Wednesday, May 16, 2012

The Traveler's Bag - Sinking of KM Sipadan at Pulau Tioman - Part 3

Kesinambungan dari Part 1 and Part 2.

28 March 2012 - petang

Settle acara penenggelaman, maka settle lah segala urusan saya di Pulau Tioman nan indah lagi gilang gemilang itu. 

waahh...takde ayat mukadimah terus masuk sambunga cerita. Takpelah ye... Straight to the point homputih kater...

Sebenarnya kalau nak tahu, and for my record lah kan, masa orang lain semua terjun time penenggelaman kapal pagi tu, i tak terjun pun. Sebab kompius. kahkahkah... Pak Manap punya pasal la ni. bikin i kompius aje. dia kata tunggu dia. tapi dia dah terjun dulu dah. Nak hamek gambar masa kapal tu terjun katanya. Tak sempat tanya banyak, dia dah terjun dulu. choiii... Ada je orang lain ajak terjun sekali, tapi i kata "nak Pak Manap jugak!" owkeh. ni namanya sombong tak bertempat. kahkahkah... 

Oleh kerana bot yang saya naik tu nak pulang ke darat, maka barang-barang orang lain dan saya sekali dipindahkan ke bot lain. Orang-orang yang kat bot lain tu pun ada lagi yang tak terjun. Diorang ajak terjun sekali. hokeylah.. walaupun dah cuak-cuak alam tak kenal buddy, main join je..  Owkeh, KECEBUURRR!!! saya terjun masuk air hooo neveeesss....  Tengah-tengah terapung kat permukaan tu, sekali Pak Manap muncul di bot lain. Dia ajak naik bot itu. kemudian saya pun hoyeh dalam hati, buddy i dah kembali. Bukan apa, yakin skit terjun ngan Pak Manap ni. Instructor hokeh. Lagipun dia yang tengok cara diving berterabur saya pada petang hari sebelum itu. hahaha...

Kemudian Pak manap pergi panjat bot lain apsal ntah. Tinggallah saya di bot itu bersama beberapa abang polis yang mantap-mantap dan hensem auuww. Rupanya salah paham. Pak Manap ingat saya dah timbul dari dive yang mengasyikkan di bawah. Saya pula ingat Pak Manap nak ajak turun dive sekali. Huuuaaaa..... Malu pun ada. hahahahahha.... Abang-abang polis gagah hensem itu ajak turun sekali bersama-sama. tapi~~~ tak tau lah kenapa i masih tak mau turun dengan orang lain. T__T.

Terlupa pula yang apabila seorang diver dah buat deep dive, dia kena rehat atas/luar permukaan air for about 1 hour. So,  Pak Manap sepatutnya tidak terjun lagi dalam tempoh 1 jam ini. This is call 'Surface Interval .'

Surface Interval - Length of time on the surface, out of the water or at the surface, between two consecutive dives. [Source from here.]

Huit huit.... jangan ingat gambar saya di dasar laut tu super impose hokeh. hahahha.. (ni nak riak ke apa nih? hishh...) Petang pukul 3 lebih tu, Pak Manap and the geng nak turun lagi, nak tengok betul-betul location and keadaan kapal yang tenggelam tu. Maka dengan menebus maruah diri sendiri yang tak berjaya turun pagi tadi, saya pun haruslah ikut!!!!!  Yang turun ikut sama memang ramai. adalah dalam 6-7 orang. Kebanyakkannya bawa kamera gempak-gempak. oo yeahh...dan kebanyakannya juge ada suruh saya posing depan kapal dan tangkap gambar. tapi saya sempat dapat contact dari seorang abang aje. yang lain-lain mintak contact, i buat sombong and macam bagus tak nak bagi. sekarang i dah menyesal. Abang-abang sekalian yang ada amek gambar saya tu, sila hubungi saya please... (macamlah diorang baca blog u~~~) Menyesal kemudian tiada gunanya. T__T

Maka habislah cerita tentang kapal itu... 

Selepas pulang membersihkan diri, menjelang petang nak ke maghrib itu (jama' takhir suda~~~) Pak Manap bawak saya lepak kat sini. ohh...harap  maaf saya tak ingat nama tempat ini. Kalau tidak salah saya adalah Sofia by The Sea

Ada seorang awek turki yang buat pizza sedap di sini. By this time, rasanya awek turki itu sudah pulang ke tanahairnya. Dia pernah ajak saya diving sama-sama kat Bali. Kira macam solo adventure  travel la coz dia pun tau saya datang Tioman seorang diri and main redah aje. Tapi entah  mengapa, hingga ke hari ini dia belum add saya di facebook. Maybe setting i tak bagi orang search eh? hahahaha..kasihan dia... Kalau tak boleh la pasang angan-angan melancong g Turki dah ada pen-pal kan.. T__T.





The owsem nite view at Sofia Chalet.
minah Turki yang saya dah lupa nama soriiiii..
owh...tetiba ingat ni.
something like Merve ..
She is so nice. Sangat sopan. 
I hope i can found her again in this cyber world. 


Dive site.

Malam itu, staff-staff Jabatan Taman Laut Tioman mengadakan majlis BBQ. Bukanlah bagi menyambut kedatangan saya. oh...saya bukan VIP sehingga perlu diberikan layanan begitu. saya hanya diver yang segan-segan pandai-tak-pandai je. BBQ dinner malam itu bagi meraikan/memberi penghargaan kepada beberapa staff yang telah ditukarkan ke cawangan lain berkuatkuasa bulan berikutnya iaitu April. Saya telah dijemput sama bagi memeriahkan majlis. Maklumlah, bunga nan sekuntum. kahkahkah... 

The BBQ dinner.

29 March 2012

This will be the most sadis episode in every travellers log. The day the journey end.  The day you have to drag yourself to go back to the hustle and bustle city life. The day you have to bid farewell. Am waving goodbye to the cloud, the air, the ocean as my ride to the Tekek jetty.

Goodbye Tioman.
May we meet again.

Here is my dearest Pak Manap... Thanks atas jagaan pihak anda and all the amazing staff in Jabatan Taman Laut who has received me with a widely open arms... am so touch...

the scenery of a decent warong of Tioman villagers 
with  some local beach boys.

waiting for the ferry ride to Mersing.

The traveler's bag is waiting to go 
back to the land...

Tioman Map.

The traveler's bag arrival in Mersing.
Waiting for the bus ride to KL.





Sementara menunggu ketibaan bas untuk pulang ke KL, saya yang bajet tourist (coz dikelilingi tourist homputih dari pelbagai negara) melepak di kaki lima tempat menunggu yang sangat berdekatan dengan jeti. Datang this couple, yang berbaju hijau with his girlfriend dia yang sangat cute! Saya asyik usha awek dia coz dia comel sangatlah. Sementara girlfriend dia baring dan memejamkan mata, dia keluarkan gitar and sang some beautiful songs to her. Saya yang duduk di tepi turut tumpang dengar dan tumpang touching. So sweet~~~~ 

"Abang~~~ tumpang tanya sikit. Mana nak dapat boypren sweet and comel macam abang? "



~The End~


2 comments:

  1. Kenapa ko xtanya je 'abg' tu ada adik beradik lain tak??? huahuahua..

    bestnyeeee... xtau dah nk komen apa.. best best best

    ReplyDelete
  2. siri Tioman dah tamat.

    nantikan siri Perhentian pula.

    ngehngehngeh~~~

    ReplyDelete

Thanks for dropping out your thoughts...