Tak sempat nak habiskan entri kawen, tetiba dah hari raya menjelang tiba. Bizi sangat sekarang tak dapat nak update sangat.T__T
Entri bulan puasa pun tak ada? Lagipun bulan puasa tahun ni, tak berapa nak ada pun makan luar or makan buffet. Sekali je makan luar, bersama teman-teman, acara wajib yang kitorang make sure ada jugak tiap tahun. Alhamdulillah so far, masih dapat berbuka puasa bersama-sama mereka teman tersayang.
Hari Raya tahun ni merupakan tahun pertamalah aku beraya sebagai seorang bini orang. ngeh ngeh ngeh... sengih la lebar sikit, setelah sekian lama menanti kan? hahahaha... Nak kata syahdu tu, tak sangat sebab famili mertua pun sporting sangat. Lagipun, dah lama raya ngan mak ayah sendiri. Orang lain dah bergaduh sakan mintak giliran masing-masing, aku rilek je laki ajak raya rumah dia. Tahun pertama ni lah. Tahun depan tak raya rumah aku siap lah!!!
Tak sempat nak bergambar raya sangat pun. Happening jugak raya belah suami ni. Samada orang tak berhenti datang raya kat rumah, atau kitorang yang tak berhenti g beraya rumah orang. Makan? Oh my... Makanan boleh tahan. Cuma biasalah, rasa kekurangan sikit bila benda yang kita biasa makan tak ada kan... Tapi tu pun diorang berusaha gigih sediakan apa aku nak makan. Bila suami sebut kata aku nak makan nasi impit ngn rendang ayam, laju je mak mertua aku suruh pergi rumah mak long. bila aku dengar ada orang masak laksa, laju je aku ajak suami g raya rumah orang tu. Ala...bukan sapa pun, sedara dia jugak. Hehehehe...
Alhamdulillah... raya tahun ni berdua setengah. Tahun depan, insya-Allah bertiga. Atau bertiga setengah? Hahahaha... Alhamdulillah sekarang dah masuk 3rd trimester. Perut dah makin ke depan, hidung pun dah makin kembang. Harap-harap semuanya dipermudahkan....
This is me with my last minit baju raya.
Aku jahit Jumaat malam, bersambung Sabtu tengahari dalam keadaan sakit pinggang mengantuk letih bagai.
Bila tengok gambar ni,macam tak percaya plak dapat siapkan.
Ada patch lace kat pinggang, tak nampak pula sebab cover ngan tangan.
Baju cekelat ni, husband kata macam orang tua, padahal pattern sama je dengan dress kelabu di atas.
Baju ni siap dulu sebenarnya, untuk amek pattern je.
Maklumla layout badan dah lain...
Bahagian dalam jangan tengoklah, jahit tepi bagai memang takde.
Asalnya memang nk buat contoh je. kain free plak mak aku bagi.
Aaa... disitu mungkin jawapan mengapa kain ini pattern n kaler orang tua.
Hahhaha
Tak banyak bergambar pun raya ni. Lupa nak bawak kamera. Boleh?? Lagipun dulu dapat menggila ngn 3 stooges adik-adik bujangku... sobsob... Lagipun time raya ni, aku diserang sakit pinggang. Gambar pun tak banyak tapi adalah. semua phone quality. K la... till next entri... Salam~~~
baju raya kelabu tu cantikkk.
ReplyDeletebaju kedua tu aku syak sebab corak kain pastu match dgn pashmina berumbai2..so nampak la kematangan di situ.haha.
eh.perut dah bosa.
dd:
ReplyDeletebaju kelabu tu pun nak kena alter, panjang mengurai. jadilah baju last menet sangat jahit.
baju kedua tu mmg bukan suami aku je dah ckp mcm org tua. redha jelah. buat pakai pergi opis je lepas ni.
perut dah mula naik,means baby pun dah membesar.. Alhamdulillah...