Wednesday, September 3, 2014

#31weeks 5 days


Assalamualaikum.... Ola baby...

How are you today? i know you are fine, thank you because you berjoget-joget dalam perut mommy ni hah... Pagi tadi, dalam kandungan dah nak cecah 8 bulan ni, tetiba mommy muntah. Muntah? Loya lagi? Huhuhu... Mommy memang loya lagi bila time gosok gigi. Entahlah mengapa. Sudah beli ubat gigi for preggy moms pun tak boleh. Dari guna Sensodyne, tukar Pureen for preggy moms, sekarang kena share ubat gigi dengan daddy, pakai Colgate aje. Tapi pagi tadi, kombinasi menggosok gigi tahan loya dengan bau masakan jiran tetangga telah menyebabkan kombinasi yang sangat padu. I kenot tahan. Kalau ikut hati, memang terus nak g klinik amek MC, tapi esok kita ada check up dengan klinik kesihatan, nak cuti lagi half day. Apa pula kata majikan mommy nanti. Tunggulah bila mommy and daddy dah beli kompeni ni nanti, boleh la mommy suka hati je nak buat apa pun...

Malam tadi mommy tak dapat tidur lena. Terpisat-pisat, perut tak selesa, pinggang kaki semua lenguh. Bermulalah perjalanan tiada lagi tidur yang lena. Apatah lagi selepas melahirkan nanti. Harapan mommy, agar baby menjadi bayi yang bangun malam nak susu sahaja. T__T. Itu harapan setiap mommy in the whole world. Tapi daddy sangat menjatuhkan hati mommy. Dia bangun juga, cuba tenangkan mommy. Ajak mommy pergi klinik walaupun mommy rasa daddy ngantok kalau boleh tak nak pergi. Dia tanya je tu. Hahahaha... Okeh, mommy love u daddy. 

Sayangku baby, haritu mommy cuba korek-korek rahsia isi hati daddy. Apa namakah dia nak bagi kamu nih. Asek panggil baby je... Akhirnya daddy reveal hajat hati dia. Di kala orang keliling sibuk-sibuk nak bagi nama jugak, berani daddy nak tanggung sorang-sorang. Bukankah kamu ini mommy yang bawa? Tapi daddy yang kena pergi register... T___T  Nasib baik dia reveal. Tapiii mana nama yang mommy nak??? Jadi, perbincangan lanjut akan dibawa ke tengah lagi. 

Baju kamu mommy dah start basuh. 1st batch siap semalam. 2nd batch, sarung tangan sarung kaki, malam tadi mommy basuh. 3rd batch bakal menyusul malam ini, insya-Allah semoga dikurniakan kekuatan buat mommy. Kemudian 4th batch kain-kain lampin kamu pula. 


Barut belum start jahit, tapi mommy asek lembik je sekarang, weekend bizi pula. Macam mana ni? Mommy tengah berangan nak jahit comforter kamu nih. Batting dah ajak daddy beli haritu. Sekarang tengah tunggu stok kain sampai. Mommy asek borong kain sampai kompius kenapa duit dah habis. Kalau ikutkan daddy, dia memang suruh beli je semua senang. Tapi daddy kan such a sweetheart, dia layan aje peel mommy yang konon-konon nak buat sendiri semua benda. Mari berdoa moga mommy sempat dan diberi kekuatan untuk membuat segalanya ittew...

Mommy dah mula asingkan sedikit barang-barang untuk hospital bag. Isnin haritu daddy dah ajak pergi beli lagi barang-barang mana yang perlu. Breast pump juga dah beli. Walaupun rasa nak berhenti kerja je dan hadap kamu 24jam, tapi kehidupan penuh pancaroba ini kan harus diteruskan. Jadi haruslah teruskan bekerja dan semoga kamu dikurniakan rezeki susu ibu hingga usia kamu 2 tahun. Amin... Sehingga ke saat mommy boleh berhenti kerja itu, marilah berusaha untuk mengepam pam pam... 

Esok adalah hari checkup, nanti mommy update lagi k baby. Semoga kita berdua dalam keadaan sihat. Mommy tak ikut cakap nurse. Dah berhari-hari mommy skip supplement. 





4 comments:

  1. Janganlah skip obat. Makaaaaan!!!

    eh pit, gambo tu pemandangan dari balkoni rumahkah? Smart je belakang tu. Bile nak ajak aku dtg umah??

    ReplyDelete
  2. Nanti baby dah kuar, jemputlah datang rumah.. ekekeke... tapi aku masak kurang lah sikit. takde ah otai mcm ko... malu nak ajak. hahahaha...

    jangan terpengaruh pemandangan belakang tu. Malam-malam cuak jgk.

    ReplyDelete
  3. bgs btl mendobi baju pun ada batch ke..sy hentam je basuh semua sekali.. gelojoh..


    haip, jgn skip mkn ubat.. plss.. bkn nk tktkn ni ye, tp ada kes baby xde tempurung kepala sbb skip mkn asid folic.. so baby awk sihat ni, jgnla skip mkn ubat tu..

    ReplyDelete
  4. aku pun nak nasihat jangan skip ubatttt.aku tak pernah skip sebab nak baby sihat.amin.amin.amin.

    eh.dah masuk 8 bulan?cepatnya masa berlalu.

    ReplyDelete

Thanks for dropping out your thoughts...