Wedding Preparation Part 1
Wedding Preparation Part 2
Wedding Preparation Part 3
Baju adalah jantung bagi setiap pasang pengantin. Pasang ke? Aku rasa more to pengantin perempuanlah... Pengantin lelaki macam, biasanya redha aje, janji leh kawen. Tapi untuk kes aku, aku rasa pasang sebab incik pun boleh tahan demand. Hahahaha... Cuma bibirnya sahaja berkata, saya tak kisah. kihkihkih...
Baju kawen = crucial.
Depends pada mata dan pandangan pengantin, kecantikan dress/baju pengantin adalah bergantung kepada citarasa masing-masing. Dalam kes penceritaan aku nih, kalau korang rasa baju aku biasa-biasa je, tapi aku yang over-over cakap cantik, maka citarasa kita mungkin aja berbeda. Terimalah dengan hati terbuka. Hehehe...
Owkeh... baju kan... sebenarnya masa round-round SP tu, aku bertanya-tanya juga kalau diorang boleh buat baju laki macam baju Que Haidar kawen. Kalau aku tengok design-design baju dia macam tak meyakinkan je, aku pun blah. Sometimes kita boleh tengok la patching lace ngan manik pun macam ala-balai je. I is cerewet T__T. Butik Benard boleh tahan banyak baju cantik, tp as i mention before, i dont have mucho time and masa tu macam takde siapa nak entertain iolls. Bila aku g kat Galeria tak Romantik langsung tu, aku tunjuk la baju Que Haidar pakai tu. Ok, dia kata boleh buat. no problemo. Since aku dah berkenan dengan 1 baju kaler mcm light gold ke hapatah nama kaler baju tu, aku mintak dia buat baju QUe tu ala-ala kaler krim. Mintak dia padankan dengan baju terkenan i tu lah... Maka aku ingat dah setel bab baju sanding. Baju paling crucial. Nak tempah baru pun, baju laki je. baju laki camanalah sangat kan.. Pusing-pusing macam tu jugak + dah bagi contoh gambar. Nak yang macam Que Haidar jugak, tak kira!
Aku siap whatsapp minah tu gambar ni hokeh!
untuk dia tunjuk tailor dia buatkan.
Maka aku pulang ke Kuala Lumpur dengan misi membuat bunga pahar dan mencari baju nikah sahajalah. dan juga setelkan hal-hal dokumentasilah..
Baju nikah ni, memula ingat nak sewa kat KL la, senang nak cari. Incik dah ada baju Melayu putih, jadi tinggal aku je nak cari baju. Jimat ,pakai baju sedia ada je.. Hehehe... Entahla kenapa, dalam kepala hutakku ini, nikah WAJIB putih. putih. putih. putih. Selain putih merupakan feveret kaler aku, aku takde alasan lain dah nak putih jugak untuk nikah. Macam ala-ala pernikahan itu sesuatu yang suci tulus putih beresih la kengkonon kan.. hakhakhak... tapi tengok harga sewa pun boleh tahan sakit hati jugak harga dia... RM800 above. Tengok design jugaklah. biasa kalau design baru sikit, up lebih boleh sampai ribu riban. terus rasa nak g tempah baju kat Hatta Dolmat. kahkahkahkah... berangan sangat. takde belas ribu jangan nak mimpi sangat.
Atenye~~ tetibe teman dapat idea nakal camana ntah rasa kalau jahit baju nikah sendiri. Macam best je, macam gempak je... macam boleh ke hah? macam cari penyakit la hai semua benda nak buat sendiri, masa tak banyak... Jadi, aku sms cikgu, ok ke kalau nak buat baju nikah sendiri? boleh tolong guide tak? Bab ni complicated sikit, sebab cikgu yang mengajar tu adik-adik and dia dah tamat contract kat tempat aku belajar tu. tapi before dia habis, sempatlah kitorang meeting, then aku tunjuk macam mana design yang aku cadang nak buat. since patutnya baju nikah, so aku ingat nak buat yang simple-simple je. ada staff yang buat rambut n mekap kat situ, siap tolong aku draftkan baju tu lagi. Terharu aku okeh!
Then, google-google lagi contoh-contoh baju. Tengok kain macam mana nak pakai. Then ajak encik bakal pergi Jakel beli lace ngn kain chiffon. Kain satin aku dah ada, so jimat sikit kat situ. Sikit je la tapi pun. Habis ratusan jugak untuk lace 2 meter sahaja.
1 masalah timbul bila minggu aku nk start buat baju tu, budak a.ka cikgu tu dah habis kontrak. AKu selamba bawak baju tu, tunjuk kat Puan R, owner kelas aku belajar tu... Alhamdulillah, she's willingly to help. dia tolong guide aku, siap offer Sabtu tu, stay sampai petang potong kain. Dia ajar-ajar, tunjuk and bagi 100% semangat untuk aku. T__T... Dia offer suh datang lagi Ahad tu, sebab diorang pun ada keje kena datang kelas. Sabtu tu aku stay sampai malam. Ahad datang lagi, setelkan few things. Minggu depannya datang lagi, tunjuk baju yg dah potong and sambung, and dia tolong guide lagi macam mana nak buat leher apa bagai... Kalau biar aku sorang-sorang, entah la jadi apa dah baju tu...
So, i choose prada lace. Beli kat Jakel.
Hazab jahit prada lace ni, kena jahit jelujur dulu dengan kain lining.
Ikut garisan dia dengan tenang, tawaduk dan tawakal...
Gigih harus ada.
Every piece of it kena jahit ok. Then baru boleh potong
Nak elakkan dia terlari, kena potong dengan penuh kasih sayang.
Kena lurut-lurut dia kasik serata supaya tak kedut-kedut.
Masa ni aku dah keletihan.
Piece by piece...
The next day.
Dah siap potong semua n jahit jelujur lace + satin lining
Masa ni main acu-acu kat patung. Kain bahagian bawah belum potong.
Bila Puan R dah letak kat patung macam ni, terus wow!!!
semangat berkobar-kobar. tak sabar.
Bila dah nampak macam ni, ko rasa apa aku rasa?
Terus tak sabar nak siapkan baju...
Aku kan ada 3 bulan je untuk preparation.. remember? Nikah 1 February. Minggu terakhir January tu aku dah nak balik Kedah. Bila tanya orang yang nak hantar untuk jahit manik, dia cakap, better jangan hantar lambat sangat. Dia takut dia pun tokleh nak siap. So, dalam awal or 2nd week bulan January dah nak kena hantar baju kat orang manik. Aku tak daya dah nak buat manik sendiri + aku rasa aku tak cukup kreatif bab manik. Hantar orang je sudah, aku tak nak serabut kepala lagi, bunga pahar masih tak siap. Aku kerja + ada masa malam or weekend je nak uruskan hal baju. Dalam masa yang sama uruskan dokumen + nak uruskan bakal suami pindah masuk rumah. Nak angkut-angkut barang bagai. Phew! Berpeluh ketiak masa ni jangan citer lah..
Okeh.. plan asal baju ni nak dijadikan baju nikah kan... Thats why it goes all white. Sebab dalam hutakku ini, dah set, baju sanding nanti ala-ala cream + gold. Tapi bila baju ni dah ala-ala siap tak siap macam ni, bila kakak aku tengok, dia pun cakap... "Ko nak buat baju ni baju nikah ke? Cantek dowh... pakai sanding la~~" Same goes to my mom bila dia tengok baju ni. Jadi, dalam pada redho tu sebab baju dah booking, memang ada rasa ralat dalam hati sikit. Macam ha ah la.. gila gempak kot kalau baju ni jadi baju sanding, sebab jahit sendiri~~~ tapi serius, masa tu malas dah nak pikir. Time is packing.
Aku set dalam bulan 1, dalam 2 weeks before hari nikah sanding, nak pergi fitting. Kitorang kan dari KL. so, kalau bagi tempoh 2 minggu, mana yang gelebeh ke, kecik tu, sempat la kot nak elokkan. As for my baju, memang takde apa sangat diorang nak alter kecuali labuhkan. Maka bergerakla kami 2 weeks before 1 February. Mid of January. Aku balik dulu, sambil nak uruskan hal dokumen. Encik bakal menyusul kemudian, nak fitting baju je pastu nak bawak aku lari balik KL terus.
AKu dah call budak Romantika ni, Nadia nama dia, berkali-kali. Kadang diorang ni aku pun tak paham, apa yang susah sangat nak angkat telepon. Whatsapp pun kadang tak bereply. Time mintak payment deposit senang plak nak reach. Tapi before balik tu, memang aku dah confirmkan tarikh untuk fitting tu. Aku tanya, bila boleh datang fitting, dia kata nak dekat bulan 2 nanti boleh mai~~~ Ok takpa.. AKu set time n tarikh. nak datang petang Sabtu ke Jumaat ntah tak silap aku. Ke Isnin ntah, tak ingat exact date.
Encik bakal pun dah sampai dari KL, tengah minum-minum petang kejap before waktu yang dijanjikan. tak silap aku pukul 4 ke 5 ntah berjanji nak fitting. Dah get ready nak g tu, sekali diorang call... Kata ada emergency, ada sedara-mara masuk hospital, nak p tengok. LUTUTLAH OIIII... AKu masa ni dah nak mendidih dah terus. AKu buat appointment kot. Kalau selagi tak melibatkan saudara terdekat or diorang sendiri, aku rasa ko boleh je hold kejap, tunggu kitorang fitting jap, pastu pergila mana ko nak pergi. Mana tak marah, kitorang all the way dari Kl kot. Takpelah, kitorang cakap, kitorang nak pergi amek baju, fitting kat rumah, nanti esok, mak ayah saya pergi hantar balik.Lagipun kitorang dari KL, lepas ni nak balik terus je dah... Dia macam terdiam jap, pastu dia cakap ok.Maka kami yang tengah minum-minum ni terus siap-siap. Bapak aku pun bawak la laju sikit. Tak pasal-pasal mak bapak aku ikut pergi fitting jugak. Saja bawak sekali, nak tunjuk yang ni la mami dedi i nanti diorang nak hantarkan baju.dalam kete tu, dia call balik, dia cakap.. takpelah...kami tunggu. nanti fitting kat sini je... Ko tengok permainan dia?? Something fishy di situ. tetiba boleh plak tunggu. Takut kitorang bawak lari baju la tu padahal hey deposit dah bayar seribu! Pelamin pun dah amek ngan dia kot... Ok la fine, ko boleh tunggu.
Masa bakal suami aku try baju dia, gelebehhh gilaaaa... Dia macam dah malu dah nak pakai. Ni apa ni? I thought I order baru. baju tu dah nampak kotor-kotor. gelebeh and memang bukan baju Q Haidar. siap ada padding luar yang kat bahu tu. memang takkk lah baju ni... Makcik tu macam nak lengah-lengahkan masa. Bila aku tanya dia, bukan saya order baru ke? ni macam baju lama je... Dia macam buat-buat tak dengar lepas tu, tanya nak labuhkan banyak mana, nak kecikkan macam mana.... tup tup, tiba-tiba anak dia, si Nadia ni datang bawak baju lagi satu. Aku dah mcm... haaaa... ni baru nampak macam baru. Tapi... kain dia kain lembik, not Q Haidar langsung! Saiz langsungla.. Baju kecik pendek, suar besarrr gelebeh. Macam dia nak lengah-lengahkan masa, tunjuk baju lain, kemudian tiba-tiba bawak baju baru yang saiz tak kena. AKu syak baju tak siap lagi sebenarnya, tiba-tiba je dia buat alasan nak g hospital.
Baju aku plak, 1 apa pun tak buat lagi. Aku tanya dia, ni nak labuhkan tak buat lagi? dia boleh cakap apa?? Haritu kan dah elok kan? Ok.. aku dah panas bontot kat kedai tu... aku pandang mak aku, mak aku pandang aku. Lepas tu anak dia amek alih, cakap, nanti kami tambah kain net kat lengan dengan kaki yang nak labuhkan. Aku dah buat muka keruh, aritu kata nak labuhkan guna lace yang sama. ni dah jadi sembelit dah ni, cakap aritu lain... baju aku dah la tak banyak kena alter, pun tak buat lagi?? bukannya aku takde set appointment nak fitting baju. Aku memang rasa nak amok dah masa ni.
Keluar kedai, kitorang 4 orang, aku, bakal suami, ayah n mak aku semua tak puas hati. Ayah awal-awal lagi dah keluar kedai. Lepas fitting baju ntahpape incik bakal, dia pun keluar kedai terus. Tinggal aku ngan mak aku je muka pucat, tengah risau cmana rupa katun baju aku dia nak tambah ngan kain net je... T__T. Balik rumah, aku dah muka monyok. Encik bakal suami terus call sana sini, tanya if ada kenalan yang ada butik nak g tengok baju. Dia siap contact tailor yang boleh buat baju laki, tanya terus upah and tanya if boleh siapkan dalam masa seminggu lebih ni... Worse come to worse, dia akan pergi buat baju lain.
So, otw nak balik KL, dalam kereta, incik kata... saya tak nak pakai baju tu. Kita pusing la mana-mana cari kedai lain. Tapi masa tu dah petang sangat. AKu pun dah takde perasaan dengan baju sanding tu. Lama jugak kitorang diskas, then amek keputusan, cari kat KL. Kitorang try pikir cara nak mix n match baju. Incik bakal kata, amek je jugak baju aku tu, tapi baju dia, dia tempah lain, kaler putih. Smart sikit nak pakai next time, lagipun jadi baju sendiri. Baju butik tu, buat baju nikah. Tapi I is tak nak kaler lain jadi kaler nikah. Baju tu pun agak tak sesuai nak dibawa ke masjid. merghelip mengerlap sangat. Last-last, kitorang decide, baju butik tak yah amek terus. Baju aku jahit tu jadi baju sanding. Aku suruh dia buat baju nehru jacket tu kaler putih. Untuk nikah, masih kaler putih, aku carik baju lain. Masa tu rasa sebak, nampak duit terbang melayang-layang~~~
Mak aku plak lepas dah tau final decision, dia cakap.. dua-dua putih? buatla nikah kaler cream~~~ sambil offer nak pinjamkan duit buat beli kain. Hahahaha... Ntahla.. aku berkeras jugak nak kaler putih untuk nikah. Jadi, semua orang ikut redho aje. Kuikuikui... Settle 1 problem. Problem baru, nak pergi cari baju aku plak untuk nikah.
Aku google n jumpa baju ni. macam dah berkenan. Simple, lain kali nak pakai pun macam ok.
Tapi kawan aku kata harga dia cecah RM1500. Ok, terus potong. T__T. Weekend tu, berjalan ke Shah Alam, nak cari baju nikah, either sewa or beli. Shah Alam kan banyak butik. Tapi napalah aku tak g je tengok kat Qamila tu... T__T. Aku g butik Saidatulnisa, pekerja dia kerekkkkk gilaaaaa... Baru masuk kedai, rasa nak keluar dah. Jalan-jalan lagi area situ. Last-last aku fedap. Try call akak tailor, tnya sempat tak nak siapkan kurung moden or kaftan dalam masa seminggu. Akak tu kata no hal. Terus g jakel, spend nak dekat seribu, beli kain beaded lace, satin, chiffon ngan veil terus. Esok terus hantar tailor. >__<. Nasib baik aku kaya. HAHAHAHAHAHA... nangis hokey! Dah beli kain, pening nak pakai tudung camana plak. Kuar Jakel tu, sebelah tu Ariani je. Kawan aku ajak masuk. Jumpa inner awning dia, not bad, kena saiz muka gabak aku ni. Harga seratus lebey, tapi dapat diskaun, tinggal dalam rm80 lebey je kot. Rembat aje. tak sempat dah nak jahit sendiri bagai. Tudung nikah, aku beli kain satin je, potong 4 segi, pakai ala-ala bawal. Tudung setel!
Aku call and inform Romantika nak kata, aku nak cancel terus baju dengan dia. Tak angkat-angkat, then aku tinggalkan whatsapp message. Baru la dia reti call. Dia plak macam nak marah-marah aku nak cancel. eh eh... aku ke customer, dia ke customer. Dia cakap, baju pengantin memang diorang pakai bridal satin macam tu. Aku cakap.. Saya dah bagi gambar, saya dah tanya kedai lain, kedai lain kata tak boleh buat, but u kata u boleh buat.. I tau kedai lain pun pakai bridal satin, tapi i tak nak. dia siap cakap, nak pakai sekali je, buat apa nak pakai yang macam tu sangat. HEk ELLLEEEHHHH.... bikin didih oii... sukati la aku bayar kot. aku just jawab balik, if u kata u tak boleh buat, then fine, kitorang boleh tempah or cari kedai lain. tapi u kata u boleh buat, thats why i place order dengan kedai u. Bla bla bla.. gado ngn mak dia, then fine la, mak dia terima bab baju laki. pastu dia cakap plak, dah kansel baju laki, kenapa nak cancel baju pempuan plak? AKu cakap... dah kitorang cari baju kat tempat lain, takkan saya nak pakai baju tak sama ngan baju laki plak. AKu pun cakap la, dia kata memula nk sambung labuh dengan lace yang sama, haritu i datang, u kata nak sambung dengan kain net plak. Kenapa cakap lain, lepas tu lain plak? Dia cakap, boleh nak sambung ngan lace, tapi dia kena tanya tilor dia dulu, takut tailor dah buang lace tu. Dia cakap, diorang takkan alter selagi belum seminggu dari tarikh kawen. Hello~~~ baju aku tu tak kena alter apa sangat pun, dia pun dah tak sewakan kat orang. Tinggal nak tambah labuh je and aku dah bagi date fitting. Tu pun dia macam tak ingat kena labuhkan baju aku. voley? Aku pun amookkk la lagi... Dari bulan berapa saya tempah, u still tak tanya lagi tailor u ada ke tak lace tu? Dia pun terdiam, lepas tu tak tau macam mana, aku rasa mak dia letak tepon kot.
Ikutkan hati, aku memang nak kansel terus je pelamin bagai ngan dia, tapi ayah ngn incik bakal suami tenangkan aku. Dia cakap, dari rugi deposit semua, baik amek je pelamin tu... Memula deal nak dulang ngn lapik dulang ngan dia. dia cakap nak bagi. Lepas kansel baju, dia cakap kena bayar la sewa. Fine.. aku bayarla sewa dulang. tapi lapik dulang mintak kaler lain, bagi kaler lain. ok????
Baju dah siap.
Ready untuk hantar memanik plak
Tampal label nama sendiri.
Alhamdulillah... saya bangga... :)
Masa ni baru balik jakel.
Try tudung satin and veil beli siap.
Silap aku tak lilinkan tudung satin ni.
Masa nikah berombak-ombak.
T__T
Proses menglacekan veil
Since dah tukar baju nikah jadi baju sanding, veil aku taruk over la sikit.
Gunting-gunting lace.
Since pemanik tersebut tinggal depan rumah aku je, aku pun ketuk pintu, bagitau, baju tu dah jadi baju nikah. SO, takpelah kalau manik nak lebih sikit.... Kakak aku memang suruh follow up apa dah jadi ngan baju aku tu, tapi aku malas serabut kepala nak tanya-tanya orang. Aku yakin aje, sebab dia biasa buat baju artis-artis and kerja bawah pereka terkenal jugak, sapa ntah aku tak ingat. Pada suatu hari yang dingin, mereka pun mengetuk pintu rumahku dengan muka eksited, nak hantar baju dah siap.
Tadaaaaa...
Masa dapat baju ni, muka aku dah macam cekodok.
Dah rupa kena demam campak je baju aku nih.
Time ni memang tengah frust and geram sangat-sangat.
Setakat campak beads macam ni, anak buah aku pun leh tolong buatkan.
T___T
stress.
Dekat veil pun sekadar diteraburkan aje manik-manik pearl itu.
T__T
kat bawh sikit tu leh nampak lagi 1 veil kawan aku punya.
Semasa ini sedang stress, sedih dan kecewa dan cuba compare hasil memanik pada veil orang lain dengan hasil memanik pada veil sendiri.
Masa ni kakak aku tengah pujuk aku, dia kata veil ni ok je...
Lagipun nanti pakai ke bawah, tak berapa nampak sangat.
I is frustrated. stress. tired.
aku hantar semula baju aku dekat jiran aku tu, aku cakap, aku tak nak semua manik kat baju-baju tu. dah rasa macam badut sarkas plak. Diorang semua kata, ok la... sekali je nak pakai kawin, bila lagi nak pakai meriah-meriah macam ni? Lepas tu, dia kata prada lace, memang orang letak manik tabur macam ni.. Dia kata aku tak biasa.. >__< AKu suruh dia bukak and tinggalkan manik dekat pinggang je. Kemudian aku nak dia sambung manik kat pinggang ni sampai belakang, means buat keliling... Siang tu aku 1 hari stress.
Esoknya dia ketuk pintu rumah aku, dan hantar baju....
Masa ni baru boleh senyum.
:)
Baju Family
Plan asal nak family pakai kaler dark purple. Tapi sebab teringat masa kakak aku kawen, ada aku belikan lace + satin kaler ala-ala gold untuk family, tapi kain tu tak terpakai. Masa beli kain untuk family ni, belum lagi terjadi kekecohan pasal baju aku tu. Hahaha... So, rasa masuk je la kalau family pakai gold, aku pakai cream2 gold konon. Tetiba saja-saja sajes kat mommy family pakai kaler gold, so aku boleh save bajet sikit. kahkahkah... Entahla... mommy mula-mula nak je kaler purple tu. Maka bawak mami dedi pergi Jakel.
Daddy jalan-jalan tengok kain~~
Memula mami tengok kaler dark purple, sekali macam tak berminat and bersetuju dengan cadangan aku nak kaler gold. Tapi nak kain baru. Tak nak pakai kain haritu. T____T. Plan nak saving tak berjaya.
Bila pilih-pilih kain, dah jadi rambang mata. Malangnya kaler gold yang kitorang nak tu, tak cukup meter plak. So, macam pilih-pilih kain lain yang macam ala-ala nak sama. for girls, kalau semua orang buat jubah, maka bilangan meter kain adalah cukup. kalau nak buat baju 2 piece, tak cukup meter.
Maka, family semua pakai gold.