Friday, April 20, 2012
Bosan
Situasi 1
seorang surirumah sepenuh masa yang punya seorang anak yang aktif dan kurang tidur. punya seorang suami yang dinikahinya atas dasar cinta tak berbelah bagi. punya tanggungjawab besar memasak, mengemas, membasuh, menguruskan anak dan rumahtangga. mengadu bosan.
Situasi 2
seorang yang belum berkahwin. bekerja working normal hours di siang hari. kerja yang tidak sibuk di kantor. punya banyak masa terluang. punya banyak pilihan aktiviti di luar waktu pejabat. mengadu bosan
Situasi 3
seorang yang belum berkahwin. sibuk dengan kerja di pejabat. kadang perlu ke ofis di hujung minggu kerana tuntutan kerja. waktu senggang, punya famili yang rajin berkumpul dan outing bersama. mengadu bosan
Situasi 4
seorang yang sibuk dengan kerja. outstation sana sini. meeting sana sini. mengadu bosan.
jelaskan situasi bosan sebenar. saya pun sedang bosan nih... blurghhhh..
Tuesday, April 17, 2012
Monday, April 16, 2012
Rombongan cik putih part 3 - finale
been not blogging lately. and so as blog walking. as i mention before, sibuk jelajah pulau. selepas pulang dan mendarat di atas tanah yang bukan pulau, kesihatan terjejas. mungkin dah tak biasa dengan angin darat. hahahaha over! banyak benda nak catch up. kesihatan, personal life, mengubat kerinduan dengan anak-anak buah, menguruskan hal rumah, hal kain baju yang dibawa melancong basah-basah nak dibilas, dibasuh dari air laut.
kini baru nak curi-curi masa kembali ke dunia penulisan syok-sendiri ini.
where was i? owh yeah.. konvoi Terengganu. saya cuba untuk habiskan terus ekspedisi Terengganu dalam entri ini. Selepas itu boleh update ekspidisi Tioman.
sambungan dari entri INI
selepas bergambar-gambar dan layan blues tepi pantai, malam itu kami pulang sebentar membersih-bersihkan diri and get ready for dinner. semasa menunggu dinner yang superb lambat lembap nak mampos dan sehingga ke akhirnya adik saya tidak berjaya mendapatkan ordernya, ada kejadian yang bagi diri saya ini adalah lawak. saya gelak tak henti-henti. haruslah diingati bahawa peserta-peserta konvoi adalah kebanyakkannya lelaki.
sedang menunggu order, ada seorang awek datang, yang make-up and quite dressing jugaklah. i think she look hot already. dengan dress paras lutut, rambut panjang and make-up di wajahnya. i think all the man in the gerai is watching her, including me. then, selepas melihat dia duduk, seorang rakan lelaki memalingkan wajahnya slumber pada saya and said "pondan eh??" i was laughing badly, and muka dia masih maintain selamba, as if he had said something wrong. tanpa rasa bersalah dia tanya pada saya "kenapa ko gelak?" saya hanya cakap, "kasihan awek itu. dia punyalah dress up, siap make-up lagi. ko boleh tanya aku dia pondan ke? hahaha" masih gelak tak henti kerana kasihan sama awek itu.
nasib baik ada rakan yang kelakar buat lawak di gerai makan itu kerana perasaan bercampur baur dengan marah. order air suam pun tak sampai-sampai. mee bandung i order tak sedap, kuah pun macam tak berapa nak masak tapi adik saya telankan sampai habis kerana dia lapar and nasi dia tak sampai-sampai. kasihan.
selepas itu, kami beredar untuk photoshoot.
tgh2 syok susun kete, lampu padam. bergambar dalam gelap.
tragedi...
penukaran lokasi
the mini family
selepas beberapa ratus keping gambar tanpa filem diambil dan agak-agak macam puas hati dengan hasil tangkapan, maka kami bergerak mencari tempat makan bagi mengisi perut-perut yang masih belum kekenyangan.
to be continue...
e'eh...tak lah. acah je. saya habiskan cerita combongan cik putih ini pada entri ini juga. berusaha keras nih..
11 March 2012.
paginya dah bersiap siaga untuk pulang ke KL kotaraya bersejarah ini. Lunch di Kuala Terengganu then pergi tapau keropok lekor buat beniaga kat KL.
keberangkatan pulang
limited edition bus.
only in Terengganu.
selepas menjamah makanan tengahhari, guess what? Ahli club yang senget-senget itu decided to go to Muzium Terengganu untuk lawatan sambil belajar. hahahaaha... and yes, we did go there! hanya RM3 for entrance fee.
bersilat di Muzium Terengganu
ni dah eksited sgt ke hapatah
singgah masjid Kristal to perform solah.
parking seberang jalan, cari port nak tapau kerepok lekor.
nyum nyum~~
bergerak meninggalkan Terengganu nan indah dengan hati yang sayu
last meet up point sebelum masing-masing merempit macam setan
and yes...
im one of the marshall
-bidang terjun-
Sekian melaporkan dari bilik berita :
Chiku the Chucuru
kami akan menjelajah ke utara pula. insya-Allah pada hujung bulan ini. agak-agak berapa lama plak masa untuk saya ambil nak hapdate entri utara itu nanti ye... hahaha... peace..im out from here.
Tuesday, April 3, 2012
Jelajah Pulau
hey ho...
welcoming April. Its the 3rd day of April already. Tonight i will be away again. Again? When is the before? haha... baru pulang dari Pulau Tioman minggu lepas. bertolak pada malam Isnin dan pulang pada hari Khamis lalu. Jumaat cuti menghantar cik putih ke saloonnya. mintak ganti stereng rack apatah pomen itu cakap. Saya pun ngak bisa sama itu istilah-istilah kenderaan. Hingga kini sudah patah kaki ngak ada budak gemok putih itu. tapi tak apa kerana malam ini akan away lagi. Bunyinya seronok bila away banyak kali. tapi bila lihat wang yang berterbangan, jadi kurang seronok. tapi kalau tiada yang berterbangan, maka tiadalah keseronokan itu. no pain, no gain.
entry ke Terengganu masih belum menemui jalan penamatnya. jangan risau (walaupun tiada yang risau), akan dihabiskan jua suatu hari nanti. jika tidak, tiada susulan entri-entri jalan-jalan yang lain. ngeh ngeh ngeh.
Pergi Tioman buat apa? pergi diving weehooo... malam ini mahu bertolak pergi mana? pergi diving lagi weeehoooo... oklah. nak sambung buat kerja sikit. barang tak pack lagi ni. yang baru basuh haritu pun tak kering lagi nih. sekejap lagi mahu cuba balik awal. kerja kerja kerja....
till we meet again. daaaaaaa~~~~
Subscribe to:
Posts (Atom)