Wednesday, January 20, 2016

#37weeks 5 days


Buku merah jangan lupa bawa~~~

Ha.... walaupun keinginan nak melancong tu begitu tinggi sekarang, tapi sedar diri dengan keadaan yang tengah sarat memboyot sekarang, hanya buku merah pink Klinik Kesihatan ajelah yang aku mampu bawa sekarang. Ntah bila pulak buku merah passport itu nak bercop pula.. Lepas ni kena bawak 3 handbag dah.



Carta gerak anak ni, sebenarnya berapa orang yang memang tanda betul-betul lepas 10 pergerakan and jot down the exact time? Haaaa... sapa yang sebenarnya tanda bila dah nak dekat time jumpa doktor/nurse, takut kena marah? Haaaa.... Haaaa... baik ngaku cepat... Aku la tu antara orangnya.

Sebelum ni, letak rough time aje. As long as masih rasa dia bergerak, jadi kena alert dan bertenang sahaja. Masa Fatihah dulu, sebab cuak, maybe sebab tak perasan masa kerja, aku kata dia tak bergerak sangat. Hamek kaw, kena tahan wad terus. Aku dah tak letak time tu, sebab aku perasan lately baby tak bergerak sangat waktu pagi. Tapi kena lek lek tunggu malam, berpusing perut aku di buatnya.

Masa apoinment dengan doktor haritu, aku tanya dah. Doktor kata, as long as pergerakan tu normal untuk baby u, then its ok. 

Esok ada appoinment lagi dengan nurse. Jadi marilah menanda carta gerak baby. Nanti nurse tanya. Kikikiki




2 comments:

  1. bestnya preggy. semoga ibu dan bakal baby sihat je :)

    ReplyDelete
  2. hahahaha..alamak. alamakk..aku pun sama. tak kira secara tiap-kali-gerak-tanda pun..aku amik kira mcm arini aktif, so tanda aje.

    hahahha.

    ReplyDelete

Thanks for dropping out your thoughts...