Monday, September 25, 2017

Greenhouse by Muir

Haritu nampak kawan upload gambar makan kat sini. Gambar yang lawa mestilah mempengaruhi rakan sebaya. Maka, husband pun kasik green light asyik tanya tanya bila nak pergi try test? 

Konsepnya ada banyak kedai. Level bawah makanan Jepun. Level atas ada 2 kedai lagi. Western dengan apatah 1 lagi tu. Kenapa la entah kami tak pilih makanan Jepun. Pilih Western which is banyak je konsepnya kedai lain boleh makan Western kan. Tapi takpelah.. Sudah naik, tengok-tengok menu dan malas nak turun.

Kitorang amek platter.  Eh eh.. aku baru google restoran ni nak cari menu pasal tak ingat, rupanya bukak lama dah la jugak. Click here. Kan post 2015. Dah google ni baru tau dia more to Japanese food. So, kalau pergi sini, sila lah pilih expertise diorang which is Japanese food la kot.


Takde gambar makanan sebab tangan mak bizi menyuap anak-anak makan. Yang sorang tak nak duduk dekat baby chair. yang sorang lagi nak handphone je memanjang. Sebab handphone dah kena hijack pun malas nak bergado dengan anak semata-mata nak amek gambar makanan...  

 Dekat Ampang
Sebelah je dengan Gleneagles Hospital

 Ni dah berjaya curik handphone.
Tapi makanan dah habis.
For kids order Mac n Cheese.


Ni kat level bawah ada Bakery.


Nanti akak update gambar bill
Bley tahan jugak damage dia. T__T


Tuesday, September 19, 2017

The garage KL

Check out the new hangout place in KL.

https://www.thegaragekl.com/


Kedai makan ni sebelah mrr2 je. kalau lalu lalang mrr2 tu memang boleh nampak dia tepi jalan. Dekat dengan Restoran Bamboo. Actually husband ajak lama dah nak try tempat baru ni. Dari luar memang nampak bangunan kontena tu je. So, dengan budak kecik 2 orang ni aku beranggapan tempat tu panas lit lit. Nak handle budak 2 ketul nanti, dengan aku sekali panas hati jiwa raga dalam kedai tu. So, acap kali jugak aku tolak ajakan husband aku tu...

Tup tup kakak ipar aku datang dari Kuantan petik tempat ni. Aku setuju je tak pikir banyak apsal ntah. Dasarrr nak melawan cakap suami je kerja kau kan. Kakak ipar kau petik sekali je, nak plak kau pergi.

Ghopenya ada kawasan bertutup berekon kat dalam tu. Bahahaha... Maapkanla kak Chik cuaca kita ni kejap panas kejap hujan. Lemau badan dibuatnya. Kena time musim panas, berdiri saja pun peluh bercucuran bagaikan cendawan di hujung tanduk.





 Ada banyak kenderaan pelbagai model kat luar bawah kedai ni.
Malas aku nak amek semua gambar.

 Sampai-sampai takde orang sangat.
So, tanpa segan silu buat macam rumah sendiri.

 Interior dia sangat nice




 Dekat atas ada surau.

 Tempat wuduk dia bisexual. 
So, kena cover2 jugakla nak amek wuduk kan.
Tapi masa aku pergi tak ramai, ada family kitorang je atas tu.
So buat macam tingkat atas ni kitorang punya bangunan sendiri je

 view dari atas

 Sementara tunggu mommy solat, papa bawak budak2 lepak kat sini
Masih tingkat atas searas surau.

 Pergi petang balik malam...


Tak amek gambar makanan sebab lupa. Tak sabar nak mentekedarah. Gambar menu pun lupa. Kitorang order pasta untuk budak-budak ni. Aku oder apatah tak ingat. Tapi pasta budak-budak tu sedap. Aglio olio kot ke apatah memang tak ingat.


Ada tempat santai luar jugak tu. Nice cozy place. Aku boleh bagi extra mark sebab masa kitorang pergi tu takde orang sangat dan anak-anak aku berlari kat dalam tu macam kedai tu mak diorang yang punya. Hahahaha...

OK lah... nanti kita try kedai lain pula...


Tuesday, September 5, 2017

D'Saji KL Titiwangsa

Nak makan apa?
Tak tau lah... awak nak makan apa?
Saya rasa macam nak makan nasi.
Tapi saya macam tak nak nasi sangat.
Ikutlah.. apa-apa pun boleh saya tak kisah.
Makan seafood ke nak?
Saya tak kisah.... Boleh je apa-apa pun...



Biasa macam ni la kalau conversation tanya nak makan apa berlarutan kan? Samada 1 pihak kasi cadangan, yang 1 lagi ikut je... Atau 1 pihak kasi cadangan tapi 1 pihak lagi tak setuju, lepas tu dah tanya, bagi cadangan, tak setuju lagi jugak, pastu dah boleh buat rasa nak naik angin.


So, that 1 fine day (4 Ogos 2017), lepas tak tau nak decide nak makan apa.. Aku pun cakap kat husband, jom la pergi Restoran kat Titiwangsa tu.. Sebenarnya dah terbiasa panggil Restoran Nelayan. Sebab duluuuu situ kan nama Restoran Nelayan. Actually bila D'Saji amek alih aku pun tak perasan.. kikiki...


Best makan sini.. ada banyak pilihan. Harga pun ok. Sebab buffet eating, banyak pilihan, suasana best, ada pertunjukan lagi. Masa kitorang pergi tu, ada orang main organ n nyanyi suara brother ni pun sedap. layan je~~ 

 ni stesen shellout. Yang kanan dia tu, sayur2 dia la.. 
aku suka brokoli dia. rasa nak amek semua.
Apatah aku amek gambar ni.. sebab ala-ala malu tapi mahu amek gambar.
Kikiki...

 Ni kalau tak salah aku stesen sotong goreng tepung.
sekali lagi gambar ala-ala mahu tapi malu.

 yang ni stesen pasta.
boleh pilih pasta apa nak, topping apa nak banyak mana.
lepas tu suruh chef atas tu masak.

 Pilihan menu untuk pasta.
Jangan over amek pasta lepas tu suruh chef masak spagetti goreng tak nak pedas, tak nak limau, tak nak makan.

 ni tempat garlic bread n mushroom soup.
ada bubur jugak kot tu rasanya. aku pun tak ingat

 haa... ni sapa yang lapar perut nak makan nasi, ni la dia stesen lauk-pauk dia,
sapa diet nak makan lauk saja, silakan la..
takde paksaan untuk amek lauk, kena amek nasi sekali.
sebab gambar ala-ala malu orang tengok aku aphal amek2 gambar ni, maka takdela aku zoom satu-satu lauk-pauk dia.. 

 ni tempat yang aku tuju paling awal sekali.
ada kambing panggang bak hang!!
borong yang ni dulu lah...
yang belah sana ada potato, mashed potato apa bagai tu.
ujung sana sikit lagi ada satey. satey dia pun sedap.
ada apatah lagi tu.

 bahagian air dia lah..
ada air panas, air sejuk.


 apa eyh panggil nama makanan ni?
dia khas 1 sudut, so nak juga amek gambar walaupun ala-ala malu tapi mahu eh eh..

 steamboat area. ke yong tau fu area..
banyak juga hidupan laut dalam tu tapi ada orang makan kat meja depan stesen ni.
i is malu nak amek gambar dekat-dekat. 
nampak sedap plak kau ni rasa macam nak pergi plak adoi.

 ni tempat masak steamboat dia tu kot.
ada sos apa bagai tu..
sorila mak amek gambar ala-ala cover2

 sapa tak kenal stesen ni tak payah makan.

 ni stesen feveret aku.
salad. 
hahaaha.. aku ada masalah sikit dengan salad.
aku tengok gambar ni pun dah bercucuran air liur.

 budak-budak ni sedang menikmati buah-buahan sebagai pencuci mulut sambil santai sangat dengar lagu. Sorang hantu tembikai. Sorang hantu oren. Elok la dua-dua jenis buah pun ada.

 Suara abang layan bang~~

 Entrance D'Saji

Ni banner kat luar ada terang-terang dah tunjuk harga.
Rm45 per person. Makan sampai kembung.
Aku rasa harga dia ok sebab kadang makan kat luar, pung-pang pung pang dalam rm50-60 tak lari.
Kalau siap dessert apa bagai, nak dekat Rm100 jugak lah.
Ni banyak choice. Nasi ada, western ada. boleh makan sampai kembung plak.
Berbaloi la..




Ni 2nd time kitorang pergi. Time ni takde orang sangat. Masa 1st time pergi tu ada rombongan dari China. So masa pertunjukan tradiotional tu diorang jemput diners naik atas stage, adala peserta kan. Masa yang 2nd time pergi ni ada orang tempatan je. Orang tempatan ni, biasalah pemalu... Husband aku siap cakap, kalau diorang tarik jugak dia naik, dia nak sumpit je orang tu. Hahahaha.. sengal.