If u ask me, siapa yang patut dipersalahkan untuk isu ini, i think it should be masyarakat.
masyarakat kita ni ada banyak sangat pendapat. kadang-kadang menyibuk tak kena tempat.
bila ada orang nak kawinkan anak dia muda, awal, orang mula mengata atau konon memberi pendapat, tuduh parents dia macam-macam, kata nak rosakkan anak dia. kawin awal sangat masa sekolah. macam mana nak kasi makan anak orang. habis kalau budak tu dah termengandung dulu sebelum habis sekolah, siapa nak jawab? biarlah kalau mak ayah dia nak kawin kan dia awal, sekurang-kurangya kalau ada anak yang terhasil, anak tu ada bin/binti yang halal.
bila ada orang nak kahwin time tengah study, orang kiri kanan depan tepi balakang mulalah meniup-niup pada mak bapak, kata anak tu belajar lagi. biar dialah . muda lagi. seelok-eloknya habiskan pelajaran. kemudian mulalah keluar ayat drama. "aku hantar kau sekolah tingi-tinggi untuk belajar, bukan untuk main cinta!" kemudian, PANG! sedas dua penampar hinggap di pipi anakmu. Padahal anakmu menanggung hutang PTPTN untuk sambung belajar. dem PTPTN. hahahaha... okeh. abaikan ini. Kalau lepas tu keluar blog la hapalah, gambar anak'bermain-main' di tangga atau taman, kemudian tidakkah itu memberi aib pada keluarga? Jika telah dinikahkan dia dengan cara halal, sekurang-kurangnya kalau orang nak mengata menyibuk sekalipun, biarlah dia dengan pasangan dia yang kamu tahu halal.
Bila dah habis belajar, kena pulak cari kerja. dah cari kerja, tiba-tiba mak ayah suruh kumpul duit dulu. Boleh berbakti pada ibu bapa. walaupun ibu bapa tak susah mana. Alasan je lebey. Kemudian tahun berganti tahun. Sanak saudara, jiran tetangga mula bertanya-tanya, anak kamu tu tak nak kawin lagi ke? Dah berapa dah umurnya? Lambat sangat kahwin, nanti tak takut jadi andartu ke? Ewah..mulut masayarakat memang begitukah? hahahaha.... Mengapakah semak bertanya ni? habis kalau belum berumahtangga, ada semak pada pandangan matamu kah?
Kemudain bila umur dah meningkat, kadang-kadang biasalah, lelaki warga tua lah yang telah berkemampuan dan stabil, hendak menyunting menjadi isteri nombor 2. Tapi masyarakat kita ni, apabila ada kes kahwin lebih dari satu, mulalah mulut dibawa ke sana ke sini. Perampas! Label yang akan diberi. Takut dengan stigma masyarakat dan isteri pertama, ibu bapa turut mahu menjaga aib kononnya dikatakan membiarkan anak merampas hak orang, maka hubungan senyap-senyap berlaku.
As a whole, i think that parents hold the most responsibility to their kids. Doakan dan restui anak selagi ia tidak mendatangkan mudarat dan tidak meninggalkan syariat. Anak-anak adalah amanah Allah. Dari mereka kecil, hingga dewasa. Masyarakat juga janganlah terlalu menuding jari dan rancak dengan tohmahan-tohmahan buruk. Islam itu sendiri menggalakkan untuk bersangka baik.
Kalau kamu boleh gerenti anak yang kamu lahirkan itu tiada kemaluan dan tiada hawa nafsu, maka sekatlah keinginan dia untuk berkahwin. takdek hal. tapi kalau bila dah terjadi macam-macam perkara, maka samada kamu redha, atau mulalah tuduh anak kamu bukan-bukan. They dont come to the world like diorang yang meminta-minta pun. They came to this world, atas niat dan dari kamu juga. Maka bertanggungjawablah dengan anak kamu itu. Yang di atas sana nanti pasti akan menyoal...
Nikah, cerai, gaduh, berjauhan, susah, senang, tiada siapa yang dapat menjangka. Asalkan ianya dari hubungan yang halal, insya-Allah semoda Dia meredhai.
Eh... ni patut tajuk buang bayi ke apa ni? hahaha
Suri Cruise ni tobat comey!
ye.mana bayi yang kena buang tu?
ReplyDeletehehe.tipical malaysian.
Er...tidakkah ada kena mengena isi dengan tajuk? ada kan kan? haha
ReplyDelete