Thursday, September 4, 2014

Spectra S2 - Breastpump


Assalamualaikum... 

Baru hari itu cerita kata sudah beli breastpump. Happy! Berazam kuat nak susukan anak. insya-Allah.. Sekali balik cerita-cerita, sembang-sembang dengan kakak saya, dia kata bukan model itulah! Patut beli S1. Kerana office saya tak sediakan kemudahan bilik untuk para ibu mengepam susu, dan kerisauan mungkin harus pam di dalam kereta, maka model yang saya beli ini adalah tidak bersesuaian. 

Saya telah ke kedai tersebut untuk mintak tukarkan, hanya kerana tersalah beli model. Tapi katanya kami tak terima pertukaran breastpump. Tidak ke luluh hati seorang ibu mengandung yang bercita-cita hendak susukan anaknya secara ekslusif ini? Kotak yang saya bawa itu pun dia tak tengok langsung, terus kata takde.. tak boleh tukar. Sedih, hati patah... remuk rendam.

Di manakah hak kita sebagai pembeli yang tersalah beli? T__T  (nangis kuat-kuat)...

Semasa pembelian di kedai itu pun, tiada sebarang testing atau penerangan untuk membelinya. Staff pun tak ramah. Dia kata, "kena call head office dulu, cancel resit then baru boleh proses. Tapi biasanya memang tak boleh. Memang tak boleh la kak..."  Pfffttt... call pun tidak, terus cakap tak boleh je  kan..  Oh ye.. saya beli di OBW, One Baby World, cawangan Taman Permata.

Jadi saya tak sajes uolls pergi kedai ni.. Pergilah kedai di mana kita, especially as a first parents, boleh ditunjukkan demo dan penerangan lanjut mengenai pam yang hendak dibeli. Pam bukannya murah. Kalau boleh nak buat pelaburan jangka panjang terus untuk susukan anak.

Jadi, saya minta tolong juga pada para ibu yang mungkin sedang menggoogle pam susu Spectra S2. Its a complete brand new set. Memang takde pakai lagi. Saya nak letgo harga RM688. COD - Gombak / Putrajaya. 



With this package, you will receive:

1 unit of Spectra s2 Breastpump worth RM837.00
1 extra Spectra Breastshield Set worth RM90.00 which enables you to perform double pumping for Spectra s2
1 Autumnz Classique Cooler Tote worth RM46.90
4 bottles of Autumnz PP Milk Storage Bottles worth RM16.90
3 packs of Autumnz Reusable Ice Pack worth RM23.00
1 box of Autumnz Double Ziplock Breastmilk Storage Bag 12oz worth RM12.90
4 pcs Washable Breastpad worth RM12.90 








Kalau ada kawan-kawan yang sedang mencari breastpump Spectra S2 tolong warwar kan ye... Please please please... (merayu~~) 

Terima kasih~~~



2 comments:

  1. klu nk beli segala jenis brg utk BF, pegi kedai marissa shoppe kt shah alam.. sy xpenah pegi, tp bila ramai kwn yg pegi kata kedai tu best, nk share la kt awk..

    ReplyDelete
  2. MizzTina..
    Thanks for the tips. tapi patutnya post pasal breastpump ni sebelum beli kan. sekarang dah beli, kena redha jela pakai yang tu... tersalah beli model, tak boleh tukar pula. sedih.. T__T

    ReplyDelete

Thanks for dropping out your thoughts...