Monday, December 11, 2017

Family Day 2017. Kem Sungai Kuali, Janda Baik. Day 2

Day 2

Tak ada aktiviti sangat selain menikmati alam sekitar kat sini. Cumanya seronok tengok budak-budak bebas berlari ke sana sini. Aidil tu macam tak cukup tanah gayanya. Ada jalan yang tetiba jatuh ke bawah tu, tengok-tengok dia dah hilang. Berderau darah omak. Mana anak aku weyh. Dia sikit tak berbunyi bangun jalan rilek je. Lepas tu pergi lagi. Asal dia hilang silalah tengok di tempat berkenaan dulu. Baju dia yang bawak semua kotor dek jatuh atas tanah. Omak redho nak.. Maklumlah rumah takdek tanah halaman.


Kakak ipar aku ajak turun KL, dia nak cari bunga and amek kek untuk event malam karang. Husband aku plak bawak mak and abah pergi Genting Premium Outlet. Anak bujang ikut mommy. Anak dara ikut papa.

Dalam pukul 3-4 sampai balik Janda Baik. Sampai terus makan tengah hari and preparation untuk event malam tu.


setup makanan.
setup belon.
setup bunga.
setup lampu.













Kitorang memang berdoa sangat janganlah hujan malam tu. Petang tu ada hujan sikit. Mujurlah sikit and sekejap je. Nerves jugak masa tu takut planning malam tu tak jadi. Alhamdulillah... All went well and seperti yang kitorang harapkan. Cantik sangat setting malam tu idea from my kakak ipar and hasil usaha sama adik ipar untuk set lampu-lampu tu semua. Kerjasama tuan punya kem pun memainkan peranan penting. Owner dia excited sangat siap tolong sediakan canvas untuk kitorg duduk supaya tak basah, extension plug, tolong pacak tiang nak sangkut lampu tu, meja nak duduk bawah tu pun owner provide. Sangat memberikan kerjasama.

So, tadaaaaa~~~
The highlight of the family Day 2017.



With my lovely biras

With my lovely boifren

All the 4 of us!



Acah-acah sweet


Ada cabutan bertuah malam tu
Kecoh betul time ni.
Padahal bukan ada yang menang tv 60inch pun. Haha







Alhamdulillah... a very sweet night to remember...



No comments:

Post a Comment

Thanks for dropping out your thoughts...