lama tak hapdate. owkeh. bz. lame excuse. tak payah citer alasan panjang-panjang. masa sikit yang saya ada ni, saya nak sambung upload photos. ho yeah... mari kita kenduri photos.
setelah semalaman driving dan dapat tidur 2-3 minit dan setelah berhempas pulas menyiapkan reben yang tak berapa nak siap itu, terus mempersiapkan diri pergi kenduri, makan dan melantak kasi kenyang lauk dia sedap ah! selepas itu kami pulang ke resort. berehat sebentar melelapkan diri barang 2-3 minit lagi. tukar baju n outing lagi. hoyeh... kalau coti-coti Malaysia tapi tidur berkubang je dalam bilik, rugilah duit tol dan minyak jalan jauh-jauh. ye dak?
kami pun bersiap-siap menukar baju yang lebih santai. aicewah. cuaca panas, kalau nak ayu-ayu jalan-jalan Kuala Terengganu yang damai itu memakai baju kurung moden, memang ah menyeksa diri. padahal takdela seksa sangat pun. cuma tak santai ah... Kami pergi pasar Payang. tak perlu la tangkap gambar dalam pasar Payang. sebenarnya bukannya tak perlu, tapi sibuk mata ni meliar tengok itu ini. dalam hati 'nak beli! nak beli!' hati je mampu kata beli.
drivers gear up
mata sembap tak ingat punya.
membeli udang ini adalah gara-gara kempunan udang pengantin
satu cocok RM2.
setelah berjalan-jalan di Pasar Payang itu, kami pun tiada arah tujuan lagi. sebearnya mahu pulang terus ke resort. tapi tiba-tiba terpikir, 'apa barang!!!'. Maka di petang nan indah itu, kami plan mahu bergambar di tepian pantai. cari punya cari jalan masuk ke pesisir pantai, tak jumpa. main redah je lorong kecik mana tah. dan terjadilah kejadian terjumpa ciptaan Allah yang Maha Superb ini. serius rasa macam dalam drama.
Petang yang nyaman, ditiupi angin petang yang mendamaikan, pohon nyiur melambai-lambai. disuatu sudut, anak-anak muda bermain bola bersorak keriangan. rumput nan hijau terbentang luas berhadapan dengan laut dan langit nan membiru, saujana mata memandang. Subhanallah... Maha Suci Allah... sebaik-baik Pencipta...
Terengganu nan indah.... aku rindu tempat ini....
to be continue.....
canteknyaaaa
ReplyDeletekat mana tu chiku??
somewhere in Marang, Terenggganu.
ReplyDeleteni pun kitorg main terjah masuk je, asal nampak pantai. tau2 jumpa tempat nih.. cantik sangat..