Thursday, March 30, 2017

Anak-anak mommy

Mommy nak update pasal Trip Hong Kong tapi belum jumpa masa lagi nak menulis dan memilih-milih gambarajah. Mommy tak plan untuk blog ni terus sunyi sepi, bersawang dan berkarat. So, mommy update on the kids dulu.


Fatihah sekarang dah 2 tahun 5 bulan. Dia mula faham banyak benda. Jadi, i try to be strict on certain things. COntohnya kalau dia nak main tab, dia MESTI makan nasi. Perangai dia sekarang susah sangat nak makan nasi. Pastu tengah malam nanti bangun menangis-nangis minta susu. Kalau bangun minta susu tak menangis takpe jugak. Ni nangis-nangis kuat sampai adik pun bangun. Adik bangun adik pun join la nangis berjemaah. Fatihah dah faham ,dah reti minta tab nak tengok you tube. Sekarang tak nak tengok dah nursery rhymes. Dia suka tengok Surprise Eggs. Aku tak suka dia tengok yang semata-mata bukak eggs pastu lagu. Kalau ada yang bercakap tu ok sikit. Dia boleh tangkap vocabs. Yang ni tak tau lagi camana nak kawal..

Aidil, nak masuk 14 bulan. Masih belum boleh berjalan tapi dah start berdiri dan berani lepas tangan dah. OK lah tu. Rilek je bro. Dah berjalan nanti, penat pula mommy nak kejar 2 ketul. Dia boleh merangkak pun dalam 11 bulan. Lambat sikit progress dia tapi gigi dah 7 batang. Lambat tak lambat jugak la bagi aku sebab bukannya umur dia 2 tahun tak boleh jalan lagi kan. Nak suruh anak kecik-kecik ni cepat progress sangat, nak suruh diorang pergi mana? Keh keh keh. Setakat boleh compare-compare je la tunjuk champion anak aku sebulan dan pandai merangkak dah. Bahahaha...

Cuma dia jadi annoying sikit bila sembang ngan orang, mesti nak cakap.. Ehh..lambat la.. anak menakan dua tiga pupu dia dulu berapa bulan dah jalan dah. Nak jugak compare kehebatan walaupun ntah belah-belah mana punya sedara. Asalkan boleh petik.

Fatihah dengan Aidil dah mula faham. Kalau papa pakai baju office attire, maknanya tak boleh ikut. Kalau papa pakai jeans, siapla papa anak mengekor tak nak lepas. Papa duduk, dia duduk. Papa berdiri kat dapur, dia pun ada la melekat kat sebelah kaki papa tu. Kalau mommy dah siap pakai tudung dengan office attire, Aidil dah mintak dukung. Fatihah dah mula menjerit sebab dia faham dia nak kena hantar kat pengasuh. Kalau pagi-pagi ada drama scene nangis jerit-jerit tak nak kena hantar ni memang rabak la hati mommy. Kadang boleh down jugak bila pergi ofis. Sebab hati mommy ni nak sangat berhenti kerja jaga anak-anak.

Sebab mommy pandai tapi tak pandai sangat pun, tapi boleh la menjahit kan... Ramai gak bagi idea suruh berhenti, then menjahit je la dari rumah. Itu adalah cadangan yang sama yang mommy pikir bertahun-tahun nak buat. Tapi papa kata, dia suruh start part time dulu. Ada anak kecik ni, faham-fahamlah.. Bukan boleh tentu masa dia bangun cari mommy. Nak siapkan sehelai baju anak tu sebenarnya makan masa minggu jugak. Potong dulu. Bab nak sambung tu sekejap je. Tapi nak finishing tu makan masa sikit sebab kena ukur-ukur potong-potong.Belum part mesin buat hal. Belum part, salah jahit kena tetas. Aku nak buat finishing haritu pun berapa kali iklan. Aidil n Fatihah ni jenis tido nak mak ada sebelah. Breastfeeding baby macam tu la kot. Aku tak rajin nak angkat letak angkat letak diorang dalam cot. So,daripada baby la memang tido berkepit dengan mommy. Pernah jugak try menjahit masa diorang celik mata. Masing-masing la kerumun mommy dalam bilik jahit. Yang sorang tu nak panjat kerusi. Nak duduk dengan mommy. kejap nak duduk riba, kejap nak panjat belakang. Kau rasa? Ada kesabaran aku nak hadapi? Terus off mesin then main dengan diorang kat depan.




Ada orang kata, tunggu anak-anak besar ajelah. Aku bukannya plan nak berhenti beranak lagi. Jadi, tahun bila nak tunggu anak-anak besar ni? Hahahaha... Entahla... ini dilema mommy. Selagi mampu untuk mommy terpaksa kerja, mommy kerjala dulu ye anak-anak. Mommy harap 1 hari nanti boleh buka bisnes, kerja dari rumah or kerja heret anak-anak. Or mommy ada kelonggaran dengan masa, sukati la nak g kerja or opis kul berapa. Haaaaa... Ramai businessman/woman berjaya yang muda-muda sekarang. Is buat mommy jeles. I want to be there too. Insya-Allah nanti ye anak-anak.. T___T   cry me a river im crying in the heart.


Alasan mommy banyak sangat ni. K lah.. nak sambung kerja. Bye

1 comment:

  1. cptnya masa berlalu kan..anak memasing dh besar.. tula, nk benti keje gak jg anak sendiri..tp keadaan ekonomi xmengizinkan.. nk gak bukak bisnes..ngah fikir nk jual apa.. kipidap mommy!!

    ReplyDelete

Thanks for dropping out your thoughts...