Thursday, September 20, 2012

Ujian ini...


Pada awal mula saya berblogging semula, saya masih dirundung perasaan murung dan sedih. 

Sehinggalah tiba awal tahun ini, tahun 2012, di mana saya mengambil keputusan nekad untuk kembali gembira, happy seperti waktu dahulu. Kemudian, segala macam benda yang bersarang dalam kepala, dalam hati, saya tolak jauh-jauh. 

Alhamdulillah... ketika itu, pelbagai jenis kegembiraan dan rezeki yang muncul dalam hidup saya.

Kemudian, di akhir-akhir tahun ini, setelah memasuki suku terakhir  pada tahun 2012, di mana saya jangkakan kegembiraan saya bakal bertambah, saya diuji sekali lagi. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. 

Doakan saya baik-baik saja ye kawan-kawan.Semoga saya tabah dan dikuatkan semangat. Semoga ada diberikan, ditunjukkan dan dipermudahkan jalan buat saya nanti... insya-Allah... Ameen...


No comments:

Post a Comment

Thanks for dropping out your thoughts...