Hooolaaaaaaa
Assalamualaikum...
Sungguh sepi bunyi krik krik krik bergema kedengaran di sini. Keras sungguh jari tangan ni nak menaip. Trip ke Krabi sempena anniversary pertama haritu pun tak berupdate lagi. Banyak sebenarnya benda nak tulis. Tapi tiap-tiap kali update pun berkata begitu.
Anakanda beta dah 5 bulan dah. Esok nak pergi cocok dia. Masa cocok 3 bulan haritu takde menangis pun. Harap-harap esok juga tiada menangis, kalau tidak mommy yang nangis nanti.
My baby Fatihah dah pandai bergolek dah. Memula nampak dia mcm malas-malas bergolek. Dah rajin, amek kau, terkejut aku terus je terel. Makin membesar, Alhamdulillah... Makanya, baju dah mula mengecik. So, mommy is dah bising sama papa ajak pergi beli baju dia. Kami pun ke Plaza Kenanga and GM Klang untuk membeli pakaian bayi berkenaan. Hasrat hati nak memboronglah...
Aku pun tak taulah murah ke tidak sebenarnya. or memang kena beli betul-betul borong baru dia bagi harga murah kaw kaw. Ada sleepsuits yang aku tanya harga sampai rm40 ++ ke rasanya sehelai. aku tengok kat instagram boleh dapat lagi murah. Ada yang harga pun lebih kurang je macam yang jual dalam instagram. Samada kitorang yg tak tanya untuk harga borong or kitorang tak jumpa kedai yang betul-betul jual borong. ntahlah. we are first timer. Noob sikit ah...
Memula pergi Kenanga. Harga macam tak berapa nak murah jugaklah.. Tu yang kitorang tuju GM Klang pula. Tapi macam harga kat Kenanga plak lagi murah. Ntahla... Aku memang target baju anak je. Benda lain tak tengok sangat.
Budak dobot baru bangun pagi.
5 pack baby pants = RM40
romper = RM35
Yang 2 ketul ni beli kat Plaza Kenanga. Aku bajet harga patutnya muuraaahh giler tapi sebab rasa macam tak berapa nak murah sangat compare dengan seller instagram, maka kecewa. Malas nak tengok-tengok dah dan terus ajak incik suami ke Plaza GM pula.
Ada 1 kedai kat 1st floor GM Plaza, for the same baby pants ni dia jual RM50. So, aku blah terus keluar sambil dalam otak pikir baik aku jahit dengan kain-kain yang aku dah beli. (Tapi kenyataannya bilakah pula aku nak menjahit... Kikiki...) Kat Kenganga lagi murah. Tapi masa kat Kenanga aku tengok macam tak banyak pilihan pula sehingga terpaksa mengambil pilihan romper untuk boy.
Item-item bawah ni semua beli kat GM Plaza. Round-round kutip-kutip beli kedai lain-lain.
Kalau amek 3 item jatuh RM28 sepasang baju.
Romper ni RM70, 5 ketui.
OK lah sehelai jatuh RM14.
kat kedai ni, aku amek saiz 9-12 makanya harga lain sikit.
kalau bawah dari 9-12m murah sikit lagi. tapi tak ingat berapa.
Romper asing-asing ada yang sehelai diorang jual RM20.
baju frozen untuk anak buah
RM35
Gambar ni terbalik malas nak rotate.
1 set baju Kapten Amerika siap topeng ngan perisai.
RM35
Terima kasih encik papa melayan kehendak seorang ibu dan keperluan seorang bayi,
Baby Fatihah has been a very good girl.
Tido aje dalam carrier.
Mudah sangat nak bershopping.
Hehehe...
Baby dah ada baju. Jadi mommy n baby happy!
Ntahla.. murah ke idok? Harini aku beli lagi sleepsuits 9-12m via instagram.
RM26 seketui.
kuikuikui...