Hello doter...
Mommy here...
Since you came to my world, everything has change...
You make me a mommy.
Beberapa minit selepas kamu keluar ke dunia...
Papa sambut kamu. Mommy masih lemah dan high dengan gas.
selepas kita keluar dari labour room
masuk wad kelas 2 HKL
kamu baru berusia beberapa jam
malam pertama kita ditinggalkan berdua
kita dapat pindah wad kelas 1, 4 katil
papa tak boleh tunggu
keesokan harinya. 27 oktober 2014
siap Nurse tolong mandikan awak
petang tu kita keluar hospital. Nenek Temerloh datang tunggu sampai kita discharge.
Plannya nak balik Kedah petang tu jugak. tapi sebab hujan and risau tempuh maghrib, kita tunda perjalanan pada keesokan harinya.
Gambar pertama mommy dapat capture kamu gelak..
Main dengan 'uri' kata orang tua-tua..
Sampai je Sungai Petani, kita terus pergi klinik kesihatan check kuning awak
minggu pertama papa is around
minggu kedua papa dah balik KL tinggal kita
papa tipu kata boleh cuti 2 minggu
dah la balik awal hari Sabtu.
papa balik KL je mommy nangis
mommy tak kuat lagi nak hadap perangai kamu
siang tido aje
malam nangis aje
kamu nampak tenang dalam tidur kamu...
Hari-hari kita pergi klinik
hari-hari mommy sedih kamu kena cocok kaki amek darah
Hari-hari mommy susah hati
Tapi bila tengok awak senyum macam ni memang hati mommy cair
Kuning awak naik tinggi jadi awak banyak tido aje...
Masa kuning awak reading 258, klinik suruh warded tapi mommy tak mau
mommy nak usaha kat rumah dulu
tapi bila balik rumah, mamatok ngan ayahtok suruh bungkus barang-barang awak
suruh warded jugak.
mommy nangis
mommy tak tau nak buat apa
terbayang kesian awak nak kena duduk bawah lampu
mamatok kata, kalau tak larat nak jaga awak kat hospital, boleh hantar susu sahaja..
i dont have the heart to left you alone there sayang...
walau sakit tak larat, tak daya, mommy gagahkan diri teman awak kat hospital
tengok awak macam ni, hati mommy pecah-pecah
awak nangis sejuk kena bukak baju
awak nangis kena duduk sorang-sorang bawah lampu
2 malam kita tido hospital. hari ke-3 mommy sedia je lagi nak tido hospital sebab kuning kamu nampak lagi.. malam ke2 kita kat hospital, papa datang all the way from KL.
Kamu macam rindu papa
Lepas papa balik, habis waktu melawat, mommy sebak lagi nak nangis.
esoknya ready lagi untuk stay lg 1 malam kat hospital.sekali doktor kata dah boleh keluar.
kuning kamu dah turun.
mommy rasa nak buat joget lambak, tapi mommy sakit toott kena jahit.
lepas keluar hospital, mommy pun baru start urut
mommy minta mak bidan cukur kepala kamu
masa ni petang lepas kamu dicukur
kamu belum boleh beza siang malam
siang kamu tido... tenang je tengok kamu
tapi waktu malam...
mommy menzombi
kaki kamu macam terlipat sikit
bidan kata bedung je ikat ketat-ketat
doktor kata, urut-urut kaki tu
mamatok ikat ketat kaki kamu
nak bagi cantik, sayang...
lepas botak dah macam sama muka plak dengan Pak teh.
Masa ni mommy dah nak habis pantang.
Kita get ready nak balik KL!
nak balik rumah kita dah..
Baki cuti mommy lepas habis pantang, kita ikut Papa outstation pergi Cameron
kamu asyik nangis aje...
sejuk agaknya ye,,
@Cameron.
kamu bangun pukul 4 pagi then tak nak tido dah...
First time nak try bawak kamu pergi Tesco
Alhamdulillah... kamu behave sangat
tengok sana, tengok sini..
dah lamaa lepas tu baru nangis nak susu
nasib baik ada bilik susu
lepas susu kamu nangis minta bedung nak tido
lepas tu settle, siap shopping
cheeky you...
ada masa mommy marah kamu yang tak tau apa-apa lagi
ada masa mommy geram
im sorry for that
but i want you to know that i love u baby
terima kasih hadir dalam hidup mommy