Thursday, January 26, 2012

Random Post

bulan Januari ini masih tidak ke kelas. apalah khabar cikgu di sana... kerja sekolah tak siaplah, segan lah nak pergi sekolah... 

sekarang anak buah ada di rumah. sungguh la lasak memanjat sana sini. pantang tengok aku  masuk bilik, mesti nak ikut sama. kemudian habis 1 bilik dia selongkar. Barang-barang dalam laci dia punggah habis keluar. Barang-barang make up atas almari, dia panjat and capai. Nanti aku upload gambar dia sepahkan habis bakul sampah dalam bilik aku.


Caught in the act.
Lihatlah muka bahagia dia...
T__T

Haritu, aku menjahit dalam bilik. dia sibuk nak duduk atas pangku. Merengek-rengek mintak naik nak duduk. memang bahaya jugak. tapi dia dah buat muka ala-ala Puss in Boots. elok aku angkat dia, muka sengih gatal. tangan dia aku pegang supaya tak merawang nak pegang mesin. aku suruh dia duduk diam-diam. Nasib baik dengar kata. risau jugak kalau-kalau mesin tengah laju, dia pegi hulur jari kat situ. hish...ngeri. Everytime mesin jalan, dia gelak selak. Amboi...suka kau ye. Dah besar, jadi fashion designer lah, senang aku nak tempah baju.

~~~



i found this video on this blog

and my struggle adalah untuk tidak meninggalkan solat, cukup 5 waktu sehari, dan juga untuk menutup aurat dengan lebih baik. insya-Allah.... Amin... life is a progress... 

why i find its a struggle? Sebab kadang bila solat isyak dan subuh terutamanya, bila nak ambil masa untuk berbaring sebentar tengok tv, ambil masa berehat, kemudian tertidur dan tewas terus sampai pagi. bangun pagi pula, bila alarm dah bunyi pukul 6 lebih, terus tekan snooze. yang peliknya, bila tersedar balik dah pukul 7 lebih. Kelam-kabut siap-siap nak pergi kerja. 

Menutup aurat dengan lebih baik... Kelemahan utama, lengan. Strugle dalam diri pun ada. Sekarang tengah berbelah bahagi minat dalam diving ni. boleh je nak diving tapi menutup aurat kan? huhu... tapi itulah dia... salah satu kelemahan dalam diri. bab diving ni tak berapa nak risau sangat sebab keinginan ada membuak-buak, cuma kewangan aje yang kurang membuak-buak. 

Harap-harap 2 perkara ini dapat diperbaiki. setelah diperbaiki kedua-dua ini, insya-Allah kepada progress yang lain pula. Minta diberi kesempatan itu.


~~~

Cuti raya cina ni tak kemana pun. Pergi shopping di Sogo pada hari sabtu, ingat tak ramai yang ada, ingat dah ramai yang balik kampung, rupanya manusia masih ramai. Office pula masih kosong, masih ramai yang bercuti. Toilet pun bau harum lagi walaupun waktu dah 11 lebih. Buang air besar pun dengan tenang sahaja. Harini pakai kasut baru yang beli kat Sogo itu hari. berdetap-detup bunyi tapak dia, segan pula i... Ketat lagi kasut ni, maklumlah masih dara. 

Kepada yang menyambutnya di luar sana, Happy Chinese New year and Gong Xi Fa Chai to all...

2 comments:

  1. ye aa.. struggle tuk solat..
    aku pon sama cam ko..
    tetido jek manjangggg..
    lelagi kalo tgh nenenkan baby..
    time malam.. mmg alamat laaa..
    haihhhhh

    ReplyDelete
  2. Sama-sama kita baiki kelemahan dan kekurangan kita.
    Moga diberi kesempatan itu. Amin

    ReplyDelete

Thanks for dropping out your thoughts...