tambahan which i get 3 for my SPM muahahaha, tetapi Matematik biasa. Rasa macam susah sikit pun bab-bab mencari sudut atau isipadu atau teorem pitagoras. Sikit lah susah, sikit je. Tu pun pasal kena kerah otak lebih sikit dari 1 + 1 = 2. (Gila kau apsal bunyik macam riak sangat nih??)
Walaubagaimanpun, sebenarnya aku pernah ingat juga dalam waktu aku darjah 2 or darjah 3 or darjah 4, waktu tu belajar jam. jarum pendek ke mana, jarum panjang ke mana. Aku rasa aku macam pernah dapat banyakkkkk salah. yee... aku terkompius-kompius apa menatang jam ni buat? bukankah senang pakai jam digitize aje? Malah waktu itu, aku rasa aku agak bengap juga dalam subjek Matematik.
Masa darjah 5 or darjah 6, aku rasa aku masih takdela nak berapa pandai dalam subjek Matematik. Matematik masih mejadi subjek yang menggerunkan untuk aku. Sehinggalah tiba di suatu hari yang dingin~~~ Ceritanya bermula begini...
Jeng jeng jeng
Satu hari, nak buat kerja sekolah or latihan di rumah aku pun tak sure. Tapi mak aku cikgu. SO, potensi untuk aku kena kerah untuk buat latihan tu ada, and memang tinggi pasal yelah.. masa tu dah darjah 6, nak peksa UPSR kan..
di keheningan petang itu, mungkin mak aku sibuk, atau mak aku pun bertujuan nak dera aku, jadi mak aku suruh ayah aku yang tengokkan aku buat latihan. bila suruh ayah yang tengokkkan ni, lebih kurang macam mengheret kaki dan seluruh anggota badan kepada satu tahap ketakutan yang .... haish... sukar ku tafsirkan...
tapi ayah aku ni kreatif!!! oh my god! Ya Allah...
Kreatifnya dia menggunakan apa yang telah Allah anugerahkan pada manusia... T__T untuk tiap kesalahan yang aku buat,aku mendapat hadiah luku. Yee... luku di kepala. Memang belajar berlinangan air mata la aku masa tu. Tiap kali salah or tak reti buat tiap kali tu la aku kena luku. Maka, bayangkanlah kesengsaraan yang aku hadapi masa tu.
Ironicnya, periksa selepas tu aku dapat Matematik 100%. Markah penuh tuuuuu... aku sendiri pun terkejut. Koh koh koh... makanya, mungkin kesan luku itu berhasil hingga mencairkan otak aku yang mungkin beku sikit masa tu. Koh koh koh... patut aku suruh ayah aku luku untuk every subject yang belajar kat sekolah...
So, sapa nak terel Matematik..meh jumpa ayah aku.
Kepada adik-adik yang nak periksa tu, good luck and all the best..
hahaha bleh la aku praktik kat anak aku nanti ^^)
ReplyDeletehahahaha.comel.
ReplyDeleteaku dulu pun tak terer langsung math.
darjah 2 aku paling problem bab penyelesaian masalah.memang tak selesai la masalah aku.darjah 3 aku konfius jugak pasal jarum jam.darjah 6,sebab cikgu tau aku lemah math..dia mmg suka suruh aku selesaikan soalan kat papan hitam.lepas tu berdiri buat muka toya tepi papan hitam sebab dah taktau nak buat apa.
nasib baik UPSR math aku A!
lepas tu terus aku boleh math sampai sekarang.lega!