Thursday, May 7, 2015

6 bulan setengah...


Hello baby... i see you angkat punggung and tolak lutut kedepan kemudian kepala tertomoih ke depan. Nak merangkak dah ke? Mengensot pun tak khatam lagi...

Seeing my own child grow in front of my eyes, it is such a joy. Dari dia kecik kurus 2.69kg sekarang dah bulat kuat makan, Alhamdulillah dah 7kg masa cocok 6months aritu.

Bila makin grow up, baju-baju pun mula menyempit. And mommy and papa is the happiest person to go and shop for you! Baju kerja mommy pun rasanya dah bertahun tak berganti. asyik ulang pakai yang tu je. Tapi when it comes to u, click click clik.. pay pay pay, buy buy buy je~~~ Online shopping is not good hokaeyh! 


Gigi belum ada
Mengada manja
Tido siang nak papa. tido malam nak mommy
Dah pandai tolak badak ke depan, dah boleh mencapai
Dah mula angkat bontot, dah mula angkat bontot dan luruskan kaki, dengan tapak tangan n hujung-hujung jari kaki kat tanah
dah macam mula nak angkat lutut juga.
Dah mula makan. banyak pulak. mommy bagi bekal 1 bekas buah. 2 bekas bubur. 5botol 4oz susu. Balik petang, semua habis. Fiiuhhh... 
Paling best tengok tahi dia sekarang. Macam tahi lembu. Dah pejal. Hahahhaa... Sebelum ni minum susu kan tahi cair je.. kikiki...

Carta kat atas tu, aku tipu je. 28hb pergi Klinik Kesihatan checkup + cocok, Nurse kata leh bagi bubur nasi dan ikan. Balik tu terus masak bubur. Tapi ikan aku tak berani bagi lagi. Ayam, ikan daging kita cuba 7 bulan nanti la ye nak... Sebelum tu pun ada consult dengan kawan aku, Dietitian. Dia kata boleh bagi dah bubur nasi. Just monitor je dia. So, puree aku bagi dia waktu pagi je. 

First time aku tengok tahi dia dah pejal-pejal macam tahi lembu tu, eksited hokeyh. Hhahahaha.... Anak pertama. kasi can ah... 

Love u baby. Moga Allah pinjamkan usia mommy and papa lama sikit, boleh jaga kamu hingga dewasa, tengok kamu kawen dan bercucu pula... Sobsob...

Tuesday, April 28, 2015

6 months


My baby hits 6 months last Sunday. Genap 26th of April, dia officially start her first solid food. (sebenarnya dah start suap-suap dia sikit sebelum-sebelum ni).

Aku excited sangat. Sabtu tu plan nak bagi dah. Tapi tak dapat approval papa dia. Papa dia kata, if i feed her today (Saturday), dia nak declare anak dia bukan fully breastfeed. Hahahaha.. Dengki sangat papa ni... ok lah , ok lah... we wait for another day..

This is my plan for her.
Might be changing from time to time..


Happy eating baby!
Now mommy had to add a new routine in my daily life...



Wednesday, April 15, 2015

Lexis Hibiscus


Hari Jumaat suami balik dari outstation Jakarta. Sabtu kitorang pergi Temerloh-Kuantan-Temerloh-KL. Balik hari. Tengok anak buah baru. Biras aku, wife kepada adik suami i selamat bersalin anak lelaki. Hari Ahad pula kami check-in Lexis Hibiscus hewhewhew~~~

Bermula dari kawan aku yang post promo tu kat group whatsapp, aku terus dilanda royanan. Lama dah nak merasa Lexis bilik ada pool ni, tapi harga asek RM500 ++. Kawan aku pernah je dapat promosi Groupon RM300++. tapi aku selalu je berada di sebelah yang tidak bernasib baik. So, just gatai pungkok nak merasa duduk hotel best skek, maka aku terus booking and mintak le husband block date dia.


Sebelum check-in, kami makan tengahari ler dulu...


Bilik dia memang luas la.. Untuk kitorang yang duduk bertiga sahaja memang totally awesome la keluasan bilik dia..

2 katil King hokeyh...


dah bersepah-sepah sikit la kitorg kerjakan. TV dia besar..
Kat atas tv tu nampak tak ada skrin putih kan...
Aaaa... yang tu ada suis leh kontrol turun naik dia. 
Boleh bukak sambil menikmati keindahan langit dan kapal terbang yang lalu lalang.

di sebalik tirai ada pintu nak ke toilet dan wardrobe.
Shower n jamban kat sebelah kiri tu. 2 bilik asing takleh kunci.
Kalau bawak anak-anak dah besar and ko nak berak, redholah kalau anak-anak main cak cak ngn ko sambil ko sedang meneran. Hahahaha...

Jeng jeng jeng...
Keluar pintu 1 lagi dan tersedialah sebuah pool untuk bermandi manda mencelup badan.
xyah la nak fefeeling jadi perenang Olimpik dalam kolam ni. ciput aje.. 

Sebelah kiri sikit tu ada bilik kecik.
Itulah bilik Steam room dia,

Aku sanggup okay, bangun kul 6 pagi nak lepak steam room sorang diri di kala anak dan suami tengah tido. Malam tu, aku ngantok + anak nak berpeluk aje, maybe letih sangat jadi perenang kebangsaan petang tu. Jadi, di waktu aku terjaga dan mereka sedang nyenyak tido, aku pun grab la peluang tersebut. Anak bangun kang, jangan harap dah nak take my 'me-steam-room' time.


Apo laie... petang sikit tu berendam lah..

i can do this everyday mommy~~

Dah macam gaya anak howang kaya dah nih..
semoga kayalah mak bapakmu nak oi...
Amin...

susu tak nak ais 1!!!

Petang tu, le husband keluar tapau makan malam siap-siap. Dah malas nak masuk keluar, masuk keluar hotel, sebab boleh tahan jauhnya dari lobby. Kena naik buggy, kalau tak termengah-mengah la nak berjalan. Tapi memang diorang sediakan perkhidmatan buggy tu pun. Call aje suh amek. 

Nasib baik le husband amek keputusan nak tapau dinner siap-siap, sebab malam tu hujan lebat jugak. Kalau kitorang keluar cari dinner kat luar, agak payah la sikit  ngan baby ni kan...


Tidur 1 malam je nak merasa. Jadilah~~ ngehehe..
Ni nak balik dah ni..



Gambar pun dah malas letak watermark. Nak tunggu aku letak kang, memang berhabuk terus la blog ni.

Katanya Grand Lexis lagi best sebab pool tu dalam kawasan tertutup kan. Ni kat luar, kalau hujan tak dapatlah nak bermandi-manda. Kita yang ala-ala muslimah ni susah la sikit kalau nak mandi-mandian secara terbuka gitu di luar nih.. Anyway, its a good experience... Kalau ada rezeki lagi, ke Grand Lexis pula kita... Insya-Allah...

Isnin weolls cuti, dan Selasa back to work, back to reality life. Merasa la kejap jadi ala-ala owang kaya.




Friday, April 3, 2015

Sleepsuits baby


Itu hari pergi shopping baju anak kat GM Klang n Plaza Kenanga kan~~ Balik frust sikit sebab baju sleepsuits aphal mahal sangat. Macam tak harga borong pun. Jadi, dengan perasaan tak puas hati, bukak instagram. hashtagsleepsuits (#sleepsuits) terus...

Nampak amna_collection, terus tergoda dengan baju-baju dia. Sleepsuits sehelai rm26. Terus pm. terus whatsapp. terus pilih baju. Terus bayar. Terus tunggu posmen datang...


4 helai terus rembat.
aku amek 9-12months.
Kain sedap, sejuk, tak tebal. sesuaila cuaca kita..
tak sabar plak nak bagi dia pakai, tapi masih oversize ngn my baby


She like it too!!!

No baby.. Its not a food. 
Hujung bulan ni kita start makan ye...


Sleepsuits ni aku beli thru instagram. amna_collection. Comel-comel je baju dia. Yang reply whatsapp pun boleh tahan mesra orangnya. Parcel aku tak sampai-sampai, dia tolong call PosLaju tanya status. Sampai PosLaju pun call aku tanya dah sampai parcel ke blom. Boleh whatsapp dia  +6011 2064 6326. Parcel aku sampai, Kira trusted seller la kan... ngehehhee... 


Sudah 5 bulan ++
Cocok haritu, timbang dah 6.7kg.
Ni tengah bizi tengok babytv. Rancangan paling feveret dia, Charlie and the Numbers.





Monday, March 30, 2015

Plaza Kenanga n GM Plaza.


Hooolaaaaaaa

Assalamualaikum... 

Sungguh sepi bunyi krik krik krik bergema kedengaran di sini. Keras sungguh jari tangan ni nak menaip. Trip ke Krabi sempena anniversary pertama haritu pun tak berupdate lagi. Banyak sebenarnya benda nak tulis. Tapi tiap-tiap kali update pun berkata begitu. 

Anakanda beta dah 5 bulan dah. Esok nak pergi cocok dia. Masa cocok 3 bulan haritu takde menangis pun. Harap-harap esok juga tiada menangis, kalau tidak mommy yang nangis nanti. 

My baby Fatihah dah pandai bergolek dah. Memula nampak dia mcm malas-malas bergolek. Dah rajin, amek kau, terkejut aku terus je terel. Makin membesar, Alhamdulillah... Makanya, baju dah mula mengecik. So, mommy is dah bising sama papa ajak pergi beli baju dia. Kami pun ke Plaza Kenanga and GM Klang untuk membeli pakaian bayi berkenaan. Hasrat hati nak memboronglah...

Aku pun tak taulah murah ke tidak sebenarnya. or memang kena beli betul-betul borong baru dia bagi harga murah kaw kaw. Ada sleepsuits yang aku tanya harga sampai rm40 ++ ke rasanya sehelai. aku tengok kat instagram boleh dapat lagi murah. Ada yang harga pun lebih kurang je macam yang jual dalam instagram. Samada kitorang yg tak tanya untuk harga borong or kitorang tak jumpa kedai yang betul-betul jual borong. ntahlah. we are first timer. Noob sikit ah...

Memula pergi Kenanga. Harga macam tak berapa nak murah jugaklah.. Tu yang kitorang tuju GM Klang pula. Tapi macam harga kat Kenanga plak lagi murah. Ntahla... Aku memang target baju anak je. Benda lain tak tengok sangat.


Budak dobot baru bangun pagi.


5 pack baby pants = RM40
romper = RM35

Yang 2 ketul ni beli kat Plaza Kenanga. Aku bajet harga patutnya muuraaahh giler tapi sebab rasa macam tak berapa nak murah sangat compare dengan seller instagram, maka kecewa. Malas nak tengok-tengok dah dan terus ajak incik suami ke Plaza GM pula.

Ada 1 kedai kat 1st floor GM Plaza, for the same baby pants ni dia jual RM50. So, aku blah terus keluar sambil dalam otak pikir baik aku jahit dengan kain-kain yang aku dah beli. (Tapi  kenyataannya bilakah pula aku nak menjahit... Kikiki...) Kat Kenganga lagi murah. Tapi masa kat Kenanga aku tengok macam tak banyak pilihan pula sehingga terpaksa mengambil pilihan romper untuk boy.


Item-item bawah ni semua beli kat GM Plaza. Round-round kutip-kutip beli kedai lain-lain.

Kalau amek 3 item jatuh RM28 sepasang baju.


Romper ni RM70, 5 ketui.
OK lah sehelai jatuh RM14.
kat kedai ni, aku amek saiz 9-12 makanya harga lain sikit.
kalau bawah dari 9-12m murah sikit lagi. tapi tak ingat berapa.
Romper asing-asing ada yang sehelai diorang jual RM20.


baju frozen untuk anak buah
RM35

Gambar ni terbalik malas nak rotate.
1 set baju Kapten Amerika siap topeng ngan perisai.
RM35


Terima kasih encik papa melayan kehendak seorang ibu dan keperluan seorang bayi,
Baby Fatihah has been a very good girl.
Tido aje dalam carrier.
Mudah sangat nak bershopping. 
Hehehe...


Baby dah ada baju. Jadi mommy n baby happy!


Ntahla.. murah ke idok? Harini aku beli lagi sleepsuits 9-12m via instagram.
RM26 seketui.
kuikuikui...