Friday, June 19, 2015

Puasa dan Menyusukan Anak


18 June 2015 bersamaan 1 Ramadhan 1436

Alhamdulillah... bertemu lagi pada Ramadhan kali ini. Kalau tahun lepas, masa ni aku tengah mengadungkan makcik kecik itu, kali ini dia dah keluar dah... Alhamdulillah.. she is such a good girl... Hari-hari buat tak sampai hati nak hantar dia rumah pengasuh.. T__T

Puasa kali ini, memang aku nervous sangat. Sebabnya 1st time puasa sebagai ibu yang menyusukan. Susu pula dah makin berkurangan ni. Time tak puasa, minum air banyak and makan tak skip pun aku tak berupaya menyediakan stok. Inikan pula masa bulan puasa. Dan kelaparan kedahagaan selepas memerah itu, oh my!

Masa my baby Fatihah menjelang ke bulan ke-7nya, aku dah start terpaksa campur susu. Namun masih cuba sedaya upaya tingkatkan stok susu ibu. Susah hati sangat sebab dia tak berapa nak menerima susu tepung. Dia masih prefer susu ibu. Alhamdulillah, kadang-kadang aku dapat stok perah cukup untuk hantar pengasuh. Tapi sekarang bekal semakin menyusut. Dapat hantar pun dalam 3 botol je. Mana yang tak cukup tu memang kena topap susu tepung lah..

Semalam hari pertama berpuasa, Dapat 3oz sahaja setiap kali sesi perahan. Syukur alhamdulillah, masih ada rezeki, tapi  masih tidak mencukupi. Pagi tadi bekal dia 3 botol x 3oz je. Sebak.

Kalau kat rumah tu, harapanlah kalau dia nak minum susu bancuh. Ditolak-tolak aje botol susu tu. Diluih-luih susu tu. Walaupun dah start makan, pengasuh jenis suka nak bagi susu kat dia. Jadi, memang tak cukuplah susu aku tu. Terpaksalah redha bila terpaksa beri juga stok susu tepung pada pengasuh.

Kadang-kadang bila amek dia petang-petang, pengasuh dah siap panaskan susu terkahir dia. Balik rumah dia tak minum pun. Rasa ralat sangat bila 2oz or 3oz susu terpaksa dibuang begitu sahaja. Bukan senang nak mendapatkan hatta 1oz susu pun. T__T Aku pernah buang susu yang berlabel 1am, yang mana aku tau aku bangun tengah malam untuk power pumping selama 1 jam untuk dapatkan susu sebanyak itu. Tapi berakhir dalam singki. Memang sadis.


Jumaat minggu depan awak genap 8 bulan. Mommy love u so much. I'll try my best to give u the best ok sweetie.. Baju raya kita mommy tak jahit lagi.

dah boleh duduk




Another 29days to go! Gambateneh mommy!


Friday, June 5, 2015

7 bulan 10 hari



Dah mula belajar mengensot. MOmmy dah rasa gusi tajam kamu bila menyusu. Kamu juga asyik ketap2 bibir, gigit2 barang.. Dah nak tumbuh gigi ye? Sekarang dah tak mau tido awal malam-malam... Kalau dulu, 7 lebih je kamu dah merah-merah mata nak tido, pengsan sampai esok pagi. Sekarang tido jugak, tapi kamu bangun balik. Maybe tak puas jumpa mommy and papa kejap sangat kan hari-hari biasa ni... 

Semalam awak tengok kami makan. Mommy kasihan, mommy rendam 1 bekas bubur untuk awak. ingatkan awak makan tak habis. Habis rupanya...Macam tak cukup pun ada. Kasihan awak.. Kan dah besar, dah boleh makan dinner la mommy... T__T



mommy berjaya ekslusive breastfeed awak sampai 6 bulan. menjelang 7 bulan, mommy dah terpaksa campur susu awak. Produktiviti dah kurang.  Menangis-nangis mommy bila akhirnya terpaksa akur, bekalkan nanny dengan susu tepung. Terkoyak-koyak rasa hati bila terpaksa bancuh sendiri susu bagi awak minum. 

Tapi wahai anakku, mengapa tak suka susu tepung? Mommy dah cuba S26, susu kambing Karihome dan susu lactogen. Kamu tolak mentah-mentah... Tolak-tolak botol. luih-luih susu... ketap mulut taknak minum botol. siap buat macam nak muntah. Mommy is sad... 

Sekarang ni, mommy sedang berusaha banyakkan susu kembali. mommy perah sedaya mungkin. air longan + kurma merah, jamu, habatussauda, kurma, madu, coklat koko, ubat, umma lacto, lobak putih, minum banyak air sampai selalu nak terkencing, makan nasik banyak-banyak sampai perut dah macam ngandung berapa bulan je dah ni hah --- semua mommy dah telan. Orang kata elok untuk banyakkan susu, mommy beli, mommy buat. Sekarang mommy nak try Shaklee pula. Koyak purse mommy. Demi mu anak... Hang dah la tak mau susu lain... tskkkk... susah hati weyyy~~~


Jerih payah rupanya perjalanan breastfeeding ni. Tabik la pada semua working mommy yg dapat fully bf anak sampai 2 tahun. Kalau aku ada  masa dan rajin, aku storyline kan kisah bf aku... 

Selamat Hari Jumaat...