Tuesday, November 15, 2011

Kelas Menjahit 3

Minggu lepas aku tak pergi kelas. Menangis. Sedih. Rasa rugi. Bukan tak pergi pasal malas. walaupun dah ada rasa liat nak bangun pagi tu... Aku dah siap mandi, bersiap nak pergi kelas. Siap sms Puan N tanya ada kelas tak harini. Puan N pun siap reply lagi sms aku kata kelas ada. Baik kan Puan N. Rajin dia reply sms aku. Puan R tak reply tau... kena call.. habis kredit i. 


Tetapi inilah yang dikatakan kita hanya merancang, Tuhan jualah yang menentukan. Hujan tak berhenti dari pagi. Maka langkah kaki pun turut terhenti. Kelas yang hanya sepelaung di seberang jalan sana tak mampu aku jejaki dek kerana cuaca yang tak mengizinkan. Aku memang pergi kelas menggunakan sepasang kaki ini. Jalan kaki aje pergi kelas... Jauh memang tak jauh. Cumanya memikirkan brown paper yang bergulung, dengan kain-kain dan alat toll box jahitan lagi and nak pegang payung lagi. Maka.... 2 minggu sudah la saya tak pergi kelas. Rugi. Saya nak belajar cepat-cepat. Habis cepat-cepat....

Walaubagaimanapun, cerita tentang kelas ke-3 sebelum keberangkatan pulang ke kampung halaman sempena raya Haji itu hari, aku tak cerita lagi. Ini baru nak cerita nih...


Kelas pada hari itu sangat fun. Belajar secara berdua-duaan dengan Puan N. Orang lain semua hilang pergi kursus. Pergi kelas dah la lambat. kesian Puan N dah tunggu dari 8.30. haishh... Takde disiplin punya chikuru. Aku sampai pukul 9.30. Tak guna punya student. Sesampainya aku kat kelas, memang cikgu tengah tercongok sorang-sorang kat dalam kelas tu. Kasihan lagi sama dia... Mana aku tau orang lain takdek weh... 

Kelas haritu tak belajar banyak. Sebab sejam lebih dah bersembang-sembang anyam ketupat. Kelas habis kul 12 sebab dia kena pulang dan kunci pintu sekolah sebab Puan R sudah pesan sampai pukul 12 sahaja. Hek eleh, dia pun takdek, biarlah kalau Puan N nak lepak lama skit. Tapi Puan N ni baik orangnya. Dia ikutkan sahaja... 

Kelas kali ni aku banyak me'refresh' balik apa yang aku dah tinggalkan sekian lama. Puan N tunjuk aku satu-satu macam mana nak buat penyudah kain kurung a.k.a jahitan pinggang. Dari mula, sampai siap terus. dia tanda, dia lipat segala, tapi aku la kena jahit sendiri kan. Masa dia tunjuk and buat tu aku rasa sangat mudah dan kemas. tapi bila dah ditinggal sepi macam ni, aku macam lupa dah plak. terkompius sorang-sorang. hahaha.... 




okeh. I know, i know.. I need more practice. jap lagi aku try kat kain baju kurung yang kawan aku order tu. Nasiblah labu. aku dah cakap awal-awal aku tak pro lagi...

Wish me luck. Chikuru signing out... 

By the way, this is my little model wearing the skirt that i sew for her in this entry. Bolehla for my first trial on her skirt... :P



p to the s : Nak cerita pasal raya haji. it was fun fun fun! tapi nantilah...


2 comments:

  1. nsb la aku blm bg kain lg kat ko..hahahah

    cantek je budak tu pakai.. dah suksess la gitu!!

    ReplyDelete
  2. hahaha.. kalau ko dah bg kain, ko antara salah satu mangsa try n error aku... :P

    thanks babe.. tp kena brush up skill lg tu..

    ReplyDelete

Thanks for dropping out your thoughts...