Wednesday, May 30, 2012

The Traveler's Bag - Perhentian dive ~ Part 2

Continue from here.

We get back to our humble room and get change. Then tadaaaa~~~ huhihuhaaaa.. Getting ready for our first dive. Our first dive will just be a shore dive at Teluk Kekek. Ini bermaksud bahawa, bawak tank tepi pantai, pakai tank, jalan sampai dalam. 

sebelum acara. mari bergambar dahulu.
with all the retis and crew.

the so called 'Muslimah Diver'. 
muslimah lew sangat. hewhewhew

owh...ada lagi gambar kitorang.

dan lagi???

dan lagiii???
oh...ini atas bot sudah menuju ke Teluk Kekek.

owkeh dah semua nak letak ker?
yg sebelah kiri itu, bekas pramugari MAS. 
o yeah akak seksi ah.


Shore dive sangat bosan. Kami tidak berjumpa makanan laut sejenis pun. Yang nampak hanya fin dan punggung manusia. Visibility sangat teruk. Masuk air, sibuk cari orang takut hilang. Bukan cari hidupan dasar laut. Selepas bergelut untuk tenggelam dengan lebih dalam, maka beberapa orang diver, main timbul di permukaan. Gas pun pakai sikit aje. Cis rugi! Maka kami hitam di permukaan air. T__T.  Shore dive adalah kerana budak-budak Al-Hijrah baru amek lesen belaka. Ada yang tenggelam timbul. Ada yang tak nak tenggelam. Macam-macam cerita hahaha...

Petang kami dive di Shark Point pula. Visibility juga tak berapa bagus. Tapi ok lah. Dapat  la jugak jalan-jalan. At least dapat dive dalam sikit berbanding dengan shore dive tak nampak apa sebelum ni. Tak berapa nak ingatlah apa yang terjadi di kala ini. hewhewhew... Balik malam tu, makan, rehat dan tidur aje kot.

Dengar cerita, ada orang panik. bukak mask dan bukak regulator dan kelam kabut naik ke atas. Diselamatkan instructor. DOnt worry yeah.


5 April 2012

Hari seterusnya dive kat 2 site. Mula-mula pergi Batu Nisan. Visibility kat Batu Nisan ok sikit, namun masih tidak di tahap yang memuaskan. Mask pulak asyik fogging. Dahla visibility tak clear, mask plak asek la berkabus. Penat clear fogging je. Adalah juga nampak Nemo dan kawan-kawannya yang lain. cuma choral adalah sedikit kurang cantik. 


ini adalah pose orang macam baru amek lesen ye kawan-kawan.
confirm instructor suruh duduk melutut pastu amek gambar dalam air.

Niat nak riak bukak regulator amek gambar.
tapi lupa senyum. ppfffttt~~~


Ini Kak Sue si pramugari terlampau.
Tak aci ah husband dia asyik amek gambar dia je.


Masih kak Sue kerana yang pegang kamera adalah suaminya.
Jika anda nampak makhluk yang cuba menyelit itu, itulah saya.
Yang di tengah-tengah antara 3 manusia itu.
Dia memang nak amek gambar bini dia je tak kasi can langsung saya menyelit.
T__T

ini gambar yang kak Nimah amek.
sapa plak kak Nimah ni?
dia tiada dalam gambar. ngehngehngeh...
apakah itu?
itu nama dia Parasitos Dabue Sala akutaktaula.

Lepas dah lepas gian sikit-sikit, berdiving berirama sesama Muslimah Diver nih, maka naik ke darat dulu untuk Surface Interval. haaa~~~masih ingat apa itu Surface Interval kawan-kawan? Tak ingat takpe, boleh google. 

Next dive site is Batu Layar.

Di sinilah sebuah kisah sedih telah terpahat dalam kotak ingatan ku. Sebelum turun untuk diving terakhir kalinya di perhentian, Dive Master dah siap bagi briefing. Check semua alat kelengkapan, ketat, tersambung elok, bla bla bla bla bla babablacksheephaveyouanywoolyessiryessir3begfull...

Maka sebelum terjun, aku dengan gagah dan yakin mengecheck equipment segala.

tank - on
gas - 200bar
reg - clear
BCD - ketat
mask - on
glove - ada dalam poket
fin - tarik ketat

ok clear. maka KECEBURRRRR~~~ blup blup bluppp...


dan pada kedalaman 11 atau 13 meter, sedang berkayuh-kayuh untuk bersama-sama diver lain menerokai alam indah semesta, tiba-tiba kayuhan saya tak dapat pergi laju. Entah macam mana tergerak hati nak pusing tengok belakang, saya dapat melihat, fin saya tercabut dan sedang naik ke atas dihanyutkan air. Saya cuba kejar, tapi takut ternaik terus. I call my buddy to tell her bout  my problem, malangnya buddy pun tak dapat tolong. Tapi buddy sempat tarik someone kat depan and luckily Kak Nimah the experience diver yang selamatkan saya. hoo... cemas hoh... takde fin tokleh nak gerak pun... Try jugak kayuh dengan fin yang tinggal sebelah. tak terpergi pun. Mungkin current pun agak kuat. Langsung susah nk bergerak tanpa fin. (ye ye...repeated point.)

Nasib baik ada Kak Nimah. Saya berpaut pada Kak Nimah dan dia lah yang membantu saya naik ke permukaan. Saya takut nak naik ke permukaan seorang diri. By right, saya masih boleh naik ke atas kerana tali point masih dapat dilihat. So, saya hanya perlu ikut tali itu naik ke atas. Cumanya bab Safety Stop tu masih blur-blur ayam. 

Semasa hendak naik ke atas, Kak Nimah cuba untuk menceriakan saya. Dia masih sempat berjalan-jalan ambil gambar. Saya? Kemurungan... "Mana fin aku hilang weh!!!" kata saya dalam hati sambil menangis dalam hati juga. Dalam hati juga berdoa tak putus-putus moga fin diselamatkan boatman di atas. ~fin baru belilah~


Lihatlah wajah kemurunganku.
memang sadis habis. 
Kak Nimah tak sampai hati nak amek gambar kaki saya
yang kehilangan fin sebelah.
So thoughtful of her~~



Dahla... kemurungan ni. (tetiba)


To be continue..


Tuesday, May 29, 2012

The Traveler's Bag - Perhentian dive ~ Part 1

So here come another entry on my diving trip. I think that is it for this year. Walaupun rakan-rakan diving sedang giat meracun saya untuk join venture sekali, namun tak dapeklah bang~~~ Sudah rabak lah bank sayer~~~  It was 4-6 April 2012.

Again, after taking leave on the previous week, i took another 3 days leave on the following week to go diving. Harharhar. Nampak macam hard core diver je, tiap-tiap minggu pergi diving. Halleeehhh.. untuk 2 minggu itu sahaja. kalau ada duit banyak, mahu juga pergi hari-hari diving sampai semput T__T. This time, Perhentian.

Trip kali ini adalah untuk mengiringi sekali dengan krew-krew penggambaran TV Al-Hijrah. Kiranya jadi tukang meramaikan majlis je ah. I dont even remember what the programme is call. Tapi lebih kurang macam program jalan-jalan. This shooting is more to taking diving license. TV Al-Hijrah collaborate dengan Scubatex. Then Scubatex la menghunting kami-kami ini yang kunun-kununnya Muslimah Diver kihkihkih. Oleh kerana saya amek lesen dengan Scubatex, maka nama saya pun tersenarai sekali lah demi meramaikan majlis itu.

Engange dengan plan and trip kali ini kerana ingatkan adalah sipi-sipi tajaan Al-Hijrah. tapi tiada. (mereka bawa krew banyak sangat.tu pasal la kami tak terinclude dlm bajet kot.tapi takpelah, saya nak pergi diving aje.) so, masih pergi dengan bajet sendiri. i'll update about the budget later (kalau saya masih ingat. tq.)


3 April ~ about 9.30pm

Masa adalah seperti tidak ingat sangat. Tapi adalah  bajet dalam 9.30pm. Berkumpul di Terminal Bas Putra. Bas datang, maka kami pun jalan. ZZzzzzz.... Terengganu here we come!


4 April ~ about 5.30am

Perjalanan lebih kurang 8 jam. sampai, cari surau lepak subuh, carik nasi dagang/kerabu nak buat breakfast tak jumpa, tunggu speedboat.

subuh pagi yang hening


~~Morning glory~~


me and the awsem kak Rozy

as u can see, they are shooting.
the retis yg gambar sebelah kiri, and tgh berdiri pakai purple tu
tgh tgu que untuk masuk - retis jemputan i pun tak kenal tapi sombong.
gambar kanan : yang dah macam orang Kenya tu adalah instructor owkeh.
baju hijau sebelah dia, owner Scubatex.

And then vroommmm vroommm we all semua naik speed boat. time ni saya tak amek gambar coz krew-krew tengah amek video. takut ganggu. lebih takut kalau kamera saya masuk air lah. 

Oleh kerana naik speedboat, maka sampai pun ala-ala speedy gonzales lah...

with Kak Lang - my dive buddy
i look like a bit gelap coz baru balik Tioman kan. T__T

Antara  peserta lain yang turut  meramaikan majlis

Allah Almighty...
This is what i love the most about travelling and diving.
I got to see Allah beautiful creation.

teratak buruk kami.
yes...we stay here...

Getting ready for our 1st dive.


Sebelum meneruskan misi kami pada pagi pukul 11 am itu, we all check in, letak barang. Segar-segarkan diri sikit, then bersiap-siap terus untuk terjun. Ada yang dah lama stop diving and need refreshment. Maka kami masing-masing berdebar-debar. Saya pun saja turut sama nak berdebar walaupun baru je kan refresh kena belasah ngn Pak Manap minggu lepas. hewhewhew... 


To be continue....



Wednesday, May 16, 2012

The Traveler's Bag - Sinking of KM Sipadan at Pulau Tioman - Part 3

Kesinambungan dari Part 1 and Part 2.

28 March 2012 - petang

Settle acara penenggelaman, maka settle lah segala urusan saya di Pulau Tioman nan indah lagi gilang gemilang itu. 

waahh...takde ayat mukadimah terus masuk sambunga cerita. Takpelah ye... Straight to the point homputih kater...

Sebenarnya kalau nak tahu, and for my record lah kan, masa orang lain semua terjun time penenggelaman kapal pagi tu, i tak terjun pun. Sebab kompius. kahkahkah... Pak Manap punya pasal la ni. bikin i kompius aje. dia kata tunggu dia. tapi dia dah terjun dulu dah. Nak hamek gambar masa kapal tu terjun katanya. Tak sempat tanya banyak, dia dah terjun dulu. choiii... Ada je orang lain ajak terjun sekali, tapi i kata "nak Pak Manap jugak!" owkeh. ni namanya sombong tak bertempat. kahkahkah... 

Oleh kerana bot yang saya naik tu nak pulang ke darat, maka barang-barang orang lain dan saya sekali dipindahkan ke bot lain. Orang-orang yang kat bot lain tu pun ada lagi yang tak terjun. Diorang ajak terjun sekali. hokeylah.. walaupun dah cuak-cuak alam tak kenal buddy, main join je..  Owkeh, KECEBUURRR!!! saya terjun masuk air hooo neveeesss....  Tengah-tengah terapung kat permukaan tu, sekali Pak Manap muncul di bot lain. Dia ajak naik bot itu. kemudian saya pun hoyeh dalam hati, buddy i dah kembali. Bukan apa, yakin skit terjun ngan Pak Manap ni. Instructor hokeh. Lagipun dia yang tengok cara diving berterabur saya pada petang hari sebelum itu. hahaha...

Kemudian Pak manap pergi panjat bot lain apsal ntah. Tinggallah saya di bot itu bersama beberapa abang polis yang mantap-mantap dan hensem auuww. Rupanya salah paham. Pak Manap ingat saya dah timbul dari dive yang mengasyikkan di bawah. Saya pula ingat Pak Manap nak ajak turun dive sekali. Huuuaaaa..... Malu pun ada. hahahahahha.... Abang-abang polis gagah hensem itu ajak turun sekali bersama-sama. tapi~~~ tak tau lah kenapa i masih tak mau turun dengan orang lain. T__T.

Terlupa pula yang apabila seorang diver dah buat deep dive, dia kena rehat atas/luar permukaan air for about 1 hour. So,  Pak Manap sepatutnya tidak terjun lagi dalam tempoh 1 jam ini. This is call 'Surface Interval .'

Surface Interval - Length of time on the surface, out of the water or at the surface, between two consecutive dives. [Source from here.]

Huit huit.... jangan ingat gambar saya di dasar laut tu super impose hokeh. hahahha.. (ni nak riak ke apa nih? hishh...) Petang pukul 3 lebih tu, Pak Manap and the geng nak turun lagi, nak tengok betul-betul location and keadaan kapal yang tenggelam tu. Maka dengan menebus maruah diri sendiri yang tak berjaya turun pagi tadi, saya pun haruslah ikut!!!!!  Yang turun ikut sama memang ramai. adalah dalam 6-7 orang. Kebanyakkannya bawa kamera gempak-gempak. oo yeahh...dan kebanyakannya juge ada suruh saya posing depan kapal dan tangkap gambar. tapi saya sempat dapat contact dari seorang abang aje. yang lain-lain mintak contact, i buat sombong and macam bagus tak nak bagi. sekarang i dah menyesal. Abang-abang sekalian yang ada amek gambar saya tu, sila hubungi saya please... (macamlah diorang baca blog u~~~) Menyesal kemudian tiada gunanya. T__T

Maka habislah cerita tentang kapal itu... 

Selepas pulang membersihkan diri, menjelang petang nak ke maghrib itu (jama' takhir suda~~~) Pak Manap bawak saya lepak kat sini. ohh...harap  maaf saya tak ingat nama tempat ini. Kalau tidak salah saya adalah Sofia by The Sea

Ada seorang awek turki yang buat pizza sedap di sini. By this time, rasanya awek turki itu sudah pulang ke tanahairnya. Dia pernah ajak saya diving sama-sama kat Bali. Kira macam solo adventure  travel la coz dia pun tau saya datang Tioman seorang diri and main redah aje. Tapi entah  mengapa, hingga ke hari ini dia belum add saya di facebook. Maybe setting i tak bagi orang search eh? hahahaha..kasihan dia... Kalau tak boleh la pasang angan-angan melancong g Turki dah ada pen-pal kan.. T__T.





The owsem nite view at Sofia Chalet.
minah Turki yang saya dah lupa nama soriiiii..
owh...tetiba ingat ni.
something like Merve ..
She is so nice. Sangat sopan. 
I hope i can found her again in this cyber world. 


Dive site.

Malam itu, staff-staff Jabatan Taman Laut Tioman mengadakan majlis BBQ. Bukanlah bagi menyambut kedatangan saya. oh...saya bukan VIP sehingga perlu diberikan layanan begitu. saya hanya diver yang segan-segan pandai-tak-pandai je. BBQ dinner malam itu bagi meraikan/memberi penghargaan kepada beberapa staff yang telah ditukarkan ke cawangan lain berkuatkuasa bulan berikutnya iaitu April. Saya telah dijemput sama bagi memeriahkan majlis. Maklumlah, bunga nan sekuntum. kahkahkah... 

The BBQ dinner.

29 March 2012

This will be the most sadis episode in every travellers log. The day the journey end.  The day you have to drag yourself to go back to the hustle and bustle city life. The day you have to bid farewell. Am waving goodbye to the cloud, the air, the ocean as my ride to the Tekek jetty.

Goodbye Tioman.
May we meet again.

Here is my dearest Pak Manap... Thanks atas jagaan pihak anda and all the amazing staff in Jabatan Taman Laut who has received me with a widely open arms... am so touch...

the scenery of a decent warong of Tioman villagers 
with  some local beach boys.

waiting for the ferry ride to Mersing.

The traveler's bag is waiting to go 
back to the land...

Tioman Map.

The traveler's bag arrival in Mersing.
Waiting for the bus ride to KL.





Sementara menunggu ketibaan bas untuk pulang ke KL, saya yang bajet tourist (coz dikelilingi tourist homputih dari pelbagai negara) melepak di kaki lima tempat menunggu yang sangat berdekatan dengan jeti. Datang this couple, yang berbaju hijau with his girlfriend dia yang sangat cute! Saya asyik usha awek dia coz dia comel sangatlah. Sementara girlfriend dia baring dan memejamkan mata, dia keluarkan gitar and sang some beautiful songs to her. Saya yang duduk di tepi turut tumpang dengar dan tumpang touching. So sweet~~~~ 

"Abang~~~ tumpang tanya sikit. Mana nak dapat boypren sweet and comel macam abang? "



~The End~


Monday, May 14, 2012

Pesak Gantung dan Kain Lipat Batik


Setelah diteliti dan diamati, sudah lama rupanya tiada updates on my jaet-jaet aktiviti kan. Okaylah, update 1 entri on jahitan. This is what recently produk yang siap hasil dari pembelajaran dalam kelas. Sorry kali ni terpaksa up baju sendiri. Baju pesak gantung dengan kain lipat batik.

Dah jahit siap dah kain ni kat rumah lepas potong kat kelas. saya bajet bawak pegi kelas cikgu cakap, Good... kahkahkah. sekali tepi bahagian punggung tu kembang sikit. bila tunjuk pada  Cikgu N yang gojes,lemah lembut tapi tegas itu, dia suruh saya tetas balik. Masa itu rasa sedih, kecewa dan nak nangis. poyo kan? tidak lah sampai begitu. Itu hanya ekspresi yang mengover-over sahaja.

Saya cakap pada cikgu... "saya buat kain lainla cikgu. yang ni biar jelah. kat dalam takpe, tak nampak." Kamu tau apa cikgu cakap pada saya? Dia tak bilang apa-apa. Dia hanya beri jelingan menggoda and i terus scared. ok cikgu, i tetas. T__T

Maka inilah hasil akhirnya. Saya sangat berpuas hati dengan tailor saya! Hahahahahaha...





Friday, May 11, 2012

The Traveler's Bag - Sinking of KM Sipadan at Pulau Tioman - Part 2

28 March 2012

Cuaca pagi itu sangat indah. Bangun pagi dan terus bersiap-siap. Berjalan di sekitar pantai menikmati pemandangan indah ciptaan Allah. Ahhh...bangun pagi dengan pandangan sebegini bukankah rahmat yang tidak terhingga.... Saya hanya ada 2 hari untuk menikmati pagi yang indah sebegini...



Sebenarnya pagi itu agak haru-biru juga. Saya lupa bawa charger henpon. Bateri dah nyawa-nyawa ikan. Ada misscall dari ibu bapa dan juga adik-beradik lain. Memang macam ada kecemasan aje la kan. Tercari-cari sesiapa yang ada charger dari henpon jenama paling canggih di abad ini. Nasib baik kebetulan ada. Rupa-rupanya adik terlibat dalam kemalangan. Abang yang berada di KL keluar outstation. Kakak kini dah berpindah daerah. Saya pula sedang menikmati pemandangan indah di Pulau Tioman. huhuhu.... Cuba telefon adik, dia kata ok saje. "Ok la tu kalau masih hidup. tunggu esok lusa kakak balik jenguk kamu ya..." said me to him. hihi... sementara itu, enjoy dulu~~~

The owsem staff.
The sidang akhbar.
The pamphlet.

Pagi itu, makan-makan dahulu. Makan free diorang sediakan lah untuk para jemputan dan hadirin sekalian sementara menunggu kehadiran VIP. Dah kenyang-kenyang, duduk diam-diam bawah khemah tunggu VIP and dengar ucapan. clap clap clap... yahoo... serah serah... clap clap... (diver-diver lain pikir nak terjun je dah ni~~). Settle segala, maka berangkatlah para diver sekalian ke lokasi penenggelaman K.M Sipadan.


Let the picture describe the rest...


meet the ship...

Lihat kapal nelayan warna oren di sebelah kapal maritim ini.
Kapal nelayan tersebut sedang menyalurkan air ke dalam 
kapal maritim supaya dapat menenggelamkannya.

kapal-kapal yang membawa para diver, VIP, media, penduduk tempatan 
dan staf-staf bertugas untuk menyaksikan peristiwa bersejarah ini...

diver with their gadjet.
gempak gile ah bang camera~~


the moment it sank down...

divers gear up!!!

and i am finally getting down there to 
dive and see where is the ship has been sank.
writing my name on the shipwreck weehooo...


Penenggeleman kapal ini adalah bertujuan untuk dijadikan tukun tiruan di kawasan Perairan Sawadi, dan juga bertujuan untuk memastikan hidupan laut boleh mendiami kawasan tersebut pada masa akan datang.

And the rest is history~~~~ 



for more info please refer this site :

http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/pahang/taman-laut-tarik-150-000-pelancong-saban-tahun-1.36265

http://www.tioman.gov.my/Bulletin.html

http://58.26.13.195/galerimm/images/galeri_bergambar/Mac_2012/program_penenggelaman_kapal/My%20Project1/index.html#/1/

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0402&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_01.htm



to be continue....

Thursday, May 10, 2012

The Traveler's Bag - Sinking of KM Sipadan at Pulau Tioman - Part 1

Its nearly mid of May already. April has past us by. This quarter year has leave us behind. Have u feel the time has gone so fast? 

Alhamdulillah, suku pertama saya pada tahun ini was sooooo amazing! I got to know new friends and make more new exciting friends. I have done things i said i wanna do for this year. 

Sudah lama tidak mengupdate blog. Rasa macam hari-hari login nak write something. tapi situasi kat office macam tak mengizinkan, tak memberi keselesaan. Pc di rumah pulah sudah macam nak berkarat. sungguh SANGAT menduga kesabaran. Kerana itulah nafsu untuk memiliki MacBook sangat membuak-buak. Sudahnya, tak habis-habis blog dalam hati.  Too many things to update rasanya. Saya cuba kejar sikit-sikit. 

Actually nak update on my trip to Pulau Tioman. It was 27-29 march. owh yeah... dah sebulan lebih berlalu rupanya. excuse my such long delay. kihkihkih... Alang-alang sudah tak boleh tido di malam ini, maka saya pun bermurah hati untuk menghapdate nyer...

------------------------------------------------------------------------------------------

Setelah menerima panggilan dari wakil Jabatan Taman Laut Tioman untuk menjadi ahli sukarelawan dalam acara penenggeleman Kapal Maritim Sipadan, owhhh... ketika itu saya ada di office. Rasa macam hendak melompat-lompat kegembiraan. i was soooooooooo excited! Bayangkan trip diving pertama saya adalah ketika mengambil lesen. Trip kedua adalah ketika join aktiviti Jabatan Taman Laut Tioman juga, mengutip C.O.T = Crown of Thorns iaitu sejenis hidupan yang memakan choral. nanti choral mati lew dan choral akan menjadi tidak cantik. Pengalaman kali ketiga adalah inilah, dijemput ketika penenggelaman kapal. hoyehhh.... bukan semua orang dapat pengalaman ini. Maka tergedik-gediklah terus check schedule and apply coti. kahkahkah... tiada berlengah lagi. 

26 March 2012 - rasanya dalam pukul 11.30mlm

I was from KL, alone. 

Naik bas sampai Mersing, alone. (Of course la dalam bas ada orang lain lagi. tp mostly tourist. i dah bajet tourist dah time tu~~) Naik bas kat terminal bas baru, apakah namanya? BTS kalau tak silap. Terminal Bas Bandar Tasik Selatan. (sori kalau salah, malas nk google). sangat la moden dan cantik dan selesa dan dah macam airport. Time nak check-in kat kaunter, i was like GLUPPPP!! tiket aku salah tarikh derrrrrrrrrr!!! sangat gelabah giler time ni. Masa ni memang nak maki hamun je orang yang jual tiket bagi salah tarikh ni. tapi bila pikir-pikir balik, nak redakan rasa marah hati, siapa suruh tak check betul-betul tarikh tu kan! Then terpaksalah beli tiket lain kat kaunter check-in tu jugak. Nasib baik seat banyak kosong coz weekday. Burn la tiket yang salah beli tu. wuhuhuhuu...

27 March 2012

Sampai di Mersing pepagi buta. Owkeh, jeti dengan perhentian bas agak jauh rupanya. Saya dah bajet bas akan berhenti dekat-dekat jeti saje. dah cuak juge coz travel sorang-sorang. tapi muka maintain control macho tak gelabah tak bley blah punya. ada orang jual tiket feri kat perhentian bas tu. ah... bantai tibai beli saje. Then dia tunjuk jalan macam mana nak ke jeti. dia tunjuk aje, dia tak iring. lepas tu pandai-pandai bajet sendiri la.. Dengan muka penuh confident, berbekalkan beberapa tourist warga asing , senang cerita homputih la.. kunun-kunun saya ni jadi guide diorang bawak ke jalan yang benar. walaupun tak berapa tau jalan, muka harus bajet confident. Maklumlah, tanah air sendiri... tak susah pun jalannya. Nasib baiklah sampai. dapatlah mengharumkan nama negara sikit...


The traveler's bag- arrival at Tioman Jetty

ketibaan pagi-pagi buta di Jeti Mersing. 
Kaunter pun tutup lagi. Jalan lengang.
and tak ramai orang menunggu. just me n the tourist.



Naik feri dalam pukul 10.00 am dan tiba lebih kurang 2 jam selepas itu. (A kind reminder ~ saya tidak note berapa jam perjalanan feri tersebut. agak-agak sahaja ni). Saya turun di Tekek. Tempat jabatan taman laut. Pak Manap yang bertanggungjawab menjaga saya sudah sedia menunggu. Kami minum, check in dan kemudian cari tempat makan tengah hari. Staff-staff di Jabatan Taman Laut adalah omaigod sangat baik dan ramah. Mungkin sebab tak ramai diver perempuan lah ahaksss!!!

Petang sikit, Pak Manap ada kerja. Dia pergi meninjau keadaan kapal K.M Sipadan yang nak ditenggelamkan itu. Sudah tentulah saya ikut sekali! Mana-mana bahagian yang mungkin akan mencederakan diver dicabut dan ditanggal. Proses menebuk lubang pada kapal supaya memudahkan penenggelaman yang akan berlangsung esok hari.  Paling malang sekali tak bawak kameralah masa tu. Sadis. Kalau tak boleh la letak keadaan kapal sebelum ditenggelamkan. Gambar secara dekat dan jelas. Tak apalah...maybe excited sangat nak dive petang tu lepas lama tak dive. T__T

Kemudian kami ke tapak penenggelaman kapal, Sawadi. Pak Manap dan staff Jabatan Taman Laut (tak ingat nama) turun untuk deep dive, mengikat tali di dasar laut sebagai penanda tapak. Masa ni saya tak berani turun sebab dah lama tak refresh diving dan dalam masa yang sama saya baru beli equipment baru lah. hahahaha... tak tau macam mana kondisi memakai perkakasan-perkakasan baru itu di dalam laut. Of course la takut terlebih sikit. My last dive was somewhere in last September. half a year ago.




Petang itu selepas Pak Manap and the geng settle keje, saya dibawa merefresh diving lesson. Memang haram berterabur! hahahahaha... berapa kali dah kena sound. cara kayuh pun fail. pasang equipment, regulator segala pun berterabur kahkahkah... sebab itulah kena ada refreshment. huhuhuuu... Refresh sehingga instructor kata okay and selagi gas dalam tank masih mengizinkan. wihihihiiii...seronot! Hari pun sudah larut petang, pulang ke kamar and merefreshkan diri pula. Malam tiada aktiviti sangat. Diorang ajak pergi makan kat kampung sebelah pun, saya boleh tertidur tak sedar diri. huahuahuaaaa... Rugi ah tido. T__T



to be continue....


Thursday, May 3, 2012

Menggoda Jiwaku








Pink kah?
atau
Putih kah?

Dua-duanya menggoda jiwaku~~~