Thursday, June 12, 2014

Wedding Preparation Part 3


Wedding Preparation Part 1
Wedding Preparation Part 2



Tada... aku tengok kat info gambar ni, date taken 22/12. Maka, maybe la around tarikh tu kad aku siap... Masa ni sibuk eksited masukkan kad-kad dalam sampul, kemudian dah boleh start edar.


seputih salju. Kaler feveret.


Lupa nak mention, masa balik merisik haritu, aku pergi terus amek siap-siap borang kawen kat tok imam. 
Mula-mula me and daddy pergi Pejabat Agama nak g amek borang, tapi diorang kata kena amek kat tok imam kawasan. Jadi, harap maklum..
Ambik kat tok imam masjid kawasan anda nak nikah tu ye..  Free aje. 
Bawak balik KL, dengan pesanan dari tok imam, jaga borang ni elok-elok... Borang Kedah tulisan jawi. 



Around November rasanya aku dah pergi ambik test HIV bersama encik bakal. Masa test HIV ni, diorang akan tanya bila tarikh nikah sebab kalau pergi awal sangat pun nanti diorang suruh balik je. Bergantung pada kekwat Klinik Kesihatan juga. hahahha.. HIV test ni valid for 6 months. Nasihat, jangan pergi pagi-pagi sangat. Pagi ramai gila orang. Dalam kul 11 lebih sikit gitu, macam dah start kurang dah orang. Kami antara golongan poyo yang pergi pagi-pagi. Kahkahkah... By the time kitorang nak balik, orang dah makin kurang.  Tapi make sure call dulu klinik kesihatan pukul berapa diorang available untuk HIV test, lain klinik kesihatan, lain prosedur. Ada yang buat HIV test ikut hari, ada yang buat hari-hari, ada yang buat pagi je ke ntah tapi make sure call dulu la tanya walaupun suara nurse yang angkat tak friendly, ampunkan la mereka kerana mereka berhadapan dengan ramai kerenah manusia bermacam ragam. Mereka akan bagi borang suruh isi. Jangan cakap banyak, isi je.

Eh... Part 3 ni dah jadi hal uruskan borang plak eh? Baju continue part 4 la kot eh?

Oleh kerana aku orang Kedah, dan encik bakal orang Pahang, maka prosedur permohonan kawen panjang sikit lah... Aku pun tak tau yang pendek punya macam mana. Hahahaha...

Both of us kerja kat KL. for me, no choice la aku kena siapkan and hantar borang kat Kedah sebab nak nikah kat sana. For incik bakal suami ketika itu, dia download borang-borang semua dari laman web JAWI (http://www.jawi.gov.my/component/content/section/42.html?layout=blog). Download borang yang berkenaan. For KL, ada borang saringan HIV. For Kedah, masa klinik tu mintak borang, aku cakap Kedah takde pun borang HIV. Lagipun klinik akan keluarkan 1 surat result HIV tu. So, pakai itu jelah. 

Dalam laman web tu ada senarai semak apa yang perlu dibawa. Fotostat ic la, bill letrik untuk sahkan tempat tinggal, er.. rasanya KL kena kot akuan bujang dari majikan. Lupa plak nak check. kuikuikui... Tapi Kedah takde. So, i is tak perlu mintak surat pengesahan bujang dari opis i. 

First of all setelkan semua bahagian encik bakal suami.
1. HIV test
2. Kursus Kahwin
3. Pengesahan tempat tinggal
4. Surat akuan bujang
5. Borang Permohonan Kahwin.

Bila dah setelkan HIV test dan kursus kawin, dapatkan dokumen-dokumen berkaitan pengesahan tempat tinggal, then sahkan tempat tinggal, akuan bujang semua tu, baru bawak semua sekali pergi jumpa tok imam kawasan untuk Kebenaran Kahwin.


Kursus kahwin kitorang pergi asing-asing. AKu dah pergi dulu dah dengan incik tunang tak jadi aku, satu tika dulu. Hahahaha... Tapi incik bakal suami pula sangat sporting, takde nak merengek-rengek manja nak suruh pergi lagi sekali sama-sama. Jadi, memang senang kerja. Dia berdikari pergi kursus sendiri, aku plak dah setel bab ni. Baju dengan bunga pahar banyak lagi nak buat. T__T

Bila semua bahagian dia dah setel, compile semua sekali, tok imam bagi la surat kebenaran kahwin berkenaan. Toiyiibbb... Encik bakal pun dah yabedabedu dah part ni. Lega part dia. Dah boleh kawen hoiii~~~ 

Then bahagian aku plak, bawak semua benda tu ke Pejabat Agama Kedah, Sungai Petani. (Of course la urusan kat Kedah semua encik daddy yang teman. Kihkihkih...) Tapiii... tok imam dah pesan siap-siap, jangan hantar awal sangat, jangan hantar lewat sangat. Pengesahan valid untuk 30 hari je. So, hantar la dalam lingkungan time-time tu dari tarikh nikah. Actually hanya perlu bawa Surat Kebenaran Kawen dari pihak lelaki je (untuk bahagian lelaki lah) dan dokumen-dokumen side perempuan yang dah tok imam listkan masa bagi borang.  
1. Keputusan ujian HIV
2. salinan ic perantin pempuan dan wali
3. Borang yang siap diisi (borang kuning ngn borang putih)
4. salinan sijil kursus kahwin

Aku rasa yang tu je. Kalau ada yang missing out, im sorry. Hehehe..

Then pegawai akan panggil masuk dalam, dia akan bagi akad untuk baca. Tulisan jawi. Kahkahkah... Ada part yang  aku tak lancar baca, nasib pergi dengan daddy. Tapi pegawai tu pun takdela nak gelakkan kita, dia tolong sekali jugak. Dia semak semua dokumen, kemudian bagi tarikh untuk ambik pengesahan, untuk dibawa kepada tok imam @ kadi... Tarikh yang dia bagi tu, aku takde dah la kat Kedah. dah balik semula ke KL. Tapi worry not, wakil boleh tolong ambikkan and serah pada tok imam...



TOIIYYIIBBB... habis part dokumen.



1 comment:

Thanks for dropping out your thoughts...