Dah mula belajar mengensot. MOmmy dah rasa gusi tajam kamu bila menyusu. Kamu juga asyik ketap2 bibir, gigit2 barang.. Dah nak tumbuh gigi ye? Sekarang dah tak mau tido awal malam-malam... Kalau dulu, 7 lebih je kamu dah merah-merah mata nak tido, pengsan sampai esok pagi. Sekarang tido jugak, tapi kamu bangun balik. Maybe tak puas jumpa mommy and papa kejap sangat kan hari-hari biasa ni...
Semalam awak tengok kami makan. Mommy kasihan, mommy rendam 1 bekas bubur untuk awak. ingatkan awak makan tak habis. Habis rupanya...Macam tak cukup pun ada. Kasihan awak.. Kan dah besar, dah boleh makan dinner la mommy... T__T
mommy berjaya ekslusive breastfeed awak sampai 6 bulan. menjelang 7 bulan, mommy dah terpaksa campur susu awak. Produktiviti dah kurang. Menangis-nangis mommy bila akhirnya terpaksa akur, bekalkan nanny dengan susu tepung. Terkoyak-koyak rasa hati bila terpaksa bancuh sendiri susu bagi awak minum.
Tapi wahai anakku, mengapa tak suka susu tepung? Mommy dah cuba S26, susu kambing Karihome dan susu lactogen. Kamu tolak mentah-mentah... Tolak-tolak botol. luih-luih susu... ketap mulut taknak minum botol. siap buat macam nak muntah. Mommy is sad...
Sekarang ni, mommy sedang berusaha banyakkan susu kembali. mommy perah sedaya mungkin. air longan + kurma merah, jamu, habatussauda, kurma, madu, coklat koko, ubat, umma lacto, lobak putih, minum banyak air sampai selalu nak terkencing, makan nasik banyak-banyak sampai perut dah macam ngandung berapa bulan je dah ni hah --- semua mommy dah telan. Orang kata elok untuk banyakkan susu, mommy beli, mommy buat. Sekarang mommy nak try Shaklee pula. Koyak purse mommy. Demi mu anak... Hang dah la tak mau susu lain... tskkkk... susah hati weyyy~~~
Jerih payah rupanya perjalanan breastfeeding ni. Tabik la pada semua working mommy yg dapat fully bf anak sampai 2 tahun. Kalau aku ada masa dan rajin, aku storyline kan kisah bf aku...
Selamat Hari Jumaat...
No comments:
Post a Comment
Thanks for dropping out your thoughts...