Its nearly mid of May already. April has past us by. This quarter year has leave us behind. Have u feel the time has gone so fast?
Alhamdulillah, suku pertama saya pada tahun ini was sooooo amazing! I got to know new friends and make more new exciting friends. I have done things i said i wanna do for this year.
Sudah lama tidak mengupdate blog. Rasa macam hari-hari login nak write something. tapi situasi kat office macam tak mengizinkan, tak memberi keselesaan. Pc di rumah pulah sudah macam nak berkarat. sungguh SANGAT menduga kesabaran. Kerana itulah nafsu untuk memiliki MacBook sangat membuak-buak. Sudahnya, tak habis-habis blog dalam hati. Too many things to update rasanya. Saya cuba kejar sikit-sikit.
Actually nak update on my trip to Pulau Tioman. It was 27-29 march. owh yeah... dah sebulan lebih berlalu rupanya. excuse my such long delay. kihkihkih... Alang-alang sudah tak boleh tido di malam ini, maka saya pun bermurah hati untuk menghapdate nyer...
------------------------------------------------------------------------------------------
Setelah menerima panggilan dari wakil Jabatan Taman Laut Tioman untuk menjadi ahli sukarelawan dalam acara penenggeleman Kapal Maritim Sipadan, owhhh... ketika itu saya ada di office. Rasa macam hendak melompat-lompat kegembiraan. i was soooooooooo excited! Bayangkan trip diving pertama saya adalah ketika mengambil lesen. Trip kedua adalah ketika join aktiviti Jabatan Taman Laut Tioman juga, mengutip C.O.T = Crown of Thorns iaitu sejenis hidupan yang memakan choral. nanti choral mati lew dan choral akan menjadi tidak cantik. Pengalaman kali ketiga adalah inilah, dijemput ketika penenggelaman kapal. hoyehhh.... bukan semua orang dapat pengalaman ini. Maka tergedik-gediklah terus check schedule and apply coti. kahkahkah... tiada berlengah lagi.
26 March 2012 - rasanya dalam pukul 11.30mlm
I was from KL, alone.
Naik bas sampai Mersing, alone. (Of course la dalam bas ada orang lain lagi. tp mostly tourist. i dah bajet tourist dah time tu~~) Naik bas kat terminal bas baru, apakah namanya? BTS kalau tak silap. Terminal Bas Bandar Tasik Selatan. (sori kalau salah, malas nk google). sangat la moden dan cantik dan selesa dan dah macam airport. Time nak check-in kat kaunter, i was like GLUPPPP!! tiket aku salah tarikh derrrrrrrrrr!!! sangat gelabah giler time ni. Masa ni memang nak maki hamun je orang yang jual tiket bagi salah tarikh ni. tapi bila pikir-pikir balik, nak redakan rasa marah hati, siapa suruh tak check betul-betul tarikh tu kan! Then terpaksalah beli tiket lain kat kaunter check-in tu jugak. Nasib baik seat banyak kosong coz weekday. Burn la tiket yang salah beli tu. wuhuhuhuu...
27 March 2012
27 March 2012
Sampai di Mersing pepagi buta. Owkeh, jeti dengan perhentian bas agak jauh rupanya. Saya dah bajet bas akan berhenti dekat-dekat jeti saje. dah cuak juge coz travel sorang-sorang. tapi muka maintain control macho tak gelabah tak bley blah punya. ada orang jual tiket feri kat perhentian bas tu. ah... bantai tibai beli saje. Then dia tunjuk jalan macam mana nak ke jeti. dia tunjuk aje, dia tak iring. lepas tu pandai-pandai bajet sendiri la.. Dengan muka penuh confident, berbekalkan beberapa tourist warga asing , senang cerita homputih la.. kunun-kunun saya ni jadi guide diorang bawak ke jalan yang benar. walaupun tak berapa tau jalan, muka harus bajet confident. Maklumlah, tanah air sendiri... tak susah pun jalannya. Nasib baiklah sampai. dapatlah mengharumkan nama negara sikit...
The traveler's bag- arrival at Tioman Jetty
ketibaan pagi-pagi buta di Jeti Mersing.
Kaunter pun tutup lagi. Jalan lengang.
and tak ramai orang menunggu. just me n the tourist.
Naik feri dalam pukul 10.00 am dan tiba lebih kurang 2 jam selepas itu. (A kind reminder ~ saya tidak note berapa jam perjalanan feri tersebut. agak-agak sahaja ni). Saya turun di Tekek. Tempat jabatan taman laut. Pak Manap yang bertanggungjawab menjaga saya sudah sedia menunggu. Kami minum, check in dan kemudian cari tempat makan tengah hari. Staff-staff di Jabatan Taman Laut adalah omaigod sangat baik dan ramah. Mungkin sebab tak ramai diver perempuan lah ahaksss!!!
Petang sikit, Pak Manap ada kerja. Dia pergi meninjau keadaan kapal K.M Sipadan yang nak ditenggelamkan itu. Sudah tentulah saya ikut sekali! Mana-mana bahagian yang mungkin akan mencederakan diver dicabut dan ditanggal. Proses menebuk lubang pada kapal supaya memudahkan penenggelaman yang akan berlangsung esok hari. Paling malang sekali tak bawak kameralah masa tu. Sadis. Kalau tak boleh la letak keadaan kapal sebelum ditenggelamkan. Gambar secara dekat dan jelas. Tak apalah...maybe excited sangat nak dive petang tu lepas lama tak dive. T__T
Kemudian kami ke tapak penenggelaman kapal, Sawadi. Pak Manap dan staff Jabatan Taman Laut (tak ingat nama) turun untuk deep dive, mengikat tali di dasar laut sebagai penanda tapak. Masa ni saya tak berani turun sebab dah lama tak refresh diving dan dalam masa yang sama saya baru beli equipment baru lah. hahahaha... tak tau macam mana kondisi memakai perkakasan-perkakasan baru itu di dalam laut. Of course la takut terlebih sikit. My last dive was somewhere in last September. half a year ago.
Petang itu selepas Pak Manap and the geng settle keje, saya dibawa merefresh diving lesson. Memang haram berterabur! hahahahaha... berapa kali dah kena sound. cara kayuh pun fail. pasang equipment, regulator segala pun berterabur kahkahkah... sebab itulah kena ada refreshment. huhuhuuu... Refresh sehingga instructor kata okay and selagi gas dalam tank masih mengizinkan. wihihihiiii...seronot! Hari pun sudah larut petang, pulang ke kamar and merefreshkan diri pula. Malam tiada aktiviti sangat. Diorang ajak pergi makan kat kampung sebelah pun, saya boleh tertidur tak sedar diri. huahuahuaaaa... Rugi ah tido. T__T
to be continue....
wahhh sanggah mengujakan life ko skrg.
ReplyDeletesyokkknye.. apesal ko xbuat semua ni seblm aku kawen duluuu cisssss...
syoknye lahai ..
salute to u!!!
rezeki rezeki..
Aku pun confius jugak kenapa aku tak buat dari dulu. kalau aku involve zaman kakak aku ajak diving sesama dulu confirmla lebih seronok!
ReplyDeletetakpelah....at least ada rezeki dapat merasa....
aah kan kakak ko dulu lg dah jd diver..
ReplyDeletexpe la ada la hikmah tu..
sebabnya skrg ..ko leh la busy kan masa bila org lain busy layan psgn n anak memasing kan..
Allah is Great!!
cepat smbg storyyy..
sebab tu aku suka setiap komen ko shem. ha ah, aku tak terpikir pulak mcm tu.. yg ko kata boleh busy kan masa bila org lain busy layan psgn n anak memasing....
ReplyDeleteAllah is Great indeed!!
thanks my virtual friend~~~
:)