Tuesday, May 31, 2016

Tips kecilkan perut selepas bersalin


Penat aku taip tips kecilkan perut selepas bersalin ni kat Google. Rata-rata copy paste je daripada petua-petua nenek moyang turun temurun. Memang mostly copy paste aje. Penat google ok. Dah la tak putus asa plak tu. Bila teringat je, google balik. hahaha.. Desperate nak kecilkan balik perut boyot flabby ni.


Aku nak baca tips yang memang diri sendiri amalkan then kecik perut vavavoommm terus macam sebelum bersalin. Setakat copy paste list petua tapi takde buat pun, tak payah la aku nak baca. Nak cari daun la apalah semua tu, memang tak tercarila bak hang. Apatah lagi nak mengoles ke atas perutku ini dengan anak 2 kecik-kecik, dah pandai meragam mintak perhatian, yang sorang diteteki, yang sorang nak meribaan lagi. Haish...baru 2 orang dah mengeluh panjang. I salute la u mother more than 2 children then kecik-kecik pula.

Kalau boleh, aku nak tips yang macam Namee Roslan tulis.
Ni tips kecikkan peha: http://nameeroslan.blogspot.my/2015/03/tips-kecikkan-peha.html
Ni tips leperkan perut : http://nameeroslan.blogspot.my/2015/03/perut-leper.html

Cumanya bila base on product ni aku kurang percaya sikit. Kalau google, tak keluar petua orang tua, mesti keluar iklan produk. Tapi kalau ko tengok Namee punya kurus lepas bersalin ceaser pula, memang rasa nak beli je apa dia pakai. Kurus bak hang. Nantila aku pm tanya dia. Harap-harap dia layan. -aku si blogger picisan- Hahahhaa...

3 hari lepas aku jumpa dengan bini kawan laki aku, bersalin ceaser tapi perut dah nampak kurus nipis. Maigad. Jeles tahap gaban. Terus rasa stress. Aku ni dah la normal. Boncit plak. Ini kejadian yang memalukan diri sendiri. Matlamat aku jelas. Nak jadi hot mommy badan bergetah, perut tak flabby. Tapi sekarang matlamat itu sedang jauh menyimpang. Nak nyusu anak, selak baju, nampak perut flabby, terus istigfar.

Nak suruh control makan, ni satu perkara yang aku takkan buat lah.. Sebab nyata dia hanya 1. Sebab aku masih menyusu baby. Kalau tidak dimakan nasinya, manakan datang susunya. Aku pernah buat percubaan, mengkurangkan makan nasi. Tapi susu pun jadi suam-suam kuku je. I is ibu bekerja, have to pump susu untuk bekal anak. Kalau bagi susu direct, lain effect dia sebab baby memang stimulate susu lain macam. tak macam pam. Lain. ini eksperimen aku lah, orang lain aku tak tau. Effect susu, booster apa bagai ni memang lain orang, lain ragamnya. Lain. Tak sama. Jadi, bab makan ni jangan suruh aku kurangkan makan. Aku melantak macam bela saka. Kadang-kadang aku pun push diri untuk makan. Semua is sebab susu.

Baru ni, aku pergi Terengganu. Masa nak makan lunch kat kedai nasi campur, orang tu sendukkan nasi. AKu minta tambah lagi. Terperanjat dia. Selamba dia bagi aku.. Kuat makan.. hahahhaa... aku sengih je. tu pun lepas dia tambah, aku masih rasa nasi tu tak cukup, tapi nak suruh tambah lagi dah segan. Lapaq. Buloq. ni pun tangah tengah terketar tunggu pukul 1 nak pergi lunch, lapar giler hoih.


Sekarang ni, ada masa malam, aku tidur dengan bengkung strap tu. Nak exercise, nak buat crush craash perut bagai tu, rasa macam nak tunggu dah 6 bulan nanti baru try buat. bagi perut rileks sekajap. Masa lepas bersalin Fatihah pun perut aku tak berapa nak turun jugak. Bengkung pun tak rajin masa pantang, apakah nak kempis??? Cumanya, niat nak exercise lepas 6 bulan, masa lepas bersalin 1st baby tak kesampaian sebab lepas je 6 ke 7 bulan tu, dah pregnant balik.


Ada 2 bulan lagi sebelum baby Aidil capai umur 6 bulan. Nak kempis macam Marion Counter plis... 

Takde tips, sebab perut aku belum kempis. 

Sekian...

 


3 comments:

  1. tips aku mudah, sebab aku sendiri guna pakai dari dulu.
    1. makan jangan berkuah.
    2. perut bertungku, sapu krim hangat, berbarut/pakai girdle
    3. exercise - sit up & planking paling berkesan.

    tapi sekarang aku lagi sedih sebab perut berlipat sebab jahit czer betul2 bawh lipatan tu.terserlah keboncitan. dahla takleh pakai girdle..nk exercise tak boleh lagi. sedihhhhh

    ReplyDelete
  2. tu la yang aku tak buat. ooo.. makan berkuah tak boleh eh? patutla makcik bidan yg jaga aku tu masak takde kuah2 sangat. tang bertungku ngn berbarut tu memang aci ngelat. exercise ko start dari bila?

    yang sedihnya, masa hujung2 pantang tu macam dah kurus sikit. lepas habis pantang tu, menjadi-jadi pula. boyot la skrg.. semalam baru org tegur, eh~~ u pregnant lagi ke? sedih ok. sedih

    ReplyDelete
  3. tak bleh sebab nasik kembang. hahahaha. kakak aku cakap. dia yg jaga tiap kali aku pantang. kakak aku ko penah tengok? anak 2, dh besar godang tapi aku taktau dia selit lemak kat mana. kecik dari ko kot.

    exercise masa anak aku 6 bulan lebih kot. tapi tak hardcore la. light aje. dah setaun lebih baru berani nak jogging, lompat lompat.

    ReplyDelete

Thanks for dropping out your thoughts...