Thursday, August 21, 2014

#29weeks 5days


Assalamualaikum...

Hai anakanda, 
Hari ini Mommy sedikit bad mood. Entahla kenapa. Mommy rasa memang dah tak mau sangat bekerja sekarang. Tiap-tiap hari rasa rebel nak pergi kerja. Memang tengah mengawal perasaan je sekarang ni. Rasa mual, loya, menyampah semua ada pada pagi yang hening bening ini. Tapi atas desakan hidup, apatah lagi hidup di bandaraya KL ini, haruslah tabah dan mengharung kehidupan nan mencabar ini. Janganlah kamu rebel masa kena pergi sekolah nanti. Nescaya mommy rotan. Mommy garang. Awas.


Oh ye... semalam kita pergi berdua untuk checkup di Klinik Kesihatan. Kenalah pergi berdua, mana boleh tinggal kamu. kehkehkeh... Sebelum pergi, masa dalam kereta Mommy dah pesan... Nanti gerak-gerak ye, bagitau nurse baby okay. Maka kamu pun bergerak-gerak dalam perut Mommy. Sabarlah~~ Mommy kata masa sampai sana checkup nanti... tapi kamu masih gerak-gerak juga. Eksited agaknya nak pergi checkup. 

Appointment sepatutnya pukul 9.00 pagi, tapi 11.30pagi baru dapat masuk. Mommy dah whatsapp papa,'Lepas ni kita check swasta je!!' emosi betul. Tapi bila dah masuk jumpa nurse lemah lembut gemalai, Mommy terus lupa daratan. Hilang panas hati tunggu lama-lama. Kasihan nurse kena handle ramai orang dan baby, kena bergerak ke sana ke sini, ambik berat, hantar buku merah ke sana ke sini, berulang ke katil untuk check up, tapi masih berlemah lembut dengan Mommy. Terus cair jantung Mommy dengan nurse yang baik hati itu.... 


Minggu lepas berat Mommy 62.8kg. Semalam berat Mommy 62.4kg. Aik... turun 400g. Mommy pun heran sebab rasa macam makan banyak je... Nurse suruh mommy baring untuk check heart beat kamu. Sebagai anak yang patuh dan mendengar kata, mommy mula rasa kamu bergerak-gerak ke sana ke sini hingga nurse pn susah dapat bacaan. Nurse kata kamu nakal. Kamu sepak-sepak bergoyang bergerak aktif betul. Hahahaha... Ntahla, mommy jadi rasa bersalah pula dengan nurse tersebut, sebab mommy yang pesan awal-awal. Setelah kamu puas mempermainkan nurse, maka bacaan heart beat kamu pun direkod. 


Mommy kena suntik apatah. Tetanus eh? untuk elakkan dari kancing gigi kalau terkena peralatan yang berkarat semasa melahirkan kamu nanti. Apa? Suntik? Mommy redah ajelah baby. Kalau kata tak nak pun, nurse suntik jugak nanti. Kerana kamu anak sulung dan pregnancy mommy yang pertama, maka kena suntik 2x. Kemudian nanti kena suntik lagi sekali. Tadah ajelah bahu, wattudu... 

Nurse suruh mommy minum air banyak-banyak, minum susu 2-3 gelas sehari, ke seminggu? Jangan skip supplement (sambil mejeling ke arah supplement yg mommy bawak g opis tapi tak telan lagi ni). 2 minggu lagi datang appointment. Owh, kita dah start kena jumpa nurse 2 minggu sekali. Mesti seronok harus menunggu bersama-sama lagi, sambil main game Candy Crush dan whatsapp papa. Sepatutnya mommy menghafal surah kahfi ayah 1-10 atau baca surah-surah amalan kan lebih elok. oklah... noted. next time insya-Allah. Nurse juga dah suruh catat graf pergerakan kamu... at least 10 pergerakan yang terbalik perut punya, dari 9 pagi - 10 malam. by this hour, mommy rasa mommy dah rasa lebih kurang 7-8 kali pergerakan. 

Lunch tadi, mommy pergi beli baby detergant dengan kawan opis mommy yang sama-sama pregnant. Lepas ni dah kena start cuci kain baju kamu. Lambat-lambat sangat nanti takut mommy tak larat pula. Dah boleh start cuci sikit-sikit dahuu. Ada lagi barang yang nak kena beli, tunggu papa sekali lah. First baby, memang semua benda pun baru. Untunglah kamu... 


Baby, esok baby genap 30 minggu. 



6 comments:

  1. HAHAHAHAHA mengekek aku baca. Ko ni lawak la. Dari dulu sampai sekarang x berubah hahaha

    ReplyDelete
  2. Fahreen Fredo
    oh... i miss ur komen~~~ muah muahss.. cepat mai balik dunia blogging.. mai mai...

    ReplyDelete
  3. ohoiii..comel kemain cerita ni.. sy dl checkup kt klinik yg guna sistem komputer, pantas.. kira pergerakan memula mmg rajin n eksaited, lelama jd xtentu hala, bkn malas, tp terlepas pandang.. mmg dh kena start mendobi baju si kecik, nt tkt xsempat.. selamat menjalani momen indah ni ye..

    ReplyDelete
  4. eh.awal sungguh baby kamu bergerak2 ye.makcik dulu 6 bulan baru baby nak tunjuk perasaan duduk dalam perut.

    sabaq ye baby.bawak bertenang.haha.

    ReplyDelete
  5. MizzTina
    kadang2 mcm kompius... eh, betul ke yang ni boleh kira. Kalau kat opis ni, ingat2 gitu jela berapa kali. Macam iye-iye sgt plak kalau bentang buku merah sambil kira pergerakan dia, pastu nak tanda-tanda depan opismate.. maluw i~~

    ddJaafar
    makcik... 29weeks 5 days dah nak masuk 7bulan setengah dah... ekekekeke... apakah yang awalnya? itu kalau tak bergerak jgk, mmg cuak habis dah...

    ReplyDelete
  6. eh.makcik tak pandai mngira rupanya.
    makcik ingatkan 4 bulan.kahkahkah.

    ReplyDelete

Thanks for dropping out your thoughts...