Hallo... Assalamualaikum....
Malam raya, biasalah... semua pun dah gelojoh-gelojoh nak buat preparation besok nak sambut raya. Nak masak rendang omak den marvellous, mee rebus ayah den molotup kebaboomm, dan nasik impit Nyonya brand. Aku kenkonon nak tunjuk terel nak anyam ketupat. tapi harapan dan kekononanku dihapuskan secara radikal dari bapak-ku sendiri. Apatah lagi omak den. "Nasi impit tu ada dah la..." kata mereka. "K, fine..." kataku dalam hati sambil diiringi perasaan, elleh...macam rajin sangat pun. diri sendiri pun was was dengan diri sendiri sebenarnya.
Skill menganyam ketupat ni aku perolehi ketika 2 tahun lepas, apabila team aku terpaksa dan dipaksa membuat decoration untuk hari raya puasa kat opis. Youtube menjadi tok guru aku. dah tangan kawan aku yang lain tak berapa nak berseni, kesian plak aku tengok. maka, aku pun siap menganyam di rumah sambil menonton tv. Buat pakai reben ajelah tapinyer. Setelah peristiwa itu, tiada lagi sejarahku dalam menyanyam ketupat. Kalau mengumpat tu, memang banyaklah.
Hari rayo jang oi~~ nak buek apo laie~~ pagi-pagi poie masjid semayang rayo, berdiri sobolah omak den. Omak den ni memang terel mencilok di dalam keramaian jemaah tu. Dia lah yang membimbingku ke jalan yang benar. selamba je cilok sana sini, tau-tau sampai saf depan. bila nak balik dari masjid pun macam tu jugak, tetiba dia dah terkedepan sambil toleh-toleh belakang cari aku. aku yang jalan penuh keayuan ni tertinggallah ke belakang sikit. No wonder la bakat mencilok ni diperoleh dari mak aku rupanya.
omma appa di pagi raya.
jubah omma adalah hadiah dari saya... ngeeee
suasana huru hara di pagi raya..
marilah kita saling maaf-bermaafan
walaupun kadang ada je muka tak ikhlas, tapi sebab hari raya kan~~
kuikuikui
sesi bermaafan pun hari biru jadahnya...
selepas masing-masing dah boleh bertenang sikit...
tu pun ada 2 orang budak perosak gambar
apa pasal ntah menangis. sebak sangat kot di pagi raya...
anak sapalah tu~~
omma n daddy bersama cucu-cucu mereka yang tak berapa nak lengkap ni.
2 di perantauan
sorang lagi bawak diri apatah
auuwww...
me and my adik hero remaja, pakcik yo
shawl tu i jahit sendiri ye cik bedah
OOTD di pagi raya
jubah dress beli kat poplook
sedaya upaya cuba bergambar dengan anak-anak buah
T_____T
dengan kakak tersayang (ada 1 je pun)
with baju sofea yang mak njang jahitkan...
sapa mak njang?
aku lew~~
sebenarnya aku kurang sihat di pagi raya pertama
hingus meleleh-leleh
berjujuran air hingus
mengalami running nose hingga rasa nak lari keliling rumah bersama hidung yang berlari-lari itu
sangat sayang kerana sepatutnya raya pertama menikmati juadah sedap air tangan ibu bapa
saudara mara turut memeriahkan rumah di hari raya pertama
tapi dengan kondisi begini, aku terpaksa melarikan diri dan terbaring kelesuan tidak bermaya
-- END of RAYA DAY 1--
konpius aku baca tajuk entry hehehe
ReplyDeleteDzu...
ReplyDeletehahaha... kan.. dah berzaman baru dapat Day 1. :P