Monday, July 21, 2014

Wedding preparation Part 5


----------------

Sebelum meneruskan entri kali ini, aku nak ucapkan takziah pada mangsa MH17 yang terkorban baru-baru ini. Al-fatihah untuk yang beragama Islam....

----------------

Apa??? tak habis-habis lagi entri wedding preparation? Hahaha... ok ok.. i try to make this short. Final episode. 

Baju kawen?  
Checked

Bunga pahar? 
to finished at kampung halaman. bungkus semua bawak balik. setengah dah pos masa mummy daddy ulang alik datang kl.

balance yang sedang dibungkus, nak bawak balik Kedah


Kad?  
sudah diedar. 

Borang?  
Lulus. Daddy pun dah tolong collect

Kasut?  
Masa ni beli sekali dengan barang-barang hantaran. Tak citer plak bila aku pergi beli, tapi macam kitorang kejar sekali dengan Sale Raya Tahun Baru Cina. Oleh kerana nikah and sanding hari yang sama, tak yah nak membazir sangat beli 14 pasang kasut. Aku pakai sepasang je, sama dari pagi sampai petang. Takde orang perasan pun, janji tinggi sudah~~~

Barang hantaran?  
Aku pun tak ingat beli bila. Tapi sekali harung beli semua dengan barang lelaki. Husband plak tak suka nak buat kerja 2,3 kali. Dia suruh setelkan terus je semua. Barang mostly borong kat Sogo.  Jam je order online and jam laki pesan kat abang sulung.

Door gift?  
1 apa tak setel lagi. tunggu cuti balik kampung~~ Masa kat kampung halaman, maka bertungkus lumus la kami adik beradik, masukkan kacang dalam botol, ikat sekali ngn karung letak gula-gula 4-5 bijik. Then mommy daddy beli plak kerepek berkotak-kotak, then repack masuk plastik kecik-kecik. 


Usahasama refurnish, repaint buaian turut dijalankan...




Hantaran?   
oh my! oh my!!! Okeh. Aku kan ada masa 3 bulan aje and semua benda nak buat sendiri. Maka time adalah sangat pack. Bunga pahar pun blom setel. Tapi memang dah plan nak pakai hantaran yang dah pernah buat tapi tak pakai dulu. Disimpan kemas elok rapi oleh mommy. mommy bungkus dalam plastik elok-elok nak elak habuk. Inilah rupa bentuknya. Bunga dip juga. Aku juga yang bentuk dan dipkan dia dulu. Tapi digubah oleh my dear sister. 


Plan asal. 
Last-last kotak ni tak pakai pun.

Tapi bunga-bungaannya tidak mencukupi. harus topap. maknanya dibentuk dan dip lagi, dan cantum lagi dan glitter lagi, bla bla bla... masa ni aku memang dah letih amat dah. tak mampu  nak buat dah. jari-jari pinggang semua sakit dah mengadap benda-benda ni. dah tak mampu. kotak plak ada 3 bijik ni je. tak cukup. Jalan-jalan g SSF aritu, takde dah kaler ni. T__T  Kakak kata "takpe, kita cabut bunga-bunga tu, adjust-adjust je balik Kedah nanti, kat sana if ada orang tolong tengokkan budak-budak oklah." Kasihan dia pun tengah letih mengandung. Oklah, aku memang dah tahap redha dah masa ni. dah tak larat. Esok nak kenduri, malam tu masih berhempas pulas buat hantaran. Kerjasama kakak aku, kakak ipar aku, mak aku tolong sikit-sikit. Malam sebelum tu aku kena adjust baju kanak-kanak flower girl. Tailor tu pasang reben tak cantik. T__T

Macam mana rupa bentuk last hantaran aku pun aku tak tau. Photographer tak bagi gambar lagi. T__T


Inai?
Memula rasa teringin sangat nak pakai inai pokok, tumbuk-tumbuk salut kat jari kaler lagi cantik kan. Tapi berangan jelah, kerja banyak tak siap. Masalahnya esok dah nak kawen, tak pergi sevey pun mana nak letak inai kahkahkahkah... Petang tu jugak hentam kromo je pergi cari area kedai kahwin India. Mana ntah aku pergi aritu tak ingat dah, tapi aunty tu friendly bukan main... Harga pun aku dapat murah gilaaa... memula aku suruh dia inaikan sekali yang bulat-bulat hujung jari tu, tapi dia offer nak bagi inai pokok. ok, aku dah eksited sebab tu memang hajat aku , plusss aunty tu kata inai pokok lagi cantik. Aku lupa kan kerja banyak tak siap lagi, pergi bawak balik inai pokok tu... Dah sampai rumah barula kena basuh ngn kakak sendiri.. Sapa nak tumbuk ni? nak bagi pakai. Dah 1 kerja. HAHAHAHAHAhA... Nasib ada kawan-kawan aku datang dari KL malam tu. Diorang tolong tumbuk n pakaikan.. Kasihan, dah la datang dari jauh.... Kakak, mak, dan kakak ipar tengah struggle siapkan hantaran. Caca merba sungguh kahwinku ini... 


Mek flower girl pun diinaikan... Hehe


Pelamin?
Disebabkan Romatik habissss tu banyak propa dengan aku, and aku pun dah mengamuk-ngamuk sakan, bapak aku selamba suruh pasang pelamin awal. 27 ke 28hb ntah dah siap pasang pelamin. 

Tengok kain latar dia pink hokey.

Takut dia pasang lambat kang, banyak lagi propa dia. Tu pun aku kata nak light purple, dia pergi bagi langsir belakang tu kaler pink. kengkonon bila lighting dia jadi kaler purple. Apakah salahnya kalau letak je kain light purple belakang tu? Mereka is sungguh kedekut nak beli kain lain padahal pakai berapa meter je... Aku memang panas dengan diorang ni, masa pasang pelamin aku tak nak tengok pun. Bantal kat pelamin pun, tengoklah dia bagi kaler apa. Masa nak booking dengna diorang, kenmain kata diorang boleh buatkan bantal kaler ikut kaler tema. Puuiii... Dia punya alasan, ko memang tak nak dengar kalau boleh. Dia kata bantal macm tu ikut trend sekarang. Macam la masa aku booking tu, 14 tahun lepas... Temberang bukan main diorang nih. 

Tengok gambar aku booking kat atas. Gambar pelamin yang diorang pasang kat bawah. Patut bantal pelamin tu, ada ropol-ropol macam bunga ros tu. Cantek, simple, sweet kan. Masa booking diorg kata leh tukar la ikut warna tema tapi puiii... Tengok bunga kat dalam gambar booking, kembang setaman. Gambar kat yang diorang pasang tu, sekentut je bunganya. Tu pun berhabuk habis!! bukan nak basuh, lap-lap dulu. Pemalas diorang nih. Bunga kat pelamin pun diorang pasang pink. Aku nak light purple la hoiii... pastu yang diorang pasang kat backdrop tu pun macam ala-ala je bunga dia~~ Dah. aku malas nak elaborate. Pffttt sangat... Kalau diorang tak propa sangat ngan aku, maybe aku tak kisah sangat.




Masa aku bising pasal bantal tu, ntah hapa ntah makcik tu propa aku. Kata design terkini la simple la apa bagai. propa habis. aku malas dah nak dengar, aku belajar untuk redha beberapa hari pelamin tu ada kat rumah aku. Bila aku dah redha, tetiba 1 malam diorang datang dan hantar 2 bijik bantal purple, bunga-bunga asal boleh. Aku cakap takpelah, aku pakai je bantal yang ada tu, lepas tu diorang nak amek balik 2 bijik bantal atas pelamin. Dia cakap dia pergi tukar ngan pelamin orang ke apatah ntah dia temberang, padahal bantal yang diorang baru hantar tu nampak sangat macam baru buat. Sangat berkira diorang ni, 2x datang, 2x mintak payment. macam tak datang amek pelamin dah je gayanya!!! Bila aku dah nak terima bantal baru tu, sebab malas dah nak tengok muka makcik tu ngan anak dia, dia membebel apatah lagi memang aku rasa 
nak tumbuk je dia. Hahahaha... Tapi kang tak pasal akad nikah kat jail kan. Kahkahkah... 








Bila khemah dah naik, barulah rasa ....ok... This is it! Its tomorrow!!! 








No comments:

Post a Comment

Thanks for dropping out your thoughts...