Wednesday, January 14, 2015

Pengalaman Bersalin di HKL


Alhamdulillah... Anak dah usia 2bulan ++. 26 October 2014 tarikh keramat aku official bergelar ibu. Masa baca pengalaman orang lain bersalin, aku macam confuse, boleh plak ingat pukul berapa sakit, pukul berapa contraction bagai... Lepas alami sendiri baru kau tau... memang boleh ingat punya..

Kisah aku nak beranak ni bermula pada Khamis, 23 October 2014. Masa tu dah minggu ke 39. Patutnya due 31hb Oct. tapi macam dah tak larat nak bawak perut. Tilam, bantal baby bagai semua dah siap jahit. TUnggu tuan punya dia nak keluar je. Pada hari Khamis tersebut, bermula dengan perasaan malas nak g keje. Jadi aku duduk rumah tunggu husband balik petang, nak pergi klinik amek MC. Sebab saja-saja nak tengok condition baby and sebab nak amek MC sebab check pregnancy, maka ke Klinik yang boleh scan lah.. bukan klinik panel. Masa scan, doktot cakap air ketuban sikit. so, dia refer ke HKL. dia kata amek bacaan berkali-kali tapi dapat reading sikit jugak.

Kakak aku haritu warded sebab air ketuban sikit jugak. Jadi aku dah saspen habis.. Zasss kitorang ke HKL. tapi aku request kat husband nak makan dulu. Sebelum ni g HKL, ingat dia nak check aje, sekali kena warded. Makan mandi semua tak sempat. Jadi, this time nak makanlah dulu. Lambat jugaklah sampai ke HKL masa tu... sebab takde rasa sakit contraction apa bagai, memang lenggang perut la datang hospital. Paling neves bila nurse cakap, bukak kain and seluar dalam ye Puan.. Homaigad... this is it. nak kena seluk. First time kena seluk, memang doktor tu buat sakit. Diorang check air ketuban ok je. Katanya, baby siap berenang-renang ketepian lagi ni hah... Cuma dah ada bukaan 2cm...

Bukaan 2cm? aku antara cuak ngn eksited. Tapi dia kata, 2cm ni tak semestinya terus bukak. Mungkin lama jugak nak tunggu. Iyelah, opismate aku MC seminggu, bukaan masih 1cm. Jadi esoknya untuk hari Jumaat, hospital kasik MC. Jadi, khamis Jumaat aku MC. yahooo.. balik rumah dah tengah malam, husband aku pulak tak berapa sihat. sakit belakang, g klinik jap. so, dia pun dpt MC. Hari Jumaat duduk rumah tunggu sakit.

Balik rumah tu, tengok2 ada darah. Aku saspek darah sebab kena seluk tadi. Lambat jugak darahnya keluar lepas kena seluk eh... Tapi buat ilek je la dulu. aku bagitau husband, dia tanya nak g hospital balik ke? Aku tak rasa sakit lagi, biar jelah dulu. Malam tu standby ah tunggu sakit. Tak sakit juga...

Jumaat tu, ada spotting keluar. Coklat-coklat macam period awal-awal or akhir-akhir tu. Tanya kakak aku yang dah beranak 3, dia tak tau sebab dia tak pernah jadi macam tu. Simptom pregnant aku pun takde yang sama dengan dia. Tanya kawan-kawan, diorang suruh g hospital. Memang antara tanda-tanda nak bersalin. tapi aku malas nak lepak hospital lagi. Husband aku pun macam dah ajak g hospital. Yang bagusnya, husband aku ni dia tak memaksa. Dia just ikut selesa aku je. Malam tu masih tunggu sakit tapi tidak jua berkunjung tiba.

Sabtu 25 October tu birthday husband aku. Pagi tu aku tengok masih ada spotting. Dia ajak pergi hospital. Kakak aku n mak aku pun suruh g hospital dah. At least kalau ada apa-apa aku dah ada kat hospital, kata mereka. Silap la ajak husband terus g hospital. Patutnya ajak dia g lunch mana-mana tempat best celebrate besday dulu makan puas-puas. aku ajak g breakfast je. Makan kat kedai mamak. aku makan nasik putih terus. selambak nasik. Kata orang kita perlu tenaga lebih hewhewhew... husband aku takde selera plak. megi goreng dia pun aku habiskan...


sampai hospital dalam tengahari. Alhamdulillah tak ramai sangat orang. Proses pun cepat je.. Masuk wad kelas 3 dulu. Aku ngan husband siap bergelak tawa bagai pergi bercuti. Sekali doktot datang cucuk benda kat tangan tu, barula aku terkulat-kulat terpisat-pisat kesakitan. Baru rasa macam seorang pesakit yang telah ditahan di dalam wad. Husband suruh aku tido, dapatkan rehat. Maka petang tu aku tido di kala dia duduk je di hujung katil. Pity husband... Petang lepas bangun tido tu, aku pindah ward kelas 2. Lepas husband dah tinggalkan nasi n dah habis waktu melawat, aku pun ditinggalkan keseorangan (pesakit lain adalah kan)... Neves hoih tunggu sakit...

Dah lepas kena tinggal tu aku tokleh tido la plak. maybe sebab dah tido petang. dalam kul 11 lebey tu, macam dah get ready nak tido. Semua orang pun dah suruh aku tido, rehat... 11.30pm dah start sakit. aku macam.. eh, gini gaya ke sakit contraction... 1st time kan.. manalah tau contraction sakit macam mana. Orang kata macam sakit sengugut. AKu memang senggugut tiap-tiap bulan masa zaman anak dara, tapi tipu ah.. ni lagi sakit hoih. Aku count time, tiap 10 minit. okeh... this is it.. siap wasap dalam famili group. Then aku mintak doktor check bukaan. Aku mengharapkan bukaan 4cm sebab kalau tak salah aku, bila dah 4cm dah boleh tolak g labour room n husband dah boleh datang teman. Alhamdulillah, doktor perempuan yang seluk. Bukaan 3cm. Berangan ah kan, baru start contraction dah nak 4cm. kahkahkah...

4.13am (check call history).
aku call husband aku. Time ni aku baru lepas mintak check bukaan lagi sekali. Sebab macam tak tahan dah contraction. Tapi masih 3cm. Sadis. Doktor cakap, kita check pagi esok jelah... MEmang kecewa habis la aku sebab harapan aku nak 4cm je, nak masuk labour room duduk ngn husband. Boleh call je la mengadu sakit. Dia tido dalam kereta kat parking lot hospital bersalin masa ni...

Tak tau time dah pukul berapa masa tu, tapi aku dok pegang besi katil menahan sakit. Mana nurse takde yang lalu lalang pantau pun. Aku redho jelah tunggu esok pagi sebab doktor tu cakap check esok pagi je. Masa tu, tingkap yang mengadap berdepan dengan aku jadi harapan aku. Sebab tingkap tu menampakkan macam cahaya pagi nak subuh, padahal pencahayaan lampu area tu. Tapi dia beri aku harapan palsu. Walaupun aku tau aku berharap dengan palsu, tapi sekurang-kurangnya buat jadi ubat mental psyco aku. Tiap kali aku bukak mata tengok tingkap tu, aku kata.. "tak lama lagi dah.. dah nak subuh dah..."  tetiba ada sorang nurse datang check amek nadi ke apatah. aku dok tengah tahan contraction. Lepas tu dia tolong la check contraction aku. Letak tangan atas perut tu. Aku dah menyandarkan sepenuh harapan pada dia dah, akhirnya ada nurse yang datang tengok aku. Tapiiii... lepas tu tak tau nurse tu pergi mana. Dia hilang lepas tu. T__T

Aku tak berapa sure aku whatsapp mak and kakak aku pukul berapa. Tapi masa tu memang terasa sesuatu di bontot. Macam dah nak meneran pun ada. TApi takutlah nak teran sebab orang kata nanti salah teran ko rabak habis. Homaigod, takut habis okeh. Sakit-sakit tu pun try kemut jugak. hahahaha... Aku tanya mak aku, macam mana nak tau memang dah time? Tengah malam buta, memang takdela orang reply.


Dalam dok menahan sakit tu, aku terasa macam ada air panas keluar membasahi bontot. Ho yeah.. apakah itu? Bisik hati kata air ketuban ke? Aku tunggu sampai sakit tu kurang sikit. Rasa macam setengah jam. Tapi tak tau la kot kot tengah sakit tu 1 minit pun rasa macam 20menet kan. aku main agak-agak je. Aku tunggu sakit kurang sikit, aku gagahkan diri bangun pergi kat kaunter carik Nurse.. Aku bagitau dia, rasanya air ketuban saya pecah... Dia tengok ada air atas lantai, siap tanya aku.. menitik ke? aku pun tak sedar menitik. Nurse tu suruh aku  pakai pad. nanti doktor datang check. Aku balik ke katil dengan tak tau nak rasa apa. Pakai Pad? nak tahan sakit contraction ni pun dah 1 hal. kalau doktor nak check nanti mesti nak kena bukak sependa jugak. Jadi, aku duduk di  birai katil sambil kata dalam hati... "Pegi mampos la pad" hahahaha.. Bengang habis la konon masa tu. Sempat pikir lagi, kenapa orang boleh beranak ramai-ramai??? Dengan perasaan tak puas hati. hahahaha.. Bila cerita balik kenapa rasa macam kelakar hah? PErasaan takmo beranak dah tu, jangan citer ah.

Tak lama lepas tu aku baring je atas katil. Dalam kepala hotak pikir macam-macam dah ni. Lantak la kalau terbersalin atas katil ni. Kalau mati pun, matilah. sempat pikir mati beranak mati syahid. huhuhuhu...



5.39am
aku watsapp husband cakap tak tahan... Tapi takde reply ah. Sakit gila dah hoih masa ni. Mana nurse takde yang jenguk aku nih. masa ni aku redha pasrah je kalau bersalin atas katil wad tu. siap cakap dalam hati, kalau aku mati atas katil ni pun takpelah. Sakit menahan sorang-sorang je masa ni.

5.59am tu lepas aku call husband cakap nak masuk labour room dah.



Tak lama lepas tu baru terasa Nurse datang tap bahu aku, suruh gi bilik rawatan, doktor nak check bukaan. dia cakap, kalau betul air ketuban, mungkin bukaan dah banyak. Aku jawab dalam hati je.. 'Ko ingat aku kencing ke?' Hahahaha... Yang keluar dari mulut aku.. "saya tak boleh bangun dah.." k fine, Nurse gi cari doktor. Kat situ jugak aku kena londeh. Hahahaha... Diorang check dah 8cm bukaan. Aku dengar diorang cakap dah rasa kepala baby. Hapa lagi, kelam kabut la nak tolak g bilik bersalin. Nurse la yang tolong godek beg cari pampers and baju baby.


5.57am. aku call cakap dah nak masuk labour room.
Lepas je diorang cakap dah nak tolak ke labour room, terus aku mintak izin nak call husband. sepantas kilat je dia dah ada kat wad. Ntah bila dia naik pun aku memang tak tau la. Tengah diorang nak tolak aku tu, ada orang nak ambik henpon aku. 'Eh..aphal ni ..' hahaha... Bukak mata sikit, tanjat tengok suami dah tercegat tepi katil tolak tu.



Masuk labour room, aku dapat gas. Layan gak lah gas tu... Aku dengar diorang cakap dah full dilated. Pung pang pung pang diorang pasang mesin itu ini, "Panggil suami dia masuk". Aaaaa.. ayat ni paling aku tunggu. maka cinta pun bersatu. Puuiii... hahahha... Pasal dah full dilated, dia cakap, kalau rasa nak teran, teran je. Aku tak tunggu lama la memang kuteran je terus. 2 ke 3 kali teran ntah, siap anakku terjah keluar ke dunia nyata ini. Alhamdulillah... 6.27am selamat dilahirkan.

Lepas baby dah selamat ditarik keluar tu, diorang hala baby kat aku suruh aku confirmkan gender baby. Iolls ni mata kelabu daaaa... Masuk labour room tak pakai spek/contact lense.. Dalam mamai mamai layan gas n lembik lembai kesakitan tu, aku cakap.. tak nampak.. tak nampak... dengarla husband aku bisik perempuan kat aku.. lepas tu husband bagitau nurse... dia rabun, tak nampak kot tu...  >__<

Lepas dah cuci baby, timbang semua, dIorang letak baby atas dada, terus susukan dia. Aku pun tak berapa ingat sangat sebab tengah khayal layan gas. Anak atas dada dah tersenget pun aku biar je sebab husband aku ada masa tu. Biar dia la tolong adjust. Masa tu tengah sesi jahit-menjahit auuwww sakit... Macam terasa-terasa je benang tu ditarik-tarik. Diorang bagi milo and roti suruh makan + minum. Aku mintak suami bancuhkan air je sebab tak daya sangat dah nak menelan masa tu.

Lepas je sampai wad, aku pengsan sampai tengahhari. Nurse datang check suruh tukar pad. 3x percubaan nak bangun gagal. Berpinar bijik mata nak bangun. Petang sikit, abang dengan kakak ipar aku sampai. Kemudian, mak mertua aku sampai dari Temerloh. adik ipar dengan biras aku datang dengan dia. Dah tak tahan bau darah, aku gagahkan diri jugak mintak kakak ipar aku yang mengandung 7 bulan bawak pergi toilet nak tukar pad. Lewat petang tu dapat tukar wad 1st class. Memang bestlah wad 1st class ni. Mak ayah aku sampai tak lama lepas aku tukar wad. Malam tu, bermulalah episod aku sebagai seorang ibu...

Esoknya discharge. Lusa betolak balik ke Kedah.

Thanks to warga kerja HKL sepanjang aku diwadkan di sana.




12 comments:

  1. hahahah..best tak bersalin?

    bagi aku, walaupun sakit sampai pikir mati syahid (macam ko la!),aku tetap nak bersalin lagi..miahahahaha..

    good luck mommy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biar derita bsalin ,jgn derita terlepas nikmat selepas menyalin-nyalin

      Delete
  2. sy HKL gak, memula mmg masuk wad kelas 3 sbb penuh, pas bersalin tkr 2nd class..x dan tkr wad 1st class, dh discharge..kekeke.. kt HKL wktu mlm mmg nurse xbrape nk jenjalan tgk pesakit kan.. cer siang hari, asek lalu lalang saje.. dah la nk g jamban bapak jauh, tp siyesli, nurse n doc sgt friendly.. kt labour room pun best, nurse n doc bg support.. yg tukang jahit pun bagus, yg tlg cuci anu kite n pakaikan pad pun lembut orgnya.. ehh, awak xde derma darah tali pusat ke?

    btw, best sgt jd mommy kan..

    ReplyDelete
  3. Hamaigad gelak guling guling aku. Setiap perenggan ada je benda kelakar ko ni.

    Anyway, bila nak sama sama beranak lagi sorang? HAHAHA

    ReplyDelete
  4. tumpang tanya.. kat hkl labour room dia bilik sebuah2 @ masih gune tirai ye? husband boleh tengok proses kelahiran baby tak?
    TIA.

    ReplyDelete
  5. Sofiea Aieyn

    Masa saya bersalin haritu, bilik sebuah2.. husband boleh masuk masa kita kat labour room tu.. Alhamdulillah, suami saya ada sama masa melahirkan tu... :)

    ReplyDelete
  6. assalam, sis nak tny kos bersalin hkl brp ye ?

    ReplyDelete
  7. Anonymous:
    Maaf saya tak berapa pasti kos bersalin kat HKL. Masa saya pergi tu, saya bawa GL (guarantee letter) dari suami.

    ReplyDelete
  8. Salam..nk tnya klu husband tk dpt teman dlm labour room tu..hspital tk kisah ke klu kita minta mak kita teman kt dlm tu?

    ReplyDelete
  9. Eda Rohaida

    Maaf ye.. saya kurang pasti... Kalau checkup di Klinik Kesihatan, boleh tanya nurse hospital mana yang boleh izinkan mak teman masa bersalin. ataupun mungkin boleh try call HKL dulu untuk kepastian...

    ReplyDelete
  10. Tak kisah..bole je..ckp husband outstation..masa adik ipar saya bersalin mak sy yg temankan..sebab masatu adik sy tgh keje luar kwasan.

    ReplyDelete
  11. assalam hi..nak tnya wad bsalin boleh bawa budak x?

    ReplyDelete

Thanks for dropping out your thoughts...